Tuesday, September 13, 2011

Bangganya aku menjadik melayu....(entri sarkastik)

Alkisah

aku selalu rasa bangga bila aku tengok kat surat beranak aku tertulis "bangsa: Melayu"...bukan main lagi aku terasa kebangaan tu...terasa untungnya aku dilahirkan sebagai orang Melayu...sebab cuma bangsa melayu jek ada beberapa perkara yang kaum lain semua takde....antaranya:
  1. takde kaum lain yang caring macam kaum melayu...korang bayangkan...cuma orang melayu jek ambik tau pasal hal jiran tetangga, kawan-kawan, adik beradik, waima orang yang tak kenal pun kaw-kaw...sampaikan cerita dalam kelambu pun orang kita ambik tau...dan kengkadang cerita tu dishare bersama-sama antara diorang...tengok...betapa caringnya orang melayu...
  2. tu tak kira lagi tahap genius...korang bayangkan...sorang budak lepas SPM yang takde latar belakang dan latihan kemahiran pun, bila dibagi motor EX5 standard, diorang boleh modified motor tu jadik selaju RXZ..orang yang invent EX5 tu pun taktau yang motor dia boleh jadik cenggitu..tu belum kira masa test drive...mengalahkan pelumba professional...kan??
  3. macam mana lak dengan perniagaan?orang melayu ni memang cukup terer dalam perniagaan....cuba tengok omptuih....nak kena belajor teknik tu la, teknik la, kena tackle tula, tackle ni...orang kita takyah susah-susah...diorang just perlu jumpa mbah jek....kompom pesaing gulung tikor tergulung-gulung...kan??tengokla betapa handalnya orang melayu berniaga....
  4. orang-orang melayu jugak golongan yang transparent...diorang tak pernah sorok perasaan diorang...cuba korang tengok kalo jadik apa-apa isu....kalo kat negara omptuih, diorang lagi suka bukak forum, bercakap, bagi pendapat semua...tu semua tak power...sebab selalunya kalo forum atau apa-apa, yang tukang cakap tu semuanya cakap ikut keadaan dia...tengok cemana orang melayu buat...kumpul reramai, bawak manila kad dengan marker pen, lepas tu berarak ramai-ramai sambil terjerit terlolong apa pendapat diorang....haaa...barula semua dapat menyuarakan pendapat memasing...kan ke adil tu....
  5. orang melayu jugak la kaum yang sangat mementingkan standard diri..tak percaya?cuba kalo korang tengok orang melayu yang kaya, tak pun yang baru kaya, tak pun yang jadik pemimpin, tak pun yang ada pangkat sikit....kemain lagi diorang....jangan harap la nak pandang orang-orang yang tak standard ni...kalo setakat naik motor cabuk, kije panjat pokok kelapa...kalo buat keputusan apa-apa nak naikkan harga ke apa takyah pikir sangat diorang...tak standard pun masuk kepala....
  6. kaum melayu jugakla kaum yang paling romantik..betul...takyah cerita pasal cerita kat TV ke wayangla...cerita kat sekolah jek...berapa ramai yang tak pernah tengok jantan-jantan melayu yang bertumbuk kat belakang sekolah sebab berebut sorang awek yang tentu lagi syok kat diorang??betul tak??
  7. jangan lak kita lupa yang orang melayu ni memang kaum yang pemurah...serius...mana ada kaum lain yang sanggup berhabis berpuluh ribu kat kedai kaum lain semata-mata untuk hal kecik...cuba perhati makcik-makcik bila dekat-dekat raya...sanggup tu pergi kedai Ah Seng beli sofa baru, beli gobok baru, beli dapur baru...upgrade rumah jadik transformers....sampai puluh-puluh ribu...tak ke pemurah tu orang melayu?
aku rasa macam kebanyakan point aku stop kat tujuh jek ek..tak kisahla...tapi akhir kata, aku bangga jadik melayu sebab kaum lain tak boleh nak tiru kehebatan kaum melayu ni....

p/s:kenapala orang melayu ni suka letak maruah diorang bersepah-sepah....kat parti la, kat keris la, kat raja la..kat berndera Malaysia la....cuba la maruah tu bawak kat diri sendiri...kan selamat....

4 comments:

ainzoo said...

Dalam kelambu tu citer apa? Citer main sip sip sip mi mi mi ke? ke, main ola oli? :D

Aku pun naik sangap ngan seme ni Long. huarghhh

Along Tapa said...

ainzoo

haha..mana la aku tau diorang main apa...aku pun tak ambik tau...

huish..bukan sangap dowh...bangga...

miya said...

suka point no.6... wee!!

Along Tapa said...

miya

haha...cemana ko boleh suka menda tu ek...