Saturday, July 17, 2010

Bahasa jiwa bangsa???

Alkisah

dah sedia maklumla ek ayat tu dari zaman aku sekolah sampai da masuk ke alam bangka ni, tak putus-putus aku dengar orang melaung-laungkan ayat tu, berazam nak memartabatkan bahasa melayu la konon..mintak mahap la kalo bahasa yang aku gunakan ni agak kasor bunyiknya..tapi perjuangan tu macam plastik jek kaedahnya..

"Kenapa ko cakap macam tu Along?"

mudah jek sebabnya..sebab bahasa yang kita nak juangkan ni, kat mana kemelayuannya??cuba cerita sikit kat aku...cuba korang perhatikan..dalam setiap patah perkataan yang menteri-menteri kita guna tak kira la masa kat dalam parlimen(kalo korang tengok la) tak pun masa diorang berucap kat khalayak...ni aku bagi contoh plastik la ek...

"bloggers-bloggers mestilah peka dalam menulis dan menyatakan pandangan mereka didalam blog-blog mereka supaya tidak menyentuh sensitiviti rakyat berbilang kaum di negara ini. ini kerana blog-blog sekarang ini menjadi medium bagi mendapatkan berita dalam cara alternatif tentang isu-isu semasa yang berlaku dalam negara ini..."


kalo sekali pandang dengan baca contoh tu, macam biasa jek ek..tapi kalo betul le kita ni nak memartabatkan bahasa melayu kononnya, kenapa mesti bahasa formal tu bercampur rojak dengan perkataan-perkataan inggeris yang bukannya takde perkataan tu dalam bahasa melayu sampai kita kena pinjam perkataan tu..


salah satu perkataan yang mungkin boleh diterima, perkataan blog dan bloggers tu.ok la..sebab bahasa melayu asal kita memang takde perkataan blog tu. kalo ikut kan, blog tu berasal dari perkataan "web log" yang diringkaskan jadik blog..kalo la ada usaha betul nak tukar sepenuhnya pada bahasa melayu, web= sesawang, log=catatan..jadik, web+log=blog, sesawang+catatan=sesawan(?)...baik guna blog...


banyak sebenornya contoh yang bahasa kita ni dah dijajah dengan bahasa omputih sampai kita sendirik tak perasan..sungguh..ada gak kalo datang angin tegejal aku, aku guna loghat pekat aku pada adik-adik yang kadang-kadang bersifat kebandaran ni...contoh ayat:


"Ngok, ko tolong amik aku gengsal yang warna biru kundang aku sangkut kat tepi pelantor tu..aku nak ampai kat luor..kang berserang kain dia sangkut lama-lama kat paku tu.."


Jadik korang faham-faham la apa reaksi adik aku...oh ya...apa kata korang bagitau maksud ayat tu kat komen nanti ek...

cukupla aku membebel pasal kerojakan bahasa melayu kita yang dah takde keaslian dia...jujur pada aku, aku lagi rela dengar korang cakap guna loghat korang sendiri walaupun aku tak bape faham dari korang guna bahasa rojak ompppttuuuihhhh!!!! tu...

sebelum aku terlupa...sebenarnya bahasa jiwa bangsa tu bukan merujuk pada bahasa melayu ke cina ke india ke punjab ke dan sebagainya yang aku tak sebut tu...tapi bahasa tu=adab,budi bicara,hemah tinggi,sopan santun kita dengan orang lain..tu la nama dia bahasa...sebab bila kita buat kurang hajor, orang panggil kita orang takde bahasa...kalo kita buat tak layan teguran orang tua, kita dipanggil tak reti bahasa...dan kalo dah tahap melampau nowh sampai tak boleh nak tegur, kita bercakap guna bahasa penampor la jawabnya...betul tak ek~~~

p/s: sebenarnya aku tak sanggup nak dengar hot dog ke banana split ke chicken chop ke float tu ditukor jadik bahasa melayu..hot dog=anjing panas, banana split=pisang kerat, chicken chop=ayam cincang, float=apungan...cuba korang bayangkan..pegi kedai nak makan makanan ompttuuiihh...saya nak order chicken chop dengan float satu...jadik saya nak pesan ayam cincang dengan apungan satu...apa agaknya reaksi tuan kedai ek~~~

11 comments:

Trah Wann said...

"Ngok, ko tolong amik aku gengsal yang warna biru kundang aku sangkut kat tepi pelantor tu..aku nak ampai kat luor..kang berserang kain dia sangkut lama-lama kat paku tu.."


adohh . tak paham pulokkk dah . gengsal ape ? berserang ape ? :O

intan shafiqah said...

yg kurik itu kundi,yg merah itu saga,yg baik itu budi,yg indah itu BAHASA =)

*utk translate maksud, int pun xreti...ayoOo, xfaham...hehe..*

Along Tapa said...

Trah

tu bahasa daerah...gengsal tu, orang portugis cakap tuala...berserang tu...cemana nak cakap ek...bercarik-carik kot lebih kurang...sebutan dia ber sey rang...bukan ber ser rang...hehe

intan

ko tak faham sepatah haram ke??sah lahir tahun 90an dan keatas ko ni~~~

intan shafiqah said...

hehe...agk2 la int x fhm sepatah haram...

hek~...haha..pd asas, ayt nya di fahami..tpi cm trah ckap, tang gengsal, berserang tu yg xfhm tu...hehe~

gengsal tu tuala ke?...haha, bru faham,,

wei, int lhir thun 87 ok!...;p

Along Tapa said...

intan

wah...aku lahir tahun 19ehem ehem..haha..a'ah gengsal tu tuala..baik baca post loghat muor tu kalo nak faham kebanyakan perkataan yang tak faham tu ek~~~

iwan_dextrous said...

lumrah

Along Tapa said...

iwan

waahhhh........mendalam maksudnya tu~~~hahaha

iwan_dextrous said...

dlm dy tu kre 7 kaki gak r..hahaha

Along Tapa said...

iwan

a'ah...aku tak tempah lagi benda tu~~~haha

iwan_dextrous said...

nape x tmph lg..prepare r awl2..kn sng nnt

Along Tapa said...

iwan

mara bagi duit sikit nowh...mana cukup nak tempah..hahha