Friday, July 15, 2011

Apakah persediaan sebenor nak puasa ni?

Alkisah

macam yang kita semua tau...beberapa minggu lagi kita akan menyambut ketibaan bulan puasa betul tak?? dan aku pun dah bersedia nak kumpul cerita-cerita mengarut bulan puasa nanti...tak kisahla sama ada yang aku nak tulis kat sini ataupun kat HHD...tak kisahla cerita tu pasal bulan puasa ke ataupun cerita yang boleh buat korang terbatal puasa...tapi sebelum sampai bulan yang orang kata penuh berkat tu, aku nak kongsi kat korang persediaan-persediaan yang kita kena ada nak menempuh sebulan bulan puasa nanti...entri ni tak tertakluk pada jantan-jantan jek ek...umum punya....

  1. bagi korang yang ada terskip bulan puasa tahun lepas, sila pastikan betul-betul yang korang dah ganti habis dah puasa korang....tak elok main tangguh-tangguh bayor hutang puasa....lagipun kita tinggal beberapa minggu jek nak puasa ni...betul tak??
  2. bagi korang-korang yang bercadang taknak puasa, korang kena buat persediaan pada bulan ni untuk riki mana-mana kedai yang bukak dan keadaan kelilingnya clear...jangan dilupa yang korang kena jugak carik port yang clear untuk korang melantak supaya tak kantoi...nanti tak memasal korang dapat pakej naik kereta mayat secara beramai-ramai...
  3. korang-korang jugak kena pastikan yang bajet korang untuk makan bulan depan double dari bulan-bulan lain....sebab sepanjang yang aku perhatikan, bajet kebanyakan orang untuk bulan puasa walaupun kita tak makan pada waktu siang, tapi kita punya melantak masa berbuka tu mengalahkan orang yang tak jumpa makanan seminggu....
  4. bagi perokok-perokok, ni ialah opportunity untuk korang berhenti...kamonla bro...kalo bulan puasa boleh try berhenti sebulan, takkan tak boleh nak cuba extend lagi supaya jadik berhenti terus kan??ceh...pandai aku cakap....tapi aku dah letak goal tu dah..tu yang tak sabor tu...

     
  5. bagi student-student yang rajin pokai duit tiap-tiap bulan cam aku, sekarang ialah masa yang sesuai untuk riki setiap masjid dan surau kat keliling...masa ni la kita nak mendekatkan diri dengan masjid dan menjimatkan duit pergi moreh kat tempat-tempat yang berlainan kan??
  6. bagi pengumpul 3gp, korang dah boleh bersiap sedia nak compressed koleksi-koleksi korang supaya korang takdela secara tak sengaja terbatal puasa atau tak tertakboleh puasa pada esok harinya....dan jugak sebagai langkah berjaga-jaga supaya korang tak terbuat benda-benda bangang macam apa yang aku pernah share pasal Meon kat entri bulan puasa aku tahun lepas....
  7. bagi korang-korang yang aku taktau nak kategorikan, masa ni la nak gempur kedai-kedai buku ugama supaya dapat beli kitab-kitab dan buku-buku ugama yang mengandungi niat puasa, niat sembahyang terawih dan sebagainya....sebab cam takde function jek la korang berlapor tapi tak niat...kan??
  8. bagi kaki maki dan mencarut, dalam masa beberapa minggu ni, pastikan korang mencarut sepuas-puasnya...pastikan jangan sampai perkataan biasa mengganggu flow carutan secara terus-menerus korang tu...sebab bila dah bulan puasa nanti, tak elok mencarut-carut...takut terkurang pulak pahala nanti...
  9. bagi kaki-kaki mengumpat sedunia, sekarang masanya korang nak kena beli dua tiga set buku nota....nota-nota tersebut digunakan untuk korang catit semua cerita-cerita hot sepanjang bulan puasa nanti...so adala modal korang nak bercerita lepas habis bulan puasa nanti...
  10. dan persediaan yang paling penting ialah, sekaranglah masanya korang nak adjust ariel TV ataupun bayor bil astro korang....supaya reception TV tu jadik lebih clear...so takdela korang terlepas pengumuman tarikh mula puasa dan jugak masa-masa untuk berbuka nanti....kan?
cukupla banyak tu...nak cerita bebanyak, kita tunggu bulan puasa nanti...sebab apa yang aku perasan, bila aku kurang makan, flow aku untuk menulis tu jadik makin panjang...so tak mustahil masa bulan puasa nanti aku ada banyak idea nak tulis panjang-panjang...ek...

p/s: aku terfikir...sape la yang duk umumkan tarikh mula puasa tahun ni...Pak Syed dah takde....harap jangan dia bubuh muka Najib lak yang umum dahla....

10 comments:

fiezah91 said...

hahaha. agaknya pengumuman taun ni lain weh sebab tak ada dah muka orang tua yang selalu umumkan tarikh puasa tu.huhu..

bagus gak tips ko ni.hahaha

ainz said...

ape lagi,longgg! tunaikan la yang ke4 tuuu.. bile lagiiii~~~ ;p

Along Tapa said...

fiezah91

tula..aku riso jek feeling "Yeay!!!nak puasa!!!" tu dah takde..

Along Tapa said...

ainz

nak tunaikan la ni...ramai yang berharap dah...huhu

iwan_dextrous said...

lama dh dtg sini beb..rindu2..ahhahahaha...

ko tau puasa ker????hihihi..niat puasa lepas x????

Along Tapa said...

iwan dextrous

apa yang ko mencarut ni jebeng~

Yann Mazian said...

lamanye dah tak menjengah kat blog along ni. rindu. hahaha. :D
erk. semoga berjaya mencapai goal yang tersebut di nombor 4 tu ya. hehehe. :D

ainzoo said...

1 - checked

2 - tak terlibat

3 - tak terlibat

4 - chekced (opppss :) )

5 - checked

6 - tak terlibat

7 - tak terlibat sebab g sekolah petang. Aku belajo dr Jumjumatun smpi la ke faraid serta Latihan Lazim. Of koz tak cari lain selain Muta`al Badrin & Idaman Penuntut (amacam, vintage bukan?). Insya Allah...

8 - tak terlibat

9 - tak terlibat.. Insya Allah.. nnt sia2 je..bukan ke ibarat makan daging sedara sendiri? eheh.. bukan setakat ramadhan je :)

10 - takde bajet nk bli tv. radio? huhu.. online je yg aku mampu. kat sini, xde sapa pun nk nengok anak bulan... (kedengaran seperti sedih bukan?)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Marhaban ya Ramadhan...
Kehadiranmu kunantikan...

yuk kita puasa

Along Tapa said...

Yann Mazian

haha...aku pun berharap lepas yang nombol 4 tu...tapi sikit punya payah dowh..

Along Tapa said...

ainzoo

perghh...bebetul ko buat list checked ni...huhu...

aku nak ckp yuk lum ramadhan lagik...haha...