Tuesday, November 27, 2012

Penyakit-penyakit masa berendut

Alkisah

kalo nak diikutkan, cerita pasal cintan cintun ni memang bukan tajuk kegemaran aku tapi disebabkan beberapa minggu ni aku asyik la disogok denga cerita endut-endutan, jadik, aku pun membuat penilaian la pasal tajuk ni....dalam apa yang aku perasan, tak kisahla dari pemerhatian ke, dari pengalaman ke, dari cerita-cerita orang ke, masa orang berendut, masa tula penyakit-penyakit ni akan timbul...korang takleh nak sorok la kata aku dah berendut dengan endut aku sekian-sekian lama tapi tak pernah kena mendalah ni...toksah ceret ek...orang lain boleh kita tipu...diri sendirik, sendirik tau la ek...apa penyakit-penyakit yang aku dah kenal pasti ni ek....


  1. Angau - ni dah semestinya la....kalo boleh nak berkepit jek dengan endutnya tu doploh pat jam....tak cukup dengan bergayut, sms lagik, what's app lagik(aku baru tau kewujudan bendalah ni), pm kat fb lagik, bertweet lagik, berendut lagik...ntah aku pun tak paham la macam-macam lagik bebudak ni jam punya teknologi...tahap angaunya tu, sampaikan tetengah tido pun boleh bergayut lagik...hebat sungguh penangan orang berendut ni..
  2. Rindu - alamak aih...nak cakap soal rindu-merindu ni memang la aku tak dah makin tak reti dah...almaklumla semenjak dah bergelar jantan solo ni...yang ada rindu nak menyakat orang jek la...tapi rindu orang tengah berendut ni lain....diorang kengkadang tu dah bertalipon berjam-jam pun, dah sudah tu boleh bermesej lagik....kengkadang yang dimesejkan tu setakat hehe reply hehe reply haha reply huhu...tapi tetap ada benda nak reply...ada gak contoh rindu orang berendut ni..tapi tu aku dah bagi kat certain-certain kat mesej la...korang nak tau apa yang aku hantor kat diorang, tanya sendirik....hahaha...
  3. Tak kisah - ni pun salah satu penyakit orang kalo tengah berendut ni....aku bukan cakap pasal tak kisah pe'el endut dia ke apa ke...tapi tak kisah pasal dunia...ada segolongan manusia yang tak kisah pasal dunia sebab sibuk mengejor akhirat...tu hal lain...tapi ni tak kisah dunia sebab dia dah cipta satu dunia khas untuk diri dia jek....masa tu la kalo korang cakap apa pun tak guna dah....waima kita ingatkan diorang suruh pegi mandi pun dah tak masuk kepala dah....yang dia tau, endut endut endut jek...
  4. Tak cukup masa - ni pun dah jadik satu penyakit bila orang berendut ni...diorang jadik tak cukup masa yang doploh pat jam tu...sampaikan nak ajak buat kije sesama, takde masa sebab terpaksa nak keluar berendut, nak ajak berbual, takde masa sebab nak kena layan gayutan dengan endutnya, nak berak pun takde masa gak sebab takut kalo terlambat reply mesej, endutnya sentap...sampaikan ada yang sanggup berberak sambil bermesej-mesej...bila sang endut tanya "U tengah buat apa U?"..dia jawab "I tengah berzikir ni U...tu yang banyak tersalah taip tu...terkompius yang mana tasbih yang mana button hp.."..padahal terlebih tekan sebab tengah meneran...
  5. Mudah hilang fokus - manakan tak....asal nak fokus jek, teringat muka endut...dah mula kelaut dah pikirnya....mula la kita suruh fokus tengok batang pokok, dia pegi bayangkan tengah berjoget-joget hindustan sambil bermain aum cak kat pokok tu dengan endutnya tu...lagipun orang tengah berendut ni  perlu meletakkan seratus peratus beratus fokusnya pada endutnya tu...kot-kot takut kalo terhilang fokus tu boleh  jadik hilang ingatan sekejap sampai tak ingat endut dia tu...kot la kan...
  6. Ke"handphone"an - ni pun satu penyakit yang tokleh dipisahkan dari orang berendut...macam tangan tu dah terlekat dengan talipon...tak kisah la apa jenama talipon dia pakai...mesti nak ada semata kat tangan...tu supaya takdela benda yang dimesej tu orang tau...tak pun takdela terlambat respon kalo endutnya tu contact ek...
  7. Cemburu tak masal - ni memang toksah cakapla....dah ramai dah orang cakap yang cemburu tu tanda sayang...betul la kot..tapi kalo dah sampai tahap endut tu keluor dengan anak sedara yang baru la umur 3,4 tahun, jalan pimpin tangan endutnya tu pun nak jeles, memang layak ditampor dengan tapak kaki jek tu....
jadik, apakah obatnya untuk penyakit-penyakit masa berendut ni...obatnya satu jek...self control...toksah beria nowh...apa yang penting ada masa berendut ni, tolak ansur, percaya dengan jujur...ada tiga benda ni, aku rasa takde masalah la nak kawal penyakit-penyakit kat atas ni....tak gitu?

