Thursday, September 30, 2010

Selesai tag dgn jujur..

Alkisah

selama ni aku selesaikan tag stail ala-ala main-main jek ek...sian kat korang yang tag aku tu...takpe...kali ni aku selesaikan beberapa tag tapi tak secara main-main SANGAT ..ehem ehem...ok...kita pegi tag yang pertama dulu...ni tag contest dari budak rongak....jadik, aku join gak la contest ni walaupun tau takkan menang punya....contest dari cik princesqish


PrincessQish

syarat 1: bukti jadik follower

syarat 2: tema untuk blog

Blog ni nama dia gorengbaek...jadik aku akan menggoreng apa-apa aje yang terlintas kat dalam kepala hotak aku yang berjambul ni dengan cara yang amat style dan comel sekalik~~ biasanya semua benda yang aku cerita tu ilham dia datang dari apa-apa yang terjadik kat sekeliling aku....benda tu aku ada tulis kat header aku tapi dalam mode invisible....mesti korang tak pernah perasan kan??tak caya cuba korang highlight kan header aku tu dari gorengbaek ke bawah...mesti jumpa punya....aku cuba elak tulis pasal isu-isu yang dah bincang dalam berita...sebab cerita kat berita dah ramai sangat cerita...kita mestila jadik yang original...baru la chomel~~~

syarat 3: tag 3 orang

ok...part ni memang part yg paling aku leceh sekali...kalo aku tag tuan contest boleh tak???hehe....ok la...memula cik yanamib...walaupun aku tau ko malas...tapi ko tetap aku tag gak...

pastu ceceplos....walaupun ko lama tak online, tapi aku nak pecah rekod orang pertama tag ko....

lastly, aku rasa cik nabilah tak kena lagi tag ni....jadik aku serahkan tag ni kat ko la....

selesai...syarat-syarat contest tu kat blog tuan contest tu...aku malas nak copy...

Tag kedua dari ainz

Instructions :
Bold the statements that ARE true to you. Italicize the statements that you WISH were true. Leave the fibs alone.

* 170 cm tall.
* I don't know what I want at the moment.
* I'm not happy, neither sad
* I hate my friends.
* I hate my life sometimes.
* I hate my grades.
*I can drive.
* I'm bored of driving.
*I have white handbag.
*I love dancing
* I go clubbing every week.
* Shopping is bullshit.
* I have a tattoo of a star.
* I got my navel pierced.
* I have friends that take drugs.
* 90% of my friends smoke.
* I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
*I'm studying fashion.
*I have business running.
* I hate cartoon.
* I hate someone from my past.
* I have 10 Lollipops handbags.
* I buy CLEO every month.
* My parents don't know about my blog.
* I have an iPod.
* I don't have faith in the current "one".
* My school mates know about my blog.
* I wanted to be a fashion designer.
* I love rock emo bands.
* I hate it when people cancel last minute meet ups.
* I'm a rebel.
* I don't believe in love.
* High school's filled with drama.
* My parents have faith in me.
* I've bought shoes this month.
* A blogger bitched about me before.
* I hate sports.
* I heart Italian food.
* I hate meeting new people.
* I hate nail polish.
* The mother bear gives me hugs.
* People should start appreciating me.
* High school was the worst time of my life.
* I have red hair.
* One Utama is my second home.
* I'm a guy.
* I'm scared of my Biology result exam which I'm going to face someday tomorrow.
* I hate vacations.
* We'll last :)
* I believe in long distance relationships.
* I'm going to get high and smoke weed one day soon.
* I've robbed an old lady.
* I'm starting to like applying make-up.
* I was a tomboy.
* At times I think I still am a tomboy.
* I love bitching about people behind their backs.
* I still have a best friend.
* I have a cat.
* I hate surprise parties.
* I hate planning parties.
* I'm hot :P(kalo dia tulis cute, aku bold dua kali...hahaha)
* I'm a sinner.
* I've got a DS light.
* I have a Wii.
* I can't live without music.
* Video games are a waste of time.
* I miss the father bear.
* I love being in love.(T_T)
* I know how to cook.
* I have 100% freedom.
* Boys are assholes.
* I hate math.
* I'm happy with what I have.
* I love horror films.
* I slept in my parent's room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
* My old friends keep in touch with me.
* I don't read newspapers.
* The news is such a waste of time.
* Blogging is a waste of time.
* I hate animals.
* I can't live without make-up.
* I curse like a pirate.
* I'm happy with my 11 years old car.
* I hate people that are smart.
* I love Orange Juice.
* I can't drink for nuts.
* I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
* I've got a new phone.
* I'm going to get a new pair of shoes by the end of this month.
* I love swimming.
* I haven't worked out since March.
* I think I'm fat.
* I love my friends and family.

