dah selalu sangat aku buat entri ala-ala mengarut kan??ok..kali ni aku nak buat entri berasaskan teori sebenor daripada Edward De Bono...tentang teknik berfikir..teknik diorang panggil sebagai "six thinking hats skills"..dengan menggunakan teknik ni, kita boleh berfikir dari macam-macam view pasal satu-satu isu..so takdela kita stuck jek kat satu point of view sampai orang cop kita ni narrow-minded person atau apa-apa yang seangkatan dengannya kan??teknik ni pun boleh digunakan dalam mesyuarat professional supaya kita dapat berfikir secara selari antara semua ahli...so kiranya macam kalo kita cakap arini kita nak gunakan konsep "___ hat", so takde la kita kena layan benda yang takde kena mengena dengan apa yang kita nak bincangkan tu...kecuali ahli mesyuarat tu memang narrow minded person atau dia memang tak reti bahasa...kan??so jom kita explore satu-satu jenis hat dan apa maksudnya dalam skill berfikir ni...
- White hat - jika kita menggunakan stail pemikiran ni pada situasi, kita just membincangkan pasal fakta, teori, kajian-kajian yang sah...senang kata fact and figures yang valid tentang sesuatu isu...dan soalan yang sesuai untuk bloggers macam kita bila nak buat entri menggunakan stail ni, "apa informasi yang kita perlukan untuk isu yang kita nak bincangkan.."
- Red hat - topi merah ni digunakan untuk pandangan dari segi emosi...apa yang kita masukkan dalam stail pemikiran ni??gerak hati, perasaan dan jugak pemerhatian dari segi emosi kita atau orang yang akan terkesan dengan tindakan kita..dan biasanya soalan yang berkaitan dengan red hat ni ialah, "apa yang korang rasa kalo kita buat tindakan ni??"
- Black hat - topi hitam ni kita gunakan untuk mengkaji sudut negatif dari setiap action yang bakal kita ambik tu...ni termasuk la kesan buruk, langkah-langkah keselamatan, kelemahan, halangan-halangan, dan jugak risiko yang bakal kita ambik...topi ni walaupun menggalakkan kita berfikiran negatif, tapi ianya bagus untuk kita sediakan langkah berjaga-jaga dengan awal supaya tak jadik efek yang teruk nanti...dan biasanya soalan yang berkaitan dengan black hat ni ialah "cemana kalo tak jadik??apa risiko yang bakal kita ambik?"
- Yellow hat - bila ada pemikiran negatif, kita kena gak ada pemikiran positif kan??so ni lah kegunaan yellow hat ni..korang just perlu fikir apa kebaikan, faedah, hasil-hasil yang positif yang korang bakal dapat kalo korang buat action tu..aku rasa takyahla aku nak explen kenapa kita kena tau ada benefit tu kan??ok..contoh soalan untuk ni ialah "apa faedah yang kita dapat kalo buat cenggini??" atau "kenapa tindakan ni berbaloi?"
- Green hat - teknik pemikiran green hat ni memang faveret aku sepanjang zaman..bila korang guna stail pemikiran green hat ni, maksudnya korang cuba berfikir dari luor kotak tentang satu-satu isu tu..biasanya pemikirang ni menggalakkan kita gunakan sudut kreatif kita...antara isu yang boleh dibincangkan dengan stail ni ialah alternatif dan idea yang ada sangkut paut tapi bukan dalam tajuk tu secara direct...antara soalan yang kita boleh tanya diri kita dalam teknik pemikiran ni ialah "apa lagi kemungkinan yang ada dalam topik ni?" ataupun "apa lagi yang kita boleh cuba?"
- Blue hat - akhirnya topi yang terakhir...topi biru ni biasanya digunakan pada akhir perbincangan atau akhir pemikiran..sebab topi biru ni digunakan untuk kita melihat sesuatu topik tu dari sudut nak diuruskan..macam kalo korang dah fikir idea nak menulis, then korang fikirkan cemana nak tulis bagi menarik...topi ni sangat penting tapi sangat menyusahkan..serius pada pendapat aku...kat fasa ni pun kita kumpul semua pandangan kita dari topi-topi yang lain tadi dan timbang keputusan yang bakal kita ambik...biasanya soalan yang berkaitan dengan topi biru ni ialah "cemana kita nak buat tentang benda ni?"
aku rasa cukup kot penerangan ringkas aku pasal six thinking skills ni..aku rasa ada antara korang yang pernah belajor benda ni dulu...even aku pun dah ingat-ingat lupa dah pasal skill berfikir ni...tapi still secara tak sengaja guna dalam kehidupan harian...lagipun kalo kita gunakan enam-enam stail pemikiran ni, kita boleh dapat pandangan yang lebih jelas tentang satu-satu isu tu...so takdela nampak pandangan kita terlampau emosional atau berat sebelah...betul tak??so apa kata korang tentang topik ni??
p/s: korang rasa cara ni applicable tak??ke korang lagi selesa dengan stail pemikiran random yang selalu kita guna tu??
