Tuesday, May 20, 2008

Mahathir keluar UMNO? Pandangan dari segenap pihak.



Berita ini khusus untuk rakan-rakan yang tidak tahu atau mungkin tidak perasan. Masih lagi berita yang berbau politik. Apakan daya. Sepanjang aku mengikuti berita Malaysia sekarang ni, berita ni saje yang macam goreng pisang panas.


Berbalik pada tajuk. pada jam 1.35 petang semalam Tun Mahathir mengumumkan tindakan beliau keluar dari UMNO. Pengumuman beliau direkodkan dalam harakah adalah seperti berikut: Dr. Mahathir umum keluar UMNO dan ini rencana pendek dari Berita Harian: Dr. Mahathir Isytihar Keluar Umno.


Dan pada hari ini hebohlah di semua surat khabar, blog, dan berita di televisyen tentang peristiwa bersejarah ni. Aku pun macam biasalah letak beberapa link berita pasal tindakan Mantan Perdana Menteri ni.




Aku cuba mencari berita dari pihak DAP tapi malangnya takde komen pun dari pihak-pihak DAP. Mungkin selepas kes Karpal Singh mereka bertindak mendiamkan diri buat sementara.


Jika ada kemusykilan atau ada apa-apa nak tanya atau nak pandangan lanjut, komen je. Aku cuma menyampaikan berita dari semua pihak supaya lebih adil, telus dan tak berat sebelah.

Permulaan sekali lagi

Aku terpaksa bermula sekali lagi. Dari belajar, aku terpaksa ke Foundation semula dari UTP ke Nottingham University, n skang blog aku pun aku kena mula sekali lagi. T_T
tula akibatnya tak update blog.