Saturday, May 28, 2011

Cerita Klasik

Alkisah

hari ni mood aku nak bercerita klasik...sebab aku nak cerita pasal penyanyi-penyanyi klasik pujaan aku....kalo nak dikirakan, panjang list dia..sebab semua orang setuju penyanyi klasik, nak-nak yang rajin nyanyikan lagu asli memang terbaik....jadik, aku nak kongsikan kat korang penyanyi klasik yang aku minat....dan untuk entri kali ni, aku bagi korang dengor sekali lagu-lagu yang diorang nyanyikan....bukan apa..selain dapat info, kita dapat gak layan ketenangan jiwa dengor lagu cenggini kan..asyik layan lagu rock jek pun, rosak gak mental aku....so jom..kita bermula dengan penyanyi lelaki dulu ek....

  1. R.Ismail - R.Ismail ni adalah sorang penyanyi berasal dari Singapura...aku taknak cerita pasal biodata dia panjang-panjang....just nak cerita pasal kelebihan dia...suara dia yang mendayu-dayu menyanyikan lagu melayu memang meruntun jiwa...even kalo kepala tengah berserabut dengor lagu nyanyian dia, sure boleh lentok jiwa...antara lagu yang popular dia nyanyikan ialah lagu Gurindam Jiwa(duet dengan Rafeah Buang), Nasib Malang, Gunung Banang dan Embun Menitik...

    R Ismail - Nasib malang(Jula Juli bintang tujuh)
  2. Ahmad Jais - Sape yang tak kenal dengan Ahmad Jais kan??Penyanyi dari Singapura ni memang ada suara yang unik dan sesapa yang dengor suara dia mesti hanyut...lagipun, kebolehan Ahmad Jais ni bawak lagu yang bernada yang gila tinggi memang tak dapat dinafikan...antara lagu yang orang ingat nyanyian Ahmad Jais ni ialah lagu Budi setahun segunung intan(duet bersama Kartina Dahari), gelisah, Kucupan Azimat, Menanti di ambang syurga, Di ambang sore dan jugak Umpan jinak di air tenang...

    Ahmad Jais - menanti diambang syurga
  3. P.Ramlee - Sape yang tak kenal P.Ramlee ye tak?? artis lagenda Malaysia yang banyak bawak suntingan lagu jazz dan moden dalam muzik dia...artis kelahiran Pulau Pinang ni walaupun tak mempunyai suara yang high pitch, tapi tak ramai penyanyi yang boleh capai low note dia...memang seriously susah....sebab kita nak nyanyi dalam low note dan tak sumbang...antara lagu popular, hmmm...lebih ramai yang tau...takyah aku nak listkan...tapi aku letak lagu berentak asli yang aku rasa semua orang tau...lagu nak dara rindu...ok?

    P.Ramlee - nak dara rindu
  4. A.Ramlie - Penyanyi berasal dari Singapura gak...A.Ramlie ni terkenal masa popularnya zaman Pop Yeh Yeh...kalo ikut kata bapak aku, dalam banyak-banyak penyanyi, kalo A.Ramlie ni menyanyi live, orang boleh pitam dengor suara dia sebab lunaknya tu...well...memang penyanyi yang gifted...antara lagu dia yang popular ialah Hidup bersama, Oh Fatimah(rakaman semula selepas dinyanyikan oleh M.Osman, bapak kepada pengarah Aziz M.Osman),Lambaian Desa...apa lagi ek...korang dengor jek la lagu yang aku share tu...

    A.Ramlie - Dendang anak tani
  5. Sudirman - well...tak cukup list kalo aku tak letakkan nama Sudirman kan??Penyanyi yang berasal dari Temerloh, Pahang ni memang ada suara yang unik dan penjiwaan lagu yang superb...sebab tu dia pernah jadik fenomena kat Malaysia masa tahun 80an dulu...lagu popular dia??well...semua orang tau kan lagu Sudirman...tapi yang aku nak share ialah lagu dia yang agak jarang ada kat radio...boleh??

    Sudirman - pesan abang
yang ni lak list untuk penyanyi perempuan:

  1. Rafeah Buang - Lagi penyanyi dari Singapura...artis pompuan yang ada suara yang cukup feminin dan meruntun jiwa...serius...antara lagu dia yang still orang ingat sekarang ialah lagu Gurindam Jiwa, Selasih ku sayang(duet Ahmad Jais), Udang sama udang,penawar rindu, apa lagi ek...banyak sebenornya nak list...tapi aku kongsi kat korang lagu ni la...

    Rafeah Buang(duet bersama Ahmad Jais) - Selasihku sayang
  2. Rosiah Chik - aku rasa aku pernah cerita dulu pasal Rosiah Chik ni...penyanyi berentak zapin dan ghazal yang berasal dari Kota Tinggi, Johor..dia telah mula menyanyi pada seawal usia 14tahun...pastu ada gak berlakon dalam drama-drama klasik..tapi apa-apa pun, suara nyanyian Rosiah Chik memang takde tandingan...antara lagu yang popular ialah lagu Jalak Lenteng, Nyanyian Tanjung Sepi(Duet dengan Khadijah Ibrahim), Hantaran Hati(duet dengan Bob), Kuala Dua, dan Sri Tambak..tapi aku nak kongsikan lagu yang aku pernah kongsi kat sini dulu...

