Friday, December 2, 2011

Rumusan Perhimpunan Agung UMNO(sarkastik)

Alkisah

selepas beberapa hari aku mendengor Perhimpunan Agung UMNO, aku dapat merumuskan beberapa perkara...ni aku bukan setakat bercakap pasal apa yang Presiden diorang jek cakap...tapi lepas aku dengor hampir semua...tak semua....tapi hampir semua yang berucap aritu....nak tak apa dia??meh sini aku kongsi...

  1. Bila berbahas, kena menjerit-jerit - aku perhatikan, hampir semua Yang Berhormat yang berucap aritu menjerit-jerit tak tentu hala...walaupun TV aku dah diletakkan volume yang agak rendah, tapi aku terpaksa gak slowkan jugak volume tu sebab aku takut speaker TV tu pecah....adoyai...kata mewakili melayu....bawakla resmi melayu...bercakap lemah lembut, penuh sopan santun, beradap sopan...tapi bertenaga dan bersemangat....barula orang respek...kalau dah terjerit-jerit, baik aku tengok game rugby....sekurang-kurangnya diorang buat "Hakka" ada gaya yang menarik....
  2. Bila berucap untuk Kerajaan, wajib kutuk pembangkang - ni satu lagi hal..entah hal bukan-bukan dikutuknya....taula tak suka...tapi bukan cenggitu caranya...tunjukkan yang pambangkang tu salah dengan membuat apa yang korang rancangkan tu jadik realiti dan dipuji rakyat..bukannya masuk bakul angkat sendirik...dah tu nak main perli-perli...jelak aku dengor....kitorang rakyat ni nak tengok perhimpunan agung tu bukan nak dengor korang perli pembangkang...tapi nak tengok apa perancangan korang KALAU korang menang pilihanraya nanti...so, aku tak nampak perancangannya tu...jangan disalahkanla ek KALAU tetiba TERkalah lak nanti kan?
  3. Sape jadik kerajaan, merekala memerintah - sekali pandang, ayat ni nampak betul ek...tapi aku cakap SALAH!!!! bila korang dilantik oleh rakyat untuk jadik kerajaan, tugas korang bukannya untuk memerintah...kitorang tak suka diperintah tau...kata negara demokrasi...kitorang lantik korang untuk memimpin...dan apa tugas pemimpin??apa yang korang buat, kitorang akan ikut....jadik, kalau korang tengok fasiliti kat satu tempat tu tak terjaga, bukan ke tugas pemimpin yang start dulu jaga fasiliti tu...dan tak mustahil jugak rakyat akan ikut sekali lepas tu....wahai-wahai pemimpin-pemimpin, take note....
  4. Ini perang...perang...perang... - haaaa....orang nak duduk dalam amanla...taknak perang-perang...aku ingat lagi Tun Dr Mahathir dulu cakap....sejarah negara kita takde perang-perang...kita bertindak mengikut kebijaksanaan...jadik. kenapa nak berperang dengan puak pembangkang lak??ingat...kalau diorang tak terpilih, diorang akan jadik rakyat korang yang menang...dan menjadik tanggungjawab korang menjaga kebajikan diorang....kalau korang isytihar perang dengan diorang, korang ingat lepas korang menang, diorang nak bagi korang hidup senang ke???pikir menggunakan akal yek...bukan lutut...
  5. Rakyat patut mengenang jasa kerajaan yang telah mendirikan.... - wahai pihak kerajaan...janganla bertindak dangkal dengan mengulang-ulang ayat ni...tak kira la sape pun jadik kerajaan...waima Dafi sekalipun....apa yang dibuat tu semuanya perkara yang WAJIB korang buat...dan takde cerita ini adalah jasa kami....tak....itu ialah tanggungjawab korang....dan tanggungjawab korang tak boleh anggap sebagai jasa...apa perasaan korang kalau bapak korang mengungkit setiap tanggungjawab diorang???Termasukla saat diorang bersedap-sedap dengan bini dia sampai korang lahir??tak terpikir ke semua tu??
disebabkan aku malas nak menyirap panjang-panjang dan cerita pasal Politik banyak-banyak, aku stop sampai situ jek...kalo korang tak puas hati dengan aku ke, dengan apa yang korang dengor ke, hentam jek la kat comment box tu...aku tak kisah pun....


p/s: diorang kat perhimpunan bagi pantun...aku pun nak pantun gak la...

bulat-bulat si daun kobis,
lurut-lurut si daun selasih;
dah habis,
sekian terima kasih.

