Friday, July 29, 2011

Jawapan paling tepat untuk soalan berkaitan puasa...

Alkisah

kita selalu dengor jawapan yang typical kalo orang bertanya pasal puasa betul tak??ada yang jawab dengan simple...ada yang jawab dengan jawapan yang detail dan berserta dalil-dalil dan nas-nas yang kengkadang entah sahih ke ntah hentam kromo ke....ada jugak yang jawab dengan tulus suci nak membantu...ada jugak yang menjawab dengan nada sarkastik macam orang tu bongok nak mampos...tak kurang jugak yang menjawab dengan jawapan mudah dan aku paling tak suka dengor iaitu "entah, tak tau, soalan yang dijawab dengan soalan, etc"....so kali ni aku rasa aku nak kongsi kat korang jawapan yang pada aku paling menjawab soalan untuk soalan yang biasa tentang puasa...so, meh kita tengok...

  • Apakah hikmah berpuasa di bulan Ramadhan ni?
    hikmahnya ialah dapat mengurangkan perbelanjaan di siang hari dan mengganda dua kan perbelenjaan di malam hari...tu termasuk dengan expenditure yang accident dan tak disengajakan...
  • Kenapa masa bulan puasa kita kena berlapar di siang hari? Takde cara lain ke nak buat kita kenang orang yang dalam kesusahan?
    Ada cara lain...sedekahkan semua duit ko kat orang yang dalam kesusahan...
  • Rasa-rasa macam penetapan waktu imsak dan berbuka sekarang ni macam kurang tepat...boleh tak bagitau tempoh sebenar untuk menjalani ibadah puasa ni?
    dari awal ramadhan sampai habis ramadhan la...ingat puasa takat tahan lapor je ke?
  • Ramai yang kata setan-setan dirantai pada bulan puasa..cuma nafsu jek yang bebas.tapi kenapa ek?cam sama jek rasa...
    betul la statement tu..setan-setan ni memang kena rantai sebab kalo diorang buat jahat, waima makan secara terbuka pun, dah kena ayak naik lori mayat...
  • Kenapa masa zaman nabi, orang tengah berpuasa still gagah lagi berperang...tapi kita pada zaman ni mengadu letih, sibuk mengkelisakan diri, tido sepanjang hari ek....
    sudah terang dan nyata perbezaan antara "Berpuasa kerana Allah Taala" dengan "Berpuasa kerana Bulan Ramadhan"....
  • Cuba terangkan dengan ringkas, tepat dan mudah tentang perkara-perkara yang boleh membuatkan puasa seseorang tu terbatal...
    Perkara yang membatalkan puasa...
  • Kita semua tau kalo orang dewasa yang berpuasa, akan mendapat pahala dan ganjaran kan...tapi kalo bebudak yang belum baligh, apa yang diorang dapat kalo berpuasa?
    Duit raya...
  • Apa hukumnya kalo kita tak sengaja termakan sepinggan nasik mungkin sebab kita terlupa bulan puasa ke....
    hukumnya kita tak sengaja terbatal habis sehari puasa sebab kita terlupa yang puasa tu kita tak boleh masukkan sesuatu dalam rongga badan...
  • Apakah juadah berbuka yang paling afdal untuk dimakan pada waktu berbuka dan apakah juadah yang paling elok untuk bersahur?
    Juadah yang paling sesuai dan tak boleh disangkal lagi paling sesuai untuk waktu berbuka dan bersahur ialah makanan...skru, nat ataupun dinding batu tak sesuai digunakan untuk berbuka dan bersahur..
  • Kenapa laki kena puasa straight tapi pompuan ada cuti-cuti lak time puasa?
    Tuhan tu Maha Adil..dia bagi jantan-jantan ni dalam sebulan, ada seminggu hari yang kita dapat makan makanan yang asam garamnya cukup...takdela makan makanan yang asam garamnya main agak-agak jek...ye tak??
jadik, tula antara soalan yang aku terpikir orang selalu tanya pasal bulan puasa ni...agak-agak korang ada tak soalan yang nak ditambah??tak pun korang ada nak jawab dengan versi lain lak...meh kongsi....

p/s: ada orang tanya..apa hukum makan nasik depan orang puasa...jawapan yang paling betul ialah hukumnya ialah kenyang la...kan??

8 comments:

ainz said...

selamat berpuasa, long... :)

yad'z said...

jawapan yang bijak.. selamat berpuasa lolongg... hehe.. #comel lah panggil ko lolong

Along Tapa said...

ainz

selamt berpuasa ek ainz...

Along Tapa said...

yad'z

erkhh..itu hash tag...itu hash tag....aaaaa!!!!!

HZQH said...

alongg, sorry lama tak jengah blog kau yang ada 3 ni. haha, jemput tgk blog aku. tu pun kalau kau nak tgk aku bergerak ahh. kurang2 kau boleh dgar suara aku yang tak berapa merdu ni. hhehehe k selamat berpuasa along oit!!

Along Tapa said...

HZQH

haha...aku sendiri pun dah lama tak menjenguk blog aku sendiri..apa de hal...

d_tieah said...

Hahaha.. Baik kau jadi editor majalah gila gila long.. Ngee :) BTW, selamat berpuasa..

Along Tapa said...

d tieah

diorang pun taknak terima aku..haha...