Monday, June 13, 2011

Superhero Malaysia..jom kita kenal satu-satu...

Alkisah

Cerita lama...cerita lama..aku duk bukak balik blog lama aku pastu aku terbaca satu entri masa pengenalan Cicak Man sebagai superhero pertama Malaysia...tapi bila aku fikir-fikir balik, tak...Cicak Man bukan superhero kita yang memula...sebelum Cicak Man, ada lagi superhero tapi orang tak ingat...so meh kita kenal dengan semua superhero yang pernah muncul kat TV dan wayang Malaysia ek...jom...

  1. Keluang Man - korang ingat lagi tak watak ni Burhan...penghuni hospital Tumpoi yang merayap memalam dan tetiba terjumpa kostum Keluang Man...pastu dia pakai dan memerangi jenayah kat Bandor Tumpoi tu??owh...tak lupa lak sidekick dia..Tiong Man yang kepala gila-gila...huhu..sape yang tak ingat...aku rasa lagu Keluang Man tu still korang terbayang-bayang lagi dalam kepala hotak korang kan??so, pada aku nila superhero pertama Malaysia...bukan Cicak Man...hmmm...tapi semua tau idea dia berdasarkan Batman kan?
  2. Silat Lagenda - ni pulak ialah animasi pertama Malaysia...terbitan syarikat produksi Malaysia yang berani carik kelainan, KRU Production...cerita ni pasal lima orang budak yang jumpa 5 keris purba kat Gunung Ledang...pastu diorang dapat kuasa jadik pahlawan dan keris tu pun jadik senjata pahlawan...aku tak ingat senjata dia apa...jap ek..pedang, cemeti, perisai..apa lagi ntah...ni merupakan animasi Malaysia yang pertama kat wayang dan jugak antara superhero Malaysia gak....kan??hmm..yang ni pulak ala-ala cerita Power Rangers lak....
  3. Cicak Man - Superhero yang menjadik fenomena dulu sebab Media claim kata ni superhero Malaysia pertama malaysia.cehhh...abis tu Keluang Man nak bubuh mana??Cicak Man ni pasal sorang saintis bernama Hairi yang accidentally tercontact dengan cicak beradioaktif...sekaligus buat dia bertukor jadik Cicak Man...pendekkan cerita la ek...Cicak Man ni kalo betul la buat secara serius, aku rasa boleh jadik gempak gak..tapi nak buat cemana..idea asal cedok, so cerita terpaksa jadik Parodi la kan??macam yang kita tau, idea Cicak Man ni ambik dari citer Spiderman....
  4. BoboiBoy - Siri animasi terbaru Syarikat Animonsta...yang diasaskan oleh ahli-ahli Les Copaque yang keluor...cerita ni pasal BoboiBoy yang dapat kuasa dari bola kuasa milik Adu Du yang bersumberkan koko...so BoboiBoy ni ada kuasa unsur (petir, tanah dan angin) dan kawan-kawan dia, ying(superspeed ala-ala The Flash), Yaya(superstrength dan boleh terbang ala-ala Superman) dan Gopal(boleh tukor benda jadik makanan bila takut)...diorang bersatu nak kalahkan Adu Du dari dapatkan koko dan menakluk bumi...pada aku, cerita diorang ni agak original sebab sesetengah watak jek power dia ambik dari superhero lain...tapi konsep dan idea diorang original..power la..
  5. Superman Malaysia - Lepas kita tengok semua superhero kat atas, selain dari BoboiBoy, kita perasan banyak dah superhero luor yang kita dah cedok...tapi ada satu lagi Superhero yang kita tak cedok walaupun dia ni popular gila...Superman..tapi disebabkan pakaian Superman yang sangat tak sopan iaitu dengan memakai spender dan gengsal yang diikat kat leher macam budak tiga suku, aku rasa, ada calon untuk Malaysia letak Superman versi sopan yang ada kat Malaysia...iaitu...

    Super1MalaysiaMan

hehe...so tu jek la Superhero Malaysia yang aku teringat...owh..gambor yang last sekali tu aku terjumpa kat Sok kabor cina...sok kabor apa ntah...macam la aku reti baca pun sok kabor tu...so kalo korang ada lagi superhero nak tambah atau teringat, roger jek la ek....orait...

p/s: it's a bird...it's a plane......NO!!! it's Super1MalaysiaMan.....

Tuesday, June 7, 2011

Budi bahasa budaya kita.....yeke?

