Tuesday, November 27, 2012

Penyakit-penyakit masa berendut

Alkisah

kalo nak diikutkan, cerita pasal cintan cintun ni memang bukan tajuk kegemaran aku tapi disebabkan beberapa minggu ni aku asyik la disogok denga cerita endut-endutan, jadik, aku pun membuat penilaian la pasal tajuk ni....dalam apa yang aku perasan, tak kisahla dari pemerhatian ke, dari pengalaman ke, dari cerita-cerita orang ke, masa orang berendut, masa tula penyakit-penyakit ni akan timbul...korang takleh nak sorok la kata aku dah berendut dengan endut aku sekian-sekian lama tapi tak pernah kena mendalah ni...toksah ceret ek...orang lain boleh kita tipu...diri sendirik, sendirik tau la ek...apa penyakit-penyakit yang aku dah kenal pasti ni ek....


  1. Angau - ni dah semestinya la....kalo boleh nak berkepit jek dengan endutnya tu doploh pat jam....tak cukup dengan bergayut, sms lagik, what's app lagik(aku baru tau kewujudan bendalah ni), pm kat fb lagik, bertweet lagik, berendut lagik...ntah aku pun tak paham la macam-macam lagik bebudak ni jam punya teknologi...tahap angaunya tu, sampaikan tetengah tido pun boleh bergayut lagik...hebat sungguh penangan orang berendut ni..
  2. Rindu - alamak aih...nak cakap soal rindu-merindu ni memang la aku tak dah makin tak reti dah...almaklumla semenjak dah bergelar jantan solo ni...yang ada rindu nak menyakat orang jek la...tapi rindu orang tengah berendut ni lain....diorang kengkadang tu dah bertalipon berjam-jam pun, dah sudah tu boleh bermesej lagik....kengkadang yang dimesejkan tu setakat hehe reply hehe reply haha reply huhu...tapi tetap ada benda nak reply...ada gak contoh rindu orang berendut ni..tapi tu aku dah bagi kat certain-certain kat mesej la...korang nak tau apa yang aku hantor kat diorang, tanya sendirik....hahaha...
  3. Tak kisah - ni pun salah satu penyakit orang kalo tengah berendut ni....aku bukan cakap pasal tak kisah pe'el endut dia ke apa ke...tapi tak kisah pasal dunia...ada segolongan manusia yang tak kisah pasal dunia sebab sibuk mengejor akhirat...tu hal lain...tapi ni tak kisah dunia sebab dia dah cipta satu dunia khas untuk diri dia jek....masa tu la kalo korang cakap apa pun tak guna dah....waima kita ingatkan diorang suruh pegi mandi pun dah tak masuk kepala dah....yang dia tau, endut endut endut jek...
  4. Tak cukup masa - ni pun dah jadik satu penyakit bila orang berendut ni...diorang jadik tak cukup masa yang doploh pat jam tu...sampaikan nak ajak buat kije sesama, takde masa sebab terpaksa nak keluar berendut, nak ajak berbual, takde masa sebab nak kena layan gayutan dengan endutnya, nak berak pun takde masa gak sebab takut kalo terlambat reply mesej, endutnya sentap...sampaikan ada yang sanggup berberak sambil bermesej-mesej...bila sang endut tanya "U tengah buat apa U?"..dia jawab "I tengah berzikir ni U...tu yang banyak tersalah taip tu...terkompius yang mana tasbih yang mana button hp.."..padahal terlebih tekan sebab tengah meneran...
  5. Mudah hilang fokus - manakan tak....asal nak fokus jek, teringat muka endut...dah mula kelaut dah pikirnya....mula la kita suruh fokus tengok batang pokok, dia pegi bayangkan tengah berjoget-joget hindustan sambil bermain aum cak kat pokok tu dengan endutnya tu...lagipun orang tengah berendut ni  perlu meletakkan seratus peratus beratus fokusnya pada endutnya tu...kot-kot takut kalo terhilang fokus tu boleh  jadik hilang ingatan sekejap sampai tak ingat endut dia tu...kot la kan...
  6. Ke"handphone"an - ni pun satu penyakit yang tokleh dipisahkan dari orang berendut...macam tangan tu dah terlekat dengan talipon...tak kisah la apa jenama talipon dia pakai...mesti nak ada semata kat tangan...tu supaya takdela benda yang dimesej tu orang tau...tak pun takdela terlambat respon kalo endutnya tu contact ek...
  7. Cemburu tak masal - ni memang toksah cakapla....dah ramai dah orang cakap yang cemburu tu tanda sayang...betul la kot..tapi kalo dah sampai tahap endut tu keluor dengan anak sedara yang baru la umur 3,4 tahun, jalan pimpin tangan endutnya tu pun nak jeles, memang layak ditampor dengan tapak kaki jek tu....
jadik, apakah obatnya untuk penyakit-penyakit masa berendut ni...obatnya satu jek...self control...toksah beria nowh...apa yang penting ada masa berendut ni, tolak ansur, percaya dengan jujur...ada tiga benda ni, aku rasa takde masalah la nak kawal penyakit-penyakit kat atas ni....tak gitu?

p/s: cakap terer la...endut pun takde aku ni...haha.....sape nak jadik endut aku?offer diri skang...hehe

Tuesday, November 20, 2012

lagu-lagu ni tak pernah bertukor ek...

Alkisah

buat korang yang duk memekak kat aku  apsal aku dah lama tak memekak kat blog ni, terutamanya cik Haziqah yang ntah apa mimpi tetiba duk mesej aku aritu, ni aku buat entri..puas??hehe...ok berbalik pada topik...aku taktau korang perasan ke tak tapi asal aku perhatikan sebahagian ocassion, sah memang takde lagu lain yang keluor nak-nak untuk sambutan perayaan untuk Ummat Islam nih...ni antara list-list sambutan perayaan dan lagu-lagu yang satu-satunya tak berganti-ganti dari la aku sekecik-kecik umat sampai la aku dah menjadik jantan bergaya...salahemat boleh sampai ke anak cucu besok lagu ni jugak yang dimainkan...


