Wednesday, January 18, 2012

No Wikipedia? what will happen?

Alkisah

tadi aku tengah membuat aktiviti harian aku iaitu membukak wikipedia dan membaca semua benda dan mencarik info pasal novel-novel klasik yang aku baru beli aritu...dan secara tetiba, aku ternampak mesej ni...


nasib baik diorang suspend hanya untuk 24jam...tetiba aku terpikir...cemana kalo tetiba wikipedia ni di suspend selama-lamanya?ada tak kemungkinan manusia akan menjadik lagi bangang?tak pun bukan wikipedia la...google yang dah takde...cam menarik kan dunia time tu??hahaha...

p/s: aku tak tulis dalam point sebab topik ni takde elaboration...hehe...

Monday, January 16, 2012

Penyampaian baucar 200 pada mahasiswa...aku perhati...

Alkisah

isu ni kalo nak diikutkan dah kira basi la ek...tapi disebabkan hari ni baru aku dapat baucar tu, so aku nak cerita arini...taknak cerita hari lain...kalo nak diikutkan susunan hari dia, hari semalam, mak-mak bapak-bapak dah dapat 500 yang dijanjikan tu...dan hari ni kitorang yang student-student ni baru dapat baucar yang bernilai 200 tu...sebelum aku menceceh, aku nak cakap terima kasih dulu sebab dah bagi..ok..dah cakap terima kasih, barula boleh ngutuk...meh aku nak cerita apa yang aku sempat terperhati dan terpikir pasal baucar ni...

  1. bila ada sumbangan jek dari kerajaan, aku tak faham...kenapa mesti ada majlis-majlis besor-besor?pastu nak kena ada media...tak kira la media mainstream tak pun media kolej...tak boleh ke dia bagi jek macam bagi slip exam tu?takde nak serahkan baucar replika la apala...kalo tak kaco time lecture takpe la..ni dah kaco time lecture...datang lambat lak tu...ingat kitorang tak bayor ke...hish...

  2. pastu kat dalam majlis tu, mesti ada bagi ceramah-ceramah lak....halamaaaakkk...nak bagi, bagi jek la...nak main ceramah-ceramah lak...benda yang patut boleh setel beberapa jam jek dah kena ada extend beberapa jam lagi....dahla kaunter bukak sampai pukul 4 jek...

  3. dah tentu yang aku tak faham, kenapa dalam ceramah-ceramah tu mesti nak ada bodek orang besor-besor?ni toksah cakap kat majlis ni la...kat majlis memana pun aku tengok mesti ada bodek-bodek...bukannya kalau kita bodek tu dia bagi tambahan ke apa ke...sama jek banyak tu dia bagi...

  4. ni satu lagi benda yang memang aku tak pernah berkenan..kenapa nak kena tekankan ingat jasa, ingat jasa...ni memang benda yang paling aku rage...patut aku yang tekankan...ingat janji...kitorang tak mintak...korang yang janji..dah tu jangan nak samakan dengan jasa pulak..tu tanggungjawab korang...benda ni aku dah menceceh panjang dah kat entri mana ntah aritu...meletup sifat rebel aku...mula aku rasa macam diorang bagi tak ikhlas jek...

  5. mungkinla diorang suka nak ada majlis ke, apa ke...ok fine...nak berucap, berucapla sampai lebam..tapi aku tak pernah tengok majlis yang bagi can kat kitorang berucap...bagila kitorang yang hina dina ni berucap...dan aku nak tengok gak sape jantan-jantan melayu ke, pemimpin kolej ke yang berkonek berani cakap depan-depan kat diorang?kan?

  6. ni satu lagi...petikan dari ceramah-ceramah yang berjela-jela tu...diorang kata pelajar ni jam kena bersyukur sebab tak rasa susah cam dulu...kena kije nak support semua...tak mewah duit cam student ni jam...meh aku bukak mata kat orang-orang yang buat aku nak melambung ni....tang mana yang kitorang mewah pun aku taktau...buat pinjaman, sahla kena bayor..nama dah pinjaman...satu sem, 3000 yuran pengajian+600 yuran lain-lain tak masuk asrama...sebulan dapat 530, satu sem, 4bulan...so kiranya yuran lain-lain tu kitorang kena bayor 150 sebulan...sewa rumah, api, air, streamyx, gedebak gedebuk 200 sbln...baki 180 tu la untuk makan...tu tak tolak duit buku, duit photostat, duit kertas bla..bla..bla...tolak tambah kali bahagi, tinggal 50 untuk sebulan bersih untuk makan jek...hoi!!orang kije buruh pun dapat lebih la....sape kata kitorang mewah?

