Thursday, February 17, 2011

Cerita bunuh diri lak....

Alkisah

habis kes 3gp, habis kes rogol-rogol, dah beberapa bulan ni banyak pulak kes bunuh diri...macam-macam betul ek hujung-hujung zaman ni...jadik aku cuba nak kongsikan benda-benda yang aku fikir ada kena mengena dengan kes bunuh diri ni..bolehkan??jadik, seperti biasala...pointform...

  1. salah satu sebab yang membuatkan orang membunuh diri ialah stress...personally, aku memang tak dapat terima orang yang stress membunuh diri ni...bukan sebab apa...kita ada banyak cara nak kurangkan stress dalam hidup...kita ada kawan-kawan...so tak salah kalo kita cuba menghilangkan stress dengan kawan-kawan...ada sesetengah orang kawal stress dengan shopping..ianya tak bagus untuk poket tapi bagus untuk hilangkan kalo dapat menghilangkan stress...ada gak yang bercuti dan menikmati suasana kampung...jadik, tuan-tuan pegawai kerajaan, harap janganla dimajukan sangat mana-mana kawasan kampung tu..ada nilai valuenya jugak...

  2. sebab kedua ialah diorang nak membuktikan kebenaran dan keberanian diorang dengan bunuh diri...personally, ni pun bukan satu cara yang bijak ye...seorang tu dianggap berani bila kita berani tempuh hentaman-hentaman orang dan kita dianggap tak perlu sampai membunuh diri nak membuktikan yang kita ni betul...sebab kalo kita dapat provide jawapan yang solid dan kukuh, kita dianggap betul...cari source yang tepat dan debatkan..bukannya ambik jalan mudah dengan terjun bangunan atau telan pil tidur habis satu botol...tu satu tindakan yang pengecut dan membuktikan yang kita dah memang salah tapi taknak terima hakikat...

  3. ada jugak yang bunuh diri sebab depression atau murung...ni termasukla kes kena reject bercinta, gaduh laki bini, anak-anak tak capai apa yang kita expect...kemurungan tu bukannya excuse untuk kita terjun bangunan atau selor salur nadi kita ek...tapi kemurungan tu membuktikan yang kita ni tak open minded dan tak suka nak berfikir jalan keluor bagi situasi yang menimpa kita...ada cara simple nak keluorkan diri dari kemurungan ni ek..kalo murung sebab period, gunala libresse kata Yuna...nope...caranya, carikla satu benda yang boleh buat kita rasa selesa dan cuba fikirkan cara yang boleh buat kita gembira...contohnya macam buat movie marathon ke, bukak internet dan troll setiap blog ke, buat satu entri untuk lepaskan tak puas hati kita ke...lagipun semua bloggers ni nice-nice apa...diorang sure akan bagi kata-kata nak menyaborkan kita dan buat kita lebih ceria..kan??

  4. ni sebab yang agak rare tapi ada gak yang berlaku...sebab malu...malu result teruk ke, malu sebab muka dah jadik tak chantek ke, malu sebab kena bahan kat tempat kije ke, malu sebab video 3gp dah tersebor kat serata Internet ke...membunuh diri bukan jalan keluornya ek...ada cara yang lebih positif...terima semua kutukan, tohmahan, komen-komen orang dan gunakan benda tu untuk jadik momentum kita nak berubah...ramai orang yang berani buat cenggitu ni jam dah berjaya...kalo yang 3gp tu pun sama...mana tau bila korang accept dan berubah, ada jantan yang terpikat dengan kesaboran korang dan sanggup terima korang walaupun cerita buruk korang tu dah tersebor kan??orang ni jam kan dah makin open minded..betul tak??

  5. ni pun mungkin jugak sebab...tapi this is just sarcastic...korang ni kalo tak cakap kang rage lagi macam entri Valentine hari tu...diorang terlampau absorb pada konsep fizik sampai diorang nak kaji semua benda termasuk la speed masa jejak kat tanah lepas terjun bangunan 5 tingkat..tak pun diorang cuba nak sukat velocity darah yang mengalir kat ruang nadi...so diorang selor nadi diorang...tak pun diorang cuba nak kaji impak momentum manusia dengan jenis tanah yang berbeza-beza pada ketinggian yang berbeza...reaksi aku?sori ek aku guna bahasa HHD sikit...kepala hotak korang...korang tau tak pe'el korang tu amat sesuai dengan entri yang ni kat HHD??

