ehem...disebabkan aku baru jek tengok filem Thor kat wayang tadi dan lepas Iwan Dextrous tanya aku beberapa soalan pasal filem, dia membuatkan aku terasa macam nak cerita pasal filem arini....boleh kan??orait...meh aku jawab dulu soalan tu...sebab utama kenapa filem kita payah nak hit kat wayang adalah sebab TYPICAL MALAYS"....tu jek jawapan dia...simple...tapi apa yang aku maksudkan dengan typical malays ni? meh sini aku describe dalam seberapa banyak poin yang aku mampu...
- antara masalah typical malays ialah, bila satu pengeluar filem dah berjaya dengan satu genre filem, pastu berdedai la pengarah lain nak buat filem cenggitu gak...ingat tak lagi dulu cerita Leftenan Adnan? masa tu untuk pertama kalinya lepas beberapa tahun pengarah filem keluorkan cerita bercorak patriotik....lepas tu berdedaila umat pengarah ni buat cerita dengan genre yang sama...macam cerita Paloh, cerita Embun, cerita 1957:Hati Malaya...jangan lupa cerita Puteri Gunung Ledang....pastu bila cerita dari Indon lak ngetop, cerita Ayat-ayat cinta, kita pun sibukla nak buat cerita Lagenda Anak Setan..tapi pada aku dua-dua cerita tu sangat membosankan....jiwang all the way...entah apa-apa.....cuba la buat cerita lain...cerita kumbang terbang ke, ikan berlaga ke...ni pasal belacan pun nak memancung-mancung bak kata Sudin dalam Seniman Bujang Lapok..
- ni satu lagi typical malays....bila omptuih buat cerita mengarut-ngarut, hero boleh melekat kat dinding, ada kerajaan atas langit, ada kerajaan bawah laut, kita pun ikut sama "Waaaaahhhhhh~~~"...cuba kalo pengarah kita buat cenggitu?apa kita kata..."E'eleh...nampak benor membohongnya" bak kata Usop...sapotla sikit...setakat filem berkreativiti tinggi ni, tu bukan kali pertama pengarah kita buat tau....kalo korang tengok filem dulu-dulu....macam cerita Jula-juli bintang tujuh, diorang yang memperkenalkan ada kerajaan kayangan....atas langit tu...sebelum omptuih buat hero boleh terbang, kita dah buat dulu Laksamana ada tikar terbang...siap ada superpower masing-masing lagi....so, jangan dipertikaikan kehebatan pengarah kita...bukak minda kita dan tengok semua benda tu secara sama rata.....
- Ni pun salah satu typical malays gak...bila ditanya mana la omptuih boleh dapat idea buat cerita yang ala-ala Harry Potter, Thor, Percy Jackson and The Lightning Thief, dengan selambanya dia jawab sebab omptuih kan ada mitos dan lagenda yang banyak...tak macam kita...e'eleh bro...janganla terlampau typical malays...kita pun ada mitos dan lagenda yang banyak...antara mitos dan lagenda kita adalah Merong Mahawangsa, Sang Geroda, Naga Puteh dan Subharaja...tapi tu semua mitos dan lagenda semasa tok nenek kita beragama pagan, beragama hindu...masalahnya kepala hotak typical malays ni, diorang tak dapat terima bila kita buat cerita berdasarkan mitos tok nenek zaman pagan atau zaman hindu dulu....konon-konon takut lari akidah...tapi pada masa yang sama, diorang percaya mitos Greek dan Rome macam Zeus, Athena, Hades, Cerberus...kan??even header GB, HHD dengan KS, kalo aku tak bagitau binatang apa pun korang dah tau amenda....siap dengan sejarah lengkap lagi....betul tak??