Then, tag 5 people to do the same test :

sape ada dalam kepala ek...
  • iwan dextrous
  • ukay
  • d tieah
  • trah
  • kak ros a.k.a mzrose

aku tak letak link sebab leceh...jadik faham2la ek sape diri anda...

tag ketiga

SECARA JUJUR, APA PERISTIWA PALING GEMBIRA PERNAH MENYENTAP KE DALAM HATI ANDA PADA TAHUN LEPAS?
tahun lepas??err....aku tak ingat....ahaks...


SECARA JUJUR, SIAPA YANG SENTIASA BERADA DI DALAM HATI ANDA SELAIN IBU BAPA DAN KELUARGA?
adik-adik dengan member-member


SECARA JUJUR, SEBUTKAN KENAPA ANDA MENULIS BLOG?
sebab dia bhest~~~~haha
aku tulis sebab aku suka nak melepaskan idea yang melambak-lambak ni kat mana...jadik kat sini la tempatnya...kadang-kadang ada gak nak lepaskan emo sendirik...tapi tu KADANG-KADANG la....

SECARA JUJUR, ADAKAH ANDA RASA DIRI ANDA BERHARGA?
ya...kerana diriku begitu berharga(baca stail iklan maybeline)...mistila..aku kan comel~~

SECARA JUJUR, APA CITA-CITA ANDA TIME KECIK2 DULU?
aku dulu sangat ganas...korang jangan terkejut lak...aku dulu nak jadik penjenayah yang profesional...takleh ditangkap...mana ntah datang idea tu...tapi kat kad kuning dulu tulis nak jadik doktor...ridiculous tul....

SECARA JUJUR, SIAPA YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN ANDA UNTUK DI TAG SEKARANG? SEBUT 5.
.

kena tag gak ke 5orang lagi..adeh....er...sape2 la yg nak...boleh kan cenggitu...dah kehabisan nama kat dalam kepala...huhu....

p/s: selesai 3 tag...gila panjang ko....terasa susah gak setelkan tag sambil chatting, mesej, dengan berborak...nasib jari aku pandai taip sendirik~~~

Tuesday, September 28, 2010

Cerita seram di hari selasa

Alkisah

Maka terebutlah kisah si Meon...lama aku tak cerita pasal Meon kat korang ek...mesti korang rindu kat dia...ok..sambung cerita...Meon ni memang ada satu perangai yang agak pelik...entah apa ke haruk ntah, tiap-tiap hari dia mesti pegi berjalan-jalan kat merayap keliling kampung...mungkin dia suka tengok keadaan masa tu...mungkin jugak dia nak perhati-perhatikan keadaan kampung...mana la tau ada orang curik getah sekerap ke, orang pecah rumah orang ke ek...tapi jangan salah anggap kat Meon ni..dia sorang pemuda yang budiman...tak layan pecah-pecah rumah orang ni...biasanya kalo dia nak apa-apa dia akan beli...dan kalo dia tak mampu, dia masuk buku tiga lima jek....

Maka berjalanlah si Meon ni pada satu malam...pada masa tu keadaan bulan pun ala-ala romantis gitu....berbalam jek cahaya dia...lepas tu diikuti dengan angin sepoi-sepoi bahasa...tak de pulak kata macam nak hujan sebab bayang bulan tu masih nampak...kira macam redup-redup manja gitu la malam tu....Selangkah jek Meon dari pintu rumah, dia dah mula rasa lain macam dah...dekat kawasan kubur yang jaraknya selan beberapa buah rumah tu, dia dah dengor bunyik anjing menyalak...aaaaauuuuwwww....bunyik dia....tapi dalam seram-seram tu, Meon masih lagi menenangkan hati dia yang gusar tu dengan berkata "Biasala anjing tu menyalak Meon....kalo dia mengaum ke..berkokok ke...memang patutla ko takut..."...Dalam keadaan berani-berani takut tu, Meon pun jalanlah jugak...almaklumlah ek...dah jadik kebiasaan dia...jadik tak patut la dia ikut sangat perasaan tu...

Meon pun berjalan la menghala ke arah lain...bukan menghala ke kubur tu...dalam diam-diam penakut gak Meon ni....tapi mungkin dia buat tour pusing satu kampung, kawasan kubur tu dia lalu last sekali la kot...maka jalanla dia keliling kampung....nampakla si Meon ni kutu-kutu rayau, apek-apek yang baru tutup kedai, pakcik-pakcik yang tengah berborak kat kedai kopi lagi...kalo diturutkan jiwa Melayu dia, nak aje dia join duduk kat kedai kopi tu...tapi Meon ni lain...dia pemuda ada jati diri...jadik dia pun teruskan perjalanan dia tu...lepas tu dia terus menuju ke kubur tu...tapi dalam perjalanan tu sempat jugak dia jeling rumah Cik Timah anak dara top kat kampung...gelap..."besok pagi jumpala kot..."kata Meon sorang-sorang...ada hati jugak si Meon ni kat dia...

