Thursday, March 28, 2013

Boleh berubah tak?

Alkisah

Semenjak dua menjak ni aku dah mula menjadik sorang penulis blog yang hanya sekali sekala update blog..bukan disebabkan aku terlampau sibuk. tapi sebab aku tak berkesempatan nak luangkan masa nak menghadap blog ni doploh pat jam macam dulu..takpe kita tolak tepi bendalah tu..kali ni aku nak luah sikit isik hati aku pasal benda-benda yang selalu buat aku rasa macam nak brainwash jek orang-orang nak-nak yang ada kat Malaysia dan terutama sekali orang melayu sendirik...ni antara benda-bendanya...


  1. aku teringin sangat nak ubah rasa syak yang ada pada orang melayu umumnya...serius aku rasa orang melayu ni ada tahap sensitiviti yang melampau yang amat...dia boleh jadik buruk sangka kat satu benda sampai benda tu boleh menimbulkan syak yang melampau-lampau...contohnya macam zaman dulu-dulu..kalo ada sebijik rumah kat hujung kampung, jauh sikit dari orang ramai, nampak buruk sikit pastu sekali-sekali jek nampak orang keluor masuk, terus jek kita syak orang tu ada amal ilmu bukan-bukan...aku rasa perangai syak bukan-bukan ni dah jadik satu darah daging pulak dalam masyarakat terutamanya masyarakat melayu yang aku sayangi ni...dah banyak orang aku jumpa dan berkali-kali aku cuba nak ajorkan diorang sikap berlapang dada dan berfikiran terbuka..supaya tak selama-lamanya duduk kat kepompong pikiran sempit diorang tu tapi dah masuk tahun 2013 dah...sama jugak jek patternnya..rasanya dari mana nak start bentuk pemikiran tu tak jadik cenggitu ek..
  2. aku jugak ada rasa teringin nak ubah mentaliti pemilik-pemilik company yang gagah perkasa(dan jugak yang tak berapa perkasa termasuk la gomen) supaya tak sibuk nak ambik pekerja ready made dah ada experience dan terlampau bergantung pada interview untuk menilai bakal pekerja...pada pendapat aku la aku rasa semua benda ni hanya bagi peluang kat kelompok-kelompok tertentu dan kelompok-kelompok yang tak tertentu tu yang boleh bina hidup dengan menjual kerepek-kerepek dan berkije menjual tudung secara online..pedih? ya...tapi tu la keadaannya...tau tak korang pekerja-pekerja ready made tu kebanyakannya sudah berumur dalam lewat 40an..dan dalam pemerhatian aku orang yang dalam umur cenggitu mempunyai pengetahuan yang sangat luas dalam bidang kije tu...termasuk kapasiti maksimum untuk mengulor berbanding kije..no offense untuk mereka yang di lewat 40an tapi tu apa yang aku nampak..dan korang perasan tak...terlampau bergantung kepada interview untuk memilih calon pekerja, korang sebenornya memilih calon yang lebih pandai bercakap berbanding kije...aku tak taula korang tapi apa yang aku tau, orang yang cekap bekerja ialah orang yang paling tak pandai bercakap...dan orang yang paling pandai bercerita ni adalah orang yang paling banyak berborak dari berkije...pada korang cemana?
  3. ni lagi satu kebiasaan..tapi aku rasa kebiasaan ni macam baru-baru ni jek yang terjadik...tak boleh ke kalo kita nak menyuarakan pendapat, tak payah nak membawak sepanduk, berarak, masuk TV, bercakap pong pang pong pang tapi takde input yang masuk dalam kepala aku apa yang cuba nak diperjuangkan?toksah la dibuat benda ni...buat malu sendirik jek..aku dah banyak kali cabor..kalo betul berani nak suarakan pendapat, berdiri kat tengah-tengah bandor KL, dan laungkan apa yang korang tak puas hati...buat secara solo dan tak payah nak tunjuk berani bawak sampai 300-400 orang...boleh?apa kata kita amalkan berarak membawak sepanduk, masuk TV dan secara beramai-ramai tu masa maulud nabi jek..aku rasa yang tu polis pun takkan jadik masalah nak luluskan perarakan tu ye tak?ni tak..kalo maulud, yang berarak 50 orang..kalo demo, maunya jejak 50 laksa orang...mana silapnya tu?
  4. salah satu lagi kebiasaan yang aku cuba nak ubah ialah peel yang suka nak nunding kat orang kalo ada masalah...macam korang langgor keta orang, tapi korang salahkan orang depan bawak keta macam siput..padahal ko sendiri yang bawak keta pegi sibuk tengok awek indon baru balik kilang berjalan beramai-ramai kat sebelah..ni just satu situasi...korang pikirkanla kalo situasi yang lain yang boleh nak korang kaitkan...tak boleh ke kalo kita bersikap pandang apa kekurangan kita dulu baru nak blame semua salah tu kat orang?aku tau cara tu memang cara yang paling cepat nak lepaskan diri dari masalah tapi korang takkan dapat selesaikan masalah tu kalo terjadik benda tu lagi sekali...macam contohnya dulu heboh satu Malaysia masa gomen tukorkan pelajaran matematik dengan sains guna bahasa omptuih...ramai yang duk blame gomen kata cara ni akan buat ramai murid nak-nak yang melayu ni tercicir dalam subjek...tapi tak pernah ke kita terpikir yang tu silap kita jugak dulu...sape suruh bongok dalam bahasa omptuih sampai terpaksa gomen buat cenggitu nak bagi kita pandai cakap omptuih??dah ni jam gomen terpaksa lak tukor dedua subjek tu jadik bahasa melayu balik sebab kebanyakan orang dah tak pandai nak bercakap melayu pulak...e'eh...tetap salahkan gomen jugak sebab dah ramai orang kita lagi pandai cakap omptuih dari cakap melayu...kenapa tak pernah nak terima dengan hati terbuka silap kita yang jelas lagi nyata ek...
sebenornya ada melambak lagi benda yang aku rasa macam nak ubah kalo boleh tapi tak dapat penyelesaian cemana nak ubah....tapi benda-benda yang kat atas ni memang agak main pada aku..aku selalu ingat pesan cikgu-cikgu dulu..katanya kalo cuba nak mengubah dunia, kita mula dari ubah diri kita dulu...aku buat dan aku rasa memang dunia ni berubah....tapi berubah jadik satu dunia asing yang aku langsung jelak bila nengok satu persatu..kenapa ek jadik cenggitu?aku salah ubah kot...

p/s: bak apa yang aku tulis kat fb aritu la...takde pendapat yang salah..semuanya betul..just pendapat orang jek yang menentukan benda tu jadik salah atau betul...