Monday, January 3, 2011

Lagenda Melayu: Pemberontak yang disanjung

Alkisah

Dalam beberapa hari ini aku rasa macam benak semacam jek...aku tak tau la apa jadik...lepas buat sesi kaunseling dengan miamans tadi, dia cakap kemungkinan aku suffer tahap frust melampau...tapi aku taknak cerita benda tu kat sini..kejap lagi maybe aku tulis kat HHD...

jadik disebabkan hal tu, aku rasa baik aku tulis pasal pemberontak yang terkenal kat dalam sejarah melayu ni...kalo diikutkan pada aku diorang ni macam hero yang sebenar..tapi bila difikirkan balik ada sebabnya kenapa diorang tak diangkat jadik hero...so, takpela...aku letakkan korang list-list diorang ni beserta dengan sikit description pasal cerita diorang ni bagi korang-korang yang tak tau atau saje nak baca lagi..bolehkan??

Hang Jebat

replika Tuah bertarung dengan Jebat

Hang Jebat merupakan watak antagonis dalam lagenda melayu "Hang Tuah"..siapa yang tak kenal dengan watak Hang Jebat ni betul tak??satu watak yang rebel dengan ketak adilan sultan dan memberontak kat istana sebab kematian saudara sumpahnya Hang Tuah..menurut apa yang kita baca, Hang Jebat ni mati ditikam oleh Hang Tuah lepas bertarung selama 3 hari dan 3 malam..tapi ada jugak yang tak percaya dengan apa yang dah lama kita tahu ni dan buat kajian tentang lagenda ni...so timbul banyak versi kisah sebenar pembunuhan Hang Jebat ni...cerita versi ni ada ditulis kat sini...ada jugak versi cerita yang lebih kurang cenggini tapi dua-dua tak pergi ke Kedah. Selepas kembali dari belajor balik dengan Adiwira, Jebat kembali ke Melaka dengan nama baru Bendahara Tun Perak..sebab takde sape tau dari mana asalnya Bendahara Tun Perak ni...aku taktau mana satu versi yang betul.just aku still anggap Hang Tuah ialah sorang laksamana yang bijaksana dan Hang Jebat ialah laksamana yang berani bertindak...

p/s: sebab tu kalo korang perasan kat alamat email aku, aku guna nama Jebat kat situ..hehe~

Laksamana Bentan

Makam Laksamana Bentan
 Laksamana Bentan atau nama asalnya Megat Seri Rama juga merupakan salah sorang pemberontak agung dalam lagenda melayu...lagenda ni mengisahlan tentang sorang laksamana melaka yang memberontak selepas mengetahui isteri dan anak yang dikandung isterinya dibunuh dengan kejam oleh Sultan Mahmud II hanya kerana sebijik nangka..then, beliau memberontak dan membunuh Sultan tu sebelum sembahyang jumaat...akibatnya sultan menyumpah seluruh keturunan Laksamana Bentan ni dibentan dari menjejakkan kaki ke tanah Kota Tinggi...tempat dimana sultan tu dibunuh...mana-mana keturunan Laksamana Bentan ni kalo jejakkan kaki kat Kota Tinggi, terus akan pening-pening dan muntah darah..cerita penuh dan kontroversi cerita ni ada dekat link ni dengan ni...

p/s: aku baru tau tok mak aku keturunan Laksamana Bentan..harap aku boleh jejak kaki kat Kota Tinggi..adeh~

aku rasa cukupla ek dua jek hero yang dianggap pemberontak ni...bukan apa...aku tak dapat nak ingat lagi lagenda yang membabitkan lakasamana selain dari dua ni...apa pendapat korang dengan dua laksamana ni??ada tak lagi hero pemberontak yang korang rasa best gila??
p/s: tetiba jek aku rasa macam nak buat sati blog untuk tulis cerita-cerita ala cerpen ke cerita bersiri ke..tapi bila pikir balik, penggunaan bahasa pra-sador aku ni macam susah nak dikawal..tetiba jek kang keluor jek bahasa pasor dalam tu nanti..ahaks~
 

17 comments:

Unknown said...

ak suka jebat sbb dia pgg prinsip pshabatan.tp xleh slahkan tuah sebab dia menjunjung titah sultan.

