Saturday, February 14, 2015

Pemilihan kenderaan mengikut bangsa

Alkisah

Post kali ni memang agak tak perlu untuk orang macam kita-kita ni tapi post ni ada sedikit tips bagi penjual-penjual kereta yang ada kat negara ni. Sebab bagi penjual kereta, dorang tau betapa frustnya rasa kalo nak promote keta kat orang, bercerita macam nak rak pasal performance semua,tapi last sekali tak dapat pun nak tackle kehendak target kan? Jadik kali ni aku nak cerita pasal kebiasaan yang orang-orang kita selalu utamakan dalam membeli kenderaan. Anggap ni macam homework korang untuk tau approach apa yang betul untuk promote barang jualan korang tu.

Melayu

Bagi orang melayu, aku bolehkan kategorikan pada dua kategori kecik. Orang ada-ada dan orang yang biasa-biasa. Orang ada-ada atau bahasa mudahnya orang yang agak kaya atau rasa diri dia kaya, diorang biasanya akan pandang pada brand keta tu sendiri. Diorang tak tengok benda lain. Memula dia tengok brand tu dulu. Contoh, Merc. Sape yang tak idamkan Merc betul tak? Atau yang bijak sikit, Alfa Romeo tak pun Volks Beetle. So kalo nampak melayu berlagak kaya, tunjukkan Merc atau comparekan dengan Merc. Bagi dia on par. Korang tengok dorang akan berfikir panjang nak beli. Tu untuk orang ada-ada. Kalo untuk orang biasa, tumpukan pada design. Ye design. Tunjukkan keta dengan design paling nampak mahal, ada equipment yang canggih sikit macam alarm bunyik rimau, lepas tu loan tak tinggi. Atau senang kata bayor bulan dia murah. Tu biasanya benda yang diorang tumpukan. Design. Sebab tu kita selalu dengor design baru proton macam keta mahal pastu ramai yang buat preorder. Nampak tak permainan dia situ.

Cina

Paten pemilihan orang cina ni mudah. Macam mana diorang beli barang kat supermarket, cenggitu la paten diorang nak beli kenderaan. Biasanya diorang akan perhatikan spec keta tu dulu. Kadang-kadang diorang tak faham pun. ABS, turbo valve engine with built 2.0, hybrid technology, yada yada.. Serius kengkadang diorang tak faham. Tapi diorang impress dengan benda cenggitu. Lepas tu diorang akan tengok harga. Tapi bukan tengok berapa yang kena bayor bulan atau apa. Tapi diorang akan tengok berapa banyak less yang diorang dapat dari offer korang. Lagi banyak less, lagi tinggi peluang nak pancing. Dan yang palin penting ialah, berapa banyak free gift yang diorang boleh dapat dari pembelian diorang tu. Tak kisahla free gift tu berupa bantal tengkuk ke, pinggan mangkuk ke. Lagi banyak lagi bagus walaupun diorang tak hadap pun free gift tu. Tu memang hemat diorang membeli sebenornya. Sebab diorang rasa diorang untung dengan cara pembelian cenggitu walaupun harga barang yang dibeli tu mahal pepadah.

India

Orang india ni ada satu interest yang ak perasan dalam setiap pembelian diorang terutamanya keta. Power. Diorang cukup berkenan dengan keta yang ada horsepower yang tinggi, cc yang besor walaupun keta tu memang akan terperangkap kat dalam traffic jam. Kalo yang datang membeli pada korang tu ialah orang india, pastikan korang cerita kat diorang horsepower keta tu, cemana pikap keta tu boleh pegi, berapa top speed dia boleh pegi dan yang penting, pada tahap bila keta tu bergegor. Bila korang bercakap pasal kenderaan dengan orang india, make sure korang tekankan pada hal ni.

Jadik, tu la pengamatan aku pada paten pemilihan kenderaan mengikut bangsa yang ada kat Malaysia ni. Kenapa aku cerita tiga bangsa ni jek? Sebab ni tiga bangsa major. Yang tak disebut tu, secara jujurnya aku tak ramai kawan bangsa tu. Jadik tak boleh nak timbang tarakan bagi sama rata ye tak?

Gorengbaek : macam mana dengan etnik bumiputera malaysia borneo? Diorang lagi minat pada land rovers. Kereta tahan lasak. Lagipun diorang tak pikir sangat pasal drive. Diorang prefer guna "belon" untuk travel sebab jarak diorang jejauh belaka. Ye tak?

Monday, January 26, 2015

Sebab rotan tak boleh dijenayahkan

Alkisah

Kita semua tau yang gomen nak buat rotan menjadik jenayah. Ada banyak pendapat yang aku dengor pasal keputusan ni. Sesetengah setuju, ada yang membantah. Ramai yang cakap sebab rotan diorang berjaya, ada yang cakap diorang tak pernah dirotan pun berjaya. So aku cuba untuk pilih satu side dan senaraikan kenapa hukuman rotan ni tak patut dikategorikan sebagai jenayah.

