Monday, December 27, 2010

Ini teknik-teknik penting untuk berjaya...

Alkisah

Untuk mukadimah..bagila can aku bagi mukadimah...jangan la mintak loncat terus pegi isi...aku bukan jenis yang gelojoh tak hengat...Jangan tanya kenapa aku tak bercerita pasal kemenangan Malaysia sebab menang 3-0 dengan Indonesia tadi...dan aku taknak cakap tahniah kat player-player sebab menang tadi dan taknak bagi kata-kata semangat kat diorang untuk 29hb nanti...sebab dah ramai yang cerita aku kira...jadik, aku nak cerita pasal teknik-teknik yang biasanya semasa melakukan aktiviti tersebut...atau cara-cara yang orang lakukan untuk melancarkan pengeluaran produk...

jadik, aku taknak la tanya soalan bongok macam "korang pernah tak buat aktiviti ni?" atau "apa expectation korang masa proses pengeluaran tu?"...sebab semua orang wajib lakukan dan expectationnya adalah untuk melempiaskan seluruh tenaga dan usaha untuk mencapai cita-cita yang tersebut berdasarkan teknik-teknik yang berikut:

  1. Bagi cara yang pertama, jika tiada halangan dan petanda-petandanya telah ditunjukkan dengan jelas dan terang nyata, takde usaha keras yang perlu dilakukan...hanya perlu berada pada tempat yang betul, di sudut yang tepat dan burst on dalam bentuk one shot...cuma yang perlu dipastikan, jangan sampai tersasar pada sasaran yang sepatutnya...sebab teruk nanti kalo tersasar...memangla hasil produk tu dapat dihasilkan sepenuhnya...tapi korang terpaksa buat aktiviti tambahan bagi clearkan mana-mana jejak yang korang dah tersilap tu...bukan ke membazir tenaga dan masa tu...
  2. Ini pulak jika petanda-petanda tu dah ada tapi hasil produk tu macam terdapat sedikit masalah untuk dikeluorkan...ada sesetengah orang menggunakan bahan pelembut seperti air supaya produk dapat dikeluorkan dengan mudah...tapi ada jugak yang memerlukan bantuan tenaga tambahan seperti meletakkan force pada dinding kawasan supaya force dikawasan produk dapat ditambah supaya produk tersebut dapat dihasilkan...
  3. Jika hasil produk tersebut berada pada tahap yang sangat kritikal dan sangat payah untuk dikeluorkan, kita mempunyai dua pilihan iaitu sama ada ingin meneruskan perjuangan atau berhenti pada masa itu dan sambung pada masa yang bersesuaian...jika kita pilih untuk meneruskan perjuangan, mungkin kita perlu bersabor pada sedikit masa atau melakukan gerakan-gerakan tambahan bagi memaksa hasil tersebut dihasilkan...ada yang cuba untuk bekerja sambil menari dan ada juga yang cuba menggunakan teknik silat atau kuasa dalaman yoga bagi melancarkan produktiviti...
  4. namun begitu, jika hasil produknya terlampau mudah keluor ataupun hasil produknya bukan pada keadaan yang diingini...mungkin terlebih campuran cairan atau pengeluarannya pada tahap yang boleh membawa pada rujukan pegawai kesihatan, maka teknik pengeluarannya ialah cuba mengawal jumlah setiap keluaran pada satu-satu masa dan pastikan kita tidak tersasar pada lingkungan yang ditetapkan...cuba elakkan melakukan keluaran one shot kerana kemungkinan bagi hasil produk tersasar dari lingkungan yang ditetapkan adalah tinggi...
  5. dan ini merupakan teknik yang terakhir...jika kita sudah mendapat petanda tapi pada peringkat pengeluaran, tiada hasil produk yang dihasilkan, kita dinasihatkan supaya tidak terlampau memaksa penghasilan produk pada masa tersebut...lebih elok jika kita tunggu pada masa yang lain yang lebih bersesuaian dan pada petanda yang lebih jelas...
itulah teknik-teknik yang digunakan...diharap korang jangan marah-marah kat aku sebab aku hanya berkongsi...kalo korang ada komen atau pendapat, sila la ek...tapi janganla tanya aku teknik yang lebih complicated....sebab aku bukannya expert sangat pun.....

p/s: agak-agak korang, kalo aku bagitau yang aku cakap pasal teknik-teknik penting untuk berak dengan berjaya korang marah kat aku tak??tak caya cuba korang baca balik dengan mentaliti korang tau tu ialah teknik berak...kompem korang loya-loya...ahaks~

27 comments:

iwan_dextrous said...

yehaaaaa!!!!!!!!

