Wednesday, November 10, 2010

Cerita pasal rokok...Meon kata

Alkisah

Aku dah banyak kali nak post entri ni tapi banyak kali aku delete balik...sebab pikirkan tahap relevan kata-kata budak Meon ni...tapi last-last aku ambik gak...bukan apa...benda ni ada kena mengena dengan aku...jadik bila aku tulis jek entri ni, aku terasa...lepas tu aku mesti padam balik...jadik, aku ambik keputusa, aku taip dengan one shot tanpa menarik nafas secara curik-curik dan terus post...jadik, aku takkan delete...korang bacalah ek kajian sang Meon ni...

Ok...Meon ni walaupun tak ambik Master apakan lagi ada degree dalam mana-mana bidang, tapi dia suka perhati orang...ambik pengajaran dari pengalaman katanya...jadik, ni la apa yang Meon dapat...oh lupa....dia membuat kajian tentang kelebihan orang merokok...dah banyak nowh orang buat kajian pasal keburukan rokok...jadik, Meon ni nak jadik yang lain dari yang lain la kan...so dia buatla kajian pasal ni...maka, macam biasalah ek...point form....antara kelebihan merokok yang Meon cakap ialah:


  1. orang yang merokok ni mempunyai kelebihan sampai bila-bila dia takkan tua...betul...Meon kata...dia kata sebabnya, orang yang merokok ni, dia akan mendapat diskaun umur dalam 0.002% bagi setiap kotak dia hisap...jadik, korang bayangkanla kalo dah bertahun-tahun hisap...kompiden banyak dah diskaun tu...kan bagus tu...korang takyah la nak riso dah tua nanti kena tinggal dengan anak-anak kat rumah orang-orang tua...sebab besor kemungkinan korang takkan sempat jejak umor tua tu pun..
  2. lagi satu, orang merokok ni bagus...dia membantu kerajaan mengawal jumlah penduduk kat Malaysia ni...korang fahamla...kengkadang pengeluaran sperma orang merokok ni terbantut...jadik, secara otomatik, kadar pengeluaran anak tu berkurangan...ada kengkadang sampai dah tak terbangun dah cahaya mentari diorang sebab memuda dah ada ED...taktau apa tu ED??pegi google..aku segan nak cerita...
  3. ok..ni Meon cakap dengan penuh serius...orang yang menghisap rokok ni dalam dia tak sador, dia telah menjimatkan kos isi rumah untuk beli ubat nyamuk....sebab dia sendirik dah jadik ubat nyamuk dalam rumah...jadik, kalo korang ada orang yang merokok dalam rumah tu, bersyukurla...korang ada ubat nyamuk bergerak...takyah ada stand ubat nyamuk pun takpe...duit karen pun jimat kalo korang jenis yang pakai ubat nyamuk karen2 tu...korang cuma perlu arahkan "ubat nyamuk" korang ni buat semburan berkala di sudut-sudut tertentu....baguskan??
  4. bagi sang awek-awek yang ada balak atau laki yang kuat merokok tu....jangan dipaksa diorang berenti Meon kata...sebab perangai diorang yang tak boleh berpisah dengan rokok tu yang membuatkan korang berkuasa...cuba korang bayangkan...sampai satu saat besok, mesti laki atau endut korang akan buat lawak bangang cakap rasa nak bagi "kawan" pada korang....jadik masa tu la korang gunakan insurans terakhir korang tu...korang ambik rokok dengan kotak-kotak diorang sekali lepas tu korang cakap...saya izinkan...tapi lepas awak minum air rendaman bendalah ni lepas saya perap seminggu...amcam??
  5. korang jangan lah keji sangat kat perokok ni...betul...tanpa diorang, tak sampai 10 tahun lagi petronas akan gulung tikar...almaklumla...mana lagi diorang nak dapat bekalan petroleum sebab reserve minyak makin kurang...maka, kat sinilah datangnya kegunaan perokok ni...sebab kandungan tar yang agak tinggi dalam badan diorang, secara otomatik, diorang boleh jadik penyumbang petroleum yang utama pada negara lepas diorang dah takde nanti...
  6. yang ni pulak, kebaikan untuk peminat-peminat naga...korang mesti kecewa kan kalo orang ramai sangkal kata yang naga tu just satu mitos jek....tak wujud pun...takpe...korang kena berterima kasih pada perokok-perokok ni...sebab bila orang kata naga tu tak wujud, dengan hati yang riang gumbira korang jawabla...takpe...tu sume dakyah semata...sebab aku dah jumpa dah waris keturunan naga...sambil refer pada sang perokok tu...
  7. yang ni penting kalo korang tengah berlayor kat atas kapal...korang memang perlukan sorang perokok kat atas kapal layor...nape??sebab diorang akan tunjuk kat korang arah angin...cara dia senang jek....korang tengok kat mana kepala perokok tu menghadap...belakang tula arah sumber angin....sebab perokok memang akan sentiasa menghadap arah lawan angin...kalo tak, api tak nyala bai~~
  8. korang patut berterima kasih pada sang perokok ni...sebab, kalo takde diorang, takde la orang korang nak kutuk kaw-kaw biler korang duduk sorang-sorang...tak pun korang takkan ada modal nak tulis benda ngutuk-ngutuk kat dalam blog korang...betul...diorang ni memang pencetus idea yang yang complete package...berlagak macho, lagak api siluman, pencemar alam sekitar, penyumbang terbesor cukai kerajaan, macam-macamla...so takde diorang, cam tak complete jek hidup ni...
  9. ni pulak untuk kerajaan...kalo takde perokok ni, takdenya benda yang diorang nak naikkan harga masa tiap-tiap tahun buat belanjawan...cuba korang bayangkan kalo takde perokok...cukai rokok naik, negara takde untung...kang diorang naikkan rega petrol, cukai keta, cukai pintu, cukai tanah, cukai kepala...tak ke naya tu...bagusla ada perokok-perokok ni yang menyelamatkan sikit bajet korang tu...
  10. dan ini pengalaman Meon dan aku sendirik sebagai sorang perokok...bagi korang yang taktau...perokok ni la kebanyakan orang yang paling rajin merapatkan silaturrahim antara satu sama lain hanya dengan menggunakan satu perkataan yang typical...tapi ayat ni takleh digunakan untuk nak mengorat awek...korang nak tau apa ayat dia??ok..aku cerita...bawak keluor sebatang rokok, pegi kat sorang brader yang kita nak tegur, lepas tu cakap..."bang, ada api tak bang??"...lepas tu baru disulamkan dengan bualan-bualan pendek...


