Wednesday, February 16, 2011

Band dan penyanyi kesukaan aku...

Alkisah

lama aku tak buat entri pasal diri sendiri ek...sesekali nak gak aku kongsi benda yang aku suka...lagipun aku tak boleh berfikir sebab hati tengah berbunga-bunga ni...korang takyah tau sebab apa....hahaha...lagipun seronok tengok spekulasi orang pasal aku bila aku cakap aku berbunga ni...best dowh...ok...abaikan benda tu...aku just nak kongsi jek band-band dan penyanyi yang aku minat...buat pengetahuan korang la ek..aku minat artis atau lagu bukan sebab muka cun atau lawo...tapi sebab quality of music...jadik, bior aku kongsi dengan korang...ok kan??owh...sebelum aku terlupa...bagi korang yang search lagu Rosiah Chik tu, aku dah tak letak dah lagi kat situ...aku bagitau last-last nanti kat mana aku cadang nak bubuh...ok kan??

Ini bagi kategori dalam negara:

  1. P.Ramlee - siapa la yang tak minat dengan P.Ramlee kan..dia ibarat pelopor muzik moden...lagipun lagu-lagu yang dia cipta memang evergreen...tak bosan dengor..aku rasa takyah nak cerita sangat pun pasal sapa P.Ramlee ni..semua orang tau kan??
  2. Ahmad Jais - ni list wajib...artis kelahiran Singapore ni memang ada aura dalam suara dia...setiap kali kita dengor lagu dia, macam kena paku kat tepi speaker...sangat menikam kalbu...
  3. R.Ismail - Aku tau ramai yang tak kenal dengan penyanyi ni...tapi kalo korang pernah tengok cerita klasik, suara dia rajin digunakan oleh Seniman Nordin Ahmad...suara dia yang soft dan sangat soothing tu buat aku rasa tenang jek setiap kali dengor suara dia ni..
  4. Metalasia - takkan aku layan klasik jek kan...bagi korang yang tak kenal, Metalasia ni salah satu group Symphonic Metal kat Malaysia...tapi kalo tak silap aku diorang sempat buat 4album jek..dan aku just ada satu album jek...gila sedih..tapi lagu diorang, magnifieco...asal dengor jek mesti macam transfer pergi alam lain...terus macam absorb dalam lagu-lagu diorang sampai kita dapat masuk penceritaan babak-babak cerita..nak-nak dalam album "Silantra...bermulanya sebuah kisah"...
  5. Cromok - takde la metal yeah yeah stail Amuk..brader-brader ni memang aku letak diorang macam legend r...muzik diorang memang harmoni walaupun band diorang ni 3orang(4orang lepas Hillary Ang, gitaris Search join diorang)...tapi bagi yang baru belajor nak dengor lagu Cromok, aku suggest korang ignorekan jek suara vokalis dia yang nyanyi ala-ala growling tu..hihi...
bagi dalam negara, Search dengan Wings tu aku respek gak..termasuk gak Rosiah Chik, Sudirman dan Fadzil Ahmad...tapi top 5 diorang ni la...sebab hampir semua lagu diorang ni dapat buat aku feel gila..so aku bagi korang tengok video ni untuk wakil artis yang aku minat dalam negara...




ok...yang ni pulak list untuk yang luar negara:

  1. X-Japan - ni band yang paling aku respek sepanjang zaman...diorang bukan jek berjaya sentuh hati peminat seluruh Jepun..tapi berjaya buat peminat seluruh dunia salute nama diorang...tapi nak buat cemana...masa zaman diorang meletup, kat Malaysia sibuk kempen "Kami Anti Black Metal"..band ni pun sekarang dah bubar sebab banyak hal termasuk kematian ascending lead guitarist diorang Hyde...
  2. Nightwish - band dari Finland...tapi diorang berjaya tembus Billboard kat US..diorang macam Metalasia gak..bawak konsep Symphonic Metal...aku memang layan semua lagu diorang start dari penyanyi diorang Tarja Turunen sampai sekarang ni tukor Anette Olzon...nice sebab gunakan kekerasan metal, keharmonian orkestra dan kelembutan dan ketegasan suara vokalis diorang...
  3. Galneryus - band power metal dari Jepun...band ni dikira muda lagi tapi dengan stail diorang yang boleh bersaing dengan Stratovarius, aku memang salute gila..dalam band diorang ni complete ada vokal yang mantap, ada bassist yang energetic, drummer yang hyper, keyboardist yang sharp dan jugak lead yang memang buat pendengor tangkap lentok dengan gorengan dia...
  4. Steelheart - satu-satunya lagu yang buat aku respek kat band ni ialah lagu She's Gone..suara vokalis dia..mangaih...aku dah tarik rock habis pun tetap terkurang satu tingkat..taktau mana dia keluorkan suara dia lagi satu tingkat key tu...
  5. Sheila On 7 - haha..tersesat satu band Indon...tapi nak buat cemana...aku dah terbiasa dengan lagu band ni dari zaman muda rumaja dulu...sampai pegi jamming pun lagu diorang gak yang aku main..sampai dah naik hafal dah...just satu jek aku salute diorang ni..lagu yang simple, chord yang mudah..tapi macam ada roh...asal dengor muzik jek dah tau..ni hasil kije Sheila On 7...

