Monday, February 28, 2011

Kenapa Along Tapa sorokkan identiti....

Alkisah

Bagila can kan sesekali aku nak cerita pasal diri aku....hehe..jadik, arini aku nak cerita apasal aku sorokkan identiti aku kat dunia blogging ni...walaupun nama yang aku guna tu boleh gak dikirakan macam nama sebenor, tapi ramai jek lagi yang boleh jadik Along Tapa ni...dan walaupun aku letak gambor kat profile aku tu, tapi setakat gambor takde pixel yang memang sah-sah buat muka aku nampak kotak-kotak, sape jek yang tau kan??just beberapa orang jek yang tau sape Along Tapa tapi diorang semua dah kena ugut dengan aku tak boleh bagitau..sebab diorang tau aku nak kekalkan sebab-sebab yang bakal aku ceritakan kat bawah ni nanti...jom kita tengok apsal aku sorokkan identiti aku...

  1. salah satu sebab, aku bebas nak carik bahan untuk aku tulis kat dalam HHD dan GB...kalo ramai orang tau aku ialah Along Tapa, mesti semua pakat-pakat jadik baik...takut kena hentam kat dalam HHD...dan takut kena perli kat sini...jadik, bila aku remain anonymous kat dalam blog, orang pun taktau makhluk mana yang sibuk-sibuk pasang telinga dan mata pergi ambik tau cerita diorang tu...
  2. aku suka dengor orang kritik pasal entri aku...bukan kritik kipas-kipas....tapi kritik yang menghentam gila babeng...buat rekod, ramai jugak yang cakap Along Tapa tu macam bagus...tapi point dia tu semua orang dah terpikir...dia jek kecoh-kecoh baru nak tulis...haha...kengkadang bukan orang lain jek kutuk...aku pun mengutuk gak diri aku sendiri kat dunia luor...siap cakap dak Along Tapa tu bajet macam comel sangat....aku lagi comel dari dia dowh kalo ikutkan....haha...nampak tak politik tu??kalo dia tak ngaku aku kat real life comel, so aku tetap comel as Along Tapa...ahaks
  3. aku suka nak tengok berapa ramai orang yang mengaku diri diorang Along Tapa kat dunia luor...nasib buat masa ni takde lagi yang aku jumpa kat Melaka ni mengaku diri dia Along Tapa..tapi masa aku kat Muor ada la...dah la tu...siap mengaku kat aku lagi...tapi disebabkan aku ni berjiwa murni, aku admire la kat dia sebagai Along Tapa....haha...nakal ek korang mengaku sebagai aku...
  4. aku sebenornya tak suka bergambor...dan disebabkan tu, aku cukup malas betul kalo terjumpa blogger yang jenis ambik gambor bersama blogger lain dan post kat blog diorang...bila aku remain anonymous, aku jumpa blogger cenggitu dan cakap.."eh??awak ni cik/encik ehem ehem ek...saya admire la stail penulisan awak.."...lepas tu aku bior dia membebel pasal dunia blog macam aku taktau apa-apa...syok woo dengor pendapat orang dari side tu...
  5. ni kira benda yang aku agak leceh la kalo lepak dengan member-member yang tau sape aku...diorang suka betul sebut ayat power aku dalam entri atau benda-benda yang berkaitan dengan entri aku bila kat luor...adehh...aku melepak dengan korang supaya aku dapat idea baru...korang pergi cerita benda yang aku dah tulis, cemana aku nak dapat poin nak update nanti..nak-nak HHD tu...huhu..
  6. dunia blogging sekarang ni dah ada paparazzi..korang tau tak??aku pun taktau..tapi aku rasa macam ada..dan aku sangat riso kalo ada pulak paparazzi bloggers ni ternampak aku tengah korek hidung ke, buat muka tak senonoh time makan kat warung ke...dia pergi tangkap gambor aku, post kat forum atau blog diorang..kurang la hensem aku nanti...adoi...jadik, kalo tak tunjuk muka, aku berak tengah jalan pun takde orang nak pedulik...hahaha...
  7. ni aku nak cakap serius ni..tapi aku kompem korang tak percaya punya...aku ni pemalu sebenornya orangnya...haaaa...korang rasa korang boleh percaya tak???hahaha....
  8. ni pun aku cakap jujur ni...aku suka tengok awek pandang aku slack kalo aku ngorat diorang kat tepi jalan....kalo diorang tau aku ni Along Tapa, kang diorang bukan aje layan...diorang siap nak bergambor, mintak nombol talipon dengan mintak signature lagi...dah tak seronok la kena rejek sebab skill mengorat tak tip top...(tetiba jek aku perasan macam aku ni pemes mengalahkan Siti Nurhaliza)...
jadik, cukupla lapan sebab apsal aku sorokkan identiti sebenor aku sebagai blogger dan tak publish muka aku kat blog ni....korang rasa boleh terima tak sebab aku ni??jangan mareeeee ek....

p/s: apa perasaan korang kalo tetiba ada orang mengaku diorang Along Tapa kat depan korang? apa tindakan korang??meh kongsi...Iwan Dextrous, wan alif fahmi, skeldeck siddik, raito nagata, Shajia Niueda, sape lagi ek....semua-semua yang dah tau identiti rahsia aku, korang jangan pecahkan rahsia aku...aku debik korang secara comel laju-laju nanti....