Sampai kat kubur tu, makin galak bunyik anjing tu menyalak....lepas tu ditambah dengan keadaan sunyi...yang dengor cuma tapak kaki Meon jek...sekali-sekali ada jugak bunyik burung hantu menyampuk-nyampuk...saje nak bagi timbul feeling...Meon pun melangkah la masuk kat dalam kawasan perkuburan tu...tengah-tengah dia jalan tu, tetiba dia terdengor bunyik tapak kaki orang berjalan...perlahan jek bunyik dia....Meon toleh....takde apa-apa...dia jalan lagi, dengor lagi bunyik...takleh jadik ni...menyakat jek rupanya..kata Meon...dia pun tutup lampu picit dia..lepas tu menapak perlahan-perlahan...lepas tu nyorok kat balik pangkal kemboja kat kubur tu...bau harum kemboja tu menusuk hidung...harum...tapi berdiri jugak bulu roma Meon...lepas tu dia terdengor bunyik macam orang hembus nafas dengan keras...sekali-sekali terdengor bunyik suara macam berbisik..."Marilah ke mari....datanglah...berikanlah aku pertunjuk..."...perlahan-perlahan Meon menuju ke arah suara tu...dalam keadaan cahaya yang berbalam-balam...dia ternampak susuk lembaga hitam tengah pegang keris sambil mengulang-ulang ayat tadi...."Marilah ke mari...datanglah...berikanlah aku petunjuk...."

dan lepas tu dia dapat dengor ayat selanjutnya dengan jelas..."Bagilah aku nombor yang keluor first prize esok...."

p/s: Berjudi tu amalan salah ek...jangan korang buat pulak cenggini...

Saturday, September 25, 2010

Kalo terkena babi atau anjing, kita mestilah......

Alkisah

Apa agaknya ek jawapan korang kalo aku suruh isik tempat kosong kat situ??Ya~~~ tepat sekalik...korang mesti akan bubuh jawapan yang sangat kompiden....SAMAK!!! jadik korang-korang, aku nak bagitau la sikit ek...benda ni aku dah duk perhati dekat berzaman gak la....Apa kekdahnya pulak kalo korang terkena babi khinzir atau anjing, korang nak samak???meh sini aku bagitau korang apesal aku kata tak payah samak kalo terkena dua najis mughalazah tu...

kalo korang orang johor, belajor sekolah igama dulu, tak kisah la sampai darjah 3 ke...sampai darjah khas ke, lagi baik kalo korang pegi bukak balik kitab lama tu, buku ibadat....tengok balik maksud istilahnya ek...samak itu ialah membersihkan cebisan lemak-lemak dan daging-daging pada kulit binatang dengan menggunakan benda yang tajam macam tawas,cloeox,etc.....kan??korang tak percaya korang pegila tanya ustad-ustad ke, imam-imam ke....betul ke tak betul apa aku cakap ni...aku bukan apa...dah tahap teruk gila gaban dah penyalahgunaan perkataan ni...cuba korang bayangkan betul-betul ek...setiap kali kalo kita tersentuh anjing la katakan ek...kita mesti samak bahagian badan kita yang tersentuh tu....kalo ikut kekdahnya, aje ke gila ko nak lapah kulit, buang cebisan lemak dan daging kita....erk....sakit ko....kang kalo orang tuduh ugama islam ni ugama kijam korang marah...padahal korang yang salah guna istilah ek....jadik, nak menjaga martabat kita, jaga status sebagai umat islam yang takla nampak sangat bongok dikonon-kononkan orang, dan tak menjatuhkan air muka negara kita sebagai presiden OIC(jangan sekadar oh i see)..betulkan la istilah tu eh??

jadik long, kalo dah samak tu salah, apa istilah yang betul??istilah yang betul tu adik-adik, ialah sertu..tengok sini aku caps kan itilah dia...SERTU...iaitu...rasa takyah la aku nak cerita cara sertu tu sebab korang pun maklum cara nya ek...aku cuma nak membetulkan istilah tu...takdela nanti, masa nak ngajor anak-anak besok, bila ditanya, mak/pak, mak/pak...kalo kita terpegang babi khinzir atau anjing, apa kita kena buat???lepas tu korang dengan penuh hensem/cunnya jawab...oh...samak la....dah tu kalo anak tanya cemana cara nak buat tu mak/pak??ko pegi tengok bukuk igama kat gobok tu....sekali anak yang suci bersih tu pun baca...samak=lapah kulit sampai takde tinggal daging atau lemak...sekali kalo budak tu terlanggor la anjing ke tepi jalan...dia pegi praktikkan pulok...hah!!!masa tu nak salahkan sape???cikgu sekolah yang tak ngajor??bukuk yang ngajor benda tu???ke nak salahkan diri sendirik yang tak peka???jadik, betulkan la ek...

