Wednesday, July 13, 2011

Apa pendapat korang pasal video ni??

Alkisah

Hari ni aku nak tengok apa yang korang fikir pasal video ni...lagipun aku takde mood nak menulis sangat ni....berita pun duk tak habis-habis lagi pasal Bersih 2.0 tu....stok berita seminggula jawabnya kan??


aku share video ni sebab aku dah dapat hafal chord lagu dia...hahaha...

p/s: kan aku cakap Tenacious D memang best....korang taknak layan...haaha....

Sunday, July 10, 2011

Tag yang sesuai untuk kempen anti rokok

Alkisah

Semenjak aku balik ke Melaka ni, aku tengok kerajaan negeri Melaka ni giat buat kempen anti rokok ni....betul-betul bersungguh-sungguh diorang ni...tapi aku rasa macam ada yang kurang....sebab still gak kalo jalan mana-mana aku nampak orang bersepah-sepah menghisap rokok dengan bangganya....jadik, untuk pihak-pihak yang berkenaan, penggunaan tag ayat "Say NO to cigarettes" macam dah terlampau lama....so aku dah fikirkan beberapa tagline yang aku rasa sesuai untuk digunakan untuk kempen anti merokok yang berikutnya...macam aku selalu cakap la....kita perlukan kempen yang kreatif...so aku cadangkan beberapa tagline yang menarik minat orang nak baca dan ikut.....

  1. Kissing a smoker is just like licking an ash tray....
  2. a cigarette a day can keep your life away...
  3. Smokers stand in the same line as homos...they love doing sucking and blow jobs....
  4. Cigarettes are known as fags in Britain...so one who smokes cigarettes can be call as fagot...
  5. Please send all smokers into ISA...cause they all send secret messages by smokes...
  6. Please smokers..smokes more...so you'll die faster...
  7. Cigarettes - shortcuts to grave...
cukupla ek...tetiba lak aku blank sebab macam terkena diri-sendiri...hahaha...tapi apa-apa pun, untuk semua smokers kat luor sana, mehla kita beramai-ramai berhenti...sebab antara cukai yang tertinggi kat Malaysia ni ialah rokok...kita pun taknak kayakan Najib dengan beli rokok bebanyak kan??laalalala....

p/s: korang pernah cium tak bau air rendaman rokok selama seminggu...bapak paing baru dia....hahahaha....

Tuesday, July 5, 2011

Perkara yang buatkan kita serupa

Alkisah

Makin lama aku tengok berita, aku dah naik jelak dah...sebab dah makin banyak perpecahan orang nak tunjuk...even semua orang nak tunjuk pendapat masing-masing...ada yang pakai baju kuning nak tunjuk BERSIH...ada yang pakai baju merah nak tunjuk PATRIOT....ada yang pakai baju warna warni nak tunjuk BADUT dan ada jugak yang pakai baju putih nak tunjuk ALIM...tak kurang jugak yang pakai baju hitam nak tunjuk GOTHIC...so, arini aku nak cerita pasal benda yang menunjukkan tak kira apa baju kita pakai, kita tetap berkongsi benda yang sama....dari kita berpecah pada macam-macam puak....orait??

  1. pernah tak korang naik bas atau train yang parking sebelah-sebelah...then salah satu antara dua tu bergerak, kita taktau yang mana satu yang bergerak sebenornya??yang kita naik ke atau yang sebelah...
  2. korang pernah naik bot?? bila korang naik bot kat laut yang ombak boleh tahan kuat, kita rasa macam bergoncang-goncang melayang-layang kan???dan serius bila korang jejak kaki kat atas darat, korang rasa macam korang still lagi tertinggal kat atas laut tu..bergoncang-goncang melayang-layang macam kat atas bot tadi....
  3. korang pernah rasa tak yang satu hari ni macam hari khamis walaupun hari ni hari rabu...dan serius korang yakin ari tu ialah hari khamis...then yang peliknya, esoknya korang jadik normal balik??
  4. korang pernah tak berdiri atas bangunan yang gila tinggi, dan bila korang tengok bawah, korang rasa macam tanah makin lama makin dekat kat muka korang??
  5. korang pernah tak kena...masa korang tengah makan makanan yang sangat sedap, pastu bila tetiba salah sorang dari korang sebut muntah jek, korang terasa macam ada muntah kat dalam makanan korang tu??
  6. korang pernah tak naik keta yang dipandu agak laju, pastu bila keta tu terlanggor bendul, korang rasa macam roh korang tertinggal kejap kat atas?
  7. korang perasan tak setiap benda yang keluor dari lubang jebor kita, tak kira la korang makan nasib briyani tiap-tiap hari ke, makan nasik lauk telur jek ke, kita panggil sebagai taik??takde pulak orang panggil benda tu sebagai najis murahan dan najis mahalan....kan?
  8. korang pernah tak tertido siang yang agak lama, then bila korang terbangun, korang ingatkan dah masuk hari yang baru??mesti nak tengok handset nak confirmkan tarikh dulu...
  9. korang pernah tak pergi kat satu tempat kat rumah korang....lepas tu korang tak ingat apa yang korang nak buat kat situ??
  10. korang pernah tak jalan naik atau turun tangga dalam gelap...lepas tu korang serius ingat ada satu lagi step, then korang terhentak kaki korang kuat-kuat??
aku rasa cukup la banyak tu aku share kan benda yang aku rasa kebanyakan kita buat dan tak perasan....dan tu jugak membuktikan yang kita ni manusia yang sama jek sebenornya...takde nak bezakan bangsa, agama, dan jugak fahaman politik....jadik, meh kita pandang persamaan kita daripada kita duk pikirkan perbezaan...barula takde kes bongok-bongok yang ada kat media ni asyik jadik jek...kan??