1. Ada peribahasa melayu yang berbunyi "kalau tiada rotan, akar pun berguna juga." Dikhuatiri selepas penjenayahan tindakan merotan, ibu bapa akan mengajor atau mendenda anak dengan "mengakor" anak-anak mereka.

2. Ditakuti permohonan untuk bekerja sebagai warden atau pegawai penjara menurun dengan kadar drastik. Kerana kebanyakan hukuman di Malaysia masih menggunakan hukuman sebatan. Ramai yang akan beranggapan, mereka akan melakukan jenayah secara tidak sador dan dikategorikan sebagai penjenayah halal.

3. Peniaga-peniaga perabot dan kraftangan akan mengalami kerugian berjuta ringgit kerana lebihan-lebihan rotan tidak boleh dijual kepada ibu bapa sebagai side income mereka. Lebihan rotan tidak boleh dikitar semula sebagai "rotan tiruan".

4. Guru-guru tidak boleh berlakon sebagai samurai didalam kelas kerana rotan tidak boleh digunakan. Ini dikhuatiri membuatkan hubungan antara guru-pelajar terjejas.

5. Kanak-kanak tak boleh lagi bermain cikgu-cikgu sebab ketiadaan rotan bagi membezakan "guru" dan "murid". Dikhuatiri mereka bermain kahwin-kahwin sebab gomen membenarkan remaja berkahwin awal.

6. Dikhuatiri dengan menjadikan rotan sebagai jenayah, pasukan sepak takraw kita makin pupus. Sebab bola sepak takraw susah nak carik berbanding bola sepak.

Sebab tu hukuman rotan tak boleh dikategorikan sebagai jenayah. Diharap kekhuatiran ni diambil kira masa perbincangan pihak-pihak yang berkenaan.

p/s : dengan kuasa rotannnn akan menghukummu..pling pling pling..

Thursday, May 16, 2013

Dalam filem dan hakikat sebenor

Alkisah

Bagi korang yang selalu nengok cerita tak kisah la filem ke, drama ke, korang mesti akan perasan scene-scene yang agak gedik-gedik "romantik" yang buat korang rasa cam best jek kalo benda tu terjadik betul-betul kan...tapi korang tau tak..benda cenggitu memang payah jadik betul-betul...sebab dalam hakikat sebenornya kalo korang buat cenggitu akan jadik benda lain...

