Friday, December 2, 2011

Rumusan Perhimpunan Agung UMNO(sarkastik)

Alkisah

selepas beberapa hari aku mendengor Perhimpunan Agung UMNO, aku dapat merumuskan beberapa perkara...ni aku bukan setakat bercakap pasal apa yang Presiden diorang jek cakap...tapi lepas aku dengor hampir semua...tak semua....tapi hampir semua yang berucap aritu....nak tak apa dia??meh sini aku kongsi...

  1. Bila berbahas, kena menjerit-jerit - aku perhatikan, hampir semua Yang Berhormat yang berucap aritu menjerit-jerit tak tentu hala...walaupun TV aku dah diletakkan volume yang agak rendah, tapi aku terpaksa gak slowkan jugak volume tu sebab aku takut speaker TV tu pecah....adoyai...kata mewakili melayu....bawakla resmi melayu...bercakap lemah lembut, penuh sopan santun, beradap sopan...tapi bertenaga dan bersemangat....barula orang respek...kalau dah terjerit-jerit, baik aku tengok game rugby....sekurang-kurangnya diorang buat "Hakka" ada gaya yang menarik....
  2. Bila berucap untuk Kerajaan, wajib kutuk pembangkang - ni satu lagi hal..entah hal bukan-bukan dikutuknya....taula tak suka...tapi bukan cenggitu caranya...tunjukkan yang pambangkang tu salah dengan membuat apa yang korang rancangkan tu jadik realiti dan dipuji rakyat..bukannya masuk bakul angkat sendirik...dah tu nak main perli-perli...jelak aku dengor....kitorang rakyat ni nak tengok perhimpunan agung tu bukan nak dengor korang perli pembangkang...tapi nak tengok apa perancangan korang KALAU korang menang pilihanraya nanti...so, aku tak nampak perancangannya tu...jangan disalahkanla ek KALAU tetiba TERkalah lak nanti kan?
  3. Sape jadik kerajaan, merekala memerintah - sekali pandang, ayat ni nampak betul ek...tapi aku cakap SALAH!!!! bila korang dilantik oleh rakyat untuk jadik kerajaan, tugas korang bukannya untuk memerintah...kitorang tak suka diperintah tau...kata negara demokrasi...kitorang lantik korang untuk memimpin...dan apa tugas pemimpin??apa yang korang buat, kitorang akan ikut....jadik, kalau korang tengok fasiliti kat satu tempat tu tak terjaga, bukan ke tugas pemimpin yang start dulu jaga fasiliti tu...dan tak mustahil jugak rakyat akan ikut sekali lepas tu....wahai-wahai pemimpin-pemimpin, take note....
  4. Ini perang...perang...perang... - haaaa....orang nak duduk dalam amanla...taknak perang-perang...aku ingat lagi Tun Dr Mahathir dulu cakap....sejarah negara kita takde perang-perang...kita bertindak mengikut kebijaksanaan...jadik. kenapa nak berperang dengan puak pembangkang lak??ingat...kalau diorang tak terpilih, diorang akan jadik rakyat korang yang menang...dan menjadik tanggungjawab korang menjaga kebajikan diorang....kalau korang isytihar perang dengan diorang, korang ingat lepas korang menang, diorang nak bagi korang hidup senang ke???pikir menggunakan akal yek...bukan lutut...
  5. Rakyat patut mengenang jasa kerajaan yang telah mendirikan.... - wahai pihak kerajaan...janganla bertindak dangkal dengan mengulang-ulang ayat ni...tak kira la sape pun jadik kerajaan...waima Dafi sekalipun....apa yang dibuat tu semuanya perkara yang WAJIB korang buat...dan takde cerita ini adalah jasa kami....tak....itu ialah tanggungjawab korang....dan tanggungjawab korang tak boleh anggap sebagai jasa...apa perasaan korang kalau bapak korang mengungkit setiap tanggungjawab diorang???Termasukla saat diorang bersedap-sedap dengan bini dia sampai korang lahir??tak terpikir ke semua tu??
disebabkan aku malas nak menyirap panjang-panjang dan cerita pasal Politik banyak-banyak, aku stop sampai situ jek...kalo korang tak puas hati dengan aku ke, dengan apa yang korang dengor ke, hentam jek la kat comment box tu...aku tak kisah pun....


p/s: diorang kat perhimpunan bagi pantun...aku pun nak pantun gak la...

bulat-bulat si daun kobis,
lurut-lurut si daun selasih;
dah habis,
sekian terima kasih.

