Wednesday, November 9, 2011

Laporan Cuti Raya Haji aritu

Alkisah

kalo ikutkan aku kena buat report sepanjang aku mendiamkan diri aritu...bukan apa...malas nowh rasanya nak mengupdate blog ni....aku rasa aku kena buat serious makeover kat template ni....manala tau datang mood nak update pasni kan..gasak la tu...arini aku nak bagi report pasal aktiviti sepanjang raya haji aritu...apa aktiviti yang menarik aku buat sepanjang aritu...

  1. balik muor - ni memang dah patut la kan....mana boleh raya aku tak balik muor...macam tak cukup syarat jek rasanya...macam orang nak pergi haji tak pergi mekah lak kan...lagipun, kalo aku tak balik muor, tak dapat la aku tengok betapa meriahnya bandor muor yang dah berubah jadik Dhaka asal semua orang sibuk bercuti kat rumah kan...haha...
  2. mengutip batu-batu - ni pun kena consider gak..disebabkan Hari Tasyrik(11, 12 dan 13 Zulhijah) tu tarikh orang melontor jamrah, jadik, sebab aku rasa tahun ni semangat Haji tu macam menebal gak, jadik aku pun sibuk gak la mengutip 40 bijik batu kat Muor....dengan harapan bila balik Melaka masa 11hb tu, aku dapat la melontor "Setan-setan" yang ada...barula ada feel melontor jamrah...kan?
  3. menengok aktiviti menombangkan lembu - disebabkan aku malas, aku tak tengok pun sampai abis...aku pergi nengok masa orang tombangkan lembu pastu aku balik dengan harapan orang hantor daging kat rumah(dan memang orang bagi pun...rezeki tu)...
  4. menyukat kapasiti sebenor perut aku - biasala...raya....jangan salahkan aku...sebab ramai nowh yang menhantor lauk-lauk kat rumah...jadik sebab aku ni bukan jenis yang suka membazir, aku taram jek apa yang orang bagi tu...tak kisahla sedap tak sedap...bak kata orang tua-tua hensem, rejeki jangan ditolak...
  5. mengumpul kad-kad kawen - aku terperasan semenjak dua menjak ni member-member yang sekelas dengan aku semua dah pakat-pakat menikah....korang ni pehal lak nak kawen awal-awal ni...enjoyla dulu hidup bujang....penat dowh nak jawab orang tanya turn aku bila lagi...
  6. menguji kesaboran dalam bulan haji - bak kata orang...asal bulan raya ni, kita kena saling maaf-memaafi...jadik, aku pun mahapkanla semua drebar bas yang duk tak berenti bas masa aku tahan nak balik melaka aritu...boleh tahan lama gak aku tunggu bas semua duk penuh jek...untung bas last balik melaka tak penuh...kalo tak, maunya bersa'ie aku nak balik Melaka ni....
  7. membuat kira-kira - ni pun dikira benda yang wajib gak buat asal balik beraya....almaklumla...orang berkije, dapat kenaikan gaji masa bajet aritu....orang belajor-lajor ni, sama jek duit pinjamannya walaupun semua benda rega dah melonjak-lonjak...jadik, kena berkira-kira la ek....kalo tak, makan hati berulam jantung jek la duk Melaka nanti....
  8. sepatutnya ni yang aku kena ingat dulu - stadi stadi stadi....final woi...boleh lak aku duk enjoy...jangan salahkan aku sebab sibuk duk buat benda lain lak sampai terlupa nak stadi...kata cuti...kenala manfaatkan cuti tu dengan sepenuh hati...ye tak?
jadik, cukup la entri aku yang dah kesekian lamanya aku menyepi...kalo aku rajin aku update la lagi...korang ada tak aktiviti yang menarik nak kongsi masa raya haji marin?meh kongsi...

p/s: pasni raya haji aku ingat nak bawak tarian singa la....mana tau makin meriah kan...pastu last sekali singa yang berjoget-joget tu kita pakat korbankan reramai...ngahahahahahhaha