42 comments:

Woofer Storm said...

sy tau along tapa ni sapa,dia bukan abg long,tapi along.dtg bukan nak tolong,tapi nak lelong...ehheee

gurau bro..
coool^^

Along Tapa said...

Woofer Storm

haha...ko nak aku ulang ayat aku kat komen blog ko tadi ke??

kalo betul la aku Along cenggitu, dah sah kaya aku bai...tapi orang boleh bajet aku ni macam Along kucing dalam cerita kanak2 tu...adess..pandai mengira jek la aku....haha...

echah mashuri said...

AAHAHAH..seronok kan jadik anon.aku kalau taulah.aku rasa nak jadik identiti rahsia.bukan pe.org akn sllu ngutuk kita.hehehehe.nak2 pulak kalau musuh.huishh.

Along Tapa said...

echah mashuri

seronok...lagi seronok kalo aku terjumpa ko tapi ko tak perasan aku sape..tapi aku tau tu ko...

nasib kelantan dengan johor tu jauh..haha

Shajia Niueda said...
This comment has been removed by the author.
Shajia Niueda said...

kalau ada org mgaku dia along saya prcaya jak. ksian dia sbb mau jadi along tapa. skali skala kita iya kn jak. hahaha

ada gaji x simpan rahsia nie ?

pakcik comel XD

d_tieah said...

Aku dgn iwan kamceng woo kat dlm fb..
Hari2 chat..
Bile tak chat sambung berinbox plak..
Nasib ko lah long takde fb kan?
Ko pemalu????????????????????
Simpang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Along langsung takde malu woo..
Hahahaha..

*Asal aku masuk blog ko baru ingat nak review ape yg ko tulis pasal blog.. Ish, tahap kelupaan aku sekarang semakin menjadi2 lah pulak..

Entry Terbaru: Ketahui Apa Yang Berlaku Di Tahun Kelahiran Anda

VIVIAN said...

biarlah rahsia..aku pun nak rahsia2 tp dh terlambat..org ramai yg tahu..tp aku tetap nak rahsia and avoid diri sendiri upaload gamabr sndr..takut student aku tahu..hehehe
susah wey jadi public figure..

kalau ada org ngaku along tapa depan aku..

aku akan tanya soalan cepu emas..
jeng..jeng...

akema yazid said...

kalau aku jumpa kau kat luar???

aku mintak ko belanja aku mcFlurry satuuuu..;p

fiezah91 said...

ko pemalu?langsung x la long! wakakaka..rasa nak muntah darah aku bila ko ngaku pemalu..hahaha..

fiezah91 said...

ko pemalu?langsung x la long! wakakaka..rasa nak muntah darah aku bila ko ngaku pemalu..hahaha..

nabilah_2908 said...

Hahaha..gelak sorang2 baca n3 ni...

best kan jadi Anon ni.. :)

Pemalu...? sy percaya...sbb ramai blogger..kat blog kecoh...kat luar sebaliknya...


jom ke APA KATA HATI pulak,
MASAK APA ?

~syuQ said...

kalo org kenal ang along, ang xyah ngorat dah..dorg yg ngorat ang nanti wakakaka..


p/s: ak da rearrange comment tu duk bwh, tp bile preview, die duk blk kt bwh title.. x reti dah aku nk pomen aduhh..

Along Tapa said...

Shajia Niueda

memang la ko iyakan jek..dah sah2 la ko tau aku ni sape...debik ko kang...

gaji?ada...gaji dia ko kena belanja aku makan mekdi tiap2 hari...ngahahaha...



d tieah

eleh...setakat iwan tu hari2 aku bercakap dengan dia...siap bergurau2 manja lagi...ko dapat??haha...

untungla tu...sekurang2nya ko ingat kat aku... :p

Along Tapa said...

VIVIAN

cuba aku teka soalan cepu emas tu...hmmm..."nama sapa??ooo..amad...lu tinggal mana??chemor....lu tak boleh cakap ka??"

tetiba rasa macam iklan tu dah lama tak keluor..tahun berapa ek..



akema yazid

apa barang mcflurry...aku belanja ko pegi jumpa tok kadila...amcam??

Along Tapa said...

fiezah91

ahaks...janganla sampai muntah darah...muntah ijo dahla...


nabilah

hihi..best gila jadik anon ni nabilah..nampak gaya macam ko sorang jek percaya aku pemalu ni...takleh jadik ni..hihi...

Along Tapa said...

~syuQ

tula pasal syuQ..tapi seronok gak kena rejek...barula aku boleh buat muka bangga kena rejek dengan member2..ada gak bahan nak cerita nanti...hihi...

Shajia Niueda said...

kah3. debik tu apa ? mknan ka ? XD

mekdi ? boleh2. tp blnja pkai duit pakcik la. kah3

Along Tapa said...