mesti korang tertanya-tanya apesal la aku beria-ia nowh marah pasal ni....sebabnya, aku terbaca satu artikel kat sok kabo...ada la sorang ni tanya kat ustad tu....perlu ke kita SAMAK pinggan mangkuk kita kalo kita duduk serumah dengan orang kapir....lepas tu ustad tu pulak boleh jawab dengan jawapan yang ala-ala sama....kita perlu SAMAK pinggan mangkuk tu....dan bila aku baca, apela bengong orang yang tanya soklan tu dan orang yang jawab soklan tu....nama ustad...tapi benda hukum cenggitu boleh silap...kalo dah tersilap tak nyusahkan orang takpe....kalo dah sampai satu peringkat, jadik masalah cemana???kan??

p/s: teringat masa sekolah igama dulu...aku gelakkan orang yang salah guna perkataan samak...lepas tu buat lawak pasal cemana kalo pegang najis mughalazah kita samak...sekali bila dah duduk alam luor, lawak aku tu jadik perkara yang serius beb~~~

Wednesday, September 22, 2010

Apa ko rasa long???

Alkisah

Entri pasal emosi sendirik...tapi takyah la korang riso...takde nya entri berbau-bau cintun yang hapak dan tengik....just entri nak cerita pasal apa yang aku rasa lepas membujang balik takde terikat kat mana-mana endut..entri ala biasa-biasa jek kot...

Selalu orang kata ek...kalo lepas jadik single kembali ni, ada jantan yang duk merana meratap frust menonggeng setonggeng-tonggengnya la...almaklumla ek harapan tak kesampaian...ecewah....*aku geli-geleman*

ada orang yang suka gembira....maklumla....endut sebelum ni memang kaki kontrol(bukan kontol ek cik yana mib...bahaya perkataan tu), kaki kikis ke, kaki cagu ke....macam-macam kaki la....tapi korang janganla pikir bekas endut aku cenggitu....tak...dia baik.....sempat lagik puji tu....dah...jangan lebih-lebih bau-bau cintun tu...kang aku muntah kang...

tapi kalo orang kena masalah macam aku, memang kompem la frust menonggeng gak la....nak jek nyanyi lagu "dia" sebab ada kena mengena...tapi tu lagu kak pojiah letip....aku ni jantan...buruk benor bunyik kalo aku nyanyi lagu tu....jadik aku tak nyanyi....aku nyanyi lagu lain...hahaha....

tapi sebab paksa rela, kitorang tetap la kawan baik...orang kata, kalo bekas kapel, jadik kawan baik bukan boleh percaya....sebab dah terbiasa bersayang-sayang dulu, silap-silap terbabas lagik sekali...tapi aku tak kot...sebab memang kompem tak guna nak rujuk pun....sebab...korang kena find out la....hahaha....nak taknak ko kena gak dengor lagu kak pojiah letip tu....

ada gak la beberapa orang yang tau cerita penuh....diorang tanya gak la....habis,...aku malas nak tulis....jawapan dia ni ek korang semua...aku penat la nak jawab...jadik aku tulis kat sini...supaya takyah tanya-tanya lagik....aku rasa biasa jek....sebab apa ek...sebab, aku kontek gak lagik...masalah cerita gak kat dia...dia pun cerita gak masalah kat aku....macam dulu-dulu gak...just nak bersayang-sayang tu dah takde la....abis tu takkan ko tak rasa sunyi long???sebelum ni kan ada endut yang selalu teman-teman ko...takde pun rasa...rasa bosan tu ada la...sebab lepas ni nak kena ngorat orang dari start balik...kalo dulu, bila datang angin senget nak ngorat tu, aku terus jek ngorat endut sendirik...skang tak dapat la lagik....

lagipun sebelum-sebelum ni pun aku jarang gak jumpa dia....maklumla...yang jantannya ada kat melaka....kekadang ada kat muor....dia ada kat kelumpo...kadang-kadang kat ipoh....kekadang kat aloq staq....sekali-sekali jek jumpa....lagipun hobi aku kan mencuci mata dan beramah mesra..jadik tak rasa sunyi sangat....sampai skang tu still lagi hobi aku....just rasa malu tu lebih sikit la....hehe~~~
PERINGATAN ek....jangan korang coba-coba nak ngorat aku skang...sebab aku akan cepat termalu-maluan nanti....ahaks~~~

jadik, bagi korang yang rajin nowh nak nanya soklan kat atas tu kat aku, tu la jawapan dia....reti???ke ko nak aku ulang lagi???ni jawapan dia....korang scroll balik ke atas pastu baca balik entri ni.....aku memang pemalas nak buat pengulangan.....aku tak rasa marah kat bekas endut aku pun...sebab dia tak buat aku sakit ati...aku pun tak...just amat marah pada orang yang membawak mulut tu....memang aku rasa nak buat sumpahan jek...pakkal la aku ni penyabor orangnya....kalo tak, nak aje aku tomoi-tomoi kan mulut jamban tu....

p/s: yang dah jadik tu jadik la...hidup jalan terus...serius sakit gak rasa...tapi aku dulik apa...skang sape rasa-rasa nak masuk list calon aku ek....nak fotostat borang ni....hahahaha~~~

Tuesday, September 21, 2010

Cak??? rindu kite tak???

