Thursday, March 10, 2011

Syor kepada kerajaan Malaysia

Alkisah

rasa-rasanya lama dah aku tak tengok berita..jadik tadi aku baru jek tengok berita...dan banyak berita yang aku dengor macam tak sesuai betul dengan jiwa aku...sampai aku jadik sangat marah dengan tindakan kerajaan kita sekarang ni...aku buat entri yang bernada politik sikit ek...korang jangan menyampak lak baca..aku memang takkan sibuk sangat dengan politik kalo benda ni takde kena mengena dengan life kita...betul tak??

jadik aku nak buat cadangan kat kerajaan kita sekarang ni supaya ambik la pesanan aku ni...sebab tindakan diorang yang baru-baru ni betul-betul buat aku rasa sakit hati peringkat tak boleh blah..jadik, mehla kita tengok cadangan untuk kerajaan Malaysia kita yang 1 dan terchenta ni...

  1. wahai pihak kerajaan, aku perhati betul-betul, setiap kali korang menang pilihanraya, tak kisah la menang pilihanraya utama ataupun PRK, korang mesti naikkan harga minyak..korang tau tak..sebagai  sorang rakyat yang berjiwa rakyat, aku rasa benda ni sangat menyakitkan hati..kenapa nak kena naikkan harga minyak dan terpaksa fikirkan alasan yang ntah apa-apa nak naikkan harga minyak tu??kan lebih baik korang letak harga minyak bersubsidi rakyat Malaysia ni 2 kali ganda lagi tinggi dari harga market??so sekurang-kurangnya, takdela lagi rakyat semua bising harga minyak naik...sebab harga kita memang akan stabil sampai bila-bila...
  2. lepas tu aku dengor sekarang ni harga hartanah pun dah naik gak sebanyak 20%...laaa...kenapa naikkan 20%...rakyat malaysia ni semua kaya-kaya....semua kije eksekutif...ramai yang dah jadik artis duit juta-juta...buat apa naikkan harga hartanah...lagipun ramai yang duduk kat flat..atas langit tu...apa kata letak harga setiap udara yang rakyat sedut..bagi setiap gelen letak cukai..barula nampak yang kita ni negara yang mewah lagi kaya...sampai sedut udara pun rakyat bayor cukai...kan??
  3. selalu aku dengor pemimpin kita bagi nasihat kat media suruh rakyat berjimat cermat walaupun harga barang semua dah naik...lepas tu cakap korang dah habiskan banyak duit kat subsidi semua...janganla cakap cenggitu lagi...benci aku dengor...apa kata kalo korang galakkan lagi kitorang habiskan semua gaji...walaupun gaji yang dapat tu dah dekat 3/4 habis kat cukai dan benda-benda tak nampak, tapi kitorang kan boleh pinjam bank, boleh mohon kad kredit, ceti, ahlong...banyak sebenornya source duit kitorang ni...betul...
  4. ni satu lagi..tolongla jangan habiskan duit kitorang kat subsidi..kitorang tak sukala...apa salahnya pihak kerajaan ni buat lagi projek mega banyak-banyak, tebang semua pokok, buat menara tinggi-tinggi lagi...sebab cam korang cakap..tu kan sumber pekerjaan kitorang walaupun aku tengok yang kije kat situ bukan rakyat malaysia..yang buat bangunan, indon..yang kije bersih-bersihkan, bangla..yang jual-jual stall, vietnam...yang own premis, mat salleh...kitorang suka sangat...lagipun dapat dengor omptuih ramai-ramai puji bangunan dengan projek tu jek dah boleh buat kitorang kenyang sampai sebulan...
  5. ni satu lagi...tolongla perbanyakkan lagi skim mengambik perkerja dari negara luor...sebab graduan kat negara kita ni semua berlagak betul la...setakat pegang diploma jek tapi berangan nak jadik boss...kalo kita ambik orang luor, jadik kuli cuci taik pun diorang suka...walaupun ada segelintir graduan yang tak kisah kije cenggitu, tapi berapa lama jek diorang boleh tahan...nak kira salah, kitorang gak salah...pegi didik anak-anak bangsa ni berfikir nak jadik orang yang maju...kalo kitorang ajor diorang berfikir cara nak hidup, barula kita takyah sibuk-sibuk nak fikirkan masalah budak-budak macam bagus yang menganggur ni kan??
  6. ni satu lagi..kenapa cepat sangat bagi tempoh pencen tu..sepatutnya kerajaan simpan lagi pekerja-pekerja tua ni bekerja sampai habis umur...walaupun diorang dah tak efektif bekerja...sebab orang kata, makin tua, diorang makin jadik budak-budak...kita kan nak idea kreatif..idea kreatif datang dari pemikiran budak-budak kan??nah..dah ada dah..complete package..otak kreatif, pengalaman kije lagi....budak-budak freshie graduate ni apa yang ada dalam kepala otak diorang...kije pun tak reti...jadik kije lak para manager nak kena ajor budak-budak ni buat kije semua....
aku rasa cukupla korang baca syor aku ni...lagipun aku tau korang bukan suka sangat pun cerita pasal politik ni...aku dah luahkan apa yang aku  rasa...agak-agak korang, korang ada benda nak tambah tak??apa pendapat korang pasal syor-syor aku ni??korang rasa pihak kerajaan akan consider tak??

