Saturday, March 17, 2012

Apa perangai jantan yang pompuan menyampah?

Alkisah

lama aku tak citer pasal jantan dengan pompuan ek...ok kali ni aku cuba nak menyelami jiwa orang pompuan dan cuba nak paham perangai jantan yang cemana diorang menyampah nak mampos...bagi jejantan yang baru-baru berjinak nak mengorat, ataupun yang selama ni mengorat tak dapat-dapat, meh kita review amenda yang buat korang-korang yang dah lama memburu chenta ni tak laku-laku sampai ni jam...ingat...pompuan tak memandang rupa(membohong sebenornya...diorang memang pandang rupa dulu...takkan diorang nak endut yang muka macam bapak orang)...jadik, pe'el kita yang kita kena double check...

  1. Perasan - aku rasa ni kira istilah lama gak ek...sebab budak-budak ni jam dah pandai lak nak kategorikan perasan tu pada perasan bagusla, perasan cun la....tak kisah la tu...tapi orang pompuan ni memang menyampah dengan jantan yang kuat perasan...bila layan baik sikit, dorang perasan yang pompuan tu dah tangkap syok lentoq kat dia...baru panggil abang jek, dah tergedik-gedik macam pompuan tu tergila-gila kat dia...astaga...apa kata berpijak pada bumi nyata dan tanya jek terus..."aku suka kat ko...ko suka kat aku tak?"...kalo dia tak kata suka, walaupun setakat kata aku anggap ko macam kawan je, baik ko takyah nak duk tangkap syok sendirik sorang-sorang ek...
  2. Bangang - bangang yang aku maksudkan ni bukannya bangang dalam belajor ataupun bangang yang sengal-sengal comel...tapi bangang dalam hidup...kalo terang belum ada apa-apa lagi, endut pun tak jadik lagi tapi dah sanggup bergadai macam-macam, sanggup bagi pinjam reta macam keta ke, tu alamatnya memang korang takkan ada can la nak menjadik endut diorang...sebab diorang tau korang bangang...lagi bagus diorang buat ko jadik kuda-kuda diorang jek...kuda-kuda yang korang bayangkan tu tak sama macam kuda-kuda yang aku cakap ni...bukan kuda-kuda tunggangan yek...kuda-kuda ngangkut beban...reti?bukan ke lebih baik kalo korang dapatkan kepercayaan diorang tanpa umpan reta, budi dan body?just betul-betul ambik hati diorang dengan cara yang boleh buat diorang bunga-bunga bila teringat balik...
  3.  Panas baran - serius takde pompuan yang suka jantan yang panas baran...diorang lagi suka laki yang penyabor, cool dan sentiasa membuat pertimbangan...kenapa?benda ni ada dalam instinct diorang...pompuan-pompuan ni tau yang diorang rajin emosi walaupun diorang kata diorang cool....jadik, diorang perlukan sorang jantan yang tak short tempered dan boleh handle situasi dengan tenang nak-nak bila diorang dah bercampur baur dengan emosi yang bergejolak....
  4. tak original - jantan yang tak original ialah jantan yang tak ada pendirian, dan main ikut-ikut jek...stail berfesyen, ikut apa yang member dia pakai dan nampak cool...stail bercakap, tiru stail bercakap member diorang yang macam cool tapi kelakar...stail berfikir, "selalunya kalo dalam keadaan ni, Meon akan buat cenggini"...memang alamatnya korang fail la...sorang pompuan suka laki yang jadik diri dia sendirik....jadik, jadikla diri korang sendiri...pakai apa yang korang selesa, bercakap dengan stail korang...bertindak dengan stail korang sendiri walaupun tindakan tu nampak sloppy...orang pompuan bukan perfectionist ek...kengkadang diorang berminat dengan korang disebabkan kekurangan korang...nampak cute katanya...tak caya tanya diorang...
  5. ego pencakar langit - ni satu lagi...bagi jantan, ego ialah segala-galanya...sebab kebanyakan jantan letakkan maruah diorang kat ego diorang...dan kalo ego diorang jatuh, terasa macam maruah diorang tercalor...tapi jantan-jantan, sebagai geng yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi sebab korang dikurniakan 9 bahagian akal, kita sepatutnya dapat figure...pada masa bila, kat mana dan pada situasi apa kita nak letakkan ego kita...jangan letak ego tu secara buta-buta jek...sebab tu last-last akan buat kita termasuk dalam kategori nombor 2 tadi....
  6. buaya - ni pun satu pe'el yang paling pompuan tak suka...wahai jantan-jantan...kita memang dibolehkan bujang sampai 4 kali...bujang takde bini, bujang satu bini, bujang dua bini dan bujang tiga bini..tapi, aku boleh bet makan prosperity burger la..takde pompuan yang suka berkongsi laki...jadik, bila sorang pompuan tu nampak perangai jantan tu sibuk-sibuk ngorat dia, pastu tengok dia cam tak layan, pastu ngorat pompuan lain lak...pastu ngorat lagi dia...diorang memang takkan terima jantan cenggitu...tu aku tak kategorikan sebagai mat romeo, ataupun playboy ataupun kasanova...tapi aku kategorikan macam jantan desperate dengan nafsu tak terkawal...tula orang kata..berfikir dan bertindak jangan guna kepala helmet...
  7. bajet baik sangat - wahai jantan-jantan...jangan korang pikir yang korang jek berotak kuning...pompuan-pompuan waima yang nampak cute, alim dan beriman pun sama jugak berotak kuning...serius aku cakap...takde pompuan yang suka laki yang terlampau macam baik....pakai serban lilit-lilit...berjubah, bercelak gothic...dan duk sentiasa serius tanpa cakap perkara yang sia-sia...wahai jantan-jantan, pompuan ni memang sifat diorang suka bermanja, suka bergurau...jadik, diorang memerlukan jantan yang ada nakal-nakal sikit supaya diorang seronok bergurau...cuba korang bayangkan dah kompem menjadik laki bini besok, datang angin nak bergurau-gurau...tapi kena lak laki jenis takleh nak bergurau, terus jek jantannya tu hangin dan bagi ceramah berbatu-batu...dari cenggitu, baik la diorang berendut dengan topekong cina...
aku rasa cukup la takat tu...kalo nak dilistkan, aku rasa memang panjang gila perangai jantan yang pompuan tak berkenan..tapi yang memang obvious dan obvious, yang ni la...cemana pompuan-pompuan, ada apa-apa nak komen dan nak tambah?

