Saturday, July 2, 2011

PANAS!!! Lagi perhimpunan tanpa permit....

Alkisah

Tak habis lagi ek pasal Bersih yang orang duk bising-bising skang ni...ramai orang kata aku ni tak pedulik langsung pasal isu semasa...aku ambik tau....dan aku dah bongkarkan dah siapa dalang disebalik perhimpunan Bersih ni kat sini selepas aku buat penelitian yang teliti dan khusus...dan kalo korang rasa nak tau, korang pergila baca kat situ...kat sini lak aku nak listkan lagi beberapa perhimpunan yang dilakukan tanpa permit kat Malaysia ni...kalo korang nak report, korang reportla...siap ada ceramah lagi bagai..complete...so meh kita tengok....

  1. perhimpunan yang pertama ni aku nak bongkarkan, diorang buat setiap hari Isnin....kat sekolah-sekolah tiap-tiap pagi....beramai-ramai diorang buat perhimpunan tu dengan hadirin memakai baju putih dan berseluor atau berkain biru dan diawasi oleh penguasa yang ada sesetengah tempat berbaju biru dan ada sesetengah tempat berkaler lain...pemimpinnya akan bagi ucapan yang agak lama selepas nyanyian lagu negaraku, nyanyian lagu negeri dan bacaan doa...siap dengan nyanyian lagu perhimpunan lagi....
  2. ni pulak dilakukan setiap hari jumaat...tepat lepas azan zohor....ramai-ramai ahli perhimpunan berhimpun kat kawasan masjid-masjid dan kebanyakannya lelaki tak kira usia...ahlinya pun tak kurang dari 40 orang yang datang setiap hari....duk mendengor ceramah dan diikuti sembahyang dua rakaat dan diikuti bacaan doa..walaupun ramai yang dah cabut balik masa baca doa tu....mungkin berjaga-jaga supaya tak kena rush....
  3. yang ni pulak pada setiap ahad...berbeza dengan yang nombol dua tadi, diorang berkumpul kat gereja-gereja dan mendengor ceramah yang disampaikan....aku taktau nak hurai yang ni lebih lanjut sebab aku tak dibenorkan nak jejak kaki kat dalam tu pun...nanti orang pandang slack lak kat aku....
  4. yang ni pulak biasanya dibuat pada hari cuti sekolah....tempatnya pelbagai..tapi kebanyakannya buat kat hotel-hotel dan dewan-dewan dah skang...diorang bukan jek buat ceramah, ada jugak yang siap buat pertunjukan macam-macam...termasuk imitation Sultan dan Sultanah diatas takhta....perhimpunan ni betul-betul menguji jati diri orang melayu....sampaikan raja kita pun tak selamat dah...
  5. ni satu lagi...jangankan kata perhimpunan jek...siap buat perarakan...dengan sepanduk, pancaragam, lori mayat, naga dan perarakan orang ramai berbaju gelap...berarak sepanjang-panjang perjalanan dengan tiupan lagu-lagu sedih sampai ke tanah perkuburan....
ada yang butthurt ke??haha...mintak mahap....aku rasa kemenggelabahan orang-orang pasal satu perhimpunan tu buat aku rasa macam nak gelak kaw kaw...kalo takde orang yang layan, takkan jadik pun...tak pun, ikut jek la saranan aku macam kat HHD tu...kan??

p/s: dari aku join perhimpunan bukan-bukan tu, baik aku pergi mengorat awek...lagi banyak pekdahnya....

10 comments:

nabilah_2908 said...

hmmm...boring je ikut pasal perhimpunan ni...

biasalah perkara kecil diperbesar-besar kan...

perkara yang perlu dibesarkan...diperkecilkan...huhu.. ;)

Hye En Along....(^_^)

De Mois said...

agak butthurt sikit la. haha..ni kalau perhimpunan macam ni ada yang kena tangkap juga, pukul je.

kalau kau join pun, banyak endut la kau boleh ngorat.

Menarik di SuaraSendiri
Sejauh mana BERSIH bertindak bersih

Undi disini
Adakah wajar perhimpunan diteruskan?

Along Tapa said...

nabilah

hye nabilah...lama ek aku tak ke sana..hihi...

actually bosan gak aku duk dengor pasal benda ni berulang2 kat media...ntah apa2 ntah..

Along Tapa said...

De Mois

haha..tula pasal....

ahh...kalo endut2 yg datang tu muda rumaja nak gak aku pegi..ni dah tahap2 macam kak rosie bini abang ajib tu, taknak aku....

yad'z said...

hahhahaha.. i loikeeee... ko tengok tak iklan rtm pasal sindir perhimpunan tu? hahaha.. lagi cam bangang..

Along Tapa said...

yad'z

semua iklan kot aku tengok...tapi aku lagi suka iklan yang ada sabri yunus tu...memang epik dowh...

ainz said...

tau xpe,long...dari ko ikut perhimpunan yang bukan2 tu, baik ko p ngorat awek...tapi fakta yang dalam list ko tu, memang tak bleh disekat..sememangnye fitrah manusia berhimpun untuk eratkan silaturrahim..hehee...

Along Tapa said...

ainz

ko buat macam aku menggalakkan la pula...hihi

iwan_dextrous said...

hai dekan bersuara.hahaha

Along Tapa said...

iwan dextrous

hah??mana??