p/s: kalo aku tulis lebih-lebih pun, bukan ada wartawan ke, orang atasan ke nak baca blog aku ni...macam anjing menyalak bukit jek la...

21 comments:

niesz said...

ni kena salah kan pengundi nie..hahaha.

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

waah.. penuh dengan ayat2 chenta bernada sarkastik a.k.a sinis a.k.a perli betul entry ni.. ^___^

aku suka yang no.3 tu.. kenapa ek suruh rakyat berjimat? pemimpin2 ni kan suka shopping sakan.. rakyat pun nak la shopping sakan gak kan..

Along Tapa said...

niesz

mana ada pengundi salah..takde sape salahla niesz..hihi..


HanimQatrunnada

tau takpe...biorla kitorang membazir pun...lagipun kan gaji dan elaun kita semua besor2 belaka..

Nas said...

stuju ngan ko bro..
kalau prk mst lepas tu harga minyak nak naik... isk3...
hartanah juga nilai semakin mahal.. kalau kat lebah klang,penang.. mmg susah la nk beli umah~

Along Tapa said...

nas

tula pasal...kesian la kat orang yang kije kat sana...jangankan kata kawasan bandor nas...area kampung pun mesti kena tempias gak sikit2...

Hanys Najib said...
This comment has been removed by the author.
Hanys Najib said...

LOL~ mcm agak sarkastik deeerrr poin2 anggg..(blh aku kata gitu?)
AKU SUKA! SUMPAH!*muka siyes nak mintak penyepak*

heh heh~
;p

Along Tapa said...

hAnYS

sampai hatimu ingin menyepak muka ku yang comel dan bergaya ni...

Unknown said...

aku nak pinjam entry ni ya bro... no modified... maklumkan aku jika kau tak nak okay...

noa said...

aku dah tulis comment tadi
pastu kan loading error pastu kan aku frust pastu kan aku nk g dulu arrr babai

ENTRY HOT : dia tinggalkan aku...

Along Tapa said...

Pendekar Berkuda

orait jek...ko nak cedok mana2 pun aku tak kisah...yang penting ada kredit...


nora

alololo...tacing lak..tu kenapa ko tak refresh jek lagi sekali...takleh ke??

nabilah_2908 said...

suka dgn point no 3...

suh rakyat jimat cermat...tp pak2 menteri termasuk isteri dok perhabis duit..lawaan sana..lawatan sini..

kit bising mcm mana sekali pun..dia buat derk je....

apa perlu rakyat merusuh mcm kt negara2 luar..baru kerajaan nk buka mata...? huhu.....


jom ke APA KATA HATI pulak,
MOSQUES AROUND THE WORLD

Along Tapa said...

nabilah

huish...terkeluor jiwa rebel tu nabilah...terkejut jap aku..

iwan_dextrous said...

hihihi..marah betul..

Along Tapa said...

iwan dextrous

kang rega minyak naik ko gak membebel kat telinga aku...orait r tu..

si pembawa sinar said...

ape kata kite bako jer kerajaan...huhuhu

Along Tapa said...

si pembawa sinar

haha...sape setuju angkat tangan macam ko??tak sanggup aku...

Yann said...

entri ini sangat sarcastic. suka sangat2. haha. segala yg ingin yann syorkn kat kerajaan telah pun disyorkan di dalam entri ini. hahaha. tak tau naper. tapi entri sangat2 disukai oleh yann. hahaha. thumbs up! :D
p/s : suka sangat entri ini, smpai tak reti nak komen pasal semua syor tu satu2. haha. :d

Along Tapa said...

Yann Mazian

jangan kata ko..aku pun taktau nak komen apa kat entri ni...apa lagi..suruh orang media baca la..hahhaa~

manggosteen said...

sume guna ayat klise..simpan org2 tua ygsemakin kebudak-budakan..kehkehkeh..

Along Tapa said...

mangosteen

hehe...klise pun kengkadang boleh jadik sarkastik bro...nak2 kalo terkena tepat kat batang hidung...hihi