Wednesday, November 9, 2011

Laporan Cuti Raya Haji aritu

Alkisah

kalo ikutkan aku kena buat report sepanjang aku mendiamkan diri aritu...bukan apa...malas nowh rasanya nak mengupdate blog ni....aku rasa aku kena buat serious makeover kat template ni....manala tau datang mood nak update pasni kan..gasak la tu...arini aku nak bagi report pasal aktiviti sepanjang raya haji aritu...apa aktiviti yang menarik aku buat sepanjang aritu...

  1. balik muor - ni memang dah patut la kan....mana boleh raya aku tak balik muor...macam tak cukup syarat jek rasanya...macam orang nak pergi haji tak pergi mekah lak kan...lagipun, kalo aku tak balik muor, tak dapat la aku tengok betapa meriahnya bandor muor yang dah berubah jadik Dhaka asal semua orang sibuk bercuti kat rumah kan...haha...
  2. mengutip batu-batu - ni pun kena consider gak..disebabkan Hari Tasyrik(11, 12 dan 13 Zulhijah) tu tarikh orang melontor jamrah, jadik, sebab aku rasa tahun ni semangat Haji tu macam menebal gak, jadik aku pun sibuk gak la mengutip 40 bijik batu kat Muor....dengan harapan bila balik Melaka masa 11hb tu, aku dapat la melontor "Setan-setan" yang ada...barula ada feel melontor jamrah...kan?
  3. menengok aktiviti menombangkan lembu - disebabkan aku malas, aku tak tengok pun sampai abis...aku pergi nengok masa orang tombangkan lembu pastu aku balik dengan harapan orang hantor daging kat rumah(dan memang orang bagi pun...rezeki tu)...
  4. menyukat kapasiti sebenor perut aku - biasala...raya....jangan salahkan aku...sebab ramai nowh yang menhantor lauk-lauk kat rumah...jadik sebab aku ni bukan jenis yang suka membazir, aku taram jek apa yang orang bagi tu...tak kisahla sedap tak sedap...bak kata orang tua-tua hensem, rejeki jangan ditolak...
  5. mengumpul kad-kad kawen - aku terperasan semenjak dua menjak ni member-member yang sekelas dengan aku semua dah pakat-pakat menikah....korang ni pehal lak nak kawen awal-awal ni...enjoyla dulu hidup bujang....penat dowh nak jawab orang tanya turn aku bila lagi...
  6. menguji kesaboran dalam bulan haji - bak kata orang...asal bulan raya ni, kita kena saling maaf-memaafi...jadik, aku pun mahapkanla semua drebar bas yang duk tak berenti bas masa aku tahan nak balik melaka aritu...boleh tahan lama gak aku tunggu bas semua duk penuh jek...untung bas last balik melaka tak penuh...kalo tak, maunya bersa'ie aku nak balik Melaka ni....
  7. membuat kira-kira - ni pun dikira benda yang wajib gak buat asal balik beraya....almaklumla...orang berkije, dapat kenaikan gaji masa bajet aritu....orang belajor-lajor ni, sama jek duit pinjamannya walaupun semua benda rega dah melonjak-lonjak...jadik, kena berkira-kira la ek....kalo tak, makan hati berulam jantung jek la duk Melaka nanti....
  8. sepatutnya ni yang aku kena ingat dulu - stadi stadi stadi....final woi...boleh lak aku duk enjoy...jangan salahkan aku sebab sibuk duk buat benda lain lak sampai terlupa nak stadi...kata cuti...kenala manfaatkan cuti tu dengan sepenuh hati...ye tak?
jadik, cukup la entri aku yang dah kesekian lamanya aku menyepi...kalo aku rajin aku update la lagi...korang ada tak aktiviti yang menarik nak kongsi masa raya haji marin?meh kongsi...

p/s: pasni raya haji aku ingat nak bawak tarian singa la....mana tau makin meriah kan...pastu last sekali singa yang berjoget-joget tu kita pakat korbankan reramai...ngahahahahahhaha

Friday, October 7, 2011

Basic Casanova 101

Alkisah

Sebelum ni aku pernah cerita cemana nak ngorat awek la, cemana nak make sure awek yang dah berpunya ke belum, ada gak cerita pasal pantang-pantang bila kita nak ngorat sorang awek ni...tapi aku rasa macam tak complete kalo tak cerita pasal ni....sebagai jantan, memang dah lumrah kita suka ada awek bebanyak...bagi endut aku, jangan terasa ek..ni memang pe'el semulajadik jantan...just kebolehkawalan diorang jek yang berbeza-beza...dan aku rasa macam digeletek-geletak lak hati aku bila ramai yang duk ngaku depan aku diorang la playboy terhebat dan noob-noob yang baru belajor nak ngorat patut belajor dengan diorang...walhal diorang sendiri pun tak pernah lekat sorang pun awek...duk ngejor jek tak dapat-dapat..jadik, meh aku kongsi benda yang paling basic kalo kita nak jadik sorang yang diminati awek-awek....daripada kita perasan yang awek terkejor-kejor kita padahal kita yang sibuk menebeng muka kat tepi dia...orait??