Along Tapa said...

iwan dextrous

ko ni pehal??dah berjaya hasilkan produk dengan jayanya ke?haha

TrahAssan said...

kurang hajooor T______T

Along Tapa said...

Trah Wann

haha...chill la...ko terkena kah?? :p

iwan_dextrous said...

ak rase dh kot...mcm2 produk ak dh kuarkn..hahahahahah

ap pun adik ko tetap comel..hahahahaha

± said...

gggg-gua gelak guling guling

gua paling tensen kalau produk tak sabar2 nak dikeluarkan walhal gua kat dalam bas ekspress dan kilang pemprosesan nun 40kilo di hadapan

takpun,pada situasi no.4 dimana produk yang nak dikeluarkan tabley kontrol volume pengeluarannya dan pengeluaran one shot dapat didengari sejauh 8 batu nautika

Along Tapa said...

iwan dextrous

ko jangan kata ko tergoda dengan cecep..hahaha


Dark Half

sebab tula pakar pengeluaran selalu cakap...timing and precision is very important..haha

yanamib said...

oke aku bc dgn penuh emosi bila ko kata entri ni psl berak..hahaha..aku pn menggunakan teknik yg sama..hoyeah! hoyeah! ^_^

Unknown said...

erkk..ahahah...gila ah ko long!geli wehh...;p

Along Tapa said...

Yana MIB

haha...sebab tu ko expert...lalala~~~


echah mashuri

haha..ko betul geli ke, ko taknak ngaku ko buat benda yang sama?? :p

nabilah_2908 said...

dr point awal dah dpt agak dah...huhu.. :P

tp layankan juga sampai point yg terakhir...

actually...teknik2 ni pun di guna pakai dalam bidang business tau..huhu..teringt lak masa belajar marketing dulu...

jom ke APA KATA HATI pulak,
BERTEMU KEMBALI

Along Tapa said...

nabilah

haha...tu tandanya apa??marketing dan memerut memang bersangkutan...sebab kedua-duanya melabur demi mendapat penghasilan yang memuaskan...haha

Ieqa Swetluv said...

mula2 baca rasa pening2 sebab konpius teknik apakah ini... bila dah habis baca loya2 pulak rasanya aiseyhh x sangka ko leyh elobrate teknik2 ni dengan penuh bergaya wakakaka

Along Tapa said...

ieQa Swetluv

haha...aku cukup suka menggabungkan nilai surprise,nakal,loya2 dengan logik pada satu entri...hahaha~

Masturah Idrus said...

hahahhaah! bongek! penat aku bace dekat2 smpai nk sentuh skrin dah... ape2 pun, aku setuju care2 ko ni.. mmg terbaek lah weh!! haha

Along Tapa said...

mashi lala~

haha...ko dah try experiment kan ke teknik2 tu?? :p

Yann said...

cisss. along nih. excited wei nk tau teknik2 penting utk bjaya. ohhh. teknik utk bjaya berak rupanya. hoho.
agak2 bjaya ka berak dgn jayanya kalo guna teknik nih? hahahaha.

Along Tapa said...

Yann Mazian

haha..approved by pegawai kesihatan...lol...

Nas said...

erm..aku kurang faham la bro...ni teknik pasal pemasaran/ penghasilan produk ker???

Along Tapa said...

nas

haha..ko betul tak faham ke ko buat2 tak faham??dah baca part p/s tu?haha

noa said...

aku nk skip part p/s tu leh tak

erk geli woh

Ujang9897 said...

wow...berek..my peberet...hahahaha..siot

intan shafiqah said...

kuang asam along!!!..
ptut la ak xdpt tangkap bnda la budak ni bercerita. lari dari bola, masuk teknik melancarkan pengeluaran produk...puny la ak pK produk ap bnda la bdk ni nk kaitkan...cheittt!!!...

haha...hampeh!

Along Tapa said...

nora

haha..boleh jek...myb ko dapat teknik berjaya dalam pemasaran macam nabilah cakap tu~

ujang

haha...sape tak suka berak bai...mengejar matlamat sambil mendapat nikmat..haha

Along Tapa said...

intan shafiqah

haha..sesekali nakal2 dengan ko..apa salahnya... :p

miya said...

aaiyyaa..... hampeh ini pelepup2 punya stori lg ka? haha....

Along Tapa said...

miya

haha...kembali inferioriti kompleks kah??huhu