  • maal hijrah
    korang tak asal maal hijrah jek, mesti lagu panggilan haji yang duk diulang-ulang kat talibesen...aku malas nak upload lagu dia...tapi lirik dia cenggini...satu muharram detik permulaan....perasan tak ek?
  • tilawah quran
    ni pun satu jugak lagu yang tak pernah berubah dari dulu sampai la ni jam....asal ada pertandingan musabaqah al quran tak kisahla peringkat kebangsaan ke, peringkat antarabangsa ke, mesti lagu al quran akan keluor...antara bunyik lirik dia, al quran~...kitab suci qalam tuhan~...tak bertukor ek lagu dia?
  • musim haji
    masa musim haji pun sama jugak...kalo korang perasan la...tapi yang haji ni ada gakla aku tengok kepelbagaian lagunya...cam untuk salam baitullah kat tv1, diorang dah pakai lagu labaik nyanyian yassin...tapi untuk occasion lain, tetap jugak diorang guna lagu panggilan haji...lirik dia lebih kurang cenggini...panggilan haji...telah tiba lagi...tau lagu tu?tak berubah ek dari dulu?
tu jek yang aku dapat kesan sebab perayaan kita pun bukannya banyak...untuk perayaan lain, memang duk bersilih ganti la jugak lagunya...maulidur rasul bertukor-tukor lagu, ramadhan bertukor-tukor lagu, hari raya toksah cakapla..tapi yang peliknya, takde pulak lagu yang top untuk hari asyura dengan hari raya korban ek..sampai raya korban pun diorang duk bukak lagu raya puasa...tak boleh blah betul...

p/s: lagu-lagu yang kat atas ni, sampaikan adik aku yang baru nak hidup pun dah naik hafal...jadik memang tak mustahil le tu jek satu lagu untuk perayaan tu tak bertukor-tukor..takde ke komposer yang nak buat lagu untuk sambutan tu ek.....

Friday, April 20, 2012

Tips kalau nak pegang-pegang endut

Alkisah

Semenjak dah keluor lagu kalo berpacaran satu masa dulu, awek-awek ni jam dah jumpa dah excuse kalo jantan-jantan yang menjadik endut diorang mintak nak pegang-pegang...diorang takyah nak bagi alasan panjang-panjang macam awek dulu-dulu....nak kena explen memacam...diorang just nyanyi jek..."Boleh pandang-pandang..tenet tenet tet..jangan pegang-pegang..tenet tenet tet"...dengan aku korang toksah nak berlagak alim nak cakap tak baik pegang-pegang semua ni bagai...toksah nak tunjuk hipokrit nak tunjuk pe'el serbanitas....sebab aku tau sesuci mana pun korang berlakon, korang tetap nak pegang endut korang...tak dapat pegang tangan, cuit pipi pun jadik la...baik ngaku ek.....dah nama pun jantan kan...

jadik selepas membuat beberapa research, aku letakkan beberapa syarat yang korang kena penuhi sebelum nak menggatal-gatal nak pegang-pegang endut korang...wahai jantan-jantan, penuhi syarat ni dulu sebelum korang mintak "yayang-yayang, nak mintak pegang tangan..." pastu nyanyi lagu The Beatles I wanna Hold Your Hand tu....selagi korang tak penuhi syarat-syarat ni, selagi tu jangan mintak...ok?

  1. Korang kena sekurang-kurangnya bawak dia tengok 10 movie terbaru untuk tahun tu...movie terbaru tu tak termasuk movie yang baru korang nak tengok tapi dah lama keluor ek...dan bendalah ni tak termasuk kalo korang tengok movie yang sama tu 10 kali ek....
  2. korang kena belanja diorang makan kat sekurang-kurangnya 5 restoran mahal dan korang bukan setakat belanja diorang makan side dish jek....tapi korang kena belanja diorang makan makanan yang special kat situ ek..kalo setakat bawak makan kat restoran mahal tapi belanja minum sky juice jek, tak dikira...
  3. cuba korang tengok korang punya rekod call kat handphone, duration untuk korang call dia ada tak cecah 100 jam?kalau tak cecah lagi 100 jam, jangan mengada-ngada nak mintak lebih-lebih....entah-entah diorang feeling kat korang pun tak develop lagik....
  4. korang jugak tak boleh sentuh diorang sebelum diorang yang start sentuh-sentuh korang...sebab kalo korang yang sentuh dulu, diorang boleh claim jadik sex harassment...jantan kalo kena pegang-pegang tak boleh claim sex harassment ek...korang just boleh claim korang beruntung sebab kena pegang...hehe...
dan korang kena ingat....keempat-empat syarat kat atas ni korang MESTI penuhi dulu sebelum korang nak pegang-pegang endut korang....TAPI...haaa... ada tapi tu untuk jantan-jantan....aku boleh buat exception untuk korang kalo korang nak pegang-pegang endut korang tapi taknak buat keempat-empat syarat ni sebab macam susah nowh kan....jangan riso...aku ada cara untuk mudahkan korang....satu jek cara yang boleh korang buat kalo nak sentuh endut korang tanpa buat syarat tu semua iaitu

MINTAK IZIN KAT BAPAK DIA YANG KORANG NAK PEGANG ANAK DIA
amcam?ada berani?

p/s: besok last paper untuk last sem aku sebagai student...dan sebab tu jugak aku dah makin tak sempat nak ngapdet blog sangat...mahap ek....

Saturday, March 17, 2012

Apa perangai jantan yang pompuan menyampah?

Alkisah

lama aku tak citer pasal jantan dengan pompuan ek...ok kali ni aku cuba nak menyelami jiwa orang pompuan dan cuba nak paham perangai jantan yang cemana diorang menyampah nak mampos...bagi jejantan yang baru-baru berjinak nak mengorat, ataupun yang selama ni mengorat tak dapat-dapat, meh kita review amenda yang buat korang-korang yang dah lama memburu chenta ni tak laku-laku sampai ni jam...ingat...pompuan tak memandang rupa(membohong sebenornya...diorang memang pandang rupa dulu...takkan diorang nak endut yang muka macam bapak orang)...jadik, pe'el kita yang kita kena double check...