- ni pun satu hal gak...korang perasan tak bila filem melayu, mesti cerita pasal pihak polis tu baik, golongan yang memerintah tu maha adil, puak pemprotes tu jahat tak agak, orang jahat pun macam manusia yang bodoh tak tau betul atau salah....kan??tak pernah aku tengok pengarah kita berani nak buat cerita yang bersifat welcome to reality macam sesetengah penjenayah tu terpaksa buat jenayah tapi polis tu yang dengki macam cerita Ocean trilogy, pastu kerajaan tu jahat yang amat pada puak pemprotes macam cerita Malcolm X....nak tau kenapa??typical malays...tapi ni typical malays higher ups...diorang sangat cepat butthurt....alangkan blogger yang cakap terlebih sikit jek dah kena soal siasat 3,4 hari kat balai...belum lagi buat satu movie yang betul-betul hentam diorang...silap-silap kena butthurt...tolongla...bukak la minda sikit...ni tak...otak pandai tapi bangang....kata negara demokrasi tapi pemikiran macam sekular...entah apa-apa....
- ni last typical malays punya perangai...kang aku cakap lelebih kang ada lak yang butthurt dengan aku...typical malays, kalo dah semua filem menarik, kita dah takde peluang nak carik filem yang bagi kita can nak buat projek mengawan kat dalam wayang tu...so, option yang ada, pilih filem melayu sebab filem melayu memang tak payah ditengok....dah tau dah jalan cerita dan ending dia, dan walllllah....dah ada 2 jam masa free untuk mengawan...kepala hotak la typical malays....
p/s: pada korang, ada tak lagi sebab kenapa filem kita payah nak laris kat wayang??takyah cakap promosi luor negara laa...promosi dalam negara jek cukup....
12 comments:
weh.mcm penah post gak yg ni ko dulu kan.?
ak xtau sebb ak xpenah tgk wyg.ehehehhe
sgt sgt setuju, thats y lah filem melayu kita kat takuk tu.Belum tanya bab budget agi tuh?
Aku tak butthurt ko walaupun.......
Aku sokong seghatus peghatus poin² ko tu Long!
Berapa bintang ko bagi untuk Thor yang dah bagi 2 jam masa free kepada mereka tu ek?
satu lagi...pilem melayu jarang wat `homework`...tak kira la pnulis skrip, pngarah, pelakon...so, output pilem( and even drama) byk yg lari maksud, tak logik (kolo tak caye, aku ble bg contoh drama yang aku ingat tajuknya sampai sekarang..mgkin ko ble Ko-Tiub Meena Minachi)..tu yg wat aku buhsan nak layan...cemana nk sapot industri pilem kolo cnggitu sighhh
hihihi...penjelasan yg dahsyat...aku nk boikot anak yusof haslam tu.ahhaha
echah mashuri
tak pernah konon...aku bukan citer pasal wayang..aku citer pasal filem...bukan ko kaki dvd ke??
bukankosong
tau pun..tapi kalo kita kreatif, dengan bajet rendah pun kita boleh buat filem yang menarik..tak percaya, check pembuat2 filem indie....
YOUsoF
daripada 5 bintang, aku bagi 3.5...sebab aku dah boleh agak cerita dia....sbb kalo ko kaki komik, ko dah tau dah ending dia...hhuhu...
ainzoo
tula...kita bergantung pada apa yang hit ngan apa yang selalu orang buat...tu tak cerita semua ntah cam apa....
iwan dextrous
hahhaa...ko ingat ko jek??sape nak sapot filem yang hero dia kayu...
point2 ni boleh diketengahkan pada bakal2 penerbit filem yg baru...
pernerbit sekarang...sure tkkn terima...
tertarik dgn point no 4..org kita mmg tk berani..tok sah tgk cite omputeh...cite hindustan pun dah buat cerita2 bntuk mcm ni..
nabilah
kan??aku boleh anggap orang2 kita ni dah di institutionalize secara tak sador...
Hohoho. Aku kaki komik yang ala² so aku bagi 3.8 bintang la kot. ;D
Keberanian adalah abadi Long hahha.
Paling kool bila aku tau hammer tu rupenye berat gilababeng....
YOUsoF
sebenornya, hammer tu tak berat...tapi diorang tarik tak baca bismillah...hahaha...
Post a Comment