Sunday, January 30, 2011

"Orang ni jam banyak yang gila"..Meon kata..Kenapa ek??

Alkisah

Macam aku cakap kat HHD...aku memang takde mood nak berblog skang ni...jangankan kata nak update...nak blogwalking pun takde mood...then ntah cemana tetiba lak sang Meon ni tetiba jek muncul dalam mimpi aku dan menjerit-jerit kuat kat lobang telinga aku yang comel ni...."Gila!!Gila!!!"...jadik, aku taula dia nak suruh aku tulis pasal gila...dan lepas cuba berbincang dengan dia walaupun dia tak faham apasal aku tetiba jek cakap ni idea dia, so nila reason kenapa Meon cakap kat dalam mimpi tu orang ni jam ni banyak yang gila...

  1. korang pernah tak berjalan kat mana-mana dan tetiba tengok seorang lelaki yang berbaju sangat ala-ala miskaya, membawak beg bimbit, berkasut kilat sekilat kepala diorang berjalan dengan laju sambil bercakap sorang-sorang...ye...bagi kita yang dah tau pasal benda ni, kita taula yang dia tengah cakap kat telefon dengan menggunakan tangan bebas gigi biru...tapi, kalo kita pikirkan balik, kalo la dia ada dikawasan yang orang taktau telefon tu ada bebas tangan...dan tak kenal apa tu gigi biru, mesti diorang terfikir yang mamat ni tak padan dengan kaya...tapi gila la pulak...kan??
  2. kalo dulu-dulu, nak-nak masa kita kecik-kecik...bila tengok orang rambut serabai ke, orang pakai baju koyak-koyak ke, orang pakai baju compang-camping ke, orang jalan kehulu kehilir separuh bogel ke..misai janggut tak bertrim ke.. kita mesti terpikir secara terus kat dalam kepala kita...."orang gila ni...lari jauh-jauh..kalo tak dia kejor"...tapi ni jam dah jadik lain...yang rambut serabai, stylo...yang baju koyak-koyak, rock...yang baju compang-camping, fesyen terkini...yang separuh bogel, seksi...yang misai janggut tak bertrim..Albus Dumbledore...jadik, bila aku masuk balik ke dalam pemikiran budak-budak aku dulu, mesti aku terpikir..banyaknya orang gila sekarang ni....

  3. kita serba tau yang orang gila ni tak berkeupayaan untuk berfikir secara tepat dan logik kan??sampai diorang tak kisah kalo makan sampah...tak pun buat benda-benda yang menjijikkan...abis tu apsal aku cakap orang ni jam ni gila dari poin ni??korang tengok jek la berita skang ni...bunuh, rogol, sumbang mahram, zina, kantoi judi, kantoi mabuk dan banyak lagi...bukan ke tu semua perbuatan orang yang takde keupayaan berfikir secara tepat dan logik??mana tak aku cakap orang skang ni banyak yang gila...

  4. ada jugak yang cakap orang gila ni suka argue benda yang ntah apa-apa dan tak masuk akal...pastu kalo boleh siap nak berbunuh-bunuh, bertegang urat lagi kalo pendapat dia orang rejek...contohnya macam dia cakap kenapa la tuhan buat kita ni gerak guna kaki...bukan guna tayar..kan lagi senang...dan kenapa aku kata orang skang ni sama jek macam orang gila??takyah tengok jauh-jauh...tengok kat tv jek..nak-nak kat berita...orang bergaduh pasal kerusi sampai nak berbunuh-bunuh, nak penjara-penjara...apala nasib..orang gila lagi rajin keluor tv rupanya...

  5. Orang jugak ada cakap yang orang gila ni memang suka buat kije sia-sia...kengkadang diorang kutip batu-batu yang berkilat kat tepi jalan, ada jugak yang cuba untuk bercakap dengan pokok, ada yang berjalan berbatu-batu mencarik kat mana tuhan(ni orang panggil gila isim yek cik adik cik abang...)..sama jek macam orang ni jam...sanggup berebut-rebut kat kedai berhabis beribu duit hanya untuk batu kilat-kilat, cuba bercakap dengan pokok sebab nak masuk pertandingan Pilih Kasih...ada yang jadik gila isim tapi bukan dengan tuhan...dengan artis realiti...ingat lagi zaman Mawi naik??diorang semua terselamat sebab Tampoi dengan Tanjung Rambutan tu penuh jek...