  1. Perasan - aku rasa ni kira istilah lama gak ek...sebab budak-budak ni jam dah pandai lak nak kategorikan perasan tu pada perasan bagusla, perasan cun la....tak kisah la tu...tapi orang pompuan ni memang menyampah dengan jantan yang kuat perasan...bila layan baik sikit, dorang perasan yang pompuan tu dah tangkap syok lentoq kat dia...baru panggil abang jek, dah tergedik-gedik macam pompuan tu tergila-gila kat dia...astaga...apa kata berpijak pada bumi nyata dan tanya jek terus..."aku suka kat ko...ko suka kat aku tak?"...kalo dia tak kata suka, walaupun setakat kata aku anggap ko macam kawan je, baik ko takyah nak duk tangkap syok sendirik sorang-sorang ek...
  2. Bangang - bangang yang aku maksudkan ni bukannya bangang dalam belajor ataupun bangang yang sengal-sengal comel...tapi bangang dalam hidup...kalo terang belum ada apa-apa lagi, endut pun tak jadik lagi tapi dah sanggup bergadai macam-macam, sanggup bagi pinjam reta macam keta ke, tu alamatnya memang korang takkan ada can la nak menjadik endut diorang...sebab diorang tau korang bangang...lagi bagus diorang buat ko jadik kuda-kuda diorang jek...kuda-kuda yang korang bayangkan tu tak sama macam kuda-kuda yang aku cakap ni...bukan kuda-kuda tunggangan yek...kuda-kuda ngangkut beban...reti?bukan ke lebih baik kalo korang dapatkan kepercayaan diorang tanpa umpan reta, budi dan body?just betul-betul ambik hati diorang dengan cara yang boleh buat diorang bunga-bunga bila teringat balik...
  3.  Panas baran - serius takde pompuan yang suka jantan yang panas baran...diorang lagi suka laki yang penyabor, cool dan sentiasa membuat pertimbangan...kenapa?benda ni ada dalam instinct diorang...pompuan-pompuan ni tau yang diorang rajin emosi walaupun diorang kata diorang cool....jadik, diorang perlukan sorang jantan yang tak short tempered dan boleh handle situasi dengan tenang nak-nak bila diorang dah bercampur baur dengan emosi yang bergejolak....
  4. tak original - jantan yang tak original ialah jantan yang tak ada pendirian, dan main ikut-ikut jek...stail berfesyen, ikut apa yang member dia pakai dan nampak cool...stail bercakap, tiru stail bercakap member diorang yang macam cool tapi kelakar...stail berfikir, "selalunya kalo dalam keadaan ni, Meon akan buat cenggini"...memang alamatnya korang fail la...sorang pompuan suka laki yang jadik diri dia sendirik....jadik, jadikla diri korang sendiri...pakai apa yang korang selesa, bercakap dengan stail korang...bertindak dengan stail korang sendiri walaupun tindakan tu nampak sloppy...orang pompuan bukan perfectionist ek...kengkadang diorang berminat dengan korang disebabkan kekurangan korang...nampak cute katanya...tak caya tanya diorang...
  5. ego pencakar langit - ni satu lagi...bagi jantan, ego ialah segala-galanya...sebab kebanyakan jantan letakkan maruah diorang kat ego diorang...dan kalo ego diorang jatuh, terasa macam maruah diorang tercalor...tapi jantan-jantan, sebagai geng yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi sebab korang dikurniakan 9 bahagian akal, kita sepatutnya dapat figure...pada masa bila, kat mana dan pada situasi apa kita nak letakkan ego kita...jangan letak ego tu secara buta-buta jek...sebab tu last-last akan buat kita termasuk dalam kategori nombor 2 tadi....
  6. buaya - ni pun satu pe'el yang paling pompuan tak suka...wahai jantan-jantan...kita memang dibolehkan bujang sampai 4 kali...bujang takde bini, bujang satu bini, bujang dua bini dan bujang tiga bini..tapi, aku boleh bet makan prosperity burger la..takde pompuan yang suka berkongsi laki...jadik, bila sorang pompuan tu nampak perangai jantan tu sibuk-sibuk ngorat dia, pastu tengok dia cam tak layan, pastu ngorat pompuan lain lak...pastu ngorat lagi dia...diorang memang takkan terima jantan cenggitu...tu aku tak kategorikan sebagai mat romeo, ataupun playboy ataupun kasanova...tapi aku kategorikan macam jantan desperate dengan nafsu tak terkawal...tula orang kata..berfikir dan bertindak jangan guna kepala helmet...
  7. bajet baik sangat - wahai jantan-jantan...jangan korang pikir yang korang jek berotak kuning...pompuan-pompuan waima yang nampak cute, alim dan beriman pun sama jugak berotak kuning...serius aku cakap...takde pompuan yang suka laki yang terlampau macam baik....pakai serban lilit-lilit...berjubah, bercelak gothic...dan duk sentiasa serius tanpa cakap perkara yang sia-sia...wahai jantan-jantan, pompuan ni memang sifat diorang suka bermanja, suka bergurau...jadik, diorang memerlukan jantan yang ada nakal-nakal sikit supaya diorang seronok bergurau...cuba korang bayangkan dah kompem menjadik laki bini besok, datang angin nak bergurau-gurau...tapi kena lak laki jenis takleh nak bergurau, terus jek jantannya tu hangin dan bagi ceramah berbatu-batu...dari cenggitu, baik la diorang berendut dengan topekong cina...
aku rasa cukup la takat tu...kalo nak dilistkan, aku rasa memang panjang gila perangai jantan yang pompuan tak berkenan..tapi yang memang obvious dan obvious, yang ni la...cemana pompuan-pompuan, ada apa-apa nak komen dan nak tambah?

p/s: apa yang buat pompuan menyampah kat aku? aku ada renungan karen-karen...bila aku renung jek pompuan, secara otomatik dia rasa geli-geli...hahahaha....

Saturday, March 10, 2012

Kenapa artis sekarang takleh celen Sudirman?

Alkisah

entri ni kalo nak dikirakan agak obvious...tapi sebab aku secara jujurnya cakap yang aku dah mula naik muak dengan trend artis zaman-zaman ni jam, so aku letak entri ni dengan harapan adala yang terbaca dan take note(walaupun aku tau memang takde pun).....so meh aku state the obvious:

  1. Kebanyakan artis sekarang, aku tak kata semua tapi kebanyakannya menjadik artis bukan kerana minat betul-betul dalam bidang diorang, tak kira la apa bidang..sama ada lakonan, nyanyian, bikin muzik, ataupun posing depan kamera...tapi diorang semata-mata nak jadik famous, nak dapat duit banyak dan kawen bersponsor tak termasuk dapat skandal dengan dato-dato atau dapat settle down dengan anak orang kaya....
  2. Berapa banyak artis sekarang yang sanggup buat konsert secara PERCUMA kat tengah-tengah bandor dengan alasan untuk menghargai peminat?yang ada, "kami menyediakan T-Shirt yang berharga RM10 yang boleh didapati di booth kami sebagai cara kami menghargai peminat"....tak pun "kami mengadakan sesi bergambar kepada mereka-mereka yang bertuah sebagai tanda kami menghargai peminat" dengan result mereka yang bertuah tu kebanyakannya staf-staf dan dua tiga orang peminat yang ditarik secara random....
  3. berapa ramai artis sekarang yang boleh nyanyikan lagu diorang dan memberikan kesan, dan buat semua orang yang dengor ingat setiap bait lagu tu walaupun dah lebih 20 tahun berlalu?owh ada...P.Ramlee...tapi dia bukan penyanyi sekarang...aku rasa, lagu sekarang dalam dua tiga bulan aku tak dengor lagu tu, terus dah lagu tu hilang dalam ingatan...dan takde pun rasa nak carik lagu tu kat mana-mana....
  4. ada ke artis sekarang yang sanggup buat aksi bodoh-bodoh atas pentas, tanpa menghiraukan rupa diorang cemana?takde...semua nak kontrol cun atau macho kat atas pentas...owh ye tak ye...buat aksi mengarut atas pentas nanti kena band dengan tokey TV....nanti takde income....
  5. ada ke artis sekarang yang dah dalam keadaan sakit teruk pun sanggup buat performance untuk peminat dia??aku tengok kalo sakit tekak, dedor-dedor sikit pun dah cancel performance...
  6. sebab ni jam dah makin senang nak jadik artis....kalo dulu, nak jadik artis, kena lalu ujibakat RTM,masuk bintang RTM, diadili oleh juri yang memang pro, dan takde kelas vokal sampingan...pastu jadik ujibakat awam beramai-ramai, beberapa orang terpilih dan masuk kelas vokal, pastu diadili oleh penonton, kendian tu ujibakat ramai-ramai, dibimbing artis senior dan diadili orang ramai, pastu ni jam, upload dua tiga lagu kat Youtube, pastu jadik artis....
 dan sebab tu aku rasa artis ni jam makin lama makin takde feeling bila aku tengok diorang perform....ikhlas tu dah takde....

p/s: aku perasan yang ramai taktau kewujudan Kerat Senget, blog yang aku usaha sama kan dengan cecep..jadik, kalo korang nak tengok video-video yang menarik, pergila kat situ....dalam pukul 8 malam kang aku upload video concert live Sudirman..