Alkisah

sebelum aku start, aku nak quote entri bloggers yang kalo lama tak online pastu buat comeback....

  • Fuhhhh!!!Fuhhh!!!lama sungguh tak update blog yang dah berhabuk ni.....
  • Salam para pembaca....akhirnya aku muncul kembali lepas lama menyepi
  • hai korang!!!rindu aku tak???rasa macam dah lama tak update blog...*wink(tiru cik yana mib...tapi jangan salah faham..dia tak buat cenggini kot~~~)
  • setelah *ehem ehem* minggu aku tak update...akhirnya datang semula mood berblogging...
ehem ehem....takde tujuan apa-apa sebenornya aku quote perndahuluan tu...just tak bet rasa typical guna stail yang sama buat pendahuluan nak buat comeback.... jadik terima lah pendahuluan aku untuk comeback...

"..................."

takde idea....adehh..takpe abaikan...benda tu tak penting pun...

okeh...pasal kes entri lepas, masalah semua dah selesai kot....jadik aku dah boleh buat entri secara gumbira....masalah broadband, mekasih kat encik cecep....setel.....duit makan, mekasih kat encik cecep.....setel...banyak lak budi dia kat aku...haha...apa guna adik kalo tak dibuli...ye tak???jangan salah anggap ek....aku tak buli dia...dia memang nak tolong....kalo aku senang pun aku tolong dia...kitorang adik beradik memang kasih sayang tinggi...tu yang sentiasa comel dan muda rumaja tu...haha....

lepas tu, masalah rumah tangga tu...errr....bior la...kang keluor entri emo kang...lagipun ramai jek aku tengok geng-geng bloggers lalu benda yang sama...takkan  nak tangkap feeling lama-lama kot...aku kan rock...kalo rock, jalan terus....tul tak???ehem ehem...jangan ingat aku rock tak reti sedih ek...aku rock pun dalam hati ada taman kot~~~kalo tak, BPR tak buat lagu harum subur di hati...ek??

panjang gak mukadimah aku tadi...kembali pada poin...dah lepas raya, dah balik melaka, dah masuk balik kat dalam rumah sendirik, dah start belajor, jadik mula la guna otak secara aktif balik...jadik aku dah mula perasan yang lepas cuti, lepas dah makan ketupat dengan kuih raya banyak, minum air sirap bergelen-gelen, otak aku jadik blank bila masuk kelas...benda alah yang lecturer cakap kat depan pun aku rasa macam bahasa alien...muncullah hikayat mahawangsa kat dalam otak aku..."arakian, apakah gerangan yang dimaksudkan oleh tuan hamba semasa berbicara panjang lebar dengan hamba sebentar tadi???hamba tidak faham sepatah haram pun perkataan yang diucapkan itu...."korang faham-faham la ek....lama balik muor, kat muor bercakap loghat muor yang memang totok, sampai-sampai jek Melaka, semua hentam guna bahasa bandor balik dengan aku....hambik ko....makan masa gak la nak encrypt perkataan tu sepatah-sepatah.....jadik, pada korang-korang yang bercakap dengan aku tu, jangan terkejut kalo aku reply pertanyaan korang lambat ek...

lepas tu, tahniah buat cik fiezah91 sebab dah rujuk balik dengan sayang ko tu...tu jek ucapan untuk ko....lepas tu tahniah gak untuk cik d_tieah sebab dah tukor layout baru...memang pandai ko nyusahkan aku nak carik kat mana aku nak komen....haha....tedah kamik....lelah mok mencarik cnei link komen ya tauk sik???ehem ehem...kembali ke bahasa melayu riau...

aaaaa.......aku dah taktau nak bebel apa....yang kat atas ni tadi semua aku tulis jek apa yang terlintas....jadik kalo keganasan tu berterabur dan tak bersusun tu, harap korang pandai-pandai la susun sendirik ek??

p/s: korang rasa kalo aku pecah rekod sendirik buat entri emo, sesuai tak???aku rasa gonjeng gile babi khinzir dowh~~~ dari entri sedih jadik entri emosi lain nanti...

