Tuesday, May 4, 2010

Slanga ke bahasa lama???

Bagi mereka-meraka yang tak fahamlah ek. Slanga tu bolehlah dianggap macam loghat atau bahasa daerah. Kalau menurut kamus dewan, aku pun taktau sebab aku sendiri dah lama tak bukak kamus.
Posting aku ni bukan apa.. Cuma berasa pelik pada keadaan sekarang.. Mungkinlah aku ni memang berasal dari kampung. Member-member aku kat kampung pun kebanyakannya pakcik-pakcik yang dah beranak lima, berkemungkinan dah ada cucu dah pun. Jadi kebanyakan bahasa yang keluar dari mulut aku memang bahasa yang aku dapat dan belajar dari member-member aku tersebut.
Kemudian aku pun masuklah ke alam Universiti, Kolej yang entah dah berapa banyak aku keluar masuk(maklumlah zaman muda. memula banyak main. tu jadik bingai. pastu dah dapat kesedaran nak belajor, duit lak takde.). Kebanyakan member-member aku, tak kiralah kat U lama yang semuanya sebaya-sebaya aku, tak pun kat kolej baru ni yang semuanya lebih muda dari aku, buat muka blank bila aku bercakap. Nak-nak time aku me"loyar buruk". Blank jek member. Memula aku ingat diorang taknak join. Rupa-rupanya diorang tak faham apemendalah yang aku cakap. Apakah~~~
Lantas aku terfikir, adakah ini masalah aku menggunakan bahasa lama atau slanga aku memang tak commercial. Maklumlah. Loghat Muor tak pernah lagi aku tengok dijadikan bahasa utama dalam wayang. Tak seperti kecek kelate, cakap utagha, ataupun klaka seghawak.. kan??
Maka terpaksalah aku berhati-hati dalam memilih ayat bila nak bercakap dengan member-member aku. Takut-takut diorang tak faham sepatah haram pun yang aku cakap. La ni nak lepas bercakap takde bersusun-susun, masa bercakap dengan mak ayah aku jek la kot. Diorang jek yang faham apemenda yang aku cakap. Nak bercakap dengan adik-adik aku pun diorang ala-ala faham tak faham gak....

p/s: Perbualan aku dengan salah seorang member aku kat sekolah:

aku : Uish..panas gile mengetip..ni kalo dapat buah semangka sepotong pun
mau-mau
dah melahap aku makan.

member: a'ah dowh. Panas gile. tapi apa lobang lak ko nak makan semangka. getah dia
banyak.. baik makan tembikai. banyak sikit air dia.

aku :......

tak pernah aku tau semangka dengan tembikai tu lain.. dah tu sejak bila lak semangka ada getah???

2 comments:

Syafiah_Nonoi said...

aiyaaa.
mmg pun.
kalau ckp ngan nonoi lgi la nonoi xphm.
hahahahahahaha

faizura rahman said...

haha..ape maksud lain semangka kalo bukan tembikai?!