  7. pastu masuk balik baucar..bagi kitorang baucar 200...4 keping baucar 50...buku aku satu subjek dah 190...kalo aku taknak beli pun,baucar tu bukan boleh guna untuk beli benda lain pun...tak ke jebeng...marah betul aku...

 tapi apa-apa pun...terima kasih la sebab bagi..walaupun baucar tu just boleh guna kat tempat-tempat tertentu jek dan boleh guna sampai 31Mac jek, aku secara jujur akan cakap yang mungkin aku akan cuba fikirkan cemana aku nak swindle bendalah tu...jangan salahkan aku ek...


p/s: mungkin diorang lupa kot...student pun dah layak mengundi...oppress la lagi...

Sunday, January 15, 2012

Entri pendek dan benar..

Alkisah

aku rasa aku dah makin kehilangan kreatif kontrol...makin lama aku duduk kat bumi berTuah ni, aku punya kreatif kontrol makin hilang...kena balik Muor la...recharge balik...korang rasa?

p/s: aku boleh pikir 3000 tajuk tapi aku hilang kebolehan nak olah...tak ke cam sial tu....

Monday, January 9, 2012

Aku nak tengok benda ni jadik kat Malaysia

Alkisah

Dah macam-macam aku tengok benda yang terjadik kat sekeliling Malaysia ni...dari satu negara yang rakyatnya berfikiran tradisional, sampaila sekarang kebanyakan orang bersifat mempertahankan hak individu...jadik, aku dah tengok banyak perhimpunan, aku dah tengok banyak speech, aku dah tengok banyak drama dan aku dah tengok banyak pembangunan...sekarang ni aku teringin sangat nak tengok benda ni jadik kat Malaysia...korang rasa akan jadik ke tak?

  1. aku dah bosan tengok perhimpunan tunjuk perasaan...aku dah bosan tengok perhimpunan aman..dan aku pun dah bosan nak tengok perhimpunan Agung...jadik, aku teringin nak tengok sorang individu berdiri kat tengah orang ramai dan nyatakan hak dia secara terus...tak pun cakap apa yang dia nak cakap...takde perhimpunan, takde pekik lolong, takde bakor-bakor...hanya berdiri dan cakap sesuatu yang boleh membukak minda orang keliling...korang rasa akan jadik tak?
  2. aku pun dah bosan tengok puak ni sensitif dengan isu cenggini...pastu kaum tu sensitif dengan isu cenggitu...pastu kelompok nun terasa dengan statement cengginun...jadik, aku teringin nak tengok satu period yang takde sape nak sensitif dengan sesapa dan korang boleh terima atau tolak pendapat orang lain secara terbuka...nak lagi best, korang boleh berdebat sesama sendiri, takde retailing aksi tumbuk menumbuk dan takde aksi-aksi mengumpat belakang....takde sape menang dan takde sape kalah...just utarakan apa yang dirasakan valid, sape nak terima, terima...sape yang takleh terima, blah..boleh tak?
  3. aku dah bosan dengan orang-orang yang masih lagi berfikiran sempit tapi mengaku diorang berfikiran moden dan terbukak...diorang mengaku yang diorang ialah manusia bertaraf PhD dan apa yang ada dalam kepala diorang ialah fakta yang sebenor-benor fakta dan apa yang orang cakap semuanya salah..tapi end up diorang tetap amaze dengan apa yang orang lain buat macam budak tadika yang baru nak kenal dunia tapi still cakap yang orang-orang yang buat diorang amaze tu hanya ketereran secara kebetulan walhal diorang hape pun takde lagi...aku terasa macam nak tengok satu period yang orang boleh terima buah fikiran orang secara terbuka, boleh timbangkan satu idea secara total dan cuba untuk praktikkan idea tu walaupun idea tu memang tak masuk akal langsung dan jadikkan idea tu satu kenyataan...untung tak untung kita dapat maju kedepan dengan lebih pesat lagi...korang rasa boleh tak?
  4. aku bosan tengok TV dan benda-benda yang berskrin...aku teringin nak sampai zaman yang kita ada kebolehan tak terhingga tanpa bantuan gadget-gadget yang separuh masak ni...
  5. aku bosan tengok orang bercakap macam-macam pasal orang tu, orang ni...bukak pekung orang sana, bukak pekung orang sini...aku bosan tengok orang bercakap dengan nada nak bermusuh dengan orang lain...aku teringin nak tengok keadaan orang berani mengaku pekung sendiri dan orang tu boleh dimaafkan dan diterima dalam society...boleh tak?
  6. aku bosan dengan orang yang tak habis-habis salahkan Tuhan dalam kehidupan harian dia...tak dapat awek, salahkan jodoh...tak dapat kije, salahkan takde rezeki...dapat suey, salahkan takdir....jadik benda yang tak patut, salahkan qada dan qadar....aku teringin nak tengok satu zaman yang orang terbukak minda dan perasan yang Tuhan dah campak semuanya kat dunia ni...dan dia bagi kita satu tugas untuk capai semua ni yang diberi nama USAHA....dan kalau tak dapat, bukan salah Tuhan tapi salah kita sendiri yang tak reti nak carik....korang rasa akan dapat tak keadaan manusia yang tak berfikiran ala Dark Ages ni?
aku rasa cukupla aku lepas hangin aku parat tu....kang aku tulis lebih-lebih, blog ni jadik HHD lak...jadik, persoalannya, korang berani tak?

