entri ni kalo nak dikirakan agak obvious...tapi sebab aku secara jujurnya cakap yang aku dah mula naik muak dengan trend artis zaman-zaman ni jam, so aku letak entri ni dengan harapan adala yang terbaca dan take note(walaupun aku tau memang takde pun).....so meh aku state the obvious:
- Kebanyakan artis sekarang, aku tak kata semua tapi kebanyakannya menjadik artis bukan kerana minat betul-betul dalam bidang diorang, tak kira la apa bidang..sama ada lakonan, nyanyian, bikin muzik, ataupun posing depan kamera...tapi diorang semata-mata nak jadik famous, nak dapat duit banyak dan kawen bersponsor tak termasuk dapat skandal dengan dato-dato atau dapat settle down dengan anak orang kaya....
- Berapa banyak artis sekarang yang sanggup buat konsert secara PERCUMA kat tengah-tengah bandor dengan alasan untuk menghargai peminat?yang ada, "kami menyediakan T-Shirt yang berharga RM10 yang boleh didapati di booth kami sebagai cara kami menghargai peminat"....tak pun "kami mengadakan sesi bergambar kepada mereka-mereka yang bertuah sebagai tanda kami menghargai peminat" dengan result mereka yang bertuah tu kebanyakannya staf-staf dan dua tiga orang peminat yang ditarik secara random....
- berapa ramai artis sekarang yang boleh nyanyikan lagu diorang dan memberikan kesan, dan buat semua orang yang dengor ingat setiap bait lagu tu walaupun dah lebih 20 tahun berlalu?owh ada...P.Ramlee...tapi dia bukan penyanyi sekarang...aku rasa, lagu sekarang dalam dua tiga bulan aku tak dengor lagu tu, terus dah lagu tu hilang dalam ingatan...dan takde pun rasa nak carik lagu tu kat mana-mana....
- ada ke artis sekarang yang sanggup buat aksi bodoh-bodoh atas pentas, tanpa menghiraukan rupa diorang cemana?takde...semua nak kontrol cun atau macho kat atas pentas...owh ye tak ye...buat aksi mengarut atas pentas nanti kena band dengan tokey TV....nanti takde income....
- ada ke artis sekarang yang dah dalam keadaan sakit teruk pun sanggup buat performance untuk peminat dia??aku tengok kalo sakit tekak, dedor-dedor sikit pun dah cancel performance...
- sebab ni jam dah makin senang nak jadik artis....kalo dulu, nak jadik artis, kena lalu ujibakat RTM,masuk bintang RTM, diadili oleh juri yang memang pro, dan takde kelas vokal sampingan...pastu jadik ujibakat awam beramai-ramai, beberapa orang terpilih dan masuk kelas vokal, pastu diadili oleh penonton, kendian tu ujibakat ramai-ramai, dibimbing artis senior dan diadili orang ramai, pastu ni jam, upload dua tiga lagu kat Youtube, pastu jadik artis....
p/s: aku perasan yang ramai taktau kewujudan Kerat Senget, blog yang aku usaha sama kan dengan cecep..jadik, kalo korang nak tengok video-video yang menarik, pergila kat situ....dalam pukul 8 malam kang aku upload video concert live Sudirman..
12 comments:
1 - dah nama pun retis... bukan SENIMAN. Retis---> rangkuman dari REti menggeleTIS... hohoho (gelak as-syaitonirrojim)
Aku respek kat seniman.
Aku bluwek kat retis.
2 - Sudir je wat konsert free :)
3 - even lagu semudah ABC tu pun aku masih terkenang kan R. Azmi. Lagu2 generasi baru ni, entah la.. kalau ko tengok Youtube MatLuthfi yang tajuk #rant cinta.. ko akan paham la..hehe
4 - contoh aksi bodo cmna Long? Korek idung ke? ekekkekek., yang aku nampak, kebanyakannya bajet HOT ... :-)
5 - haha. Itu semua duittt... biukin orang perit...duit duit.. ekekke
6 - senang dapat, senang buang. Semakin senang ko dapat sesuatu, semakin kurang ko menghargai sesuatu.
aku perasan KS & HHD. tapi jarang2 jengah ke sana. HHD baca, tapi tak tinggal jejak. KS jarang baca & mmg tak tinggal jejak. Aku jujur Long. mana yang aku jarang masuk, mmg jaraanggg le aku buh jejak.. hihi
ok..nak sambung masak.. entri latest aku tu (belacan emas), adalah apa yang aku rasa sekarang.. (eksaited siyot!!!)
ainzoo
jadik memang benor le payah nak dapat retis yang lyak bergelor seniman ek...kecuali kolo diorang daftor kat persatuan seniman tu la kot...ntah...
saje jek aku nak iklan KS tuh..sebab macam dah lama lak rasa aku tak berblogwalking ni...
zaman berubah..waktu 80an tu,artis/karyawan/kartunis/atlet semua bagus2 dan org memg sanjung..skrg nih yg penting popular..
bunga kertas
dan tu buat aku wonder...cemana lak gayanya artis lepas ni ek..
bestnyaa kawin sponsored. jimat duet! xdpt sponsor nant dia dengki. hihi
miya
kengkadang ada gak retis yang dengki sebab diorang tak dapat sponsor yang sama macam retis lain dapat...tak paham aku...
bergembira tepok tangan sama2...lagu tu best
btw, kalo artis tu keluaran bintang RTM, mst tahan lama..kalo hasil AF, mentor, gengstar, n mcm2 lg yg tah pape, keluar 2-3 lagu pastu terus senyap..nape ek? n totally agree, sudirman mmg tiada tandingan la..lagu die evergreen, dekat dihati :D
syifasyifa'
aaaa...aku ingat balik tajuk lagu tu...hore hore kan?ahah
faizura rahman
tapi pada aku lagu yang sentiasa evergreen, lagu zainal abidin....hijau...tak pernah tukor jadik kuning ke, biru laut ke...ever green jek...
lame jugak rasanya x jejak kat blog ni.. ape kaba tuan blog?
zulaikha
warassss...pekabor orang kat sane2?
Post a Comment