  1. Satu babak, hero tengah rushing terlanggor pulak dengan heroin yang tengah sibuk kendong buku sambil jalan nunduk kebawah...tetiba dedua terlanggor dan buku-buku pun bertaburan...hero ni pun mintak mahaple...lepas tu dua-dua kutip buku sampai buku yang last, dua-dua terpegang tangan dan bermula aksi-aksi malu-malu kucing dengan lagu-lagu syahdu bermain kat belakang...
    Hakikatnya - hero tengah rushing terlanggor pulak dengan heroin yang tengah sibuk kendong buku sambil jalan nunduk kebawah...tetiba dedua terlanggor dan buku-buku pun bertaburan...hero tu pun terus pusing cakap sorry dan blah tanpa rasa bersalah...heroin pulak duk kutip buku-buku tu sambil maki..."cilaka punya jantan..dahla muka macam selipor...perangai macam beruk mak yeh"...
  2. Babak sang anak putus cinta dengan endutnya yang dah bertahun-tahun dia bercinta..duk la melalak kat dalam bilik sambil lempor-lempor barang...tak lama kendian, masukla sang mak dengan muka terkejut..."nak, nak ada masalah ke?kenapa ni?endut buat perangai lagi ke?(macam tau-tau jek mak dia ek)...saborla..kumbang bukan sekor..nanti akan datang jantan yang lagi baik"...
    Hakikatnya - Babak sang anak putus cinta dengan endutnya yang dah bertahun-tahun dia bercinta..duk la melalak kat dalam bilik sambil lempor-lempor barang...tak lama kendian, masukla sang mak dengan muka terkejut..."oooooiiii bertuah punya anak...dah la ngemas bilik sikit punya kelisa...dikembornya balik pulak...aku tangan kang...ni pekena lak ngarok cam orang sekerat akal ni?endut ko tinggalkan ko?memang padan la dengan muka ko tu"...
  3. Babak dalam bilik mesyuarat...Boss bertanya pada salah sorang pekerja dia..."Mamat, macam mana perkembangan projek 14 juta kita dengan Syarikat Hartamas tu?".."Semuanya ok boss...dalam progress..just masalah dengan kontraktor jek ada sedikit kelewatan..."...
    Hakikatnya - Boss bertanya pada salah sorang pekerja dia.."Mamat, macam mana dengan loan kita yang 14 juta tu?dah lepas tak??".."Belum lagi boss..dalam progress..just ada masalah dengan orang dalam kita jek..lobang dah pecah...kena cover line...jadik mungkin ada sikit kelewatan.."...
  4. Babak kat hospital...sorang bapak tengah nazak dan betul-betul dah nyawa-nyawa ikan...sang anak terus meluru kat bapaknya dan cakap..."bapak..bapak...apa dah jadik ni??pak mengucap pak..ngucap...".."Asyhadu...ala..ila..hailallah...waashyhadu...anna..muhammadarrr...rasulullahhhh"...(sempat pulak ngucap ayat penuh tu)...dan bapaknya pun meninggal dengan iringan air mata anak...
    Hakikatnya - .sorang bapak tengah nazak dan betul-betul dah nyawa-nyawa ikan...sang anak terus meluru kat bapaknya dan cakap..."bapak..bapak..pekena ni??pak mengucap pak..ngucap...".."teng...korak ko...pegi panggil doktor...ngok..."...dan bapaknya pun meninggal dengan iringan air mata anak sebab terlupa nak panggil doktor...
  5. Babak rakan karib laki dengan pompuan yang dah lama berkawan..tetiba diorang bergaduh besor...dan tetiba hujan pun turun....kendian sang jantan pun cakap..."awak tau tak....sebenornya saya dah lama sukakan awak...cuma awak jek yang tak sador..."...dan pompuan tu pun jawab..."saya pun dah lama sukakan awak sebenornya..tapi awak selalu buat tak tau perasaan saya..."...besoknya dorang pun berendut dan bahagia selamanya...
    Hakikatnya - rakan karib laki dengan pompuan yang dah lama berkawan..tetiba diorang bergaduh besor...dan tetiba hujan pun turun....kendian sang jantan pun cakap..."awak tau tak....sebenornya saya dah lama sukakan awak...cuma awak jek yang tak sador..."...dan pompuan tu pun jawab..."eeeee.....gelinyaaaaa...orang tak suka kat dia nak suka-suka kat kita pulak...toksah mimpila muka cam ko aku nak...dahla tak encem.."...si jantan pun jawab balik.."ah..aku test market jek...nak sangat lak aku kat ko...baik aku ngorat Bedah sebelah rumah tu dari ko...blah la..."...besoknya diorang jadik musuh pulak selamanya....

cukupla banyak tu ngarut...tapi kalo nak diikutkan banyak lagi scene yang tak setara dengan hakikat sebenor..tak caya korang nengokla cerita...pastu korang perhatikan kat keliling korang lak...apa kata korang?ada nak tambah?ke ada yang tak puas hati?apa lagi...goreng sampai habis....

p/s: bukan blogger jek ada masalah nak buat pembaharuan dalam penulisan...orang tulis skrip pun sama beb...tak caya korang nengok la filem dulu dengan ni jam...sama jek...pelakon jek yang lain...

Thursday, March 28, 2013

Boleh berubah tak?

Alkisah

Semenjak dua menjak ni aku dah mula menjadik sorang penulis blog yang hanya sekali sekala update blog..bukan disebabkan aku terlampau sibuk. tapi sebab aku tak berkesempatan nak luangkan masa nak menghadap blog ni doploh pat jam macam dulu..takpe kita tolak tepi bendalah tu..kali ni aku nak luah sikit isik hati aku pasal benda-benda yang selalu buat aku rasa macam nak brainwash jek orang-orang nak-nak yang ada kat Malaysia dan terutama sekali orang melayu sendirik...ni antara benda-bendanya...


