Monday, January 26, 2015

Sebab rotan tak boleh dijenayahkan

Alkisah

Kita semua tau yang gomen nak buat rotan menjadik jenayah. Ada banyak pendapat yang aku dengor pasal keputusan ni. Sesetengah setuju, ada yang membantah. Ramai yang cakap sebab rotan diorang berjaya, ada yang cakap diorang tak pernah dirotan pun berjaya. So aku cuba untuk pilih satu side dan senaraikan kenapa hukuman rotan ni tak patut dikategorikan sebagai jenayah.

1. Ada peribahasa melayu yang berbunyi "kalau tiada rotan, akar pun berguna juga." Dikhuatiri selepas penjenayahan tindakan merotan, ibu bapa akan mengajor atau mendenda anak dengan "mengakor" anak-anak mereka.

2. Ditakuti permohonan untuk bekerja sebagai warden atau pegawai penjara menurun dengan kadar drastik. Kerana kebanyakan hukuman di Malaysia masih menggunakan hukuman sebatan. Ramai yang akan beranggapan, mereka akan melakukan jenayah secara tidak sador dan dikategorikan sebagai penjenayah halal.

3. Peniaga-peniaga perabot dan kraftangan akan mengalami kerugian berjuta ringgit kerana lebihan-lebihan rotan tidak boleh dijual kepada ibu bapa sebagai side income mereka. Lebihan rotan tidak boleh dikitar semula sebagai "rotan tiruan".

4. Guru-guru tidak boleh berlakon sebagai samurai didalam kelas kerana rotan tidak boleh digunakan. Ini dikhuatiri membuatkan hubungan antara guru-pelajar terjejas.

5. Kanak-kanak tak boleh lagi bermain cikgu-cikgu sebab ketiadaan rotan bagi membezakan "guru" dan "murid". Dikhuatiri mereka bermain kahwin-kahwin sebab gomen membenarkan remaja berkahwin awal.

6. Dikhuatiri dengan menjadikan rotan sebagai jenayah, pasukan sepak takraw kita makin pupus. Sebab bola sepak takraw susah nak carik berbanding bola sepak.

Sebab tu hukuman rotan tak boleh dikategorikan sebagai jenayah. Diharap kekhuatiran ni diambil kira masa perbincangan pihak-pihak yang berkenaan.

p/s : dengan kuasa rotannnn akan menghukummu..pling pling pling..