  1. hal yang paling basic...dan aku nak letak dalam caps....CERMIN DIRI KORANG DULU...takdela aku nak kata kalo korang tak hensem, takleh nak ada awek keliling pinggang...tapi baik pilih yang sepadan dengan kita jek...kalo muka kita macam muka orang pecah rumah, bukan ke lebih elok kalo kita tak carik awek yang ala-ala Hanis Zalikha ataupun Fatin Liyana?walaupun kebanyakan awek cun akan cakap, kitorang tak pandang rupa, tapi hati budi...tapi percayala cakap aku....kalo korang tak hensem, takkan diorang layan punya baik-baik....paling pun kalo korang banyak duit ke, ada keta ke, korang jadik "tools" diorang jek...pedih??terima hakikat ek....
  2. NEVER TALK ABOUT YOUR SCANDALS....ini guarantee...dan juga cara menjaga saham...seriously, sebagai jantan tak laku, memangla kita bangga kalo kita dapat bawak awek-awek cun naik keta kita...walhal kita yang offer nak hantor dia balik...tapi jangan riak pasal benda tu...just anggap, well, setakat dia naik keta aku jek kot...takde apa nak dibanggakan pun...sebab orang yang patut kita banggakan ialah endut, tak pun tunang, tak pun bini sendiri...reti?
  3. NEVER CHASE THEM....korang pernah tengok cerita casanova tak??dia tak kejor mana-mana pompuan pun except pompuan yang dia memang nak jadikan bini dia...dan itu memang perkara basic...sorang casanova ataupun orang tak tau ranking panggil sebagai playboy tak payah nak sibuk-sibuk kejor awek...awek tu yang akan terpesona sendiri dengan charm dia...mungkin dari setakat senyuman, tak pun cara bercakap....tak pun jelingan mata...kalo yang dah sibuk-sibuk kejor ke hulu ke hilir, aku lagi suka panggil orang tu womanizer...nafsu tak tentu arah....
  4. DON'T TRY TO BE PERFECT...selalunya, sorang pompuan tertarik pada sorang laki tu sebab kekurangan dia..bukan kelebihan dia...ini memang perkara penting dalam act of conduct bagi sorang casanova berjaya....sebab setiap perkara yang berlaku spontan pasal sorang laki tu akan selalu melekat dalam kepala pompuan...so korang jangan terkejut kalo korang tengok rupa sebenor casanova berjaya ni..walaupun muka diorang ada la hensem sikit, tapi kengkadang korang tengok diorang agak clumsy, tak pun cam cepat menggelabah...itu semua daya penarik tu...tau?
  5. last and the most important thing is....STOP WHEN THE TIME COMES...biasanya orang menjadik casanova sebab marah ataupun nak carik the right someone dalam hidup diorang...so once diorang dah jumpa, they will stop and pass the throne to another noobs...so kalo korang rasa macam hell la nak stick to one person, korang tak sesuai bawak title ni...korang lagi sesuai dipanggil womanizer....got it?
dan persoalannya....tak kesian ke kat girls yang tak dipilih dan dijadikan skandal bebanyak tu??apa nak dikesiankan...kalo ikutkan konsep, aku suka, aku kenal-kenal, aku rapat-rapat, tak declare pun...tengok sesuai tak sesuai....kalo sesuai, jadik endut, stop jadik casanova...kalo tak sesuai, teruskan jadik skandal tak pun convert jadik member....tak salah pun....we never flirt them you know....

p/s: orang selalu salah anggap playboy ke casanova ni pantang tengok awek cun, terkejor-kejor, pastu pasang ramai-ramai dan perasan macam diorangla raja dalam dunia....tu kije womanizer yang mengaku casanova....sebab diorang nak orang fikir diorang ada charm tu....