Thursday, September 16, 2010

Entri yang pendek dan ringkas

Alkisah

Aku cuba menaip sepanjang yang mungkin la ek.....bukan apa....mood nak online ada siki terganggu la pulak kan....ada la sebab-sebab tertentu....antaranya


  • kang takdek....korang jangan ingat aku student, aku dapat duit raya ek....takde maknanya.....keadaan semenjak dah masuk umur ehem ehem ni, kalo beraya, memang takpat duit raya....kena keluorkan lagi duit adala...jadik...secara otomatiknya poket aku terasa ringan sentiasa~~
  • masalah rumahtangga ehem ehem...masalah dalaman privacy...jadik mood aku nak menulis dengan nada hepi tu agak kurang la ek....nada emo jek lebih...tak mau tak mau tak mau~~~~  terjejas kecomelan aku...
  • encik berok aku problem...kerana encik komunis(korang dapat tak ni??marxist=komunis) dah kerat line aku...paham jela ek....pok kai....tak bayor lagik...
  • lagi satu, aku ni agak manja sikit...nak update blog ke, blog walking ke.....best pakai tenggiling gak.....sebab view dia lagi besor....keyboard dia lagi best nak picit-picit...touchpad dia syok nak main gosok-gosok....body dia lagi panas kalo pegang....ehem ehem....dah...takleh lebih-lebih...nanti orang pikir lain lak
p/s: 1.  panjang gak entri pendek aku ek....dah nama pun rajin membebel...nanti-nanti aku dapat online kat tenggiling, aku blogwalking dengan update best-best sikit ek~~ sori korang...
2. secara purata masa aku menaip entri nisama lama dengan entri panjang yang aku taip...sebab notebook cik miamans ni sangat menyusahkan aku button dia~~~

Tuesday, September 7, 2010

Benda yang amat berat

Alkisah

ehem ehem....sempena hari baik bulan baik yang bakal tiba ni, aku nak buat la satu ucapan...benda yang amat berat aku nak buat sepanjang-panjang tempoh setahun ni...masa ni jek kot yang aku boleh nak lepaskan habis-habis ucapan ni....

sebenornya benda ni jadik berat pada aku disebabkan beberapa perkara:
  1. aku memang takde buat salah kat orang...orang jek yang selalu anggap aku buat salah kat orang...jadik perkara tu jadik salah...
  2. aku mengeluarkan pendapat yang jujur dari hati aku dan orang tak dapat nak terima...jadik ko faham-fahamla ek...bak kata pepatah orang-orang hensem dulu-dulu....terlajak perahu boleh digostan...terlajak kata tak sempat nak kemam....lagipun almaklumla....kalo terkeluor cakap depan-depan tak sama dengan apa yang aku tulis kat dalam blog atau apa yang aku komen...sebab kalo tulis, yang mana rupa "alamak terlebih suda" bak kata Stacy tu, boleh la aku delete-delete kan...bila tang depan-depan ni, sama ada aku terus cakap mintak mahap(memang aku takkan buat punya...menjejaskan kecomelan aku jek.) ataupun aku buat muka tak berdosa jek disulami dengan muka comel..supaya korang tak terasa sangat....ehem ehem...adik-adik...jangan diikut perangai ni ek...
  3. aku diajor menjadik sorang yang transparent....kalo suka, aku cakap...kalo tak suka, aku diam...tapi kalo ko tanya, tanpa rasa segan silu aku cakap...tak kisahla kalo ko terasa ke tak....tu pun memang jadik berat gak...sebab apa ek..sebab yang ko pegi gatal-gatal suruh aku cakap gak kalo aku taknak cakap sape suruh....tanggungla sendirik beb....
  4. pada geng-geng jantan yang dah jumpa depan-depan, aku ni bersikap ramah mesra dan penuh dengan guro senda....dah tu kalo orang tengok pun reaksi mesti "alalalalala cutenya dia~~~".....jadik kalo mana-mana awek yang korang target tu tetiba jek jadik ramah tamah mesra dengan aku tapi bila dengan korang tu dia buat dek jek....tu bukan salah aku ek...aku tak berdosa....mereka-mereka yang suka nak layan aku....takde pun istilah kata orang tua merenyam....lagipun aku ni dikira muda rumaja lagi apa.....hahaha
  5. lagi satu tang ko terasa tak tentu pasal...dahla aku taktau ko terasa...lepas tu ko simpan sorang-sorang, nyampah dengan aku diam-diam...cemana la ek korang nak harap aku mintak mahap kat korang kalo aku sendirik pun taktau aku buat salah kat korang....aku just jadik diri aku...aku cakap apa yang aku rasa best kat diri aku....lepas tu aku buat apa yang paling syok aku nak buat....dah tu yang ko tangkap feeling lak kat amenda yang aku buat tu pehal....dah tu feeling sorang-sorang....sador-sador tengok aku bertangkup jek muka....muncung panjang sedepa....bibir terjuih jejak lantai...sebab aku taktau jadik takleh la nak cakap aku ni perangai taik ek....lainla kalo ko dah cakap dengan aku....contoh macam "long...aku tak suka la ko cute sangat....lepas ni aku tak kira...ko kena kurangkan sikit tahap kecomelan ko tu"...tu mungkin kot aku buat....kalo tak menjejaskan keseronokan aku....eheks.....tergelak manja pula~~~
  6. lepas tu untuk adik-adik dan kawan-kawan yang rapat nowh dengan aku...disebabkan korang rapat gile...jadik aku memang tak de langsung cakap mintak mahap...tak caya tanya la cik miamans dengan encik emy cecep....gaduh-gaduh, buat diorang sakit ati, pastu aku buat dek jek...diorang pun sama gak dengan aku cenggitu...tapi resmi aku biasala..skang sakit ati...pastu lantak ko la malas aku nak pikir....besoknya lepas tido...dah lupa dah...kembali seperti biasa....member-member rapat pun cenggitu gak...tapi aku taktau lak apa yang diorang rasa....
Jadi, bagi keenam-enam kategori tu, dan jugak termasuk ko, ko, ko dan ko yang tengah tersingai-singai tu...aku nak ngucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...mahap zahir dan batin...dari hujung rambut yang terjongkit ni, sampaila hujung jari kaki aku yang comel lote ni...yang mana tersengaja makan, tersengaja amik, harap dihalalkan....mana tau lepas ni turn korang pulak merembat barang aku.... lepas tu...peringatan bagi yang dah kije dan menjadik dewasa tu...fitrah dah bayor belum???rm7 jek kot bagi Wilayah persekutuan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya....kat Melaka dengan Muor dalam rm6 jek kot...kan???