Shajia Niueda

debik?aaaa..nanti aku bagitau..

boleh aje pakai duit aku...tapi dari elaun ko la...ahahaha..

lionteen said...

x ley blah sebab yg ke-7 tu. kahakah..

ala..ko bgtau la aku sape ko sbnrnye. aku sorang je..bgtau la. bgtau la. mn tau aku knl ko ke, mmber aku yang slalu men kawen2 time kecik dulu ke. kahakah.

iwan_dextrous said...

hihihi..nk aku buat video utk ko ker.hahaha

Along Tapa said...

lionteen

hah??tak dan..mana ko nak kenal aku..aku habis sekolah dulu sebelum ko..hahaha...


iwan dextrous

takyah ngok..aku kan pemalu..

h A n Y S said...

alaaa..ang cakap je la ang ni x ensem..takyah lah bg reason bagai..
bhahaha *ketawa setan*

*kidding je bro,jgn mareeeee ek..*
;p

no. 7 tu ang??? ye ke?? ye ke?? ye ke?? mcm..pecaye je..heh heh
;p

Along Tapa said...

hAnYS

aku memang tak hensem pun...comel jek lebih...sebab tula bahaya kalo terdedah identiti...kan awek lagi suka jantan comel dari hensem..hahha

Khairul Antasha said...

pemalu eh..

aku pun cam tu gak..biarlah org x mengenali kta.. sonok jd anon nih..

Yann Mazian said...

along pemalu? sungguh sukar nak dipercayai tang tu. hehehehe. :D

yg sebenarnya, tak pelu sangat nak dedah identiti diri ni dengan terlalu meluas kan? bahaya kan? terutamanya utk along ni. manalah tau ada pulak yang berkenan kat along, kang kena culik pulak. :P haha. gurau je tau. hehe. :D

apa2 pun, dalam dunia blog ni, identiti nak kena sorok sikit2. tak payah sangat nak over exposed. kdg2 ada hal tentang identiti diri ni nak kena dirahsiakan jugak. semuanya ada limit bah. :)

Along Tapa said...

Khairul Antasha

tau takpe..barula masa tu boleh bermanja2 dengan secara ganasnya..hihi...



Yann Mazian

yang tang tu, bukan masa kat blog jek yann...kat dunia luor pun...lagipun, aku dedahkan aku budak IT, aku asal muor, duduk kat melaka, pengguna loghat tegar, sah la orang boleh bajet aku sape...just jumpa tak jumpa jek..hihi..

nis humairah said...

ak ta kenal ko sgt,
tp tataw la nape jantung aku gili bace nom.7 uh~
=_='

Along Tapa said...

nis humairah

ko jangan riso...ada lebih 10orang yang komen kat sini berpendapat yang sama dengan ko...hahaha...

Muhd Aizie said...

aku nak jadi along juga. sebab dalam adik beradik , aku anak sulung . cehhh ! ada kene mengena tak ngan entry kau kali nie> HAHA . along jugakkk kannn

Along Tapa said...

Muhd Aizie

ada kena mengena..tapi ko jadik Along Jie jek la...Along Tapa tetap aku sorang...

soffea said...

aku tau along tapa sape. aku tau.. die ialah along yg selalu suka berTAPA. hahaha. kidding :)

Along Tapa said...

soffea

huish..agak tepat tu..sebab kalo aku tak berTAPA, aku tak dapat bercakap dengan Meon..haha..

Dark Half said...

walaupun muka kau pecah2 pixel, aku cam muka kau, along...MUAHAHA
jam tu jugak aku suh belanja sebab kenal kau. kalau kau tak ngaku, aku paksa smpai ko ngaku

nora said...

aku tau ko sape
takyah nk sorook ar


kau bukan aku
kau bukan dia
kau....
kau ar sape lagi =p

d_tieah said...

Ingat le sangat..
Hahaha..

Along Tapa said...

Dark Half

haha...untung gak stail tu ek..aku pun boleh la pow orang yang menyamor jadik aku cenggitu kan??


nora

laa..aku ingat ko nak kata aku kekasih hati ko tadi...tak pulak..hihi..

Along Tapa said...

d tieah

hehe..lagi ko refuse, lagi aku bajet ko ingat...lalala

masturah idrus said...

aku baru-baru aje pasang hajat tak nak tunjuk muka aku yg comey ni haa... kau tau tak muke aku camne?? hehhehe

Along Tapa said...

mashi lala~~~

jap aku refresh memory...ingat2...biorkan gambor lama tu menjadik misteri..hihi..

YOUsoF said...

Aku pun ingat nak sembunyi identiti cam ko.. Tapi aku belum cukup pemes dan sehensem ko la Long.. ;D




kalau ade orang mengaku kat aku dia Along Tapa.. aku mengaku lak kat dia yang aku ni adik dia, Angah Tapa.. sambil salam lame² konon dah lame tak bersua muka...

Along Tapa said...

YOUsoF

haha...menarik sungguh idea ko tu...tapi aku tunggu gak..ada tak orang ngaku dia tu Meon..sebab Meon kan lagi kreatif daripada aku...hihi