Vivian said...

fakta ke auta yang ko tulis ni? hahaha

antara bentan dan jebat...aku prefer jebat la kot..cool giler!

nabilah_2908 said...

sultan mahmud tu mmg patut kena bunuh...zalim...sbb kan nangka je pun..di sebab kan dia Sulatan..dia boleh buat apa sj yg dia nak...

pengajaran juga buat pemimpin2 kt negara ni...;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
ENTRI MAKAN-MAKAN

yanamib said...

ko try la pi bkt tinggi..klu ko pening² munth darah segala sah la btol sumpah sultan tuh..hahaha~ =P *guwau je yeh*

dh mcm blaja sejarah lak nih (^^,)

Along Tapa said...

echah mashuri

ramai yg prefer jebat sebab tak kenal sape tu laksamana bentan..yang aku tak faham, mana pegi pulak lagi 3 beradik dia tu ek..macam hilang terus..


BSI-BSR-VIVIAN

kita tak boleh nak kata fakta atau auta sebab cerita tu pun tak dapat disahkan..sebab tu jadik lagenda jek..bukan ejarah..kan??

jebat=setiakawan
bentan=romantik..

ko stil prefer setiakawan ke??haha

Along Tapa said...

nabilah

yup..tapi disebabkan Sultan Mahmud tu sultan yang ada daulat, sebab tu takde rakyat yang berani membantah..takut kena tulah macam laksamana bentan tu..

pemimpin sekarang mana ada daulat..saham dow jones banyak la..


yana mib

tok mak aku pernah jejak kat sana pastu muntah darah..jadik sumpah sultan tu memang betul yana..just aku taktau yang tulah tu kena pada darah aku ke tak..huhu..

erk..yeke..sejarah seronok belajor kalo cerita sebenor tak kena tapis2..agak2 ko faham tak maksud aku??huhu

iwan_dextrous said...

dulu family ak x leh jejakkan kaki kt kota tinggi..law pergi je ad je bnd jdi..eksiden,demam,histeria(haha)..tpsmpi kt ak bnd uw sume ilang psl bentan uw mbr bek ngan ak dlu.hahaha


Dextrous cyber life

mira ellyna said...

along jgn buat bersiri2 sgt la ti aku jrg on9 da tinggal siri lepas22 ta suka................

Along Tapa said...

iwan dextrous

ko mana boleh kena bentan tu..sebab peel ko sebijik macam sultan mahmud I..kaki pompuan..haha~

Along Tapa said...

mira ellyna

ahaks..kalo tertinggal pun stil ko boleh baca kan??

ankeljonni said...

napa ek... 3 lagi hang tu tak feymes sgt ye... tak tau byk pasal diorang...

faizura rahman said...

....tetiba jek aku rasa macam nak buat sati blog .....

*along, 'sati' tu ape?! @_@

ain fathihah fhm said...

hehe. suka jugak tengok movie melayu dulu2 pasal raja2 melayu ni. macam2 hal.

orang2 sezaman dgn Jebat mesti tak setuju bab dia menderhaka pd sultan.

orang zaman kita sanjung dia pulak kan.

Along Tapa said...

Abang Jonni

tula pasal..aku teringin gak nak tau apa jadik kat lagi 3 hulubalang melaka tu...

faizura rahman

erk...typo disitu..takpe..anggapla sati tu sejenis makanan...haha

Along Tapa said...

ain fathihah

aku pun suka gak..lagi best kalo dapat baca cerita sejarah yang sebenar...mana nak dapat ek semua buku tu..

tak kisah la jebat ke tuah ke..yg penting kita jangan terbuat kesilapan dorg tu dulu...

Yann said...

kedua-dua mereka bukanlah memberontak tidak tentu pasal. memberontak dengan sebab yang betul, walaupun ianya memberikan kesan yang hebat ke atas kepimpinan sultan tuh. huhu.

Along Tapa said...

Yann Mazian

yup..tu pun menunjukkan yang dari zaman dulu lagi dah ada orang yang stand up bila berlaku ketakadilan...tapi skang ni dah takde ke golongan cenggitu ek~