Bagila can kan sesekali aku nak cerita pasal diri aku....hehe..jadik, arini aku nak cerita apasal aku sorokkan identiti aku kat dunia blogging ni...walaupun nama yang aku guna tu boleh gak dikirakan macam nama sebenor, tapi ramai jek lagi yang boleh jadik Along Tapa ni...dan walaupun aku letak gambor kat profile aku tu, tapi setakat gambor takde pixel yang memang sah-sah buat muka aku nampak kotak-kotak, sape jek yang tau kan??just beberapa orang jek yang tau sape Along Tapa tapi diorang semua dah kena ugut dengan aku tak boleh bagitau..sebab diorang tau aku nak kekalkan sebab-sebab yang bakal aku ceritakan kat bawah ni nanti...jom kita tengok apsal aku sorokkan identiti aku...
- salah satu sebab, aku bebas nak carik bahan untuk aku tulis kat dalam HHD dan GB...kalo ramai orang tau aku ialah Along Tapa, mesti semua pakat-pakat jadik baik...takut kena hentam kat dalam HHD...dan takut kena perli kat sini...jadik, bila aku remain anonymous kat dalam blog, orang pun taktau makhluk mana yang sibuk-sibuk pasang telinga dan mata pergi ambik tau cerita diorang tu...
- aku suka dengor orang kritik pasal entri aku...bukan kritik kipas-kipas....tapi kritik yang menghentam gila babeng...buat rekod, ramai jugak yang cakap Along Tapa tu macam bagus...tapi point dia tu semua orang dah terpikir...dia jek kecoh-kecoh baru nak tulis...haha...kengkadang bukan orang lain jek kutuk...aku pun mengutuk gak diri aku sendiri kat dunia luor...siap cakap dak Along Tapa tu bajet macam comel sangat....aku lagi comel dari dia dowh kalo ikutkan....haha...nampak tak politik tu??kalo dia tak ngaku aku kat real life comel, so aku tetap comel as Along Tapa...ahaks
- aku suka nak tengok berapa ramai orang yang mengaku diri diorang Along Tapa kat dunia luor...nasib buat masa ni takde lagi yang aku jumpa kat Melaka ni mengaku diri dia Along Tapa..tapi masa aku kat Muor ada la...dah la tu...siap mengaku kat aku lagi...tapi disebabkan aku ni berjiwa murni, aku admire la kat dia sebagai Along Tapa....haha...nakal ek korang mengaku sebagai aku...
- aku sebenornya tak suka bergambor...dan disebabkan tu, aku cukup malas betul kalo terjumpa blogger yang jenis ambik gambor bersama blogger lain dan post kat blog diorang...bila aku remain anonymous, aku jumpa blogger cenggitu dan cakap.."eh??awak ni cik/encik ehem ehem ek...saya admire la stail penulisan awak.."...lepas tu aku bior dia membebel pasal dunia blog macam aku taktau apa-apa...syok woo dengor pendapat orang dari side tu...
- ni kira benda yang aku agak leceh la kalo lepak dengan member-member yang tau sape aku...diorang suka betul sebut ayat power aku dalam entri atau benda-benda yang berkaitan dengan entri aku bila kat luor...adehh...aku melepak dengan korang supaya aku dapat idea baru...korang pergi cerita benda yang aku dah tulis, cemana aku nak dapat poin nak update nanti..nak-nak HHD tu...huhu..
- dunia blogging sekarang ni dah ada paparazzi..korang tau tak??aku pun taktau..tapi aku rasa macam ada..dan aku sangat riso kalo ada pulak paparazzi bloggers ni ternampak aku tengah korek hidung ke, buat muka tak senonoh time makan kat warung ke...dia pergi tangkap gambor aku, post kat forum atau blog diorang..kurang la hensem aku nanti...adoi...jadik, kalo tak tunjuk muka, aku berak tengah jalan pun takde orang nak pedulik...hahaha...
- ni aku nak cakap serius ni..tapi aku kompem korang tak percaya punya...aku ni pemalu sebenornya orangnya...haaaa...korang rasa korang boleh percaya tak???hahaha....
- ni pun aku cakap jujur ni...aku suka tengok awek pandang aku slack kalo aku ngorat diorang kat tepi jalan....kalo diorang tau aku ni Along Tapa, kang diorang bukan aje layan...diorang siap nak bergambor, mintak nombol talipon dengan mintak signature lagi...dah tak seronok la kena rejek sebab skill mengorat tak tip top...(tetiba jek aku perasan macam aku ni pemes mengalahkan Siti Nurhaliza)...
p/s: apa perasaan korang kalo tetiba ada orang mengaku diorang Along Tapa kat depan korang? apa tindakan korang??meh kongsi...Iwan Dextrous, wan alif fahmi, skeldeck siddik, raito nagata, Shajia Niueda, sape lagi ek....semua-semua yang dah tau identiti rahsia aku, korang jangan pecahkan rahsia aku...aku debik korang secara comel laju-laju nanti....