26 comments:
owh..macam nie rupanya...
tpi kenapa aku tgok ko mcm x guna je.haahah
eeee...ada gambar lah...(^_^)
mcm tu yer...rasanya kita gunakan skil2 ni dlm kehidupan seharian kita...cuma tak tau apa nama skill ni.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
FREE VS BUSY
Owh begitu..
Tapi jarang kita gunakan..
Serius.. Kan??????????
Huhuhu..
Agak2 aku selalu guna topi warna ape ek?
Entry Terbaru : Blog Lucah Semakin Digemari
good info.ada dgr pasal ni..tp tidak mengkaji...thanks..
Ko boleh kampung ye long????????
Asal tak bagitau aku?
Baru je nak pesan, kirim salam kat mak aku.. Eh, silap.. Mak ko.. Ngee :)
Entry Terbaru : Blog Lucah Semakin Digemari
~d_tieah~
curang dengan aku ea..T_T
wow.... entry education.. hehe
hmmmmm... entahlah... aku sendiri tak dapat letak diri aku kat bahagian mana... huhuhu...
penah blaja tentang 6 thinking hats ni masa motivation course x lama dulu... sepatutnya camtulah, kita kena pandai2 adjust dan apply diri kita dgn keadaan2 yg kau ceritakan tadi...so, far aku x berjaya lg nak memakai keenam-enam topi tuh
iwan dextrous
sebab benda tu semua ada dalam kepala aku...lainla kalo ko boleh nak baca kepala otak aku macam professor x...haha
nabilah
kena letak gambor gak...kalo tak orang tak tau mana satu kaler yang aku sebutkan..hehe..
kita memang guna skill ni dalam seharian nabilah..tapi kengkadang kita terlebih guna satu topi..
d tieah
tula pasal..tu kengkadang jadik melebih2 tu.
ko??taktaula aku..tapi kebanyakan orang guna topi merah jek aku tengok skang..
VIVIAN
sesama...aku faham kesibukan ko vivian...sekurang2nya aku dapat tolong dalam entri ni kan??
d tieah
balik kampung la tieah..hihi..nak kim salam ke??aku orait jek...
mak aku jawab.."aaaa..yele~~.."..hihi
iwan dextrous
haha....lagi sekali..hahhaaha....aku bersimpati dengan mu budak...
mashi lala~~
sesekali aku letak entri berat..takpe kan??
Abang Jonni
aku letakkan...ko di sudut topi hijau dan kuning...walaupun ko bukan orang kedah..
Dark Half
aku kena belajor masa kat utp dulu..teori dia senang bai..tapi sekali nak buat, makan tahun nak praktis..
ko ingat aku lulus ke buat semua..selalu topi hitam dengan kuning tu susah betul nak ngam...
sungguh saintifik ea kajian ko ni along.. hehehhhee
tapi entahla.. kalau xde topi camne lak??? hehehehe
aku topi hitam..
nas
kalo takde topi apa lagi...kita cat la kepala beramai-ramai...haha...
tu konsep jek la nas...
Aku selesa dengan pemikran random je..
tapi betul ko cakap tu tak salah kita tukar² cara pikir. ade bagusnye care tu..
tak prasan pon kta pkai suma bnda topi ni...spontan je dtg
aku tak sempat dah pikir guna hat apa
sbb dah panik, blurrr smua
hueheuhue
YOUsoF
betul tu...tapi aku kalo boleh nak ngelak pakai random thinking...sebab selalu dia lebih pada emosi...
iniialahaku
pemikiran tu biasanya spontan...tapi ada masa bagus gak kalo kita dapat kawal supaya kita tak buat action bongok kan??
Niz
lorh..boleh lak cenggitu...merbahaya sungguh penyakit blur ni ek..
Iwan:
Bukan curang..
Mak u tetap mak i jugak..
Hahaha..
Along:
Tu je ke? Ermmmmmm..
Mak ko tak kirim aku kerepek ke?
Lalalalala~
aku lebih suka pakai topi tukang komen dan menganggap aku ni paling bagus sekali.
Manager semua camni...
d tieah
kerepek??aku nak bawak jajan balik melaka pun pikir dua tiga kali...haha...sah kehun...
Irwan
ko memang psiko la boss..tapi aku musykil gak la dalam hati...topi tukang komen kaler apa ek...kaler-kaler ke??
ajaib. along tak tulis entry sarcastic dan mengarut. ekeke.
apa2 pun, dalam kehidupan kita seharian ni, mungkin kita ada gunakan di antara kesemua skill tu. antara sedar dgn tak je.
Yann Mazian
erk...aku tak ngarut pun jadik ajaib ek..hihi...
tula pasal..tapi kalo kita dapat kontrol, lagi powerful agaknya kan??
Post a Comment