semenjak dua menjak ni...eh tak...dah beberapa menjak dah pun aku perhatikan...boleh kata dah makin ramai dah bloggers yang kemain lantang bersuara, yang hangat pada masa dulu berblog pasal isu-isu yang menarik-menarik dah makin slow down...dan dulu kira ramai gak bloggers yang meluahkan tak puas hati, bercerita pasal info-info yang menarik pun dah ramai yang mengundurkan diri...kalau ada pun, dah jadik bloggers yang hanya bercerita pasal hal-hal yang berkaitan dengan keliling diorang jek...termasuk aku...jadik kenapa ek jadik cenggitu??adakah blogger-blogger ni sume dah kekontangan idea sampai dah taktau nak cite pasal apa?aku rasa aku boleh pikirkan sebab-sebab dia kot...meh aku listkan...
- dah takde berita menarik yang nak dikupaskan - atau aku boleh kata banyak berita yang boleh dihentam atau dikritik oleh bloggers skang ni tak kena report...akibatnya, kebanyakan blogger yang bergantung harap pada media untuk mendengor berita dan membuat analisis sendirik pasal isu-isu semasa dah takde sumber maklumat dah...balik-balik kena sumbat berita yang sama, kena recycle hal yang sama, kena cuci otak dengan iklan-iklan yang lebih kurang...apa yang jadik?terus blogger-blogger cenggini susah nak update blog...kitorang nak update pun memilih jugak ek...takkan la nak tulis pasal benda yang lebih kurang jek...tak variasi la apa yang kitorang nak cerita nanti ye tak??
- berjemaah itu lagi baik dari bersendirian - aku bukan nak bercerita pasal forum ataupun mesyuarat...tapi aku tengok semenjak kerajaan dah mansuhkan ISA, kebanyakan blogger yang berkobar-kobar dulu bercakap kat dalam blog dah mula ikut perhimpunan-perhimpunan...ramai yang lagi suka berhimpun kat tengah panas, bawak sepanduk-sepanduk, menjerit-jerit tepi jalan secara beramai-ramai dan dapat masuk TV ramai-ramai...tak dapat muka penuh, dapat masuk jari kaki pun jadikla...aku tengok dah makin ramai yang tak berminat nak berjuang secara solo dalam laman sesawang ni, utarakan pendapat bernas dan pedas dan remain anonymous...aku tak terkejut kalau nanti stesen TV buat rancangan realiti "Mencari pemprotes tegar" nanti...siap ada uji bakat beramai-ramai lagi....mana la tau kan...
- membaca dan menulis itu bukan trend - ni mungkin salah dari pendidikan awal kot...sampai ni jam, anak-anak muda dah tak rasa yang membaca dan menulis itu satu trend yang baik...kalau korang tak percaya, blog yang menulis berjela-jela dan jarang letak gambor macam blog-blog aku memang tak popular...yang jadik trend skang ni, video youtube homemade artis wannabe, video aksi cite omptuih anak melayu, gambor yang mengarut-ngarut tanpa input, dan jugak video binatang berlatarbelakangkan sound yang menggamborkan perasaan...aku pun taktau kenapa...mungkin kalo menggunakan perkataan, orang dah tak faham kot...tu yang kalo nak tegur budak ni jam, takleh cakap...kena bagi penampor jek dulu...ntah...
- aku tulis bagus-bagus pun bukan ada orang nak baca - benda ni dah selalu aku dengor blogger-blogger yang berprestasi tinggi cakap..ni bukan cerita diorang nak popular atau apa...tapi diorang rasa macam tak dihargai...last-last diorang takde semangat nak menulis...secara jujur, aku tak mengejor SEO, aku tak mengejor innit, aku tak mengejor nuff...tapi aku suka menaip kat keyboard aku..tapi bagi blogger yang asalnya komited nak menulis, nak share, nak berkongsi pendapat, diorang mesti rasa kecewa bila diorang tak dapat respon walaupun dah ikut tip-tips SEO semua...last-last diorang dah fed up dengan dunia blog dan buat stail lain nak berkongsi...misalnya main twitter macam sifu aku...haha...
- bosanla balik-balik cerita dia - ni takyah ulas panjang...ramai blogger dah penat dah nak citer pasal Najib dan ular tedungnya...
"Betul...kami takde apa-apa hubungan kekeluargaan...mana ada persamaan kitorang..." - masa, masa, masa - betul aku dah mula rasa masa ni dah bergerak makin pantas sampai tak terkejor dah....kalo korang tengok, aku rasa macam baru kejap tadi aku bangun nak pegi kelas, skang ni aku tengah mengupdate blog, tengok jam dah pukul 2 pagi lebih...kesibukan mencarik dan mengejor dunia ni buat kita tak terkejor...kesibukan nak kije lebih masa untuk tampung kemahalan semua benda pun buat ramai bloggers dah takde masa dah nak menghadap kotak new post ni...kalo tak caya, cuba korang tengok balik hidup korang...cepat dowh masa berjalan...
p/s: yang ramai-ramai duk kejor duit nuff tu, tobat-tobatla...masa start aku blogging dulu, takde bloggers yang sibuk nak kejor duit dari blog...sume tulis sebab minat menulis dan membaca jek towh...
7 comments:
Kali ni pendek je komen aku Long.
Meh aku share ngan ko.
Aku start memblogkan diri since Jan 2008. Sebulan sebelum aku kenal mukabuku. Kawan aku yang sajes aku berblog. Sebab dia tau aku rajin tulis surat (masa dulu2 tak tau e-mail, Disket patsegi pun masa tu bersaiz besor, yang sekarang ni besaiz cover CD cetak rompak mau pun yang ori. Masa aku membesor, zaman tu zaman Lotus123,WordStar&Dbase).
Aku mmg rajen membebel banyak2.
Dipendekkan cerita, dia suruh aku memblogkan diri. Katanya, kat situ boleh la aku memeto/membebel dan buat apa2 je yang aku suka.
Aku memang tak amik port pasal nufffnang ke, traffic ke, apa ke.Blog aku mmg `eklan-free.
Blog aku tempat aku nak buat apa yang aku suka.
Aku mmg jenis suka komen kat blog orang..Tapi, aku tak de hal kalau orang tak g blog aku atau tak komen blog aku. Cuma ada masa2/entri2 tertentu je yang aku jemput datang. yang selebihnya, aku syok sendiri, bebel sendiri. Apa ada hal? tak kisah punye.. hihihi
Terapi untuk aku layan masa2 boring selain BW.
(eh, pendeknya komen aku , ek? hew hew hew)
Ainzoo
biasanya orang yang blog masa blog tengah tak popular ni, tak pernah amek kisah pun pasal sume tu...blogger generasi baru jek...
apa yang aku tau, aku tulis, aku baca, pastu aku buat hal lain...
hehe.. aku nak suruh Upin & Ipin lintas jap la..
"betul betul betul"
;-)
ramai yang ada komitmen lain tu kot bro...
ainzoo
ni sape yang tak jaga budak kecik ni bebetul nih...duk nyampuk jek orang tua cakap...haha...
bofoyengfeng
haha...tula jawapan yang paling tepat dan mudah bro...power la ko...
sejak dh kahwin,, poin no.6 mmg paling mengena.. idea unk menulis dtg time tgh cuci piringlah, susukan anakla.. tp dh depan lappy otak jd lupa nk apdate apa. blurr...
Post a Comment