    Rosiah Chik - Zapin Senandung Dua
  3. Saloma - Siapa tak kenal Saloma kan??penyanyi yang berasal dari Singapura ni aku anggap macam P.Ramlee versi perempuan...kenapa aku kata cenggitu??sebab Saloma pun sama dengan P.Ramlee...bukan penyanyi yang menyanyi dengan nada tinggi tapi key rendah dia memang sangat susah orang perempuan nak capai...kalo diikutkan, banyak lagu Saloma yang sedap-sedap dicipta oleh P.Ramlee...aku pun takyah nak list sebab banyak...tapi aku nak kongsikan lagu yang jugak jarang keluor kat radio...aku rasa last aku dengor lagu ni masa aku kecik kot....kalo ada pun kat Klasik Nasional...

    Saloma - Jari-jariku sakit semua
  4. Normadiah - Ramai yang kenal Normadiah ni sebagai pelakon "Tuan Tanah Kedaung" dalam filem Bujang Lapok kan??tapi tak ramai yang tau Normadiah atau nama asal sebelum dia memeluk Islam Edith Sumampouw, yang berasal dari Sulawesi Utara, Indonesia, mak kepada penyanyi 80an Azlina Aziz dan Liza Aziz ni sorang penyanyi gak...antara lagu yang pernah dinyanyikan ialah Bulan dan juga angin, Kumbang dengan bunga dan Mengapa riang ria...

    P.Ramlee dan Normadiah - Resam Manusia
  5. Kamariah Noor - Atau lebih dikenali sebagai Kamariah Dolmat...merupakan kakak kepada penggesek biola ternama Hamzah Dolmat....berasal dari Singapura(kalo tak salah aku) dan bukanlah penyanyi yang popular bagi orang-orang sekarang...tapi ramai yang rajin dengor lagu dia tapi taktau siapa penyanyinya kan??meh aku kongsi salah satu lagu nyanyian Kamariah Noor ni...mana tau korang tetiba jek rasa macam..."laaa....dia ke nyanyi?"...hehe...

    Kamariah Noor - Perigi Biru
so, aku rasa cukupla entri panjang lebor aku pasal penyanyi-penyanyi yang aku rasa terbaik dan bolehla jugak dianggap klasik ek....kalo ada lagi yang korang nak tambah atau nak tanya, silakan la....aku pun bukan tau banyak...just minat nak tau pasal muzik ni...nak-nak pasal benda-benda yang bersifat kemelayuan ni...ahaks..

p/s: eh??kenapa aku tak masukkan Siti Nurhaliza dengan Syarifah Aini?? hmmmm...walaupun dua-dua ni penyanyi yang baik, tapi aku rasa diorang still takleh celen semua artis yang ada kat atas tu..walaupun diorang kebanyakannya takde pangkat Dato' kat depan nama....kan??

    14 comments:

    TheChekJah said...

    terbaek la... jah wat ringtone budi setahun segunung intan... hehehe... hidup ahmad jais & kartina azis

    Along Tapa said...

    TheChekJah

    Kartina Dahari la ChekJah...Kartina Aziz tu pelakon Mami Jarum tu...

    yad'z said...

    hehehe... betul3.. kekadang karok lagu nih... sangat sentimental woo.. huhu

    Along Tapa said...

    yad'z

    hoh??
    ko nangis ke karok lagu tu??ahaks

    yad'z said...

    hahahaa... jadahhh nak nangis.. feel jekk.. ehehhee

    bofoyengfeng said...

    good one... tak sangka ada anak muda yang jiwanya retro....syabbasssss

    h A n Y S said...

    hmm..now i wonder how old are u actually, heh heh~
    bukan ape tau, tak ramai org muda sekarang yg ingat penyanyi2 lama ni..aku pon 5 6 org je kenal according to list kau ni..heh heh~



    aku minat sudirman, alleycats n francissca peter!! depa terbaik beb! XD

    Along Tapa said...

    yad'z

    haha...ko segan nak ngaku tu...


    bofoyengfeng

    haha..apa maksud ko tu bro...terkesima kejap aku...hihi....

    Along Tapa said...

    hAnYS

    sudirman, alleycats dengan fran tu penyanyi tahun 80an dear...huhu...

    boleh ko wonder umur aku berapa...haha...kalo nak tau pasal muzik, alang2 kena tau dari akor umbi...barula tak jadik mak canguk kalo orang cerita...

    iwan_dextrous said...

    heliza???ana rafali??iwan zain??jihihi

    Along Tapa said...

    iwan dextrous

    yang dua memula tu aku baca dah suka dah...tengok2 nama last tu...buat spoil betul la...adehhh

    nabilah_2908 said...

    wah...xramai anak muda zmn skrg yg kenal dgn penyanyi2 klasik dulu....

    h A n Y S said...

    that's y aku tak letak 'PENYANYI KLASIK YANG aku minat.....'hoho~ ;D

    btw,
    'sudirman, alleycats dengan fran tu penyanyi tahun 80an dear...huhu...'
    ang dah masukkan sudirman dlm list penyanyi2 klasik ang dear.. heh heh~

    Along Tapa said...

    nabilah

    tula pasal...dan tak ramai yang pasang klasik nasional kat dalam kereta diorang...ek??


    hAnYS

    eh? a'ah dowh....aku tak perasan..cekap pula ko ni ek...