Alkisah

dah beberapa hari aku duduk perhatikan kat TV..nak-nak kat RTM...beria-ia buat kempen membudayakan bahasa kebangsaan..tapi pada aku iklan dan kempen tu semua macam tak semenggah jek...macam ketam mengajor anak jalan betul...mana tak..dikempennya kat TV suruh kita memartabatkan bahasa melayu...tapi bahasa melayu yang diorang guna pun dah bunyiknya terlebih omptuih dari melayu..."Kerajaan telah menyediakan suntikan insentif sebanyak RMdotdot juta untuk resureksi industri pemprosesan getah supaya dapat bersaing seiring dengan industri lain. Ini merupakan inisiatif kerajaan..."...kalo korang perhatikan, dekat sepertiga ayat yang digunakan tu perkataan pinjam yang bukannya takde kat dalam tatabahasa bahasa melayu...jap...tapi kenapa aku marah nowh pasal bahasa ni??meh kita tengok...

  1. salah satu sebabnya, korang boleh baca kat atas tu....kita terlampau mengejor sangat ke barat sampai kita terlupa nak cakap melayu...habisnya, bila aku menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya, orang jadik pelik bebenor tengok stail tulisan aku...bagi korang yang tak tau yek...aku dah buat kajian...bahasa melayu yang diangkat jadik bahasa rasmi ialah bahasa melayu johor..sebab mengenangkan perjuangan kerajaan bermula kat Johor dulu...jadik, setiap patah perkataan yang digunakan secara meluas kat Johor, ada kat dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka...jadik, bila ada jek orang yang tanya kat aku, "Long, aku tak faham la apa ko cakap...gunala bahasa melayu"...aku dah jadik pelik...kenapa??sebab bahasa kebangsaan sendiri pun diorang tak faham...
  2. selain tu, kalo korang perasan....salah sorang pakar bahasa melayu kat Malaysia ni ialah Prof Madya Dr. Lim Swee Tin...sorang yang bukan melayu...sampai kalo dia bercakap pun, takde sikit pelat pun...penggunaan bahasa melayu dia pun cantik susunannya....tak macam bahasa melayu yang kebanyakan orang ni jam guna...lintang pukang bunyik dia..dengan bercampur bahasa omptuih lagi....
  3. Macam yang aku cakap kat atas tu...kerajaan kita beria-ia kata nak membudayakan bahasa Malaysia...sampai berhabis berjuta-juta ringgit konon-konon nak buat orang kita menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya...tapi bila kita perhati balik, yang betul-betul menggunakan Bahasa Malaysia ialah menteri Kebudayaan kita jek...Dato Rais Yatim..yang lelain??jangankan Menteri biasa...Perdana Menteri kita pun lagi reti cakap omptuih dari Bahasa Melayu...cemana nak suruh orang cakap Bahasa Melayu??
  4. Kebanyakan minda orang kita ni dah terbiasa dengan istilah "Aku orang Melayu...takyah belajor bahasa Melayu sangat..sebab dah biasa guna...Baik aku tumpu kat bahasa omptuih"...tapi hakikatnya, kita cakap Bahasa Melayu sendirik pun tergagap-gagap...nak cakap yang kita dah terer sangat cakap melayu...berapa kerat anak melayu skang yang tau almari, jendela tu bahasa portugis dan perkataan yang digunakan oleh Bahasa Melayu ialah gerobok, tingkap...ada gak budak-budak yang menyalahguna perkataan anu, sangap, gersang....benda-benda tu bukannya perkataan lucah...tapi dah dirosakkan jadik perkataan lucah...anu = apa nama, sesuatu yang tak diketahui...sangap = menguap, gersang = kering...
  5. orang kita ni dah terbiasa anggap apa-apa jek dalam bahasa omptuih tu "Classy"...jadik, bila anak diorang tak reti cakap bahasa omptuih, diorang boleh jadik malu yang amat...tapi tak pernah pun diorang terpikir yang kalo anak diorang tak reti bercakap bahasa Melayu, tu lebih memalukan?dalam IC, melayu, muka melayu, makbapak melayu, rambut hitam walaupun dah dicat kuning...tapi cakap melayu tak reti...malu la wei...orang kat Russia pun belajor bahasa Melayu kan??kita sendiri sibuk nak belajor bahasa omptuih, bahasa sepanyol, bahasa korea, bahasa jepun...apa ntah...
jadik, korang tak rasa marah ke tengok keadaan tu?? memang la betul si Tuah tu kata "takkan melayu hilang di dunia"...sebab ni jam ni, orang yang bukan melayu pun sanggup mengaku melayu...sebab nak mengejorkan subsidi dan kuota bumiputera...

p/s: orang pernah tanya aku..kenapa lawak P.Ramlee, lawak Sepah tak jemu-jemu kita tengok??sebab diorang guna bahasa Melayu yang melayu...kalo diorang mencarut sekalipun, kita tak rasa macam kurang ajor..kan bahasa melayu tu lemah lembut tutur kata dia??

    Saturday, June 4, 2011

    Budak ni cemni...kenapa??