  6. Orang gila memang tak pernah mengaku diorang gila...orang zaman skang pun sama gak...
dah cukup 6...jadik, apa yang korang nak cakap nak defend?? terima yang orang zaman ni jam ni gila ke tak??sape sebenornya yang bertanggungjawab buat semua orang ni jadik gila??no offense ek..aku memang takde mood nak blogging ni...entri ni pun buat sepenuh hati sebab aku sayang kat korang...

Iwan, jangan sebut..ko akan buat aku rasa nak debik ko..

p/s: aku memang gila pun...gila-gila....macam majalah kelakor zaman dulu-dulu pulak ek..hihi...

36 comments:

fiezah91 said...

woi.. aku gila sbb ko pblish entri sama jam dgn aku..cisss.. haha.. (ttba kan aku lari tajuk)

serius dlu aku kecik2 point no dua tu sering aku guna..kalo baju koyak, pastu compang camping kompem trs aku cop dia gila.. huhu..

iwan_dextrous said...

hahahah...ko nie mmg bagus..lum ckp ap2 dh warning ak awal2 ea..takut..org gila mmg takut ea..ahahahhahahaha..nape ko x buat je entri pasal ak..ahhaha

hari tu ak jmpe org gila masa nk dftr..x bgi salam ap trus tnye MARA ke PTPTN...??????????

Abang Jonni said...

harharhar... betul gak ye... selalu aku jumpa bebudak pakai kasut sebelah kaler lain.. sebelah lagi kaler lain...


mmg gila ah...

Along Tapa said...

fiezah91

eh??sama ke fiezah??jodoh tu...haha...

cuba ko tengok skang..sape yg gila?? :p

Iwan Dextrous

aku bukan takut..tapi geli bila ko sebut..belajor dari pengalaman kat HHD..hehe..

aku pun kena dowh..aku ingat aku sorang jek kena..ko pun ek...

Along Tapa said...

Abang Jonni

tu la..kengkadang jadik takut aku bila bersendirian..

faizura rahman said...

dulu bila nmpk org gile, sy lari-takut..skg bila da jd nurse, nmpk org gila kutip sisa mknn n makan, sy menangis..xde siapa sangka, satu hari nnt nasib die akn jd mcmtu..pengalaman mengajar erti hidup..jgn selalu stress, nnt gila! malaysia da banyak org sakit jiwa..jgn la menambahkan statistik ek..hehe

Along Tapa said...

faizura rahman

orang sakit jiwa dengan orang gila lain fyez...org skt jiwa, dia merana..org gila tak de rasa apa...

tapi apa ko cakap tu betulla...

lionteen said...

br je jumpe org gile hr tu. duk jln sane sini ulang2. mmg hyperactv betul die tu. makin lame, die angkat baju die pulak. pompuan bukan lelaki. kesian kat die :(

VIVIAN said...

make sense jugak apa yg ko tulis ni...patut la tanjung rambutan dan hospital sentosa [kuching] ura2 nak diperbesarkan..


aku tabik spring dgn ko along...

nas said...

dah biasa da jumpe org gila kat tepi jalan ngan pakaian yg xhapa2 n kusut masai... hu3...
sian gak aku tengok... nk buat cmne kan...

erk.. gila2... aku penah baca majalah tu.. hehehe.. best gak :P

Khairul Antasha said...

mn ko tau org gila tak rasa apa2 ek..ko gila ek..

YanaMIB said...

gila dan gila-gila..sama mcm gula dan gula-gula...pfftt dua perkataan yg berbeza...oke lari tajuk~ (-_-")

org zmn skrg byk pressure kut..tmbh² duk KL..jln jem lg, maintenance hidup tinggi, duit x cukup nk sara hidup dan famili, menganggur...byk punca gila ni sbnrnya kn..ubt nya?? ingt Allah..tu je yg aku tau..hehe~

d_tieah said...

Memang ramai yang gila skrg..
Bunuh membunuh tu dah jadi perkara biasa..
Rogol, buang anak, zina memang dah ajdi rutin harian..
Tak tau nak cakap ape lagi..
Harap blogger tak gila je lah..
Kalo gila jugak, ntah sape lagi nak selamatkan dunia dan saling mengingatkan..

Along Tapa said...

lionteen

apala nak dirisokan dia angkut baju lionteen...kan skang ni musim hujan....

eh?ko tak maksudkan angkat baju tu eh??


VIVIAN

alaa...lagipun macam ko tak faham...orang kalo jadik gila makan free...takyah pikir duit minyak naik..sebab tu ramai yg cuba buktikan diorang ni gila...hihi..