Monday, October 3, 2011

Penjelasan pasal kebiasaan dalam exam

Alkisah

Ini cerita pasal exam...sape yang tak pernah exam ye tak??yang bebudak umur 5, 6 tahun pun ada peksa lagi...yang tua ganyut pun ada gak yang terkial-kial lagi ambik exam....dan korang mesti dah biasa dengan beberapa perkara yang dilarang masa kita tengah exam kan??dah selalu kita dengor orang yang ambik exam ni macam merungut dengan benda-benda ni....jadik meh aku bagitau apehal lak dibuatnya peraturan exam cenggitu...

  1. salah satu peraturannya ialah, meja orang yang amik exam ni kemain jauh lagi letaknya...berjarak-jarak batu nautika...sampaikan ramai yang merungut payah nak jenguk kertas member sebelah...nak-nak yang rabun ayam macam aku ni....tapi sebenornya korang patut berterima kasih...sebab orang yang cipta peraturan tu dah menyelamatkan korang...korang pun tau keadaan masa exam...ada yang sibuk stadi sampai tak tido la, tak sempat mandila..cubala korang bayangkan kalo korang terpaksa duduk rapat-rapat kat diorang ni..maunya tak korang terpengsan??dah le pulak bangun-bangun terus abis lak time...kan ke susah tu...
  2. ni lak pasal henfon...kenapa la pulak kena off kan pulak kan...manala tau ada call emergency ke, ada orang nak tempah kek ke, tak pun nak berbincang dengan member ke....kan ke susah tu kalo takleh on henfon...tapi korang patut berterima kasih sebab orang yang mencipta telefon tu dah berfikir lebih inovasi...korang pun tau henfon ni jam dah power-power...ada BB la, ada Galaxy Tab la, ada ntah pekejadah nama aku pun taktau sebab aku still pakai talipon ayam brand...dan mesti ada aplikasi untuk dapatkan wifi kan?bila dah ada wifi mestila bukak internet...diorang tak halang korang bukak google.tapi diorang risokan korang terbiasa terbukak fb ke, twitter ke, blog ke...dah duk sibuk-sibuk tu terlupa lak tengah exam....sador-sador jek dengor orang kata "masa tinggal lagi 5minit"....mau tak kesempor korang nak jawab...
  3. ni pasal buku lak...nape kita tak buat exam open book jek??kenapa nak kena test berapa terer kita mengingat lak?lagipun tak semua benda tu apply kan??jangan salahkan diorang...diorang lagi faham...sebab kalo korang carik jawapan dalam buku, korang akan ambik masa yang lama nak carik satu-satu jawapan tu...jadik, dari korang buang masa tak sempat jawab semua, baik takyah bukak buku...kalo tak tau, hentam kromo jek...mana tau korang dapat hadiah nobel kan bagi konsep yang sangat bijaksana...kan?
  4. ok...tapi kenapa kalo kita bawak toyol, pengawas peperiksaan tetap suruh kita letak toyol kat luor?korang kena faham....sepanjang aku bertukor-tukor masuk U, tak pernah lagi aku masuk dewan peperiksaan yang tak pasang air-cond full blast....sejuk gila macam mentos cool baru....pegawai peperiksaan ni bertimbang rasa...diorang tau toyol tu tak pakai baju...sebab tu dia suruh korang letak toyol kat luor...maunya mati keras toyol korang nanti...
  5. peruntukan waktu keluor untuk ke tandas...ramai yang pelik kenapa diorang nak setkan setengah jam awal dan akhir waktu peperiksaan(bergantung pada masa yang U korang letak) kita tak dibenarkan keluor pergi tandas...kena lak ada member yang dah separuh mati nak terberak kat belakang tu...kan emergency..kalo dia tak ter.... kang..jangan kata nak exam...nak duduk pun kita boleh tiga pat kali muntah ijo....tapi sebenornya, ada alasan disebalik tu....dalam masa yang diberikan tu, toyol korang yang korang dah terbawak masuk tu diberikan masa untuk ketandas...lagipun korang fahamla kan diorang punya seksa termasuk sekali dalam dewan tu lagi dahsyat dari korang sebab korang pakai baju...dan pada setengah jam terakhir, diorang nak memastikan keadaan sekitar berada dalam keadaan selamat masa korang nak keluor...takdela terjadik apa-apa yang tak diingini nanti kan...
sebab aku malas dan penerangan untuk entri ni macam terpanjang nowh, jadik aku letak lima point jek....boleh kan??korang setuju tak dengan penjelasan aku ni??ke korang ada versi korang sendiri...meh kongsi....

p/s: aku benci orang yang bincang soalan lepas exam...yang dah lepas, lepasla...kalo dapat markah rendah, terima jek la kita ni bangang...abis citer...