    aku rasa kalo nak list, ramai kot...tapi yang top 5 untuk antarabangsa, diorang la...memang nice dan kengkadang boleh hilang sekejap stress dengor lagu dari diorang ni....
    *boleh lak aku tertinggal...amcam kalo aku buang page tanya sama Meon tu dan aku gantikan dengan koleksi lagu pilihan aku kat situ??korang rasa cemana??ke nak aku buat page baru??


    p/s:  korang dah carik video diorang dan dah tengok video yang aku upload?apa pendapat korang? korang kongsi la pulak band atau artis faveret korang sepanjang zaman...

    18 comments:

    iwan_dextrous said...

    blur gang mane???

    Along Tapa said...

    Iwan Dextrous

    aku bukan taknak letak...tapi Blur Gang tu tak tau nak kategori apa...dalam negara ke antarabangsa...dua-dua boleh pegi dowh..hahaha...

    echah mashuri said...

    HAHA.aku suka iklim,spin.stings.spring,spoon.dinamik.axl.ko pun mesti dapat agakk kann..aku kannn bunga2 jugak;p

    Along Tapa said...

    echah mashuri

    tu tak cukup bunga lagi echah..patut ko letak New Boyz, boboy, Q-face...hahahaha...

    Khairul Antasha said...

    wah..aku pun minat gak sheila on 7.. lagu diorang best2.. jom melompat lebih tinggi!..

    nabilah_2908 said...

    sama lah..suka pada satu2 lagu..bukan sebab penyanyi dia...suka pada lirik & music yg disampaikan.. :)

    kalau yg luar negara...dlm top 5 ni..sy kenal shiela on 7 je...huhuh..

    time sekolah2 mmg layan lagu2 dieorg...siap simpan lirik.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BLOG REVIEW : SILENT READER

    Along Tapa said...

    Khairul Antasha

    jom lompat...tapi jangan lompat teruk2 nowh..nanti terpeleot...ahaks..


    nabilah

    beza ko dengan aku satu jek nabilah..aku tak collect lirik..tapi collect chord diorang...hehe..

    d_tieah said...

    Yg aku kenal hanyalah p.ramlee dan ahmad jais..
    Sheila o7.. Tu jelah yg aku kenal derr..
    Kesian kan?
    Hahaha..
    Aku tak berapa nak puja sgt artis ni, kang dorang naik kepala plak..
    Hahaha..


    Entry Terbaru : Ketahui Gred Untuk Url Blog Anda

    Along Tapa said...

    d tieah

    boleh lak cenggitu ek...tapi ko perasan tak semua artis yang ada tu hampir semua dah berkubur...haha

    Raito Nagata said...

    haaaaaa'ah !!

    x-japan adew, hohoho

    suka3 legend3

    Along Tapa said...

    Raito Nagata

    suka ek ko bib..kalo aku tak kenalkan dulu ko pun tak tau diorang ni memang legend..hihi...

    нαηιмQαтяυηηα∂α said...

    lagu2 p.ramlee dah semestinya best
    lagu ahmad jais yang best dia nyanyi dengan kartina dahari-budi setahun segunung intan, layannn..
    SO7-suka gile dengar bunyi gitar dalam pria terhebat

    suka jamal abdillah sebab suara jantannya ituu...... lain2 biasa la, jiwang.. hehehe..

    Along Tapa said...

    HanimQatrunnada

    kalo pompuan aku tak terkejut sangat layan lag jiwang...tapi kalo jantan tu, almaklumla ek..hihi..

    Yann Mazian said...

    s07? yann pun minat gak. p ramlee pun minat gak. yang lain2 tak minat pun. hehe.
    apa2 pun, lagu sudirman mmg bleh meruntun hati dan perasaan ni. feeling gilos. hoho.

    Along Tapa said...

    Yann Mazian


    yang lain2 tu grup underground yann..sebab tu ramai yang tak tau..tapi kalo lagu x japan tu, ko dengor, part lagu ballad dia..memang jiwang habis siot...

    Dark Half said...

    kalau penyanyi klasik melayu selain p.ramlee, aku suka kasim selamat penyanyi lagu la obe. kalau band otai malay, aku suka crossfire, hayagriva n of coz search

    aku tak into jap metal tapi kalau scandi metal aku suka dimmu borgir. agak folk metal sket, eluveitie

    indon band, aku prefer padi n dewa

    Ka-Ching said...

    Dimmu Borgir, Nightwish, Cradle yeh bebeh!

    Along Tapa said...

    Dark Half

    nice tu Dark...tapi part band indon tu, dewa??hell...padi boleh blah lagi kot...walaupun meleweh..ahaks..


    Ka-Ching

    smart r Ka-Ching..awek layan metal tu...ko memang jenis rare siot..