p/s: jelak aku tengok apa yang jadik ni jam....

Thursday, January 5, 2012

Aku bukan old fashion..fashion yang tak capai permintaan aku...

Alkisah

Dah selalu dah aku dapat ayat dari orang..."Long, Tenggiling ko ni laptop zaman tok nenek ke hape ni...mana ada orang pakai Travelmate 4120 lagi dah...outdated dah..."..."Long, ko pakai K770i lagi?orang skang dah main handphone touchscreen la..."..."Long, ko dengor Klasik FM?ni zaman moden...orang dengor Era la...tak pun HotFM.."..."Long..ko pakai Adidas 10-5004 lagi?tu dah vintage la long..."...aku pedulik apa kalo korang nak kata aku old fashion ke apa ke...aku sayang reta aku dan aku memang jaga benda-benda tu kaw-kaw punya...bukan aku taknak ikut trend korang-korang ni...tapi pada aku, fashion sekarang ni tak memenuhi permintaan aku...sebab tu aku tak tukor lagi barang-barang vintage ni...nak tau apa permintaan aku?meh tengok...

  1. kenapa aku tak tukor dari Tenggiling pada IPad ke, laptop baru ke...selagi hardware developer tak keluor kan laptop yang bila aku bukak jek, dia terus siapkan assignment ke, terus siapkan aku punya kije ke, selagi tu la aku tak terpikir nak pakai laptop jenama baru...baik aku carik yang old school dan upgrade jek...tak membazir duit aku...
  2. Kenapa aku tak tukor K770i aku kat Iphone ke, smartphone ke...selagi takde handphone yang boleh bagi aku jawapan peksa ke, tak pun result untuk loteri akan datang ke, aku takkan beli handphone baru...memang aku pakai sampai jahanam...buat membazir jek...lagipun fungsi asas telefon setakat call dengan mesej jek...
  3. Kenapa aku pakai lagi Adidas 10-5004 aku tu?kenapa tak carik jek jam lain yang lagi bergaya?sebab jam tu rare....susah nak carik dah...tapi kalo pasal jam ni memang aku tak pernah kedekut nak beli...tapi aku dah decide nak collect jam original dan analog...jam analog yang ori pun rega dia bukan murah-murah...jadik, baik aku tunggu aku ada duit baru aku beli jam baru....
  4. Kenapa aku dengor KlasikFM?kan banyak lagi station radio yang putor lagu yang updated dan best-best...sebab aku suka penggunaan bahasa melayu yang betul...lagu-lagu diorang pun bahasa melayunya cantik-cantik...ingat ek...bahasa yang cantik bukannya bahasa yang ada rythm ataupun yang membuai jiwa...tapi bahasa yang betul dan tak pinjam-pinjam....
  5. Kenapa aku suka barang yang lama dan old school?sebab nilai kesenian dia tinggi...dan kebanyakan barang-barang tu handmade..jadik, aku boleh nampak signature dia tu...
  6. Pasal jam tadi...kenapa aku suka jam analog?kenapa tak suka jam digital?kan jam digital lagi mudah nak baca dan lagi kemas?sebab aku suka susunan mechanical kat jam tu...tu salah satu bentuk mechanical art...kalo korang berjiwa seni korang fahamla...
dan kenapa aku buat entri ni?tak masal-masal citer pasal diri aku dan kesukaan aku kat benda-benda lama?sebab aku tak faham kenapa orang asyik nak pertikai aku guna barang-barang yang agak outdated...kan aku cakap..aku berjiwa seni...cewahhh...

p/s: aku rindu betul kat bunyik jam bandul atok aku...ada bunyik gear besi, ada bunyik spring loosen...bila cukup jam jek, ada bunyik loceng...tung...tung...tung...pergghh...manyak syiok ah...