    Alkisah

    aku rasa aku dah agak terlambat nak cerita pasal benda ni tapi tak jadik salah kan kalo aku nak ulas gak...sebab aku memang suka terlambat buat ulasan pasal apa-apa isu...cerita yang aku nak cerita ni tak lain tak bukan, pasal sorang yang berpangkat adik-adik mengaku dah hilang kedaraan dia...hmmm...kalo nak diikutkan, aku malas nak ulas isu ni...sebab berkait-kait dengan hal buang anak, hal jenayah, hal mat rempit...macam-macam...tapi meh kita tengok kita tengok kenapa masalah ni semua makin menjadik-jadik sekarang ni mengikut pandangan aku....

    1. salah satu sebab ialah sebab bahasa...kita semua tau dari dulu orang kata orang melayu ni berbudi bahasa, adab sopan yang tinggi, lemah lembut...macam-macam la yang cantik-cantik dan menarik...kan??tapi kenapa semenjak masuk alaf baru ni, makin lama kualiti orang melayu ni macam merudum??sebabnya ialah bahasa la...dulu-dulu, kita bercakap bahasa berlapik...menggunakan bahasa melayu sepenuhnya...bahasanya pun lemah lembut...jadik, bila ada ciri-ciri kemelayuan yang tinggi, kita pun secara tak langsung ada la sifat malu-malu tapi mau yang memang buat semua orang tergoda dengan orang melayu ni...tapi semenjak masuk alaf baru, kebanyakan orang melayu dah berpindah ke bahasa omptuih...cakap melayu pun dah tergagap-gagap...bercampur rojak dengan bahasa omptuih...secara tak langsung, hilang la pengaruh kemelayuan tu...masuk la pe'el keomptuihan tu....mula la hidup pun macam omptuih..kan?takde bahasa...
    2. ni pun antara sbb yang aku rasa ada kena mengena...kalo kita tengok tv, drama ke, tak pun kat wayang, filem...kebanyakan cerita mesti penuh dengan cintan cintun...tunjuk betapa mulianya hero dengan heroin bertindak ikut nafsu..tak ikut kepala hotak...berjuang untuk cinta suci kononnya...belum pernah aku tengok cerita buatan malaya yang takde cintan cintun..eh??ada...cerita hantu la pulak...yep...itu penyakit keturunan ye...dalam kepala hotak kita dah dipupuk dengan hantu tak pun teknik-teknik untuk mengawan dengan berlandaskan cinta suci konon-kononnya...dan bagi bebudak yang baru nak sampai tahap pemikiran matang, diorang akan anggap perbuatan diorang tu suci demi chenta diorang...."it's not a sin to sacrifice for your life" kalo kita ambik kesimpulan dari kebanyakan cerita yang melambak-lambak ni jam kan??
    3. korang pernah baca metro??bohongla tak kan...tak pun baca mastika??sok kabor lain pun sama....cemana nak melariskan sok kabor ke majalah diorang??yes...story about sex, scandal, secret affair, kes rogol, kes rumah urut, kalo ada gambor yang walaupun dah dicensored pun boleh melariskan cetakan diorang tu tahap gila babeng punya....serius..kena pulak kalo kita tengok, cikgu-cikgu ni jam menggalakkan bebudak ni membaca bermula dengan sok kabor...kalo dah penuh sok kabor dengan cerita yang tak senonoh ni, tak ke bebudak yang berotak suci murni ni terpikir nak experiment apa perasaan kalo buat cenggitu...betul tak??
    4. ni lak aku salahkan ejen-ejen pengiklanan kat tv...kalo korang tengok, kebanyakan iklan kat tv ni jam dah bercirikan membangkitkan nafsu seksual dan sensual secara terang....takyah amik iklan pampers ke, iklan syampu ke, iklan axe ke.....amik yang paling direct...iklan tuala wanita...buat pengetahuan korang, 20tahun yang lepas, orang nak beli tuala wanita, cakap dengan apek yang jual kat kedai pun berbisik-bisik...apek yang jual tu pun tau adab...siap bungkus benda tu mengalahkan ganja seludup dia punya bungkusnya...punyala segan pasal benda tu...tapi orang ni jam??"pakaila libresse!!!dengan bentuk yang mengikut celahan dan belahan"...apa tu??
    5. dan seperti biasa...point last aku mesti nak sebut benda ni..salah DHA...sebab budak-budak dah jadik pandai sebelum otak jadik matang...so maksudnya nafsu diorang dah berkembang biak dengan cekap sebelum akal diorang sempurna membezakan yang patut dan yang tak patut....dan makbapak pun tak terpikir yang kalo bagi anak diorang makan DHA tu, tak semestinya tetiba diorang jadik orang yang sehebat genius-genius lain...ingat ek...kehebatan sesorang tu bukan sebab kepala hotak bijak jek...tapi sebab pengalaman gak...sebab tu kalo korang tengok Harry Potter, Proffesor Dumbledore tu terer gila....sebab dia hidup dah lama...pengalaman dia dah banyak gila...kan??
    6. hmmm....ni masukkan gak la...sebab makbapak....manja kan sangat anak tu...apa anak tu buat semua betul...abis tu lak makbapak sibuk buat kije, apa anak buat pun dia taktau...bila orang lain tegur anak dia, kemain lagi dia backup anak dia...last-last anak dia mengawan kat belakang, kantoi dengan jabatan agama pun dia tak backup jabatan agama..tapi dia backup anak dia...kata jabatan agama menceroboh rumah dia...hmmmm....hotak letak kat kaki betul...
    cukupla....tapi bila aku tengok balik, banyak point yang aku bagi tu sebab media kan??hmm....betul la jahanam kak nam dalam kotak ni...

