Saturday, February 14, 2015

Pemilihan kenderaan mengikut bangsa

Alkisah

Post kali ni memang agak tak perlu untuk orang macam kita-kita ni tapi post ni ada sedikit tips bagi penjual-penjual kereta yang ada kat negara ni. Sebab bagi penjual kereta, dorang tau betapa frustnya rasa kalo nak promote keta kat orang, bercerita macam nak rak pasal performance semua,tapi last sekali tak dapat pun nak tackle kehendak target kan? Jadik kali ni aku nak cerita pasal kebiasaan yang orang-orang kita selalu utamakan dalam membeli kenderaan. Anggap ni macam homework korang untuk tau approach apa yang betul untuk promote barang jualan korang tu.

Melayu

Bagi orang melayu, aku bolehkan kategorikan pada dua kategori kecik. Orang ada-ada dan orang yang biasa-biasa. Orang ada-ada atau bahasa mudahnya orang yang agak kaya atau rasa diri dia kaya, diorang biasanya akan pandang pada brand keta tu sendiri. Diorang tak tengok benda lain. Memula dia tengok brand tu dulu. Contoh, Merc. Sape yang tak idamkan Merc betul tak? Atau yang bijak sikit, Alfa Romeo tak pun Volks Beetle. So kalo nampak melayu berlagak kaya, tunjukkan Merc atau comparekan dengan Merc. Bagi dia on par. Korang tengok dorang akan berfikir panjang nak beli. Tu untuk orang ada-ada. Kalo untuk orang biasa, tumpukan pada design. Ye design. Tunjukkan keta dengan design paling nampak mahal, ada equipment yang canggih sikit macam alarm bunyik rimau, lepas tu loan tak tinggi. Atau senang kata bayor bulan dia murah. Tu biasanya benda yang diorang tumpukan. Design. Sebab tu kita selalu dengor design baru proton macam keta mahal pastu ramai yang buat preorder. Nampak tak permainan dia situ.

Cina

Paten pemilihan orang cina ni mudah. Macam mana diorang beli barang kat supermarket, cenggitu la paten diorang nak beli kenderaan. Biasanya diorang akan perhatikan spec keta tu dulu. Kadang-kadang diorang tak faham pun. ABS, turbo valve engine with built 2.0, hybrid technology, yada yada.. Serius kengkadang diorang tak faham. Tapi diorang impress dengan benda cenggitu. Lepas tu diorang akan tengok harga. Tapi bukan tengok berapa yang kena bayor bulan atau apa. Tapi diorang akan tengok berapa banyak less yang diorang dapat dari offer korang. Lagi banyak less, lagi tinggi peluang nak pancing. Dan yang palin penting ialah, berapa banyak free gift yang diorang boleh dapat dari pembelian diorang tu. Tak kisahla free gift tu berupa bantal tengkuk ke, pinggan mangkuk ke. Lagi banyak lagi bagus walaupun diorang tak hadap pun free gift tu. Tu memang hemat diorang membeli sebenornya. Sebab diorang rasa diorang untung dengan cara pembelian cenggitu walaupun harga barang yang dibeli tu mahal pepadah.

India

Orang india ni ada satu interest yang ak perasan dalam setiap pembelian diorang terutamanya keta. Power. Diorang cukup berkenan dengan keta yang ada horsepower yang tinggi, cc yang besor walaupun keta tu memang akan terperangkap kat dalam traffic jam. Kalo yang datang membeli pada korang tu ialah orang india, pastikan korang cerita kat diorang horsepower keta tu, cemana pikap keta tu boleh pegi, berapa top speed dia boleh pegi dan yang penting, pada tahap bila keta tu bergegor. Bila korang bercakap pasal kenderaan dengan orang india, make sure korang tekankan pada hal ni.

Jadik, tu la pengamatan aku pada paten pemilihan kenderaan mengikut bangsa yang ada kat Malaysia ni. Kenapa aku cerita tiga bangsa ni jek? Sebab ni tiga bangsa major. Yang tak disebut tu, secara jujurnya aku tak ramai kawan bangsa tu. Jadik tak boleh nak timbang tarakan bagi sama rata ye tak?

Gorengbaek : macam mana dengan etnik bumiputera malaysia borneo? Diorang lagi minat pada land rovers. Kereta tahan lasak. Lagipun diorang tak pikir sangat pasal drive. Diorang prefer guna "belon" untuk travel sebab jarak diorang jejauh belaka. Ye tak?

2 comments:

i am S!L4H.. said...

yeke niiiii goreng hangit?

Along Tapa said...

i am S!L4H yela kot..aku bantai ikut pemerhatian aku jek..haha