Tuesday, July 5, 2011

Perkara yang buatkan kita serupa

Alkisah

Makin lama aku tengok berita, aku dah naik jelak dah...sebab dah makin banyak perpecahan orang nak tunjuk...even semua orang nak tunjuk pendapat masing-masing...ada yang pakai baju kuning nak tunjuk BERSIH...ada yang pakai baju merah nak tunjuk PATRIOT....ada yang pakai baju warna warni nak tunjuk BADUT dan ada jugak yang pakai baju putih nak tunjuk ALIM...tak kurang jugak yang pakai baju hitam nak tunjuk GOTHIC...so, arini aku nak cerita pasal benda yang menunjukkan tak kira apa baju kita pakai, kita tetap berkongsi benda yang sama....dari kita berpecah pada macam-macam puak....orait??

  1. pernah tak korang naik bas atau train yang parking sebelah-sebelah...then salah satu antara dua tu bergerak, kita taktau yang mana satu yang bergerak sebenornya??yang kita naik ke atau yang sebelah...
  2. korang pernah naik bot?? bila korang naik bot kat laut yang ombak boleh tahan kuat, kita rasa macam bergoncang-goncang melayang-layang kan???dan serius bila korang jejak kaki kat atas darat, korang rasa macam korang still lagi tertinggal kat atas laut tu..bergoncang-goncang melayang-layang macam kat atas bot tadi....
  3. korang pernah rasa tak yang satu hari ni macam hari khamis walaupun hari ni hari rabu...dan serius korang yakin ari tu ialah hari khamis...then yang peliknya, esoknya korang jadik normal balik??
  4. korang pernah tak berdiri atas bangunan yang gila tinggi, dan bila korang tengok bawah, korang rasa macam tanah makin lama makin dekat kat muka korang??
  5. korang pernah tak kena...masa korang tengah makan makanan yang sangat sedap, pastu bila tetiba salah sorang dari korang sebut muntah jek, korang terasa macam ada muntah kat dalam makanan korang tu??
  6. korang pernah tak naik keta yang dipandu agak laju, pastu bila keta tu terlanggor bendul, korang rasa macam roh korang tertinggal kejap kat atas?
  7. korang perasan tak setiap benda yang keluor dari lubang jebor kita, tak kira la korang makan nasib briyani tiap-tiap hari ke, makan nasik lauk telur jek ke, kita panggil sebagai taik??takde pulak orang panggil benda tu sebagai najis murahan dan najis mahalan....kan?
  8. korang pernah tak tertido siang yang agak lama, then bila korang terbangun, korang ingatkan dah masuk hari yang baru??mesti nak tengok handset nak confirmkan tarikh dulu...
  9. korang pernah tak pergi kat satu tempat kat rumah korang....lepas tu korang tak ingat apa yang korang nak buat kat situ??
  10. korang pernah tak jalan naik atau turun tangga dalam gelap...lepas tu korang serius ingat ada satu lagi step, then korang terhentak kaki korang kuat-kuat??
aku rasa cukup la banyak tu aku share kan benda yang aku rasa kebanyakan kita buat dan tak perasan....dan tu jugak membuktikan yang kita ni manusia yang sama jek sebenornya...takde nak bezakan bangsa, agama, dan jugak fahaman politik....jadik, meh kita pandang persamaan kita daripada kita duk pikirkan perbezaan...barula takde kes bongok-bongok yang ada kat media ni asyik jadik jek...kan??

p/s: sikit-sikit nak gaduh....macam budak-budak...ntah apa ntah...kang aku cakap lebih-lebih, semua nak buat report polis....

18 comments:

ainz said...

Betul,la long..semua manusia same je..tak kira ape bangsa atay agame..lagi2 kaum kita sendiri,melayu..sepatutnya berpakat..bergabung menjadi satu..ni tak..nak gak gaduh2..ape la yang depa dapat dengan perbuatan depa tu..hurm..heran aku..

Irwan said...

gua rasa, hampir semua yang lu nyatakan tu adalah berkaitan dengan kehilangan keseimbangan badan...

vertigo.

Gua suka feeling ni.

Sampai kengkadang gua sengaja hantukkan kepala ke dinding nak rasakan ke weng-wan nya.. Hihihi.

Eh? Sama ke?

Gua saspek gua alien...

ecah mashuri said...

huuuuuuuuuuuuuu~~~~~~~

BERSIHkan semuaa.

Along Tapa said...

ainz

aku tau apa diorang dapat...dapat perpecahan la...haha...

tula jadiknya bila bertindak ikut kepala helmet...

Along Tapa said...

Irwan

laaa...bakpe ko susah2 bro...apsal ko tak pusing laju2 jek...pastu berdiri....sure ko rasa macam ada benda dalam badan ko yang still berpusing-pusing lagi...

Along Tapa said...

ecah mahsuri

murni sungguh tindakan mu tu ecah...haha...

|arieza| said...

kita serupa!!! hahahahha

h A n Y S said...

aku naik menyampah dgn isu 'BERSIH' sekarang ni, masing2 dok gadoh, kang tak pasal2 dr malaysia ni aman jadi kucar-kacir~ wehhh..para pemimpin sekalian..nak ke negara ni jadi macam negara luo yg kucar-kacir tu oi

demit!



*ok, emo lebih pulak, heh~*

i am S!L4H.. said...

pernah pernah pernah.....
heee

Along Tapa said...

arieza

yeah!!! tau takpe...

Along Tapa said...

hAnYS

tula...masing2 tak sador....dah hujung2 zaman nanti Tuhan bagi "pembersihan" yang paling berkesan punya nanti...

Along Tapa said...

i am S!L4H

jadik tu membuktikan ko ni bukannya alien sebenornya...hihi...

yad'z said...

sangat serupa dengan apa yang kerap aku alami.. #syabas!

Along Tapa said...

yad'z

laaa..ko kan menuso...memangla sama...kolo ko menatang lainla..haha...

De Mois said...

Yeah..ada banyak gak benda yang aku alami kat atas tu. Terutamanya time naik tangga tu. Dah macam orang buta pulak

Menarik di SuaraSendiri
Keputusan undian kelayakan akhir zon asia Olimpik 2012

Undi disini
Adakah wajar perhimpunan diteruskan?

Along Tapa said...

De Mois

haha..tapi feeling tu memang best kan??

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

aku pernah rasa yang.........(sebut laju2) 1 3 5 6 7 8 9 10! hehehe..

aku pun tak paham la dorang ni.. elok2 malaysia ni aman, nak di kucar-kacir kan.. tolong la jangan pikir pakai kepala lutut! menyusahkan semua orang betul.....!

Along Tapa said...

HanimQatrunnada

huish..ko tak pernah rasa yang nombol 2 ke??orang darat ek...hehe...

ntah..emosi jek lebih..tampor kang...