Wednesday, March 7, 2012

Mana la pergi makanan-makanan ni ek

Alkisah

Ni antara makanan yang aku pernah makan satu masa dulu...selalu jugak la makan...tapi ni jam dah payah nowh nak mencariknya...agak-agak korang, jumpa lagi tak benda-benda ni kat mana-mana??

    Burger Roti Baghdad
    aku teringat masa kecik-kecik dulu, masa tu tahun 90an jugak la...asal nak beli burger jek, mesti jumpa orang jual burger ni...burger ni inti dia daging yang dah dikisar halus, pastu burger ni pulak dibungkus dengan kulit popia...pastu kita goreng baek punya dia sampai garing...endingnya, dapat la sebijik burger yang rangup diluor, dan lembut dan berjus didalam....tapi aku pelik...dah takde ke peniaga burger yang boleh buat burger ni lagi ek....dah tak jumpa dah....
Sagun
Sagun ni pulak memang makanan kegemaran setiap kali balik sekolah agama dulu...masa kecik-kecik dulu, kalo tak beli lepas balik sekolah agama memang la tak sah....dan lagi selamba, masa makan sagun ni, aku duk sibuk berbual dengan member-member....dan tersembur-semburla bendalah tu keluor...memang terasa satu kepuasan dalam hati...nak-nak bila semburan masa cakap tu tepat kat muka member...ni jam dah payah dah nak carik dah sagun ni....jarang dah aku jumpa orang jual...

kuih jongkong

ni pun satu jenis kuih yang memang dah payah nak jumpa dah ni jam...aku taktau kenapa dah makin kurang orang buat kuih jongkong ni...nak kata kita makin kepupusan daun pisang, tak jugak...sampaikan kewujudan kuih jongkong ni tak diketahui oleh encik cecep...nampah nowh dah makin ramai orang tak kenal kuih ni..
Botok-botok
 ni pulak dinamakan botok-botok...ramai yang sinonimkan botok-botok ni dengan orang jawa..tapi aku rasa ni banyak orang bugis yang buat...jadik, baik aku tanya otai-otai Johor ni sebab diorang lagi tau..ainzoo...botok-botok ni makanan jawa ke bugis ek?haha...bagi korang yang taktau, botok-botok ni biasanya makanan laut terutamanya ikan yang di lomor dengan rempah,ada bubuh dedaunan yang aku pun dah tak ingat apa sebab aku dah lama tak jumpa...lepas tu dibakor...dan aku tak jumpa dah bendalah ni...last aku rasa aku jumpa masa atok mak aku masak masa aku sekolah rendah dulu....jadik, takkanla bendalah ni abis sampai ke atok aku jek ye tak?mana pergi pakar-pakar masakan ni?

aku bubuh sikit jek...kalo nak diikutkan banyak lagi makanan yang dah aku tak jumpa dah ni jam....jadik aku nak cabor chef-chef terkemuka kat Malaysia ni, korang boleh tak komersialkan makanan tradisional ni...dah-dahla duk promote makanan ala barat tu....Malaysia ni terutamanya orang-orang melayu ada melambak-lambak lagi makanan yang dah makin dilupakan ni jam...

p/s: lama tak makan burasak, lama tak nampak orang jual rojak petis...payah nak jumpa orang jual ais krim potong yang original, dan lama jugak tak togok air ais krim soda dalam botol kaca....bila aku bercerita kat bebudak, terasa macam aku ni lahir kat zaman yang berlainan nowh lak...

Sunday, March 4, 2012

Siapa yang perlu diutamakan?

Alkisah

tadi aku dah mula rasa hangin sepanjang-panjang balik dari Muor...dan aku dah buat cerita penuh kat HHD..jadik, retailing pada entri tu, aku nak buat entri yang aku rasa tak patut buat pun takpe sebab semua orang dah sepatutnya tau...wahai korang-korang, kalo korang naik bas ke, naik tren ke, naik apa-apa kenderaan awam yang memang dia bawak lebih dari muatan(bas limit 40 orang tapi bawak kengkadang sampai 60 orang sekali jalan), sape yang kita perlu bagi keutamaan nak duduk kat atas seat yang disediakan tu...aku rasa semua orang dah tau...kat TV pun ada tunjuk, masa kat sekolah pun ada ajor tapi macam tak jalan jek..jadik aku listkan kat sini...manala tau ek korang terlupa....

