Saturday, May 28, 2011

Cerita Klasik

Alkisah

hari ni mood aku nak bercerita klasik...sebab aku nak cerita pasal penyanyi-penyanyi klasik pujaan aku....kalo nak dikirakan, panjang list dia..sebab semua orang setuju penyanyi klasik, nak-nak yang rajin nyanyikan lagu asli memang terbaik....jadik, aku nak kongsikan kat korang penyanyi klasik yang aku minat....dan untuk entri kali ni, aku bagi korang dengor sekali lagu-lagu yang diorang nyanyikan....bukan apa..selain dapat info, kita dapat gak layan ketenangan jiwa dengor lagu cenggini kan..asyik layan lagu rock jek pun, rosak gak mental aku....so jom..kita bermula dengan penyanyi lelaki dulu ek....

  1. R.Ismail - R.Ismail ni adalah sorang penyanyi berasal dari Singapura...aku taknak cerita pasal biodata dia panjang-panjang....just nak cerita pasal kelebihan dia...suara dia yang mendayu-dayu menyanyikan lagu melayu memang meruntun jiwa...even kalo kepala tengah berserabut dengor lagu nyanyian dia, sure boleh lentok jiwa...antara lagu yang popular dia nyanyikan ialah lagu Gurindam Jiwa(duet dengan Rafeah Buang), Nasib Malang, Gunung Banang dan Embun Menitik...

    R Ismail - Nasib malang(Jula Juli bintang tujuh)
  2. Ahmad Jais - Sape yang tak kenal dengan Ahmad Jais kan??Penyanyi dari Singapura ni memang ada suara yang unik dan sesapa yang dengor suara dia mesti hanyut...lagipun, kebolehan Ahmad Jais ni bawak lagu yang bernada yang gila tinggi memang tak dapat dinafikan...antara lagu yang orang ingat nyanyian Ahmad Jais ni ialah lagu Budi setahun segunung intan(duet bersama Kartina Dahari), gelisah, Kucupan Azimat, Menanti di ambang syurga, Di ambang sore dan jugak Umpan jinak di air tenang...

    Ahmad Jais - menanti diambang syurga
  3. P.Ramlee - Sape yang tak kenal P.Ramlee ye tak?? artis lagenda Malaysia yang banyak bawak suntingan lagu jazz dan moden dalam muzik dia...artis kelahiran Pulau Pinang ni walaupun tak mempunyai suara yang high pitch, tapi tak ramai penyanyi yang boleh capai low note dia...memang seriously susah....sebab kita nak nyanyi dalam low note dan tak sumbang...antara lagu popular, hmmm...lebih ramai yang tau...takyah aku nak listkan...tapi aku letak lagu berentak asli yang aku rasa semua orang tau...lagu nak dara rindu...ok?

    P.Ramlee - nak dara rindu
  4. A.Ramlie - Penyanyi berasal dari Singapura gak...A.Ramlie ni terkenal masa popularnya zaman Pop Yeh Yeh...kalo ikut kata bapak aku, dalam banyak-banyak penyanyi, kalo A.Ramlie ni menyanyi live, orang boleh pitam dengor suara dia sebab lunaknya tu...well...memang penyanyi yang gifted...antara lagu dia yang popular ialah Hidup bersama, Oh Fatimah(rakaman semula selepas dinyanyikan oleh M.Osman, bapak kepada pengarah Aziz M.Osman),Lambaian Desa...apa lagi ek...korang dengor jek la lagu yang aku share tu...

    A.Ramlie - Dendang anak tani
  5. Sudirman - well...tak cukup list kalo aku tak letakkan nama Sudirman kan??Penyanyi yang berasal dari Temerloh, Pahang ni memang ada suara yang unik dan penjiwaan lagu yang superb...sebab tu dia pernah jadik fenomena kat Malaysia masa tahun 80an dulu...lagu popular dia??well...semua orang tau kan lagu Sudirman...tapi yang aku nak share ialah lagu dia yang agak jarang ada kat radio...boleh??

    Sudirman - pesan abang
yang ni lak list untuk penyanyi perempuan:

  1. Rafeah Buang - Lagi penyanyi dari Singapura...artis pompuan yang ada suara yang cukup feminin dan meruntun jiwa...serius...antara lagu dia yang still orang ingat sekarang ialah lagu Gurindam Jiwa, Selasih ku sayang(duet Ahmad Jais), Udang sama udang,penawar rindu, apa lagi ek...banyak sebenornya nak list...tapi aku kongsi kat korang lagu ni la...

