Wednesday, December 22, 2010

Imam Mahdi pernah muncul di Mekah??

Alkisah


Entri ini just entri tiru dan tampal jek...sebab aku tengah takde mood menulis...jadik korang baca jek la ek...

Tahukan anda pada tahun 1979 muncul seorang lelaki Arab yang mengaku dirinya Imam Mahdi. Lelaki ini bernama Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dengan bantuan adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat ,mereka menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan. Ini ialah insiden berdarah melibatkan militan islam pertama dalam sejarah kota Mekah.

hahha

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi - cool beard

KENAPA?

Persoalan pertama yang pasti berlegar dalam minda kamu ialah kenapa kumpulan militan ini menyerang Masjidil Haram? 20 November 1979 ialah hari yang cukup bersejarah pada kota mekah. Tidak pernah dalam sejarah islam masjidil haram dijadikan medan pertempuran bersenjata. Pada hari tersebut .Shit. Rasa skema taik lak tulis camni. Mari ubah gaya penulisan supaya lebih ranggi!

Juhaiman ialah seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Masa tu dia percaya yang kesemua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutanya Amerika. Bersenjatakan fahaman keras Wahhabi beliau percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah bullshit. Bila difikirkan ada betulnya pendapat dia. Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara. Selain daripada itu Juhaiman mahukan islam kembali kearah lebih “keras” dan “original”. Dalam bahasa mat sallehnya dia mahukan islam Wahhabi yang puritanical dilaksanakan di si seluruh dunia. PAda zaman tu kita belum diperkenalkan dengan perkataan "fundamentalist". Tapi by all account Juhaiman is the first ever armed fundamentalist in modern Islamic history.


SERANGAN AWAL PAGI

Pada 20 November 1979 Juhaiman executed his plan. Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas habis solat subuh Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyenbunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.

Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkan sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab.

hahha

Masjidil Haram Meletup



KEPUNGAN BERMULA

Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.

Disamping itu ada permasalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama' Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama' Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.


Setelah usaha awal mereka gagal kerajaan Saudi terpaksa meminta bantuan pasukan anti keganasan GIGN dari Peranchis. Tiga orang anggota GIGN secara rahsia memeluk islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam tanah haram Mekah. Walaupun mereka “masuk islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Saudi bagi menutup malu kegagalan mereka menamatkan pengepungan.

hahha

3 orang ahli GIGN yang "masuk islam"

PEMBEBASAN TEBUSAN

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya! Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

hahha

Kesan selepas pembebasan

Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati.

hahha

"Imam Mahdi" selepas dipancung

KESAN JANGKA PANJANG

Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Binladin. Yep. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.

Insiden ini juga membakar semangat Osama ben Laden untuk menjadi pejuang Islam dimasa hadapan. Year later Osama akan diusir dari Arab Saudi atas kelantangannya mengkritik keluarga Al Saud. The rest as we know it is history.



p/s: aku sangat malas menulis dan aku just quote jek dari blog obefiend ni...sangat menarik entri dia ni walaupun dah lama gile...

24 comments:

iwan_dextrous said...

wah...minat sejarah upenyer..

Dextrous cyber life
┌∩┐(◣_◢)┌∩┐

Along Tapa said...

iwan dextrous

haha..aku minat sejarah yang ganas2 jek~~~

iman said...

sy suka sejarah juga..tenkiu for the info..

echah mashuri said...

kenapa aku xpaham pun ni??=_=

Along Tapa said...

iman

ur welcome...pasni aku rajin2 sikit menaip...

echah mashuri

adakah mungkin sebab ko masih kecik kot~haha

iwan_dextrous said...

┌∩┐(◣_◢)┌∩┐

cntik x ak pnye signature..hahhhaah

Along Tapa said...

iwan dextrous

canteeeekkk~~~ macam bangfez~~~hahaha

YOUsoF said...

Waah... sangat bagus la entry ni Long. Terima kasih sudi kongsi ngan kitorang walopun ko just kopipes..

Along Tapa said...

YOUsoF

hahaha...tapi kalo dikirakan, copy paste tu kan asas bagi blogging..just jangan lupa letak kredit kat pengarang asal...betul tak??

iwan_dextrous said...

ckp x ske copy paste

Dextrous cyber life
┌∩┐(◣_◢)┌∩┐

Along Tapa said...

Iwan dextrous

damn troller...

iwan_dextrous said...

ble mse lak...T_T

Dextrous cyber life
┌∩┐(◣_◢)┌∩┐

Along Tapa said...

iwan dextrous

haha

echah mashuri said...

heyy..aku dah masuj duapuluh tahun depan long!!

Irwan said...

aku kalau citer pepanjang ni aku kopi, modifai, pes.

Tapi info ni memang cool laaa....kipidad!

Dark Half said...

kopi-modifai-pes lagi bagos kot dari direct copy paste

papehal,good info.aku x penah tau lg dah ada yg dah claim imam mahdi,siap ngamuk2 smpai camni

Along Tapa said...

echah mashuri

wahhh...budak gak lagi tu~~baya cecep jek...hahaha

irwan

sebab cool gile la aku takpat tahan nak share...kudos2 to irwan..haha~

Along Tapa said...

Dark Half

huhu..yep...copy modify paste memang akan buat satu signature kat entri kita...tapi direct copy paste lak digunakan untuk beri honor pada sang penulis asal...sebab tu kita kena letak kredit kudos kat bawah tu...kan?

nas said...

thx for entri nie..aku baru tau..hu3..xsangke ader plak imam mahadi palsu nie..saje je nk kelirukan umat islam

Along Tapa said...

nas

tu yang aku wonder..takde lak yang nak ngaku diri dia dajal..kan??

Encik MT said...

uish...best2~ Encik MT memang suka baca2 info macam nie.lagi panjang entri lagi bgus.haha.

Along Tapa said...

Encik MT

kalo cenggitu, aku kopi pes satu database wiki kat sini la ek..hahaha

burnkelana said...

aku baru tahu.. tak pernah dengar sejarah nie..

Along Tapa said...

burnkelana

macam yang dah state tu bro...sejarah ditutup...