  6. ni pun salah satu sebab dan sekali lagi ni sarkastik ek...diorang terlampau berpegang pada kefahaman cetek diorang pasal agama...akibatnya diorang sanggup terjun dari bangunan nak membuktikan kebenaran diorang dengan harapan Tuhan akan selamatkan diorang sebab diorang la dari pihak yang betul..hehe..bai..ko ni memang aku boleh kategorikan macam ni la...ingat ek...agama Islam ni takde magik-magik...kalo nak magik, pegi sembah dukun...sebab betul atau salah kita dibuktikan masa kat akhirat nanti..bukan kat dunia fana ni bai...
rasanya cukupla ek...kang habis aku letak semua entri HHD aku kat sini lak kang...dahla blog tu dah terlebih hangit...tak masal-masal jek blog ni pun terjangkit sama nanti..hihi....

p/s: apa pendapat korang pasal orang bunuh diri ni ek..aku rasa diorang ni pengecut...korang ada tak sebab-sebab yang korang rasa membuatkan diorang ni sampai sanggup membunuh diri??meh kongsi meh....

34 comments:

TheChekJah said...

org yg bunuh diri ni selalunya tak ada iman plus pala hotak letak kat pala lutut.. maaf terkasar sket.. kalau bunuh diri sebab ada masalah tu namanya larikan diri dr masalah. menyusahkan org yg hidup je.. rugi je bunuh diri.. langsung tak dapat masuk syurga...

Along Tapa said...

TheChekJah

tu kalo kita tengok perspektif dari sudut Islam jek ChekJah..aku cuba bukak view dari pandangan orang bukan islam gak...sebab dari yang aku perasan, yang banyak kes bunuh diri ni dari kaum yang bukan Islam...

Shajia Niueda said...

haaa. bunuh diri.. bunuh diri..

Along Tapa said...

Shajia Niueda

motif??tak faham betul aku...

TheChekJah said...

tp kalau tak silap jah, yg bukan islam pon larang diorang ni bunuh diri... diorang kan ada karma pe bende ntah tu...

Along Tapa said...

TheChekJah

a'ah ek..aku kurang periksa pasal bendalah tu lak...takpe..yang penting, orang yang bunuh diri tetap penakut...even orang atheis pun setuju kalo diorang gunakan logik diorang...hihi..

Abang Jonni said...

jalan mudah selesaikan masalah...

contoh... di kejar Along mintak hutang, takde duit nak bayar.... bunuh diri... setel...

Along Tapa... pinjam 2 ratus....

d_tieah said...

Stress mmg faktor utama.. Tapi pada aku, dorang yg bunuh diri ni mmg tak kuat iman lah.. Lagi2 kalo org Islam bunuh diri.. Mmg bodohlah.. Macam tak belajo agama.. Takde masalah yg takde jalan penyelesaian kat dunia ni.. Ingat bile mati bunuh diri tu masalah hilang ke? Perghhh.. Makin teruk adalah.. Kan long?

*Dibunuh along plak camne ek? Hahaha..

Entry Terbaru : Encik Facebook Saya Semakin Kacak

Along Tapa said...

Abang Jonni

aku sendiri dah pokai dah abang jonni..mana lobang aku nak korek bagi ko pinjam 200...haha...


dtieah

dia bunuh diri masalah kat dia hilang la tieah.tapi dia taktau masalah dia tu transfer kat orang lain...

aku tak pernah bunuh orang lagi...bunuh nyamuk selalu la...

nas said...

along boleh je termasuk dalam nombor 4 tu
cuma kalau boleh letakkan gambar kat entri..
baru best
erm..
lagi satu kaler ungu tu biarlah cair sikit..
heheh
xfollow pon xpe la...
sedih la ngan peristiwa bunuh diri ni
kurang iman..

Along Tapa said...

nas

hihi..boleh ek ko reply kat sini..kalo ko reply kat blog ko pun aku baca r...

kurang iman...pada aku kurang akal tu nas...sebab taknak berfikir sebelum buat tindakan..kan??

iwan_dextrous said...

sbb dia x tahan nak berak..hahaha

sebenarnya yang ko bagi nie cubaan bunuh diri..haha..

Along Tapa said...

iwan dextrous

haha..pengamatan ko tajam betul..ada pengalaman ke ngok?