    Rafeah Buang(duet bersama Ahmad Jais) - Selasihku sayang
  2. Rosiah Chik - aku rasa aku pernah cerita dulu pasal Rosiah Chik ni...penyanyi berentak zapin dan ghazal yang berasal dari Kota Tinggi, Johor..dia telah mula menyanyi pada seawal usia 14tahun...pastu ada gak berlakon dalam drama-drama klasik..tapi apa-apa pun, suara nyanyian Rosiah Chik memang takde tandingan...antara lagu yang popular ialah lagu Jalak Lenteng, Nyanyian Tanjung Sepi(Duet dengan Khadijah Ibrahim), Hantaran Hati(duet dengan Bob), Kuala Dua, dan Sri Tambak..tapi aku nak kongsikan lagu yang aku pernah kongsi kat sini dulu...

    Rosiah Chik - Zapin Senandung Dua
  3. Saloma - Siapa tak kenal Saloma kan??penyanyi yang berasal dari Singapura ni aku anggap macam P.Ramlee versi perempuan...kenapa aku kata cenggitu??sebab Saloma pun sama dengan P.Ramlee...bukan penyanyi yang menyanyi dengan nada tinggi tapi key rendah dia memang sangat susah orang perempuan nak capai...kalo diikutkan, banyak lagu Saloma yang sedap-sedap dicipta oleh P.Ramlee...aku pun takyah nak list sebab banyak...tapi aku nak kongsikan lagu yang jugak jarang keluor kat radio...aku rasa last aku dengor lagu ni masa aku kecik kot....kalo ada pun kat Klasik Nasional...

    Saloma - Jari-jariku sakit semua
  4. Normadiah - Ramai yang kenal Normadiah ni sebagai pelakon "Tuan Tanah Kedaung" dalam filem Bujang Lapok kan??tapi tak ramai yang tau Normadiah atau nama asal sebelum dia memeluk Islam Edith Sumampouw, yang berasal dari Sulawesi Utara, Indonesia, mak kepada penyanyi 80an Azlina Aziz dan Liza Aziz ni sorang penyanyi gak...antara lagu yang pernah dinyanyikan ialah Bulan dan juga angin, Kumbang dengan bunga dan Mengapa riang ria...

    P.Ramlee dan Normadiah - Resam Manusia
  5. Kamariah Noor - Atau lebih dikenali sebagai Kamariah Dolmat...merupakan kakak kepada penggesek biola ternama Hamzah Dolmat....berasal dari Singapura(kalo tak salah aku) dan bukanlah penyanyi yang popular bagi orang-orang sekarang...tapi ramai yang rajin dengor lagu dia tapi taktau siapa penyanyinya kan??meh aku kongsi salah satu lagu nyanyian Kamariah Noor ni...mana tau korang tetiba jek rasa macam..."laaa....dia ke nyanyi?"...hehe...

    Kamariah Noor - Perigi Biru
so, aku rasa cukupla entri panjang lebor aku pasal penyanyi-penyanyi yang aku rasa terbaik dan bolehla jugak dianggap klasik ek....kalo ada lagi yang korang nak tambah atau nak tanya, silakan la....aku pun bukan tau banyak...just minat nak tau pasal muzik ni...nak-nak pasal benda-benda yang bersifat kemelayuan ni...ahaks..

p/s: eh??kenapa aku tak masukkan Siti Nurhaliza dengan Syarifah Aini?? hmmmm...walaupun dua-dua ni penyanyi yang baik, tapi aku rasa diorang still takleh celen semua artis yang ada kat atas tu..walaupun diorang kebanyakannya takde pangkat Dato' kat depan nama....kan??

    Wednesday, May 25, 2011

    Apa yang buat orang Muor bangga dengan Muor....

    Alkisah

    hari ni aku nak cerita kat korang apsal orang-orang Johor dari Muor ni sifat kedaerahan diorang lebih pekat dari daerah-daerah lain....even kengkadang sampai sekarang ni walaupun kerajaan dah pecahkan Muor jadik dua bahagian iaitu Muor dan Ledang, tapi orang-orang lama kat kawasan Ledang tetap mengaku diorang orang Muor(aku pun ngaku aku orang Muor...adakah aku orang lama??hehe)...dan untuk Ainzoo dan brader Muor76, kalo ada yang aku tersilap atau tertinggal, tolong tambah ek....