  1. warga emas - kalo dulu aku kita diajor orang tua...tapi orang-orang tua ni jam sensitif kita cakap dia tua...jadik aku letak warga emas...memangla kengkadang makcik-makcik ke pakcik-pakcik ni cakap takpe-takpe...dia nak turun dah...tapi sebab kita ni dari kalangan manusia berbahasa, kita bangun jugak bagi seat....berdiri sesama....walaupun orang lain lak yang rampas seat tu pastu..kenapa?tu namanya menghormati orang tua ye anak-anak...kederat orang cenggini bukan macam kita...gagah lagi...diorang-diorang ni kengkadang berdiri lima menit pun dah boleh sakit pinggang, sakit belakang sume..kalo dah tertonggeng diorang-diorang ni kat dalam bas tu, korang nak buat apa?gelak secara berjemaah?
  2. perempuan mengandung - kita bagi diorang ni duduk sebab kita taknak apa-apa terjadik kat diorang...tu tandanya kita kasih sesama manusia...korang kalo tengok sorang ibu yang dah terboyak naik bas tu, membawak perut, takkanla sampai hati korang nak tengok diorang menahan gegaran-gegaran bas tu, terbua-buai bila bas tu membelok ke kiri ke, ke kanan ke...ye tak?tapi ingat..yang diberi keutamaan, just POMPUAN yang mengandung...JANTAN yang mengandung tahun tu, toksahla nak mengada-ngada nak amik kesempatan....
  3. mereka-mereka yang membawak anak kecik - definisi anak kecik pada aku bukanla setakat bayi-bayi ataupun budak-budak yang kena dikelek....yang tu memang dah sepatutnya la bagi tempat duduk...tak belen diorang nak berdiri nak kelek budak lagik...tapi anak kecik yang bersekolah rendah tahap 1 pun dikira sekali jugak...korang bayangkanla keadaan sorang mak yang sebelah tangan nak memegang tiang..dan sebelah lagi sibuk nak pimpin anak....dah kalo bas tu terbrek ke hape ke, tak ke budak tu tarik sekali dengan mak dia kedepan atau kebelakang?kan ke lagi elok kalo kita bagi jek tempat duduk kat diorang ni...kalo tak dapat dua seat pun, satu seat pun jadik la...budak tu boleh la diribakan....
  4. mereka - mereka yang cacat fizikal - dan dan nanti ada orang nak sound aku tak sensitif sebab panggil diorang cenggitu...tang tang cenggini kengkonon la nak membela diorang konon tak sensitif la hapela...tapi dalam bas tak pulak disensitifkannya..aku memang taknak guna perkataan OKU(orang kurang upaya) ni sebab nanti semua sibuk nak buat alasan diorang pun kurang upaya jugak....tu yang tak bagi tempat duduk..kurang upaya untuk berdiri lama....kepala kon la...jadik biorla aku explicitkan...mereka-mereka yang kita nampak dan tau dia cacat fizikal....barula boleh kata kita ni sensitif dengan perasaan diorang...bongok!
yang ni pulak list-list yang kalo korang tak bagi seat kat diorang pun tak luakla...takyah nak berlagak mulia sangat nak offer tempat duduk kat diorang tapi taknak bagi orang-orang diatas....

  1. Awek cun - takde luaknya korang bagi diorang ni tempat duduk pun...korang bagi, diorang duduk gak...takdenya la nak jadik scene drama lak kan..tetiba lak awek tu nak jatuh hati kat korang sebab bagi diorang tempat duduk kat dalam bas...toksah mimpi la...silap-silap muka korang pun diorang tak pandang.....
  2. Mat-mat Salleh - ni satu lagi...asal tengok ada pelancong mat salleh jek, dan-dan la nak buat baik konon bagi seat semua bagai....apa mulia nowh diorang sampai korang sanggup buat cenggitu...takutla konon merosakkan nama negara kan kalo diorang kena berdiri naik bas...takut balik nanti diorang cerita buruk-buruk pasal Malaysia....kalo korang pikir cenggitu, yang bangla ke, orang myanmar ke, indon ke yang naik bas tu tak lak korang bagi seat....racist betul....
  3. Dato - dato atau pembesor-pembesor - ni satu lagi aku tak faham...kalo ada Dato-dato ke, pembesor-pembesor ke nak naik bas, dan-dan la siap reserve seat semua bagai...bior diorang naik bas tu berdiri...tau sikit susah payah rakyat ni....nak semua sedap jek...apa negara ni berbinkan bapak diorang ke hape?
  4. Beg - ni dah tak larat aku nak cite dah...banyak nowh dah ni jam...sikit jek boleh komen...bayor dabel la jebeng!!!
Jadik, korang rasa ada benda lagi nak tambah ke nak komen ke...pergila goreng kat kotak komen tu....makin menyirap lak aku....

p/s: kalo ikut nak aku tamporkan jek nengok orang cenggitu...kang takut aku tampor kang, kena report polis lak...manakan tak..budak kena rotan dengan cikgu pun boleh report masuk TV....hish orang-orang ni jam ni.... 

Wednesday, February 29, 2012

Hari ni aku kena buat entri gak....

Alkisah

Hari ni ialah

Aku ingat nak la mengenjoy ke hape ke...tapi apakan daya, boleh lak arini aku


nak buat cemana...trimo wa ey~~~
p/s: idea pun tak nak datang...nak ngarut pun tak dan arini....adehhh

Wednesday, February 22, 2012

Sebab-sebab takde topik best nak bloggers bincangkan...

Alkisah

semenjak dua menjak ni...eh tak...dah beberapa menjak dah pun aku perhatikan...boleh kata dah makin ramai dah bloggers yang kemain lantang bersuara, yang hangat pada masa dulu berblog pasal isu-isu yang menarik-menarik dah makin slow down...dan dulu kira ramai gak bloggers yang meluahkan tak puas hati, bercerita pasal info-info yang menarik pun dah ramai yang mengundurkan diri...kalau ada pun, dah jadik bloggers yang hanya bercerita pasal hal-hal yang berkaitan dengan keliling diorang jek...termasuk aku...jadik kenapa ek jadik cenggitu??adakah blogger-blogger ni sume dah kekontangan idea sampai dah taktau nak cite pasal apa?aku rasa aku boleh pikirkan sebab-sebab dia kot...meh aku listkan...
  1. dah takde berita menarik yang nak dikupaskan - atau aku boleh kata banyak berita yang boleh dihentam atau dikritik oleh bloggers skang ni tak kena report...akibatnya, kebanyakan blogger yang bergantung harap pada media untuk mendengor berita dan membuat analisis sendirik pasal isu-isu semasa dah takde sumber maklumat dah...balik-balik kena sumbat berita yang sama, kena recycle hal yang sama, kena cuci otak dengan iklan-iklan yang lebih kurang...apa yang jadik?terus blogger-blogger cenggini susah nak update blog...kitorang nak update pun memilih jugak ek...takkan la nak tulis pasal benda yang lebih kurang jek...tak variasi la apa yang kitorang nak cerita nanti ye tak??
  2. berjemaah itu lagi baik dari bersendirian - aku bukan nak bercerita pasal forum ataupun mesyuarat...tapi aku tengok semenjak kerajaan dah mansuhkan ISA, kebanyakan blogger yang berkobar-kobar dulu bercakap kat dalam blog dah mula ikut perhimpunan-perhimpunan...ramai yang lagi suka berhimpun kat tengah panas, bawak sepanduk-sepanduk, menjerit-jerit tepi jalan secara beramai-ramai dan dapat masuk TV ramai-ramai...tak dapat muka penuh, dapat masuk jari kaki pun jadikla...aku tengok dah makin ramai yang tak  berminat nak berjuang secara solo dalam laman sesawang ni, utarakan pendapat bernas dan pedas dan remain anonymous...aku tak terkejut kalau nanti stesen TV buat rancangan realiti "Mencari pemprotes tegar" nanti...siap ada uji bakat beramai-ramai lagi....mana la tau kan...
  3. membaca dan menulis itu bukan trend - ni mungkin salah dari pendidikan awal kot...sampai ni jam, anak-anak muda dah tak rasa yang membaca dan menulis itu satu trend yang baik...kalau korang tak percaya, blog yang menulis berjela-jela dan jarang letak gambor macam blog-blog aku memang tak popular...yang jadik trend skang ni, video youtube homemade artis wannabe, video aksi cite omptuih anak melayu, gambor yang mengarut-ngarut tanpa input, dan jugak video binatang berlatarbelakangkan sound yang menggamborkan perasaan...aku pun taktau kenapa...mungkin kalo menggunakan perkataan, orang dah tak faham kot...tu yang kalo nak tegur budak ni jam, takleh cakap...kena bagi penampor jek dulu...ntah...
  4. aku tulis bagus-bagus pun bukan ada orang nak baca - benda ni dah selalu aku dengor blogger-blogger yang berprestasi tinggi cakap..ni bukan cerita diorang nak popular atau apa...tapi diorang rasa macam tak dihargai...last-last diorang takde semangat nak menulis...secara jujur, aku tak mengejor SEO, aku tak mengejor innit, aku tak mengejor nuff...tapi aku suka menaip kat keyboard aku..tapi bagi blogger yang asalnya komited nak menulis, nak share, nak berkongsi pendapat, diorang mesti rasa kecewa bila diorang tak dapat respon walaupun dah ikut tip-tips SEO semua...last-last diorang dah fed up dengan dunia blog dan buat stail lain nak berkongsi...misalnya main twitter macam sifu aku...haha...
  5. bosanla balik-balik cerita dia - ni takyah ulas panjang...ramai blogger dah penat dah nak citer pasal Najib dan ular tedungnya...