p/s: cakap terer la...endut pun takde aku ni...haha.....sape nak jadik endut aku?offer diri skang...hehe

Tuesday, November 20, 2012

lagu-lagu ni tak pernah bertukor ek...

Alkisah

buat korang yang duk memekak kat aku  apsal aku dah lama tak memekak kat blog ni, terutamanya cik Haziqah yang ntah apa mimpi tetiba duk mesej aku aritu, ni aku buat entri..puas??hehe...ok berbalik pada topik...aku taktau korang perasan ke tak tapi asal aku perhatikan sebahagian ocassion, sah memang takde lagu lain yang keluor nak-nak untuk sambutan perayaan untuk Ummat Islam nih...ni antara list-list sambutan perayaan dan lagu-lagu yang satu-satunya tak berganti-ganti dari la aku sekecik-kecik umat sampai la aku dah menjadik jantan bergaya...salahemat boleh sampai ke anak cucu besok lagu ni jugak yang dimainkan...


  • maal hijrah
    korang tak asal maal hijrah jek, mesti lagu panggilan haji yang duk diulang-ulang kat talibesen...aku malas nak upload lagu dia...tapi lirik dia cenggini...satu muharram detik permulaan....perasan tak ek?
  • tilawah quran
    ni pun satu jugak lagu yang tak pernah berubah dari dulu sampai la ni jam....asal ada pertandingan musabaqah al quran tak kisahla peringkat kebangsaan ke, peringkat antarabangsa ke, mesti lagu al quran akan keluor...antara bunyik lirik dia, al quran~...kitab suci qalam tuhan~...tak bertukor ek lagu dia?
  • musim haji
    masa musim haji pun sama jugak...kalo korang perasan la...tapi yang haji ni ada gakla aku tengok kepelbagaian lagunya...cam untuk salam baitullah kat tv1, diorang dah pakai lagu labaik nyanyian yassin...tapi untuk occasion lain, tetap jugak diorang guna lagu panggilan haji...lirik dia lebih kurang cenggini...panggilan haji...telah tiba lagi...tau lagu tu?tak berubah ek dari dulu?
tu jek yang aku dapat kesan sebab perayaan kita pun bukannya banyak...untuk perayaan lain, memang duk bersilih ganti la jugak lagunya...maulidur rasul bertukor-tukor lagu, ramadhan bertukor-tukor lagu, hari raya toksah cakapla..tapi yang peliknya, takde pulak lagu yang top untuk hari asyura dengan hari raya korban ek..sampai raya korban pun diorang duk bukak lagu raya puasa...tak boleh blah betul...

p/s: lagu-lagu yang kat atas ni, sampaikan adik aku yang baru nak hidup pun dah naik hafal...jadik memang tak mustahil le tu jek satu lagu untuk perayaan tu tak bertukor-tukor..takde ke komposer yang nak buat lagu untuk sambutan tu ek.....