    1. dalam banyak-banyak daerah kat Johor, sepanjang memori aku, just Muor jek yang ada bendera sendirik...kalo ikut pemerhatian aku, mungkin sebab masa perselisihan diraja dulu, Muor pernah dijadikan kerajaan sendiri dibawah pemerintahan Sultan Ali...tapi tu yang aku pernah terbaca la...yang betulnya aku taktau...meh kita tengok bendera daerah Muor ni ek... aku dah check tadi...kat Johor ada 6 bendera yang digunakan...Bendera Orang Besor Daerah Muor, Bendera Orang Besor Daerah Batu Pahat, Bendera Orang Besor Daerah Segamat, Bendera Dato' Menteri Besor, Bendera Pemangku Raja dan jugak Bendera Negeri Johor tu sendirik...
      bendera Orang Besor Daerah Muor

    2. masa zaman dulu-dulu, sebelum adanya jambatan Sultan Ismail yang memang dah uzur tu, penduduk Muor menggunakan feri untuk lintas Sungai Muor yang lebor tu....aku sendirik taktau berapa rate harga feri tu...sebab aku pun dengor cerita dari mak, bapak dengan atok aku jek....jangan ingat Penang jek yang special ada feri....kitorang pun pernah ada gak...agak-agak sape yang tau cerita pasal feri ni ek...haaa.brader Muor...tolong tokok bro...hehe....

      Feri Muor tahun 1960an

    3. ni satu lagi keunikan Muor...sepanjang aku dari kecik, sampaila aku besor...aku dah dibiasakan dengan pemandangan pencakor langit....tapi yang mencakor langit ni bukannya bangunan...tapi aerial...aerial yang tinggi-tinggi ni dipasang sebab nak dapatkan siaran TV dari Singapore...tapi ni jam macam dah takde jek...sebab semua dah pakat-pakat pakai astro kan?? rugi betul...rindu aku kat pencakor langit-pencakor langit tu...

      Kan aku dah cakap...tinggi dowh aerial diorang...

    4. Muor gak ada Sistem Keretapi sendiri dulu...dibina beberapa tahun lepas keretapi pertama kat Tanah Melayu (Taiping -Port Weld) iaitu Muar State Railways yang wujud masa tahun 1889 sampai 1925...Keretapi ni menghubungkan Jalan Sulaiman sampai ke Sungai Pulai...ada gak plan diorang nak tambah perjalanan tu sampai ke Batu Pahat...tapi terhalang sebab masalah geografi dan masalah ekonomi...disebabkan banyak masalah dan pembukaan jalan-jalan raya, sistem keretapi ni pun diberhentikan....dia punya kesan landasan dia pun dah takde dan digantikan dengan Jalan Temenggong Ahmad...apa yang tinggal just kepala lokomotif yang diorang bubuh kat Tanjong Emas jek..tu jek la bukti yang tinggal Muor pernah ada Stesen Keretapi sendirik...
      MSR masa zaman beroperasi
      MSR yang tinggal sekarang kat Tanjong Emas

    5. Antara benda yang agak popular kat Muor ialah makanan....yep kitorang memang gila dengan makanan...haha....banyak sebenornya makanan dari Muor tapi aku taknak cerita panjang...sebab korang lagi arif dari aku kan??(aku taknak bubuh gambor..nanti aku kecur lak....korang carik la sendirik ek...mee bandung Muor, Rojak Petis Muor, Kopi 434, apa lagi ek....time-time ni lak aku tak ingat..haha)
    6. Ni pun salah satu landmark gak....dari aku kecik sampaila aku besor....aku selalu terpandang bendalah ni setiap kali turun Jambatan Sultan Ismail on the way nak menghala ke rumah Atok aku kat Parit Sakai...bendalah tu ialah Replika Durian yang besor....aku pun tak tau apa motif dia bubuh replika durian tu...kalo kat Ipoh, ada replika Labu Sayong, aku taula Labu sayong tu diorang punya trademark...tapi durian??mungkin sebab durian kat Muor ni dari dulu popular kot...sampai ada yang jual selonggok RM1...ni jam kalo tak silap aku replika durian ni dah kena pindah kat Tanjong Emas kalo tak silap aku....
      replika durian yang dah dialih ke Tanjong Emas
    aku rasa cukup parat tu kot aku bercerita pasal Muor...ada jek lagi kalo nak dikongsikan tapi disebabkan line yang maha hebat lajunya masa aku update ni, so aku tak boleh nak kongsi lebih lagi....owh...sebelum terlupa...ada satu lagi kelebihan Muor yang terjadik dua tiga tahun ni....nak tau apa??kalo korang jejak kaki kat Muor ni jam, korang akan rasa macam korang kat luor negara....toleh kiri, bangla, kanan, indon, tengok depan, Vietnam, sebelah sana Myanmar...nak jumpa muka orang Malaysia sikit punya susah....apa sudah jadik kat Bumi Kelahiran aku ni taktau la ek....