p/s: sikit-sikit nak gaduh....macam budak-budak...ntah apa ntah...kang aku cakap lebih-lebih, semua nak buat report polis....

Saturday, July 2, 2011

PANAS!!! Lagi perhimpunan tanpa permit....

Alkisah

Tak habis lagi ek pasal Bersih yang orang duk bising-bising skang ni...ramai orang kata aku ni tak pedulik langsung pasal isu semasa...aku ambik tau....dan aku dah bongkarkan dah siapa dalang disebalik perhimpunan Bersih ni kat sini selepas aku buat penelitian yang teliti dan khusus...dan kalo korang rasa nak tau, korang pergila baca kat situ...kat sini lak aku nak listkan lagi beberapa perhimpunan yang dilakukan tanpa permit kat Malaysia ni...kalo korang nak report, korang reportla...siap ada ceramah lagi bagai..complete...so meh kita tengok....

  1. perhimpunan yang pertama ni aku nak bongkarkan, diorang buat setiap hari Isnin....kat sekolah-sekolah tiap-tiap pagi....beramai-ramai diorang buat perhimpunan tu dengan hadirin memakai baju putih dan berseluor atau berkain biru dan diawasi oleh penguasa yang ada sesetengah tempat berbaju biru dan ada sesetengah tempat berkaler lain...pemimpinnya akan bagi ucapan yang agak lama selepas nyanyian lagu negaraku, nyanyian lagu negeri dan bacaan doa...siap dengan nyanyian lagu perhimpunan lagi....
  2. ni pulak dilakukan setiap hari jumaat...tepat lepas azan zohor....ramai-ramai ahli perhimpunan berhimpun kat kawasan masjid-masjid dan kebanyakannya lelaki tak kira usia...ahlinya pun tak kurang dari 40 orang yang datang setiap hari....duk mendengor ceramah dan diikuti sembahyang dua rakaat dan diikuti bacaan doa..walaupun ramai yang dah cabut balik masa baca doa tu....mungkin berjaga-jaga supaya tak kena rush....
  3. yang ni pulak pada setiap ahad...berbeza dengan yang nombol dua tadi, diorang berkumpul kat gereja-gereja dan mendengor ceramah yang disampaikan....aku taktau nak hurai yang ni lebih lanjut sebab aku tak dibenorkan nak jejak kaki kat dalam tu pun...nanti orang pandang slack lak kat aku....
  4. yang ni pulak biasanya dibuat pada hari cuti sekolah....tempatnya pelbagai..tapi kebanyakannya buat kat hotel-hotel dan dewan-dewan dah skang...diorang bukan jek buat ceramah, ada jugak yang siap buat pertunjukan macam-macam...termasuk imitation Sultan dan Sultanah diatas takhta....perhimpunan ni betul-betul menguji jati diri orang melayu....sampaikan raja kita pun tak selamat dah...
  5. ni satu lagi...jangankan kata perhimpunan jek...siap buat perarakan...dengan sepanduk, pancaragam, lori mayat, naga dan perarakan orang ramai berbaju gelap...berarak sepanjang-panjang perjalanan dengan tiupan lagu-lagu sedih sampai ke tanah perkuburan....
ada yang butthurt ke??haha...mintak mahap....aku rasa kemenggelabahan orang-orang pasal satu perhimpunan tu buat aku rasa macam nak gelak kaw kaw...kalo takde orang yang layan, takkan jadik pun...tak pun, ikut jek la saranan aku macam kat HHD tu...kan??

p/s: dari aku join perhimpunan bukan-bukan tu, baik aku pergi mengorat awek...lagi banyak pekdahnya....