    "Betul...kami takde apa-apa hubungan kekeluargaan...mana ada persamaan kitorang..."
  6. masa, masa, masa - betul aku dah mula rasa masa ni dah bergerak makin pantas sampai tak terkejor dah....kalo korang tengok, aku rasa macam baru kejap tadi aku bangun nak pegi kelas, skang ni aku tengah mengupdate blog, tengok jam dah pukul 2 pagi lebih...kesibukan mencarik dan mengejor dunia ni buat kita tak terkejor...kesibukan nak kije lebih masa untuk tampung kemahalan semua benda pun buat ramai bloggers dah takde masa dah nak menghadap kotak new post ni...kalo tak caya, cuba korang tengok balik hidup korang...cepat dowh masa berjalan...
tu apa yang aku rasa sendiri kalo ikut pandangan peribadi aku sebagai sorang bloggers...mungkin korang-korang yang terkena badi ni ada sebab-sebab sendirik...apa kata korang kongsi...tak pun korang nak attack balik aku ke...ikut korang la....

p/s: yang ramai-ramai duk kejor duit nuff tu, tobat-tobatla...masa start aku blogging dulu, takde bloggers yang sibuk nak kejor duit dari blog...sume tulis sebab minat menulis dan membaca jek towh...

Monday, February 6, 2012

Ini rage ala HHD...

Alkisah

Bagi korang yang tak suka baca entri yang penuh dengan amarah, skip jek entri ni...sebab aku tengah marah gamak ni...

Apa yang dah jadik kat manusia zaman ni jam ni...tak macam bangsat lak memasing...semua penting diri, kurang ajor dan tak beradab langsung..kalau dulu kita ada zaman batu, zaman ais, zaman logam dan zaman penjajahan...tapi aku nak kategorikan kategori ni sebagai zaman jebeng....boleh tak?
  1. Kenapa bila nak berbual, tak reti nak bercakap secara perlahan, berhemah dan beradab sopan?aku tak kisah nak bermaki-makian sekalipun...tapi toksahla nak terpekik terlolong terjerit-jerit macam manusia takde akal fikiran...tak ke kita diajor menghormati hak orang lain jugak dalam dunia ni?kena pertimbangkan keselesaan orang lain....takyah nak kira jiran-jiran la...kalau dah orang kat dalam rumah sendiri pun dah mula rasa tak selesa....jadik, kalau kita dah cenggitu, tak ke jebeng perangai kita tu?
  2. cemana pulak dengan bila kita nak berkunjung kat rumah orang?bukan ke kita diajor kalau nak pegi rumah orang, kita kena berkunjung dengan rasa hormat...masuk, bagi salam..tiga kali tak jawab, balik...bila dah ada kat dalam rumah, jangan barge in kat dalam kawasan-kawasan privacy orang lain terutamanya bilik tidur...jangan disepahkan rumah orang...dan cuba elakkan pada waktu-waktu yang tak sesuai macam waktu solat, waktu makan ataupun waktu nak tido?kalau kita langgor semua tu, tak ke kita ni berperangai macam jebeng?
  3. bukan ke kita diajor...berjudi tu haram...hasil judi tu haram...pakai barangan dari hasil judi pun haram...dan jangan lupa...rumah yang jadik tempat berjudi pun, terkena laknat sekali....tapi apa nak jadik bila judi dah jadik biasa dah...tak rasa lak macam pintu rezeki makin sempit...tak terpikir lak geng-geng yang lain dah mula rasa tak selesa dah...dan yang paling jimbetnya bila makin lama makin menjadik lak...dari dua, jadik tiga, jadik sepuluh....hoi!!!jebeng la!!!!!
  4. dari kecik kita diajor...orang yang lebih tua, kena dihormati...dan orang yang muda, kita sayangi...kalo tengok orang tua kat dalam bas tengah berdiri pun kita diajor suruh bangun dan bagi tempat duduk kita kat diorang...bukan sebab kesian diorang tak berdaya...tapi sebab hormat sorang muda dengan orang tua...tapi bila tengok kat keadaan sebenor, kita lagi sanggup pulak bagi beg kita duduk kat tempat kosong dan bior orang tua tu bergayut-gayut kat pemegang bas tu..sungguh jebeng perangai...
  5. tu pasal orang tua...cemana pulak kalo dengan mak bapak kita sendiri?ni semua salah omptuih yang ngajor psikologi anak-anak...dikatakan anak-anak bila dah sampai peringkat dewasa, kena dilayan macam kawan-kawan..sampaikan satu peringkat, diorang lupa yang diorang bercakap dengan makbapak diorang...dah takde hormat...dah takde bahasa-bahasa lemah lembut...di"pukimak"nya bapak dia...diherdiknya mak dia...disepak terajangnya orang tua tu....wahai jebeng-jebeng...tau tak...kalo korang betah sikit pun apa yang mak bapak korang cakap, tersentuh sikit jek rasa hati orang tua tu, kita dah ada jaminan tempat dah kat neraka?owh...lupa..ayat cenggini dah tak jalan dah skang...almaklumla ek...zaman jebeng....
  6. Berzina.full stop...takde elaboration...jadik memang terlahirla jebeng...
malas la nak marah lelama...jadik, aku bolehla buat kesimpulan...lagi lama aku tengok ni, lagi menyampah aku tengok perangai manusia ni...

p/s: Inila yang dipanggil zaman jahilliyah...reti?ikutla nak setuju ke taknak....

