Tuesday, June 7, 2011

Budi bahasa budaya kita.....yeke?

Alkisah

dah beberapa hari aku duduk perhatikan kat TV..nak-nak kat RTM...beria-ia buat kempen membudayakan bahasa kebangsaan..tapi pada aku iklan dan kempen tu semua macam tak semenggah jek...macam ketam mengajor anak jalan betul...mana tak..dikempennya kat TV suruh kita memartabatkan bahasa melayu...tapi bahasa melayu yang diorang guna pun dah bunyiknya terlebih omptuih dari melayu..."Kerajaan telah menyediakan suntikan insentif sebanyak RMdotdot juta untuk resureksi industri pemprosesan getah supaya dapat bersaing seiring dengan industri lain. Ini merupakan inisiatif kerajaan..."...kalo korang perhatikan, dekat sepertiga ayat yang digunakan tu perkataan pinjam yang bukannya takde kat dalam tatabahasa bahasa melayu...jap...tapi kenapa aku marah nowh pasal bahasa ni??meh kita tengok...

  1. salah satu sebabnya, korang boleh baca kat atas tu....kita terlampau mengejor sangat ke barat sampai kita terlupa nak cakap melayu...habisnya, bila aku menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya, orang jadik pelik bebenor tengok stail tulisan aku...bagi korang yang tak tau yek...aku dah buat kajian...bahasa melayu yang diangkat jadik bahasa rasmi ialah bahasa melayu johor..sebab mengenangkan perjuangan kerajaan bermula kat Johor dulu...jadik, setiap patah perkataan yang digunakan secara meluas kat Johor, ada kat dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka...jadik, bila ada jek orang yang tanya kat aku, "Long, aku tak faham la apa ko cakap...gunala bahasa melayu"...aku dah jadik pelik...kenapa??sebab bahasa kebangsaan sendiri pun diorang tak faham...
  2. selain tu, kalo korang perasan....salah sorang pakar bahasa melayu kat Malaysia ni ialah Prof Madya Dr. Lim Swee Tin...sorang yang bukan melayu...sampai kalo dia bercakap pun, takde sikit pelat pun...penggunaan bahasa melayu dia pun cantik susunannya....tak macam bahasa melayu yang kebanyakan orang ni jam guna...lintang pukang bunyik dia..dengan bercampur bahasa omptuih lagi....
  3. Macam yang aku cakap kat atas tu...kerajaan kita beria-ia kata nak membudayakan bahasa Malaysia...sampai berhabis berjuta-juta ringgit konon-konon nak buat orang kita menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya...tapi bila kita perhati balik, yang betul-betul menggunakan Bahasa Malaysia ialah menteri Kebudayaan kita jek...Dato Rais Yatim..yang lelain??jangankan Menteri biasa...Perdana Menteri kita pun lagi reti cakap omptuih dari Bahasa Melayu...cemana nak suruh orang cakap Bahasa Melayu??
  4. Kebanyakan minda orang kita ni dah terbiasa dengan istilah "Aku orang Melayu...takyah belajor bahasa Melayu sangat..sebab dah biasa guna...Baik aku tumpu kat bahasa omptuih"...tapi hakikatnya, kita cakap Bahasa Melayu sendirik pun tergagap-gagap...nak cakap yang kita dah terer sangat cakap melayu...berapa kerat anak melayu skang yang tau almari, jendela tu bahasa portugis dan perkataan yang digunakan oleh Bahasa Melayu ialah gerobok, tingkap...ada gak budak-budak yang menyalahguna perkataan anu, sangap, gersang....benda-benda tu bukannya perkataan lucah...tapi dah dirosakkan jadik perkataan lucah...anu = apa nama, sesuatu yang tak diketahui...sangap = menguap, gersang = kering...
  5. orang kita ni dah terbiasa anggap apa-apa jek dalam bahasa omptuih tu "Classy"...jadik, bila anak diorang tak reti cakap bahasa omptuih, diorang boleh jadik malu yang amat...tapi tak pernah pun diorang terpikir yang kalo anak diorang tak reti bercakap bahasa Melayu, tu lebih memalukan?dalam IC, melayu, muka melayu, makbapak melayu, rambut hitam walaupun dah dicat kuning...tapi cakap melayu tak reti...malu la wei...orang kat Russia pun belajor bahasa Melayu kan??kita sendiri sibuk nak belajor bahasa omptuih, bahasa sepanyol, bahasa korea, bahasa jepun...apa ntah...
jadik, korang tak rasa marah ke tengok keadaan tu?? memang la betul si Tuah tu kata "takkan melayu hilang di dunia"...sebab ni jam ni, orang yang bukan melayu pun sanggup mengaku melayu...sebab nak mengejorkan subsidi dan kuota bumiputera...

p/s: orang pernah tanya aku..kenapa lawak P.Ramlee, lawak Sepah tak jemu-jemu kita tengok??sebab diorang guna bahasa Melayu yang melayu...kalo diorang mencarut sekalipun, kita tak rasa macam kurang ajor..kan bahasa melayu tu lemah lembut tutur kata dia??

    8 comments:

    yad'z said...

    tau tak pe dok... aku dah terbiase dok gune bahase melayu .. orang luar dok kate aku melucah.. haihhh..

    Along Tapa said...

    yad'z

    tu la pasal...taktau r menda salahnya ek...

    De Mois said...

    Haha...betul. Memang sepah menerapkan lawak2 melayu. Sebab tu susah nak jemu.

    Long, orang rusia pulak marah rakyat dia sbb sibuk nak belajar bahasa melayu sedangkan orang melayu sendiri nak belajar bahasa rusia. (ni sarkastik je) hehe...

    Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

    Along Tapa said...

    De Mois

    haha..aku baru bercadang nak belajor bahasa rusia..kot2 la boleh pegi kazakhtan makan daging kuda..haha...

    нαηιмQαtяυηηα∂α said...

    kat sekolah pun kebanyakan budak2 bukan melayu dapat gred lagi bagus daripada budak melayu untuk subjek bahasa melayu... haihhhh...

    Along Tapa said...

    HanimQatrunnada

    haha...tula masalahnya..diorang rasa bahasa diorang teruk..tu diorang belajor..yang kita lak perasan terer sangat..kan?

    iwan_dextrous said...

    omong jowo sih..lgi baguih...

    Along Tapa said...

    iwan dextrous

    hoh...nak cakap ojo kelalen pun tergagap2...ni kan pulok nak omong jowo...haha