p/s: apa yang buat pompuan menyampah kat aku? aku ada renungan karen-karen...bila aku renung jek pompuan, secara otomatik dia rasa geli-geli...hahahaha....

12 comments:

miya said...

sbenarnya byk lg perangai..huhu

ainzoo said...

ko rasa geli-geli tengok awek, Long?
aku pulak, rasa gatal-gatal tgn nak bg penampo ..ekekeke

sikap jejantan yang aku paling pantang:
mengongkong & mendesak.

well, ini bukan jejantan... bebetina (pergh..bunyi macam kasor gile.ehe), org2 pempuan yang ada perangai cmni pun boleh buat lelaki lemas.

so, cermin2kan diri.
tak perlu tuding jari kat sesapa. ada peluang, kita cuba perbaiki diri. Insya allah. nak 1000 daya, tak nak sejuta dalih.

nak pikat awek/pakwe dengan tunjukkan kewarakan bab2 agama, baik tak payah kolo mmg btul2 ilmu kurang didada... itu suda lapok.:)
eheh

Raden said...

ade satu lg paling sy anti - over confident dlm mndapatkn seseorg yg die aim sbgai pasangan. pd die, kompem die leh dpt.. adoii..nyampahnye

HeNRieTTa JoSe said...

salam perkenalan....btl....semua 7-7 tue betul....bg rietta.....asal si dia xhipokrit, rietta suka jew...

Along Tapa said...

miya

memang banyak lagi miya...tak muat kalo aku nak tepek semua kat sini...

Along Tapa said...

ainzoo

tapi pada aku ainzoo, bior le jadik diri sendirik...cemana bangsat pun, mesti ada yang berminat punya...ek?

Along Tapa said...

Raden

tula apa yang aku gelorkan sebagai perasan raden..perasan bagus...

Along Tapa said...

Henrietta Jones

tula...tak elok berpura-pura nowh ni rietta...bak kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh kedebuk ke tanah jugak...

Hanys Najib said...

yeaah~ mari kita goreeng~dah lama tak menggoreng sini~ ;p

1-adalah aku kenal sorang ni, sejibik cenggini,aku slalu text dia sbb ketua kumpuln suroh aku bitau dia, bila dah slalu aku text, kemain ngadu kat member, ayatnya lebih kurang nak kata aku minat kat dia. watdeeeer~ =.=' (ni masa eseimen grup dulu)

2-point kau tu 1, ni nak tambah, bangangnya mcm betol2 bangang, konon nak friendly/flirt, then tanya soklan yg bangang2~ watdeeeer~ =.='(haha!)

3-sape yg suka kan? even kau pon taknak bini kau panaih baghaan..kikiki~

4- yg pasti, nak yg betol2 ori! bukan separa ori! ekeke~ ;p

5- so far aku x pnah face laki cenggini, tapi ikut firasat aku, mesti annoying gila kan laki cenggini?!

6- aku sampai skang tak paham ah, apa bestnya jadi 'buaya' ni? 2, 3, 4 nak dipasang. apa hingat hebat sangat dapat pasang lebih? cuba kalau dia ada kat tmpat pompuan yg kena pasang tu, happy ah? kalau tak, cuba kalau pompuan yg dia cinta sgt tu, pasang lain, frust kan..(bab ni aku benci sbb penah kena, parah beb..hehe)

7- ya~yaaa~ aku stuju 101% long! kalau idop dgn laki yg siyes 24/7 ni, maunya aku tua dlu, kahkah~

p/s: takde apa nak tmbah sbb pnat ah naip komen bejela ni..hehe~ ;D

Along Tapa said...

hAnYs

betul2 menggorengbaek ko ni..aku jawab yang no.6 tu...ramai yang suka berlagak buaya ni sebab diorang bertindak ikut kepala helmet...bukan kepala otak...sebab tu dapat sorang tak puas2 dowh...

Jai Montana said...

haha.. no 2 terbaik..memang lu selami betui hati wanita..lu memang brother love la bro..heheh.. just joke ;-)

Along Tapa said...

Jai Montana

aku tak menyelami hati wanita la bro..ni nama dia psikologi terpimpin...hehe...

brother love?ni kena carik baju kaler pink ni...haha