PendekarPetai said...

kesimpulannyer.... kemana arahnyer pas bunuh diri?? huhuhu same2 kite pk kan....

Ka-Ching said...

bunuh diri? insurans pun x dapat rugi laaaaaaaaa

Along Tapa said...

PendekarPetai

lepas bunuh diri kita ke kubur la...benda tu sangat obvious...ahahaha..


Ka-Ching

owh..ko dah bagi aku perspektif lain...orang bunuh diri ni kedekut..sampai duit insurans diorang pun taknak kongsi...erk...

nabilah_2908 said...

yg membunuh diri ni mmg pengecut...tak tahan dgn cubaan..

pada dia dgn membunuh diri...dia dh tk terbelenggu dgn masalah lagi..

kalau yg bukan islam...ada yg percaya tntg kelahiran semula..myb dia fikir...dia akan di lahirkan semula...tu yg tk kisah..sesuka hati nk bunuh diri... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
FAIRY TALES

Along Tapa said...

nabilah

yup...tapi untuk yang percaya pada karma, bagi diorang yang bunuh diri, diorang akan bawak sekali dosa diorang membunuh diri tu...so masa kelahiran akan datang tu, sama ada dia akan hidup sial sentiasa ataupun dihidupkan balik jadik binatang...

jangan lak ada yang claim aku percaya kat karma lak ni..hihi

Anonymous said...

ak takut ah nk mati2 nih.diaorg ni sng2 je kan?xpaham ak.ptss cinta pn leh bunuh diri.cmlah dah xde org lain,keh3.


ecah mashuri

Dark Half said...

kadang senang utk ckp 'bodoh' pd org yg bunuh diri. kalau kita sendiri kena skizo atau mental disorder yg lain, kita mungkin akan end up bunuh diri. who knows? we never know what comes ahead

tapi yg putus asa sesaja sahut bet kekawan utk bunuh diri, ini baru bongok bertingkat-tingkat

Along Tapa said...

ecah mashuri

tula dalam poin no.1 tu..dia kena pandai mengawal stress cah..biasanya orang tak pandai kawal stress yg rajin main terjun2 ni..


Dark Half

tula pasal...buat masa ni, kita kena contohi ko gak...emo sepanjang tahun tapi still maintain tempuh hidup..betul tak dark??hihi..

Dark Half said...

hnsss..hnssss..kembang lobang idung

fiezah91 said...

bunuh diri bukan jalan nak selesaikan segalanya.. aku rasa masalah mati lebih susah dari masalah dunia..

merahitujambu said...

bunuh diri??hish...minta di johkanla

Along Tapa said...

Dark Half

wei..kontrol bai...aku dah bajet ko pakai rayban tadi..

fiezah91

sama jek ek..mati ke hidup ke..mana2 pun ada masalah..

Along Tapa said...

merahitujambu

selain tu kena jugak berusaha jangan menjurus pada bendalah tu ek..

Anonymous said...

Heee..ak kalau nak kawal stress mesti merepek dalam entri;p

ecah mashuri

Along Tapa said...

Ecah mashuri

hihi..cenggitu lak ek...

wan alif fahmi said...

ak suke faktor yg no 5 tu....hahahahaha......^_^

Along Tapa said...

wan alif fahmi

apsal?ko pernah try ke??hihi..

Yann Mazian said...

orang yang bunuh diri ni biasanya hilang kawalan dan tak reti nak berfikir secara waras. semua point yang along bagi ni mmg betul. mmg semua ni lah penyebab kepada kes bunuh diri kat Malaysia. mungkin ada gak yang terpengaruh dengan cerita2 kat tv tu kot. dan mungkin jugak diorang tu tak tau hukum membunuh diri tu dalam agama Islam adalah berdosa besar. huhu.

Along Tapa said...

Yann Mazian

a'ah ek...aku tak faham betul..kalo la JL Baird tu hidup lagi, mesti dia bangga barang ciptaan dia jadik benda yang paling berpengaruh kat bumi ni..kan?

d_tieah said...

Hahahaha..
Muka ko mmg tak layak bunuh org..
Ngee.. :)


Entry Terbaru 1 : "Saya Mahu Tips Kecantikan Dari Blog Fatin Liyana"
Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Duit Nuffnang Dari Blog Redmummy"

Along Tapa said...

d tieah

tula kan..jejaka kiut macam aku ni mana ada tokoh bunuh orang.hahaha