jadik, tu antara kelebihan orang yang merokok yang Meon dah kaji sedaya upaya...bagi korang yang tak merokok tu, teruskan amalan korang tu....jangan diambik rokok ni...alang aku sendirik nak berenti dah...lepas ni rasa nak berazam jadik pemakan sirih tegar lak...korang rasa ngam tak???heee~

p/s: suka la ko Meon aku dah postkan research ko ni...so apa lagi??tak reti-reti nak berenti??kita lumba sape dapat berenti dulu...sape berenti dulu, diala makhluk tuhan paling comel...ngahahaha~~~~

28 comments:

i am S!L4H.. said...

hoh??
ni kelebihan yang merosakkan diri..isk3
ha3..

nabilah_2908 said...

dalam bnyk2 point...suka point no 9.. :)

semoga En Along berjaya berhenti merokok..apa kata cuba ubat yg keluar iklan kt tv tu..mana la tau mujarab... (^_^)

p/s : jom pi blog sy...ada sesuatu utk kamu.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
APA KATA HATI GIVEAWAY

YOUsoF said...

Peringata dalam pesanan hehee bagus² Long..

*Teruskan perlumbaan demi mengejar title makhluk paling comel tu okeh.. ;DD

Along Tapa said...

i am S!L4H

haha...tau takpe...jadik, reti2 la ek...


nabilah

aku dah jumpa dah ubat yang mujarab...takyah nak rosakkan buah pinggang aku makan pil bebanyak...nak tau apa??kunyah jek tembakau tu..haha

Along Tapa said...