    p/s: nampak nowh aku rindu nak balik Muor...haha....eh??ada satu lagi la benda yang ada kat Muor tapi takde kat tempat lain....Muor ada Namewee....haha...kalo ko tak kenal sape dia, pegi google...lalala~

    Friday, May 20, 2011

    Kenapa aku tak terpikir nak jawab cenggini ek....

    Alkisah

    Dalam aku sibuk menahan migrain aku semenjak beberapa hari lepas, aku duk terpikir beberapa perkara....kenapa ek aku tak pernah terpikir kalo orang tanya aku soalan-soalan yang boleh dikirakan cenggini dalam keadaan formal atau tak formal, aku tak bagi jawapan yang bernada selamba....nak contoh ke??nanti aku terangkan kat dalam pointform..cuba korang bayangkan kalo soalan-soalan tu semua dijawab dengan jawapan aku ni...apa akan jadik ek...

    1. Pemanggil: Hello, boleh saya bercakap dengan En. Ahmad Mustafa bin Mansor??
      Aku: Waalaikumsalam....tak...
    2. Meon : apa pandangan ko tentang senario politik negara kita??
      Aku: Senario dah ketinggalan zaman...skang ni kita tengok maharaja lawak kan??
    3. Meon: Long, ko rasa berapa modal yang diperlukan nak kaya?
      Aku : RM 1.60 kot....
      Meon: ha? terangkan...
      Aku : Ko pegila mana-mana kedai runcit...adala bekalan kaya tu..
    4. Meon: Long, kalo aku ada sejuta, apa cara paling cepat aku nak habiskan duit tu tanpa kena kejor dengan income tax?
      Aku : Bagi jek aku...
    5. Meon : Long, apa tips paling mudah nak berhenti hisap rokok?
      Aku : Takyahla hisap rokok...kan dah berhenti tu...
    6. Meon : Long, apa makanan yang paling murah sekali dalam dunia ni??
      Aku : makanan free...
    7. Meon : Apa ayat mengorat yang paling power dan boleh sampaikan maksud secara one shot?
      Aku : ko nak dalam bahasa apa?
      Meon : bahasa omptuih la...nampak terer sikit...
      Aku: ailebiu...
    8. Meon : Long, apa pandangan ko pasal serbanitas?
      Aku : ko maksudkan benggali ke sikh?
    9. Meon : Long, nape ko tak buang loghat Muor pekat ko tu?
      Aku : aku dah buang dowh...tapi dia terkeluor sendirik...aku pun taktau apsal....
    10. Meon : Long, bila ko nak kawen?
      Aku : bila sampai jodoh...
    dah...cukupla tu...tu semua jawapan bagi soalan yang sebenornya dah ramai dah tanya aku....kengkadang penat nak jawab....tapi bila jawab cenggini rasa cam lagi seronok kan??hehe...korang ada idea tak soalan yang kengkadang annoying dan terpikir nak jawab cemana...mehla kongsi...mana tau idea korang lagi best...

    p/s: Awak sape nama?? ooo... Ahmad... mau pegi mana?? ooo... chemor.... awak tak boleh cakap ka???

    Sunday, May 15, 2011

    Apa yang buat blogger tak dapat update blog dan cemana nak atasi?

    Alkisah

    arini aku terasa macam nak buat entri yang bernada biasa cenggini jek la....sebab terganggu beberapa hari ni....nak-nak dengan masalah blogger.com yang asyik muncul time aku nak update blog...terus hilang semua idea mencurah-curah aku nak update kat sini kan??okeh takpe....jadik, disebabkan tu, aku duk terpikir selain dari masalah tu, apa lagi masalah yang selalu mengganggu blogger dari update blog..orait???jom kita tengok satu-satu....