Tahun ni, disebabkan aku takde kampung lain.....makbapak aku orang Muor....aku pun orang Muor...jadik aku beraya kat Muorla...sesapa yang rasa-rasa mcam dah jumpa rumah aku kat mana tu, reti-reti la datang beraya ek...tu pun kalo aku tak ikut konvoi pegi mana-mana....

p/s: cuba korang bayangkan aku mintak mahap dengan mak bapak aku guna stail ni....rock sungguh aku ek....silap-silap kalo tak kena penyigong bugis, penapak leman diorang bagi aku....

Sunday, September 5, 2010

Penyelesaian yang agak bijak

Alkisah

Sebenornya aku just nak cerita pasal  tag yang aku sangat "rajin" nak buat...nak-nak sebab tag ni membuatkan aku terpaksa bubuh gambor aku yang comel lote ni secara public..ehem ehem....memang aku berat sebenornyha nak bubuh....bukan apa...gambor tu terlampaula comelnya sampai kalo upload jek, mesti part muka tu undefine....mesin anda tak boleh membacanya...ehem ehem....maka, aku letak la gak....semata-mata sebab tag yang dibagi oleh cik d_tieah dan cik"gu" ieQa sweetluv(cam tak caya ek....2orang tag aku benda yang sama....macam ada maksud tersirat jek tu.... :p)..jadik cengginila....akupikir penyelesaian yang agak bijak nak setelkan tag ni...ehem ehem...

mula-mula la ek...tarikh tutup penyertaan contest ni adalah besok...jadik aku taknak join, maka biarlah saje ia berlalu pergi.....syabas.....mahap pada tieah dengan ieQa....jadik aku hadiahkan korang dengan gambo aku setelah di alter secara sepenunya....korang tatapla puas2....ahaks....

korang find out la mana rupanya aku tu...hahaha~~~





Saturday, September 4, 2010

Jom kita bekerjasama

Alkisah

Sejak entah berapa lama entah aku start berblogging..akhirnya sorang demi sorang orang keliling aku pun mula terpengaruh lepas tengok Gorengbaek ni...bukan aku berlagak bagus...blog aku pun tak kurang taiknya kot kalo nak compare2 dengan kebanyakan member-member yang melawat kat sini...korang kebanyakan lagi senior...aku pun dah beberapa kali jatuh bangun dah dengan blog terchenta ni...tapi dengan penuh setan dan tahap kecomelan tahap gaban aku, aku dah pengaruh diorang supaya buat blog sendirik...bukan apa...sebab aku ni sangat "rajin" nak blogwalking, jadik aku suruh diorang ni buat blog...kurang lebih, aku terjah terus blog diorang...hahaha(ketawa tak tentu pasal)...

ehem ehem....sebenornya aku just nak cerita yang sorang budak kecik kat rumah aku ni merangkap adik aku...budak yang tak berapa comel kat rumah ni pun dah terpengaruh berblogging....mula la arini 4 September 2010 bersamaan dengan 25 Ramadhan 1431(serius aku tgk kalendar 3,4 kali nak kompemkan) dia dah publish post memula dia....haha...bertambah la blog yang aku nak terjah nanti...sambil-sambil aku promote blog dia ni....wei cecep!!!komisyen nnt ko kena bagi kat aku ek....kalo tak aku luku ko...ngahahaha

aku sendiri tak pegi melawat blog dia lagik....yang kompemnya loghat dia takla sepekat aku...almaklumla..dia lahir zaman bandor....aku lahir zaman kampung lagik kot....sape-sape yang rajin nak lawat blog dia, klik jek kat siiiiiiiiiiniiiiiiiiiiiiiiiiiii......tetiba jek aku rasa macam persaingan avatar the last airbender lak...abangnya dah pakai tema dengan webpage api...adik lak air...macam pertarungan firebender dengan waterbender lak...ehem ehem....aku terkeluor tajuk lagik....

