Monday, January 9, 2012

Aku nak tengok benda ni jadik kat Malaysia

Alkisah

Dah macam-macam aku tengok benda yang terjadik kat sekeliling Malaysia ni...dari satu negara yang rakyatnya berfikiran tradisional, sampaila sekarang kebanyakan orang bersifat mempertahankan hak individu...jadik, aku dah tengok banyak perhimpunan, aku dah tengok banyak speech, aku dah tengok banyak drama dan aku dah tengok banyak pembangunan...sekarang ni aku teringin sangat nak tengok benda ni jadik kat Malaysia...korang rasa akan jadik ke tak?

  1. aku dah bosan tengok perhimpunan tunjuk perasaan...aku dah bosan tengok perhimpunan aman..dan aku pun dah bosan nak tengok perhimpunan Agung...jadik, aku teringin nak tengok sorang individu berdiri kat tengah orang ramai dan nyatakan hak dia secara terus...tak pun cakap apa yang dia nak cakap...takde perhimpunan, takde pekik lolong, takde bakor-bakor...hanya berdiri dan cakap sesuatu yang boleh membukak minda orang keliling...korang rasa akan jadik tak?
  2. aku pun dah bosan tengok puak ni sensitif dengan isu cenggini...pastu kaum tu sensitif dengan isu cenggitu...pastu kelompok nun terasa dengan statement cengginun...jadik, aku teringin nak tengok satu period yang takde sape nak sensitif dengan sesapa dan korang boleh terima atau tolak pendapat orang lain secara terbuka...nak lagi best, korang boleh berdebat sesama sendiri, takde retailing aksi tumbuk menumbuk dan takde aksi-aksi mengumpat belakang....takde sape menang dan takde sape kalah...just utarakan apa yang dirasakan valid, sape nak terima, terima...sape yang takleh terima, blah..boleh tak?
  3. aku dah bosan dengan orang-orang yang masih lagi berfikiran sempit tapi mengaku diorang berfikiran moden dan terbukak...diorang mengaku yang diorang ialah manusia bertaraf PhD dan apa yang ada dalam kepala diorang ialah fakta yang sebenor-benor fakta dan apa yang orang cakap semuanya salah..tapi end up diorang tetap amaze dengan apa yang orang lain buat macam budak tadika yang baru nak kenal dunia tapi still cakap yang orang-orang yang buat diorang amaze tu hanya ketereran secara kebetulan walhal diorang hape pun takde lagi...aku terasa macam nak tengok satu period yang orang boleh terima buah fikiran orang secara terbuka, boleh timbangkan satu idea secara total dan cuba untuk praktikkan idea tu walaupun idea tu memang tak masuk akal langsung dan jadikkan idea tu satu kenyataan...untung tak untung kita dapat maju kedepan dengan lebih pesat lagi...korang rasa boleh tak?
  4. aku bosan tengok TV dan benda-benda yang berskrin...aku teringin nak sampai zaman yang kita ada kebolehan tak terhingga tanpa bantuan gadget-gadget yang separuh masak ni...
  5. aku bosan tengok orang bercakap macam-macam pasal orang tu, orang ni...bukak pekung orang sana, bukak pekung orang sini...aku bosan tengok orang bercakap dengan nada nak bermusuh dengan orang lain...aku teringin nak tengok keadaan orang berani mengaku pekung sendiri dan orang tu boleh dimaafkan dan diterima dalam society...boleh tak?
  6. aku bosan dengan orang yang tak habis-habis salahkan Tuhan dalam kehidupan harian dia...tak dapat awek, salahkan jodoh...tak dapat kije, salahkan takde rezeki...dapat suey, salahkan takdir....jadik benda yang tak patut, salahkan qada dan qadar....aku teringin nak tengok satu zaman yang orang terbukak minda dan perasan yang Tuhan dah campak semuanya kat dunia ni...dan dia bagi kita satu tugas untuk capai semua ni yang diberi nama USAHA....dan kalau tak dapat, bukan salah Tuhan tapi salah kita sendiri yang tak reti nak carik....korang rasa akan dapat tak keadaan manusia yang tak berfikiran ala Dark Ages ni?
aku rasa cukupla aku lepas hangin aku parat tu....kang aku tulis lebih-lebih, blog ni jadik HHD lak...jadik, persoalannya, korang berani tak?

p/s: jelak aku tengok apa yang jadik ni jam....

8 comments:

suzie rahman said...

weh..ko ni hoby merepek erk.ak xslh kn tuhan xdpt kje.xdpt jodoh.ak slhkn ko.ko xtlg cr kb.haha

ainzoo said...

#1 - aku bosan pun - takkan jadi punye

#2 - aku bosan jugak - itulah sebagaimana yg telah di expose jan sejak dari kecil kat kanak2 US. melntur buluh (bukan bulu :P )

#3 - aku dah bosan - sama mcm #2

#4 - bosan dah aku - mari tonton Lelaki Besi & Tempomes

#5 - dah bosan aku - lammmmmbat lagi nak terjadi. mmg `mana mungkin`

#6 - aku dah bosan - Kes Tanya Sama Pokok.Rentikan la nk nyalahkan orglain. Akan ada orang yang mcm ni kalau dia fahamkan-->Allah tak beri apa yang kita nak. Dia beri apa yang kita perlukan. :)


Hanya dua sen aku... Y(^_^)Y

Mizz nYi said...

isu sensitip memang terlebih limit dah...#sensitiplg

Along Tapa said...

suzie rahman

boleh jek aku nak tolong carikkan...tapi, kalo ko bagi aku gaji ko..ngahahaha

Along Tapa said...

ainzoo

haha...lawan tokey bosan ko..

Along Tapa said...

Mizz nYi

masing-masing jebor dah lobos dowh..tu yang terkena sikit dah meloncat2 dah tu...

|arieza| said...

aku bosan dgr org kita yg sangattttt sibuk pasal politik when still thousands of our people are striving like hell - against illnesses, poverty etc..

Along Tapa said...

|arieza|

semua sibuk nak jadik pemerintah...semua dah taknak jadik rakyat dah...tu yang jadik cenggitu tu..