Wednesday, January 18, 2012

No Wikipedia? what will happen?

Alkisah

tadi aku tengah membuat aktiviti harian aku iaitu membukak wikipedia dan membaca semua benda dan mencarik info pasal novel-novel klasik yang aku baru beli aritu...dan secara tetiba, aku ternampak mesej ni...


nasib baik diorang suspend hanya untuk 24jam...tetiba aku terpikir...cemana kalo tetiba wikipedia ni di suspend selama-lamanya?ada tak kemungkinan manusia akan menjadik lagi bangang?tak pun bukan wikipedia la...google yang dah takde...cam menarik kan dunia time tu??hahaha...

p/s: aku tak tulis dalam point sebab topik ni takde elaboration...hehe...

Monday, January 16, 2012

Penyampaian baucar 200 pada mahasiswa...aku perhati...

Alkisah

isu ni kalo nak diikutkan dah kira basi la ek...tapi disebabkan hari ni baru aku dapat baucar tu, so aku nak cerita arini...taknak cerita hari lain...kalo nak diikutkan susunan hari dia, hari semalam, mak-mak bapak-bapak dah dapat 500 yang dijanjikan tu...dan hari ni kitorang yang student-student ni baru dapat baucar yang bernilai 200 tu...sebelum aku menceceh, aku nak cakap terima kasih dulu sebab dah bagi..ok..dah cakap terima kasih, barula boleh ngutuk...meh aku nak cerita apa yang aku sempat terperhati dan terpikir pasal baucar ni...

  1. bila ada sumbangan jek dari kerajaan, aku tak faham...kenapa mesti ada majlis-majlis besor-besor?pastu nak kena ada media...tak kira la media mainstream tak pun media kolej...tak boleh ke dia bagi jek macam bagi slip exam tu?takde nak serahkan baucar replika la apala...kalo tak kaco time lecture takpe la..ni dah kaco time lecture...datang lambat lak tu...ingat kitorang tak bayor ke...hish...

  2. pastu kat dalam majlis tu, mesti ada bagi ceramah-ceramah lak....halamaaaakkk...nak bagi, bagi jek la...nak main ceramah-ceramah lak...benda yang patut boleh setel beberapa jam jek dah kena ada extend beberapa jam lagi....dahla kaunter bukak sampai pukul 4 jek...

  3. dah tentu yang aku tak faham, kenapa dalam ceramah-ceramah tu mesti nak ada bodek orang besor-besor?ni toksah cakap kat majlis ni la...kat majlis memana pun aku tengok mesti ada bodek-bodek...bukannya kalau kita bodek tu dia bagi tambahan ke apa ke...sama jek banyak tu dia bagi...

  4. ni satu lagi benda yang memang aku tak pernah berkenan..kenapa nak kena tekankan ingat jasa, ingat jasa...ni memang benda yang paling aku rage...patut aku yang tekankan...ingat janji...kitorang tak mintak...korang yang janji..dah tu jangan nak samakan dengan jasa pulak..tu tanggungjawab korang...benda ni aku dah menceceh panjang dah kat entri mana ntah aritu...meletup sifat rebel aku...mula aku rasa macam diorang bagi tak ikhlas jek...

  5. mungkinla diorang suka nak ada majlis ke, apa ke...ok fine...nak berucap, berucapla sampai lebam..tapi aku tak pernah tengok majlis yang bagi can kat kitorang berucap...bagila kitorang yang hina dina ni berucap...dan aku nak tengok gak sape jantan-jantan melayu ke, pemimpin kolej ke yang berkonek berani cakap depan-depan kat diorang?kan?

  6. ni satu lagi...petikan dari ceramah-ceramah yang berjela-jela tu...diorang kata pelajar ni jam kena bersyukur sebab tak rasa susah cam dulu...kena kije nak support semua...tak mewah duit cam student ni jam...meh aku bukak mata kat orang-orang yang buat aku nak melambung ni....tang mana yang kitorang mewah pun aku taktau...buat pinjaman, sahla kena bayor..nama dah pinjaman...satu sem, 3000 yuran pengajian+600 yuran lain-lain tak masuk asrama...sebulan dapat 530, satu sem, 4bulan...so kiranya yuran lain-lain tu kitorang kena bayor 150 sebulan...sewa rumah, api, air, streamyx, gedebak gedebuk 200 sbln...baki 180 tu la untuk makan...tu tak tolak duit buku, duit photostat, duit kertas bla..bla..bla...tolak tambah kali bahagi, tinggal 50 untuk sebulan bersih untuk makan jek...hoi!!orang kije buruh pun dapat lebih la....sape kata kitorang mewah?

  7. pastu masuk balik baucar..bagi kitorang baucar 200...4 keping baucar 50...buku aku satu subjek dah 190...kalo aku taknak beli pun,baucar tu bukan boleh guna untuk beli benda lain pun...tak ke jebeng...marah betul aku...

 tapi apa-apa pun...terima kasih la sebab bagi..walaupun baucar tu just boleh guna kat tempat-tempat tertentu jek dan boleh guna sampai 31Mac jek, aku secara jujur akan cakap yang mungkin aku akan cuba fikirkan cemana aku nak swindle bendalah tu...jangan salahkan aku ek...


p/s: mungkin diorang lupa kot...student pun dah layak mengundi...oppress la lagi...

Sunday, January 15, 2012

Entri pendek dan benar..

Alkisah

aku rasa aku dah makin kehilangan kreatif kontrol...makin lama aku duduk kat bumi berTuah ni, aku punya kreatif kontrol makin hilang...kena balik Muor la...recharge balik...korang rasa?

p/s: aku boleh pikir 3000 tajuk tapi aku hilang kebolehan nak olah...tak ke cam sial tu....

Monday, January 9, 2012

Aku nak tengok benda ni jadik kat Malaysia

Alkisah

Dah macam-macam aku tengok benda yang terjadik kat sekeliling Malaysia ni...dari satu negara yang rakyatnya berfikiran tradisional, sampaila sekarang kebanyakan orang bersifat mempertahankan hak individu...jadik, aku dah tengok banyak perhimpunan, aku dah tengok banyak speech, aku dah tengok banyak drama dan aku dah tengok banyak pembangunan...sekarang ni aku teringin sangat nak tengok benda ni jadik kat Malaysia...korang rasa akan jadik ke tak?

