Sunday, December 18, 2011

Perkara-perkara yang aku tak faham pasal membudayakan bahasa Melayu

Alkisah

Pejam celik, pejam celik, dah jumpa lagi sekali kempen membudayakan bahasa yang dianjurkan oleh kerajaan...dah berzaman-zaman aku hidup, aku tetap tak faham dengan beberapa perkara yang kebanyakan orang terutamanya pemimpin kita duk wekbang pasal kempen membudayakan bahasa kita ni...ni antara benda-benda yang aku keliru....

  1. asal kita kata kempen membudayakan bahasa jek, mesti orang duk bercerita pasal puisi, sajak, syair, pantun....kenapa orang tak terpikir pasal benda lain??buatla kempen satu perkataan baru sehari ke...kalo dalam belajor bahasa omptuih masa aku sekolah dulu, kemain sibuk lagi cikgu-cikgi buat "one day one vocab"...sampai aku setakat tau perkataan-perkataan asas macam mom, dad, cat, dog pun boleh tau perkataan yang pelik-pelik dalam bahasa omptuih tu....tapi bila tang bahasa melayu, tak pulak diajor cenggitu...dah jadik bebudak tak faham kalo kita cakap memancah, memetis, melangu, mencicit....aduhai....
  2. tu baru cerita pasal kempen...cemana pulak kat TV...aku taknakla sentuh pasal pemimpin yang dah banyak kali aku cakap...tapi pengacara, artis-artis, senang kata orang-orang yang bebudak semua tengok kat TV hari-hari....termasuk iklan...kita diajor dengan bahasa melayu rojak yang ntah apa-apa bunyiknya....tak caya??perhatikan wartawan, pemberita dan penemuramah...diorang yang mulakan guna perkataan omptuih yang sebenornya ada perkataan lain dalam bahasa melayu...ingat...zaman ni jam, budaya tu bermula dari TV ek...
  3. aku pun rasa pelik gak bila bercakap pasal kempen membudayakan bahasa melayu, sasarannya mesti orang Cina dan India...yang ditemuramah pun orang melayu dan diorang pun cakap benda tu jugak.."bagusla...orang cina dengan india boleh belajor menggunakan bahasa kita dengan lebih cekap"..."kami menyasarkan kaum bukan bumiputera dan juga ahli-ahli koperat(yang kebanyakannya bukan melayu pun) untuk menggunakan bahasa melayu sebagai pengantar"...aduhai...mula dari diri sendiri la melayu...kalo kita punya nama pun Jiman bin Tukiran kita pakai nama Jimmy....kalo Salehah binti Osman pun kita pakai Sally....dah tu bercakap penuh dengan bahasa pinjam...Cina dengan India mana yang kita nak suruh budayakan bahasa kita?
  4. Pihak DBP pun tak buat tindakan yang berkesan dalam nak menjayakan kempen ni...manakan tak...diorang buat sepanduk untuk kempen membudayakan bahasa ni tapi gantung kat pejabat dia jek..tu pun ntah sepanduk tahun bila ntah...tukor tarikh jek...aku takde pun nampak sepanduk tu kat tempat lain...dan takde pulak keluor kat TV nak-nak waktu berita....dalam berita, yang aku nampak sepanduk dalam bahasa melayu yang paling selalu keluor kalau tak "Mana janji-janji dulu?" dengan "Kami mahu hak kami" jek....jangan salahkan kalau orang yang tak pandai bahasa melayu tau ayat tu jek...
  5. kempen ni pun takkan menjadik sebab kebanyakkan orang kita tak cuba nak membudayakan bahasa kita...tak bersungguh-sungguh....yang aku nampak bersungguh-sungguh nak bercakap bahasa melayu pun, kebanyakkannya pekerja-pekerja Bangla jek...walaupun diorang cuma tau cakap "Apa mau makan...roti tulur ada..roti kosong ada...mee goreng, megi goreng..."...tapi dia berusaha gak nak cakap bahasa melayu....
  6. dan yang paling sadis, bila orang yang bercakap menggunakan bahasa melayu siap dengan loghatnya, abis diejeknya orang tu...jangan kata takde...aku tau sebab aku selalu kena dulu...kemain lagi diejeknya aku ek....
jadik, aku memang tak faham kenapa kita duk war-warkan kat TV kata nak membudayakan bahasa melayu tapi hasilnya hampeh belaka....sebab ni la...buat menghabis duit jek kalo tak bersungguh-sungguh....


p/s: "kita telah menyediakan bajet(tengok..bahasa pinjam) sebanyak ***juta untuk menjayakan kempen membudayakan bahasa melayu"...aik?modal juta-juta...buat sayembara puisi jek ke??

2 comments:

محمد رازيق said...

menarik entri der.. buka mata, buka minda aku bro.. salam kenal.. free2, jmput singgah blog aku, jmput bc BERTEMU MAYA ATAU NYATA??

Along Tapa said...

محمد رازيق

mekasih...kalau ada masa aku singgah