YOUsof

haha...peringatan dalam pesanan ek...tu sarkastik mendalam..

tula...aku takleh lepaskan title tu kat Meon...

nas said...

pergh..menarik entri nie..
hahahhahahahaa...
taw xper...mengurangkan jumlah populasi penduduk...then spesial buat peminat naga....
serta diskaun umur..cayalah...tp ada yg smoker tp sihat2 jer..
so..ape lagi..merokok laa...
:P

Apa itu 'Anak Ikan' dan 'Anak Ayam'??

miya said...

benar juga katamu.. (speechless)

entry baru aku:
cinta bersepah sepah

ainz said...

Aaaa...naga juga dapat memendekkan umur mereka2 yg berada disekelilingnya..haiyak..meon2..mcm2 la ko nye research..

Aku pulak dah xternasihat perokok2 ni..last2 aku jadi lali ngn bau rokok..

Along Tapa said...

nas

ooohhh...tu ko nampak jek sihat...mungkin dia kategori no.3...haha

miya

haha...kenapa ko speechless??

Along Tapa said...

ainz

apa ko nak risokan naga2 tu...daftarkan aje kat zoo...haha~~

akubiomed said...

Orang merokok memang kita dah tahu side effect tapi kesihanilah saudara kamu yang menghidu sisa asap kamu jauh lebih kala berganda bahaya dari yang hisap merokok(perokok pasif)

echah mashuri said...

sedap ke rokok tu???tp ak rase klau lki xmrokok xmacho r,,,

echah mashuri said...

sedap ke rokok tu???tp ak rase klau lki xmrokok xmacho r,,,

khaiyisah husna said...

rokok hisap...pelik2... xske perokok

Along Tapa said...

akubiomed

ko budak bio med kan??aku tak faham knp orang kata 2nd smoker lagi cepat mati...kalo nak dikirakan, 1st smoker lagi bahaya...dahla dia hisap rokok,..dia pun jadik 2nd smoker jgk...so mana yg lg bahaya??

echah mashuri kali dua

tak sedap pun echah rokok tu...macho ke laki merokok??aku suka cara ko berpikir...haha

Along Tapa said...

khaiyisah husna

haha..gile jujur statement ko tu~~

y@n@ M!B said...

aku kureng gemar dgn perokok..allergic lah dgn asap tu..huhu~

tp aku x kesah org nk merokok asalkan dorg boleh respect org len..cth mcm kt kedai mkn, mmg x slh nk merokok kt c2..tp x slh juga klu dorg sembur asap tu kat tpt len supaya x kena muka org..kan kan kanN?

gud luck tuk ko dan meon dlm usaha berenti merokok ye..aku lg comel la maknanya sbb aku x merokok..lalalala~ ^_^

RozSyah said...

incik MSA juga perokok..cuba ko nasihat skit kt dia tu..penat dah aku duk hidu asap rokok...

Jelly Beku said...

hi..jangan luper contest jelly beku ok..tunggu resultnya...jangan lupaa :)

gigi rongak said...

haha.. baik punya kajian.. wakaka..

ye ke ko nak berenti ni? wakaka..lps ni ko hisap straw je weh! :P

intan shafiqah said...

aku pun xsuka perOkok ~..huh~..haha ^^

Along Tapa said...

yana mib

sbb diorang2 yang tak pandai law dalam merokok ni la yang membuatkan ramai yang tak suka orang merokok ni ek...sian aku dengan mereka2 yg lain tu...

RozSyah

laa...encik MSA pun merokok ke kak..nak suruh nasihat mmg tak dan...akak buatla batuk2 depan dia kalo dia merokok...lama2 nnt msti dia terpikir nak berenti...hehe~~

Along Tapa said...

Jelly Beku


bila ko nak keluorkan result tu??tertunggu2 lak aku..hehe~~

gigi rongak

hisap straw??tu boleh menjurus pada hisap shisha lak nnt...isap plastik polimer...haha~~

Along Tapa said...

intan shafiqah

sampai ati u tak suka i~~~ T_T

f_aRa_aINa989 said...

x suka laki merokok...

Along Tapa said...

fara aina

ye2...tau...99.99% perempuan kat dunia tak suka laki merokok...

masturah idrus said...

idong aku sensitip betol dekat asap rokok. aku boleh jadi smoke detector la mcm ni.. haha

Along Tapa said...

mashi lalala~~~

sebab tu gambor ko tu pakai purdah ek...smoke protector...heee~~~