    p/s: nasib kita tak buat hudud...kalo tak kena rotan seratus kali...baru tau dunia ni terang ke gelap ek...

    Friday, June 3, 2011

    Adik aku yang unik

    Alkisah

    sebelum ni aku pernah cerita adik aku yang terpengaruh dengan benda-benda kat sekolah kan??yup...dia still lagi terpengaruh dengan sekolah tu....tapi dah kurang sikit dah....just sekarang ni time dia dah develop kepelikan dia pada kadar yang aku pun tak faham....baru-baru ni dia dah mula sibuk dengan sekolah...kije sekolah, pelajaran...dan sekarang ni dia dah mula twist apa yang dia belajor lak..nak tau??jom kita tengok...

    1. Matematik - memang subjek kegemaran dia...memang pelik budak pompuan suka math...tapi dia memang minat mengira...nak-nak subjek sifir....walaupun benda tu tak masuk syllabus dia lagi...tapi dia dah mula membuat sifir sendiri...jadik aku pun test la..."dik...1 kali 3 berapa??"...dengan penuh terernya dia jawab..."3"...aku pun twist sikit soalan..."3 kali 1?"..."111"..."eh?tak sama ke?"..."yela...3 kali 1, 3 ada satu kali...tiga la...kalo 3 kali 1, satu ada tiga kali...111 la..."...pulak dah...
    2. Bahasa Melayu - adik aku memang expert bahasa melayu...almaklumla...mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasik ek....tapi yang jadik masalahnya...bila part mengeja..boleh lak dia pergi memekak cakap orang eja keluar kat sebelah lif tu salah..patutnya eja keluor...adoiiii....cemana aku nak terangkan tu...nasib skang dah pandai sikit...
    3. Bahasa omptuih - hmmm...disebabkan dia ni duduk kat kampung, jadik dia banyak belajor bahasa omptuih ikut kamus...sama la macam aku....tapi nak dijadikan cerita...aku suruh la dia terjemahkan satu perkataan kat satu petikan ni..cenggini ayat dia..."One day, Abu walked along the river. He saw a tree. Abu crossed the tree to the other side."...dia pergi terjemahkan jadik "Satu hari, Abu berjalan sepanjang sungai. Dia menggergaji pokok. Abu menyalib pokok di sebelah sana."...google translate betul...
    4. Agama Islam - hmmm...subjek ni memang dia banyak persoalan...nak-nak bila cikgu dia cakap..."kita tak galakkan pelajar lelaki berambut panjang..sebab bila kepala diorang botak, ilmu senang masuk...takde halangan..."...terus dia tanya ustazah dia...kalo cenggitu, bahaya la ek kalo budak pompuan pakai tudung...sebab kepala dah kena tutup semua....lembap la ilmu nak masuk...kids nowadays...
    5. Pendidikan seni - adik aku ni memang minat betul pendidikan seni...nak-nak bab kaler mengkaler dengan gunting menggunting...biasala kan...tapi yang jadik bengongnya, bila cikgu ajor dia kaler kura-kura, dia boleh lak cakap cikgu dia buat ajaran sesat...aik??apsal??yela..cikgu dia ajor, kekura, cangkerangnya kaler hijo....badannya kaler cekelat...tapi dia tengok kekura betul, kalernya hitam jek...bijak sangat...
    aku rasa cukupla aku cerita pasal adik aku yang sorang ni....bila aku pikirkan balik, aku pun buat benda yang sama cam dia gak dulu lebih kurang...jadik, no komen...no komen...terima jek la..nasib baik dia tak persoalkan kenapa masa rehat makanan cikgu dengan makanan pelajar mesti lain...huhu....gasakla...

    p/s: seronok betul zaman sekolah...korang ada buat benda bukan-bukan kat subjek masa korang sekolah dulu tak??meh kongsi...aku rajin buat gak buat teori bukan-bukan dulu...haha....