    1. Kekangan masa - macam kita semua tau...tak semua blogger ni blogger sepenuh masa...ada sesetengahnya student macam aku yang ada period kitorang ada masa yang banyak tapi ada period takde masa langsung....ada gak pekerja sepenuh masa yang kengkadang dapat curik 15minit untuk update dan terpaksa curi-curi masa untuk update...jadik, cemana kita nak handle masalah kekangan masa ni sambil mengelakkan trafik kita jatuh??ada caranya....sepanjang masa yang korang sibuk, korang just perlu list downkan tajuk apa yang korang nak cerita dan sertakan sekali poin-poinnya dan catat kat mana-mana....dan bila ada masa, korang update semua benda yang korang dah catat tu...buat le entri banyak-banyak dan schedulekan pada masa yang berlainan....so, korang akan kelihatan macam baru jek update...padahal masa tu korang tengah memberikan sepenuh perhatian pada tugasan....tak gitu??
    2. Mati akal - ataupun kita panggil sebagai writer's block...benda ni bukan jek terkena pada penulis blog, tapi pada penulis lirik, pencipta lagu, novelist-novelist terkenal...memang benda ni selalu terjadik bila kita terlampau berfikir pasal benda yang kita nak buat..macam kes ni, kita terlampau berfikir nak update blog sampai kita taktau nak tulis apa...yeah...that's happening to me always...cemana nak setelkan ni??simple...take a nice shower, keluor jalan-jalan....tak pun duduk dan minum secawan kopi atau teh...sambil chill dengor-dengor lagu...tu jek..sebab kebiasaannya writer's block ni datang bila kita overstressed....so, amik sikit masa untuk chill....takyah rush-rush....blog tu korang yang punya....okeh??
    3. Jiwa kacau -  benda ni merangkumi terlampau marah, terflash back ingat bekas endut, sedih yang teramat...seriously benda ni memang mengganggu frekuensi pemikiran dan mood korang nak update blog....so cemana nak atasi??relax dan lupakan dulu pasal benda-benda yang buat korang jiwa kacau tu...sebab mood yang baik membantu kita menjiwai penulisan kita...so takdela entri korang pun jadik entri separuh hati....barula ada feeling kejujuran dalam setiap entri korang...tu yang buatkan sesebuah entri tu seronok dibaca...tak gitu??
    4. Malas - ni memang penyakit terbesor bagi sorang blogger..aku rasa bukan korang jek...kengkadang aku pun sama...nak-nak kat draft ni takde letak gambor-gambor menarik...tak pun takde interactive media yang buat kita rasa macam nak tulis hari-hari...just some plain design macam email...kan??jadik cemana nak atasi masalah malas ni??kalo ada solution mudah, lama dah aku buat...sebab cara yang paling tepat nak hilangkan rasa malas ialah dengan rajin-rajinkan diri....cuba carik benda yang boleh naikkan semangat korang nak update....macam apa reaksi yang bakal korang terima dari pembaca...tak pun berapa banyak duit nuffnang yang korang bakal dapat(yang macam mimpi kalo naik tiap-tiap entri), tak pun apa retailing yang mungkin korang dapat dari blogger lain kalo entri korang tu betul-betul dapat tarik perhatian pembaca korang...kan??
    5. Masalah teknikal - ni terjadik beberapa hari lepas....macam tetiba blogger.com ada masalah sampai kebanyakan komen ikhlas dari pengomen aku hilang, selain masalah tu macam terlupa bayor bile broadband sampai takleh update, pastu ada gak masalah macam tetiba karen takde, tak pun tetiba lak time-time tu la laptop nak rosak....jadik nak atasinya cemana??get a f***ing alternative...haha...kalo masalah macam ni, masa korang ada idea, just perlu buat satu entri kat mana-mana...kat Microsoft Words ke, kat atas kertas ke...pastu korang just perlu salin jek balik entri tu sebijik-sebijik....jangan jadik macam aku...sampai tiga empat ketul idea aku terhilang cenggitu jek sebab tak catat masa blogger.com ada problem aritu...
    aku rasa cukupla aku cerita banyak tu...nak tulis panjang-panjang ni, mood nak update GB ni macam kejap ada kejap takde....rasanya emosi lebih pada nak update HHD jek....hehe....apa-apa pun, kalo kita memang betul-betul dedicated kat blog kita, takde benda yang boleh jadik kekangan kita nak update...kita mesti nak carik penyelesaian dia....waima kena jadik blogger noob balik dan duduk kat platform lain....betul tak??

    p/s: korang setuju tak dengan apa yang aku cadang ni??korang ada benda lain tak yang rasa-rasanya mengganggu korang nak update blog??mana tau aku tertinggal ke apa ke...