Along Tapa said...

nas

gila2 memang best masa awal2..tapi semenjak ada pertelagahan penggunaan bahasa antara editor, diorang berpecah dua jadik Ujang dengan gila-gila...eh??terasa tua lak aku tau pasal tu...ahaks...


Khairul Antasha

ko ni janganla pecah rahsia...jatuhla saham aku nanti...haha...

Along Tapa said...

Yana MIB

hehe..pandai Yana...tapi kalo aku pikir secara logik, ubat orang gila ni ko ugut bagi dia mati je..secara otomatik dia baik dari gila..siap bagi nasihat lagi kat ko...berdosa bunuh orang lain...kan??


d tieah

huish..blogger pun ada gak yang gila tieah...nak2 Ben Ashaari..GILA kentang dia tu...haha..

nabilah_2908 said...

hrumm...terbuka minda...

betul juga...sekarang ni...mmg ramai org gila..mungkin kita sendiri pun tergolong dalam orang gila...cuma kita je yg tak sedar diri... :(

jom ke APA KATA HATI pulak,
HARI MENTERNAK LEMAK

Along Tapa said...

nabilah

kan??sebab tu kita takleh nak pandang satu benda dengan mind closed method..

Yann Mazian said...

eh2. yann pun gila jugak. gila blogging. ekekeke.

dulu masa kecik2, mmg yang no. 2 tu lah yang menjadik cara2 utk yann detect org gila. haha. lari dengan sungguh2 bila nengok kelibat orang gitu. huhu.

zaman sekarang nih orang menjadi gila bukan sebab diorang mmg ada penyakit gila. tapi sebab diorang memang suka menggilakan diri dengan perangai yang gila belaka. dh tu ada pulak yang buat2 gila. "orang gila mintak puji" namanya ya. haha. :D

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

betul la.. bila dipikirkan balik, memang ramai dah orang gila ni. dunia sekarang dah tak selamat dah sebab kat mana-mana pun ada orang gila. waa takutnye.......

Along Tapa said...

Yann Mazian

tau takpe..makin besor kita, makin banyak kita tengok orang gila berleluasa kat dunia ni..tu tak termasuk orang gila harta, gila pompuan, gila sex, gila popular..kan??


HanimQatrunnada

tau pun...tapi agak2 cemana kita nak buat nak bagi heal orang2 yg gila ni ek...

De Mois said...

Haha..aku igt dah terlepas banyak cerita kau sebab dah lama x online.

Orang gila memang aku takut. Tapi orang gila2 memang kegemaran aku. 1 kepala beb..hehe

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Along Tapa said...

De Mois

nak buat cemana..aku takde mood nak on9..

ko patut berkawan sekali dengan orang gila..mana tau diorang pun sekepala dengan ko..hihi...

Ujang9897 said...

aku gila-gila..tp ko sememangnya gila..sbb buat entri nie..hahha

Along Tapa said...

Ujang

huish..harap janganla sampai 40 orang komen..kalo tak betul2 jadik gila aku nanti...ahaks..

Dark Half said...

zaman sekarang, menjadi gila adalah salah satu trend terkini. aku nampak ada 2 jenis kegilaan yg wujud skrg:

1. gila secara x sengaja - biasa kita nampak dok selongkar tong sampah,etc. dan berbau hancing
2. sengaja jadi gila - org camni dia busan dah jadi normal. jadi dia pun merogol kambing jiran dan seterusnya semakin advance cam yg ko sebut kat atas

gila itu pilihan anda. jadilah gila yg positif..contoh cam along. gila btol kau blogging

ANATI SOKI said...

ada org gila jadik gila sbb dia rasa dia gila. wakakakak.. fhm tak? muahahaha

YOUsoF said...

Aku nak jadi gila secara tak sengja cam Dark Half cakap tu la sebab dah ramai bebeno yang sengaja pilih jadi gila sekarang kan..

Along Tapa said...

Dark Half

ko memang pandai reasoning la dark..bagus2..memang cekap...


ANATI SOKI

faham...tak gak anat..byk yg aku jumpa diorang taknak kena cakap gila tapi buat peel org gila..

Along Tapa said...

YOUsoF

waaahhh...aku pilih taknak jadik gila boleh tak??haha...

yad'z said...

along gile.. along gile.. hahaha.. boleyy??

Along Tapa said...

yad'z

bolehhhh...takde hal punya...tapi apa mksud tu??hihi...

f_aRa_aINa989 said...

semua mcm giler jeee...


hehe...

:P

Along Tapa said...

fara aina

hehe..jadik betul ke tak kebanyakannya tu gila..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.