  1. aku dah bosan tengok perhimpunan tunjuk perasaan...aku dah bosan tengok perhimpunan aman..dan aku pun dah bosan nak tengok perhimpunan Agung...jadik, aku teringin nak tengok sorang individu berdiri kat tengah orang ramai dan nyatakan hak dia secara terus...tak pun cakap apa yang dia nak cakap...takde perhimpunan, takde pekik lolong, takde bakor-bakor...hanya berdiri dan cakap sesuatu yang boleh membukak minda orang keliling...korang rasa akan jadik tak?
  2. aku pun dah bosan tengok puak ni sensitif dengan isu cenggini...pastu kaum tu sensitif dengan isu cenggitu...pastu kelompok nun terasa dengan statement cengginun...jadik, aku teringin nak tengok satu period yang takde sape nak sensitif dengan sesapa dan korang boleh terima atau tolak pendapat orang lain secara terbuka...nak lagi best, korang boleh berdebat sesama sendiri, takde retailing aksi tumbuk menumbuk dan takde aksi-aksi mengumpat belakang....takde sape menang dan takde sape kalah...just utarakan apa yang dirasakan valid, sape nak terima, terima...sape yang takleh terima, blah..boleh tak?
  3. aku dah bosan dengan orang-orang yang masih lagi berfikiran sempit tapi mengaku diorang berfikiran moden dan terbukak...diorang mengaku yang diorang ialah manusia bertaraf PhD dan apa yang ada dalam kepala diorang ialah fakta yang sebenor-benor fakta dan apa yang orang cakap semuanya salah..tapi end up diorang tetap amaze dengan apa yang orang lain buat macam budak tadika yang baru nak kenal dunia tapi still cakap yang orang-orang yang buat diorang amaze tu hanya ketereran secara kebetulan walhal diorang hape pun takde lagi...aku terasa macam nak tengok satu period yang orang boleh terima buah fikiran orang secara terbuka, boleh timbangkan satu idea secara total dan cuba untuk praktikkan idea tu walaupun idea tu memang tak masuk akal langsung dan jadikkan idea tu satu kenyataan...untung tak untung kita dapat maju kedepan dengan lebih pesat lagi...korang rasa boleh tak?
  4. aku bosan tengok TV dan benda-benda yang berskrin...aku teringin nak sampai zaman yang kita ada kebolehan tak terhingga tanpa bantuan gadget-gadget yang separuh masak ni...
  5. aku bosan tengok orang bercakap macam-macam pasal orang tu, orang ni...bukak pekung orang sana, bukak pekung orang sini...aku bosan tengok orang bercakap dengan nada nak bermusuh dengan orang lain...aku teringin nak tengok keadaan orang berani mengaku pekung sendiri dan orang tu boleh dimaafkan dan diterima dalam society...boleh tak?
  6. aku bosan dengan orang yang tak habis-habis salahkan Tuhan dalam kehidupan harian dia...tak dapat awek, salahkan jodoh...tak dapat kije, salahkan takde rezeki...dapat suey, salahkan takdir....jadik benda yang tak patut, salahkan qada dan qadar....aku teringin nak tengok satu zaman yang orang terbukak minda dan perasan yang Tuhan dah campak semuanya kat dunia ni...dan dia bagi kita satu tugas untuk capai semua ni yang diberi nama USAHA....dan kalau tak dapat, bukan salah Tuhan tapi salah kita sendiri yang tak reti nak carik....korang rasa akan dapat tak keadaan manusia yang tak berfikiran ala Dark Ages ni?
aku rasa cukupla aku lepas hangin aku parat tu....kang aku tulis lebih-lebih, blog ni jadik HHD lak...jadik, persoalannya, korang berani tak?

p/s: jelak aku tengok apa yang jadik ni jam....

Thursday, January 5, 2012

Aku bukan old fashion..fashion yang tak capai permintaan aku...

Alkisah

Dah selalu dah aku dapat ayat dari orang..."Long, Tenggiling ko ni laptop zaman tok nenek ke hape ni...mana ada orang pakai Travelmate 4120 lagi dah...outdated dah..."..."Long, ko pakai K770i lagi?orang skang dah main handphone touchscreen la..."..."Long, ko dengor Klasik FM?ni zaman moden...orang dengor Era la...tak pun HotFM.."..."Long..ko pakai Adidas 10-5004 lagi?tu dah vintage la long..."...aku pedulik apa kalo korang nak kata aku old fashion ke apa ke...aku sayang reta aku dan aku memang jaga benda-benda tu kaw-kaw punya...bukan aku taknak ikut trend korang-korang ni...tapi pada aku, fashion sekarang ni tak memenuhi permintaan aku...sebab tu aku tak tukor lagi barang-barang vintage ni...nak tau apa permintaan aku?meh tengok...

  1. kenapa aku tak tukor dari Tenggiling pada IPad ke, laptop baru ke...selagi hardware developer tak keluor kan laptop yang bila aku bukak jek, dia terus siapkan assignment ke, terus siapkan aku punya kije ke, selagi tu la aku tak terpikir nak pakai laptop jenama baru...baik aku carik yang old school dan upgrade jek...tak membazir duit aku...
  2. Kenapa aku tak tukor K770i aku kat Iphone ke, smartphone ke...selagi takde handphone yang boleh bagi aku jawapan peksa ke, tak pun result untuk loteri akan datang ke, aku takkan beli handphone baru...memang aku pakai sampai jahanam...buat membazir jek...lagipun fungsi asas telefon setakat call dengan mesej jek...
  3. Kenapa aku pakai lagi Adidas 10-5004 aku tu?kenapa tak carik jek jam lain yang lagi bergaya?sebab jam tu rare....susah nak carik dah...tapi kalo pasal jam ni memang aku tak pernah kedekut nak beli...tapi aku dah decide nak collect jam original dan analog...jam analog yang ori pun rega dia bukan murah-murah...jadik, baik aku tunggu aku ada duit baru aku beli jam baru....
  4. Kenapa aku dengor KlasikFM?kan banyak lagi station radio yang putor lagu yang updated dan best-best...sebab aku suka penggunaan bahasa melayu yang betul...lagu-lagu diorang pun bahasa melayunya cantik-cantik...ingat ek...bahasa yang cantik bukannya bahasa yang ada rythm ataupun yang membuai jiwa...tapi bahasa yang betul dan tak pinjam-pinjam....
  5. Kenapa aku suka barang yang lama dan old school?sebab nilai kesenian dia tinggi...dan kebanyakan barang-barang tu handmade..jadik, aku boleh nampak signature dia tu...
  6. Pasal jam tadi...kenapa aku suka jam analog?kenapa tak suka jam digital?kan jam digital lagi mudah nak baca dan lagi kemas?sebab aku suka susunan mechanical kat jam tu...tu salah satu bentuk mechanical art...kalo korang berjiwa seni korang fahamla...
dan kenapa aku buat entri ni?tak masal-masal citer pasal diri aku dan kesukaan aku kat benda-benda lama?sebab aku tak faham kenapa orang asyik nak pertikai aku guna barang-barang yang agak outdated...kan aku cakap..aku berjiwa seni...cewahhh...

p/s: aku rindu betul kat bunyik jam bandul atok aku...ada bunyik gear besi, ada bunyik spring loosen...bila cukup jam jek, ada bunyik loceng...tung...tung...tung...pergghh...manyak syiok ah...