senang kata tu jek la post aku....semata-mata nak mempromosikan secara percuma blog budak kecik tu....lawat  le kalo nak lawat...walaupun dia belum rekod lagik promote blog aku kat member-member dia...cait...terjejas sikit kecomelan aku...ehehehe~~~~

p/s: Beruntung korang ek aku tolong promote blog korang....masa aku dulu, takde sape nak promote....kena buat cara tradisional kot menapak dari blog ke blog pastu buat muka tak malu jek komen kat blog orang...dah la stail macam dah kenal lama jek...ek???hahaha~~~~

Thursday, September 2, 2010

Cerita saksi pembunuhan


Alkisah

Start la cerita masa lepas berbuka tadi, aku pun tertido la sebab semalam dengan penuh bergayanya aku tak tido satu malam....makkumla masa sahur dah amik kopi, aku tambahkan lagi dengan pepsi... ambik kao....badan letih mata macam torchlight terang dia...bulat berkilat-kilat taknak tido(walaupun kalo nak kira mata aku ni sepet gak)....tapi apa lobangnya aku tido dengan apa aku nak cerita ni???sabola...tu baru mukadimah dia...cerita takde mukadimah kang jadik cerita gopoh lak....ek??

dalam sedap aku melayan keenakan tido, tetiba aku dikejutkan dengan suara lunak merdu en.luya menjerit-jerit dengan nada cemas..."long!!!tipu long!!!ko pindah katil sana...aku ada benda nak buat..." aku pun pelik gak apa kejadahnya en.luya ni....sampai terganggu tido yang indah aku...dahla baru 2jam aku melayari bahtera mimpi yang membawa aku kelembah bahagia di susuli dengan keindahan malam yang meniupkan angin sepoi-sepoi bahasa....aku dalam keadaan empang empang alang ternampak encik luya tengah berdiri kat muka pintu bersama-sama dengan senjata pembunuhan...sambil dia menyelerakkan bilik.....aku dah mula naik seram dengan keadaan tu....lepas tu dia pun panggil en.Uk bersama-sama jadik partner in crime dia...aku tak sanggup nak ikut sebab aku dah bertobat dari melakukan perkara-perkara keji tu...lagipun mangsa kejadian siap dah menyorok kat belakang kaki aku dari awal-awal lagi...

lepas tu tanpa diundang, en.luya menjerit lagi...."UK!!!ada dua ni....cepat dowh cepat dowh sambil dia menghentak-hentak kan kaki macam orang tak tahan nak kencing lagaknya....lepas tu secara tetiba dia meloncat-loncat berjoget-joget macam orang kesaruk hantu...mulut en.luya menghamburkan ayat-ayat yang indah didengari..menunjukkan keganasan dia..."aaaaaaa!!!!!babi!!!!!khinzir!!!!!mana dia tadi??mana dia tadi???"...macam gitulah jeritan dia tanpa belas kasihan...lepas tu encik Uk pun mengambil senjata pembunuhan dia dan menghentak kepala mangsa yang pertama sampai berkecai...tak cukup dengan tu, dia siap henyak-henyak mangsa tu sampai lunyai...sungguh tak berperikemanusiaan....lepas tu en.luya terperasan mangsa kedua...mungkin dia taknak tinggalkan saksi agaknya..dia mengejar mangsa tu sampai takde tempat dah mangsa kedua nak melarikan diri....habis dia kembor tilam, katil, gobok dan yang seangkatan dengannya sampai dia jumpa mangsa kedua menyorok disebalik beg en.Uk dan tenggiling aku....terus dia hayunkan senjata pembunuhan dia...tak berjaya...mungkin sebab en.luya rasa takut-takut nak membunuh mangsa kedua ni....ataupun tenaga dia tak cukup sebab dia hayun dari atas tempat yang tinggi...mungkin dia takut mangsa kedua tu menangkap kaki dia....

dan sekali lagi en.UK datang dengan senjata pembunuhan tu, menghentak kepala mangsa kedua tanpa belas kasihan....selepas selesai dengan pembunuhan kedua-dua mangsa tu, dia pun mencampak mayat kedua-dua mangsa ke tingkat bawah blok kitorang....dan sekarang ni aku berasa dalam ketakutan sebab just aku jek saksi pembunuhan yang tinggal...aku tak berani membawa perkara ni ke mahkamah sebab diorang pandai menyorokkan kesalahan diorang tu.....

suspek pertama

suspek kedua

senjata pembunuhan



mangsa semasa hidupnya...

p/s: cenggini la kalo jadik bila orang tengah empang-empang alang buat cerita + dengan takde idea nak update + malas nak jawab tag...hehehe...jangan mare ek~~~~