  1. aku teringin sangat nak ubah rasa syak yang ada pada orang melayu umumnya...serius aku rasa orang melayu ni ada tahap sensitiviti yang melampau yang amat...dia boleh jadik buruk sangka kat satu benda sampai benda tu boleh menimbulkan syak yang melampau-lampau...contohnya macam zaman dulu-dulu..kalo ada sebijik rumah kat hujung kampung, jauh sikit dari orang ramai, nampak buruk sikit pastu sekali-sekali jek nampak orang keluor masuk, terus jek kita syak orang tu ada amal ilmu bukan-bukan...aku rasa perangai syak bukan-bukan ni dah jadik satu darah daging pulak dalam masyarakat terutamanya masyarakat melayu yang aku sayangi ni...dah banyak orang aku jumpa dan berkali-kali aku cuba nak ajorkan diorang sikap berlapang dada dan berfikiran terbuka..supaya tak selama-lamanya duduk kat kepompong pikiran sempit diorang tu tapi dah masuk tahun 2013 dah...sama jugak jek patternnya..rasanya dari mana nak start bentuk pemikiran tu tak jadik cenggitu ek..
  2. aku jugak ada rasa teringin nak ubah mentaliti pemilik-pemilik company yang gagah perkasa(dan jugak yang tak berapa perkasa termasuk la gomen) supaya tak sibuk nak ambik pekerja ready made dah ada experience dan terlampau bergantung pada interview untuk menilai bakal pekerja...pada pendapat aku la aku rasa semua benda ni hanya bagi peluang kat kelompok-kelompok tertentu dan kelompok-kelompok yang tak tertentu tu yang boleh bina hidup dengan menjual kerepek-kerepek dan berkije menjual tudung secara online..pedih? ya...tapi tu la keadaannya...tau tak korang pekerja-pekerja ready made tu kebanyakannya sudah berumur dalam lewat 40an..dan dalam pemerhatian aku orang yang dalam umur cenggitu mempunyai pengetahuan yang sangat luas dalam bidang kije tu...termasuk kapasiti maksimum untuk mengulor berbanding kije..no offense untuk mereka yang di lewat 40an tapi tu apa yang aku nampak..dan korang perasan tak...terlampau bergantung kepada interview untuk memilih calon pekerja, korang sebenornya memilih calon yang lebih pandai bercakap berbanding kije...aku tak taula korang tapi apa yang aku tau, orang yang cekap bekerja ialah orang yang paling tak pandai bercakap...dan orang yang paling pandai bercerita ni adalah orang yang paling banyak berborak dari berkije...pada korang cemana?
  3. ni lagi satu kebiasaan..tapi aku rasa kebiasaan ni macam baru-baru ni jek yang terjadik...tak boleh ke kalo kita nak menyuarakan pendapat, tak payah nak membawak sepanduk, berarak, masuk TV, bercakap pong pang pong pang tapi takde input yang masuk dalam kepala aku apa yang cuba nak diperjuangkan?toksah la dibuat benda ni...buat malu sendirik jek..aku dah banyak kali cabor..kalo betul berani nak suarakan pendapat, berdiri kat tengah-tengah bandor KL, dan laungkan apa yang korang tak puas hati...buat secara solo dan tak payah nak tunjuk berani bawak sampai 300-400 orang...boleh?apa kata kita amalkan berarak membawak sepanduk, masuk TV dan secara beramai-ramai tu masa maulud nabi jek..aku rasa yang tu polis pun takkan jadik masalah nak luluskan perarakan tu ye tak?ni tak..kalo maulud, yang berarak 50 orang..kalo demo, maunya jejak 50 laksa orang...mana silapnya tu?
  4. salah satu lagi kebiasaan yang aku cuba nak ubah ialah peel yang suka nak nunding kat orang kalo ada masalah...macam korang langgor keta orang, tapi korang salahkan orang depan bawak keta macam siput..padahal ko sendiri yang bawak keta pegi sibuk tengok awek indon baru balik kilang berjalan beramai-ramai kat sebelah..ni just satu situasi...korang pikirkanla kalo situasi yang lain yang boleh nak korang kaitkan...tak boleh ke kalo kita bersikap pandang apa kekurangan kita dulu baru nak blame semua salah tu kat orang?aku tau cara tu memang cara yang paling cepat nak lepaskan diri dari masalah tapi korang takkan dapat selesaikan masalah tu kalo terjadik benda tu lagi sekali...macam contohnya dulu heboh satu Malaysia masa gomen tukorkan pelajaran matematik dengan sains guna bahasa omptuih...ramai yang duk blame gomen kata cara ni akan buat ramai murid nak-nak yang melayu ni tercicir dalam subjek...tapi tak pernah ke kita terpikir yang tu silap kita jugak dulu...sape suruh bongok dalam bahasa omptuih sampai terpaksa gomen buat cenggitu nak bagi kita pandai cakap omptuih??dah ni jam gomen terpaksa lak tukor dedua subjek tu jadik bahasa melayu balik sebab kebanyakan orang dah tak pandai nak bercakap melayu pulak...e'eh...tetap salahkan gomen jugak sebab dah ramai orang kita lagi pandai cakap omptuih dari cakap melayu...kenapa tak pernah nak terima dengan hati terbuka silap kita yang jelas lagi nyata ek...
sebenornya ada melambak lagi benda yang aku rasa macam nak ubah kalo boleh tapi tak dapat penyelesaian cemana nak ubah....tapi benda-benda yang kat atas ni memang agak main pada aku..aku selalu ingat pesan cikgu-cikgu dulu..katanya kalo cuba nak mengubah dunia, kita mula dari ubah diri kita dulu...aku buat dan aku rasa memang dunia ni berubah....tapi berubah jadik satu dunia asing yang aku langsung jelak bila nengok satu persatu..kenapa ek jadik cenggitu?aku salah ubah kot...

p/s: bak apa yang aku tulis kat fb aritu la...takde pendapat yang salah..semuanya betul..just pendapat orang jek yang menentukan benda tu jadik salah atau betul...