15 comments:

faizura rahman said...

serius, aku pun nak penan bnd nih! wahai-wahai pemimpin-pemimpin, take note.. :p

lawak la pantun ko along..kontot lak yg baris ketiga tu..hahaha

faizura rahman said...

*pesan

ainzoo said...

Persidangan untuk kata dulang,paku serpih.
-Apakah Ikan?

bila dikata tak mo amik port pasal politik, mula la nk tuduh kita ni xde smgt patriotik la, tak menghargai jasa pejuang kemerdekaan la, etc.
-Apakah Lobang?

separuh kenalan di mukabuku merungut2 tak puas ati pada malam ucapan Pengerusi sebab Cinta Elysa terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan.
-Apakah Ikan?

suku dr kenalan di mukabuku memparodykan apa2 yang sesuai berkaitan dengan perhimpunan UMNO.
-Apakah Lobang?

Wahai Yang Berhormat & segala Org2 KUAT Politik...kami malas nk situasi politik yang memualkan. bluekkk.muntah hijo ... phuii.
Oh...mmg FAKrul sungguh.

~lebih baik aku layan Masterchef Malaysia & Cinta Elysa berulang2 kali di youtube berbanding menadah cuping dengan ucapan2 yang menanahkan telinga... Torek nnt sudahnya.

EN ILHAM said...

salam singgah pertama kali
huyoo, memang sangat kontroversi entri ni, tp sedikit sebanyak aku mmg setuju dengan ko
walaupun xsuke janganlah kutuk2 mcm tu sekali kan, tegur dengan cara berhemah dan bersopan, barulah rakyat dapat menilai perangai pemimpin diorang sendiri

tak susahkan sesape said...

persidangan UMNO tu ape weyh?
hahaha~

Along Tapa said...

faizura rahman

tula pasal...termenyirap darah aku menengoknya...

pantun tu??tu tandanya aku taktau nak buat pantun apa...haha

Along Tapa said...

ainzoo

haaa...tu pun salah satu benda yang mak bapak aku mengamuk kat rumah...diorang tak dapat tengok cerita cinta alyssa tu..hahaha...

Along Tapa said...

EN ILHAM

betul...kan ke lagi elok cakap ayat
" keruk-keruk celah kelengkang,
duduk terkena miang buluh;
teruk-teruk mana pembangkang,
takkan yang terang lagi bersuluh."

ye tak?

Along Tapa said...

tak susahkan sesape

oooohh...tu aktiviti mengumpat dan mengutuk secara besar-besaran dan halal...serius weh...haha

tak susahkan sesape said...

oo..br ku tau..hahaha..new info ni~

h A n Y S said...

tak sangka pandai gak kau berpantun long,;D

aku paling jelak bila dok ngutuk parti lain kaw kaw punya, 'kau-kutuk-aku,aku-kutuk-kau', pemimpin PERLU ada sikap tu ke? pfffttt

Along Tapa said...

tak susahkan sesape

aku loyar buruk pun ko percaya ek...haha

Along Tapa said...

hAnYS

hmmm...mungkin tula politik yang diorang belajor dulu kot masa belajor kat luor negara...aku manala tau...aku produk tempatan jek...

tak susahkan sesape said...

haha...ak rs tu fakta buknnya auta..^^ ..haha

Along Tapa said...

tak susahkan sesape

haha...kronik sifat kepercayaan ko ni...