Friday, April 20, 2012

Tips kalau nak pegang-pegang endut

Alkisah

Semenjak dah keluor lagu kalo berpacaran satu masa dulu, awek-awek ni jam dah jumpa dah excuse kalo jantan-jantan yang menjadik endut diorang mintak nak pegang-pegang...diorang takyah nak bagi alasan panjang-panjang macam awek dulu-dulu....nak kena explen memacam...diorang just nyanyi jek..."Boleh pandang-pandang..tenet tenet tet..jangan pegang-pegang..tenet tenet tet"...dengan aku korang toksah nak berlagak alim nak cakap tak baik pegang-pegang semua ni bagai...toksah nak tunjuk hipokrit nak tunjuk pe'el serbanitas....sebab aku tau sesuci mana pun korang berlakon, korang tetap nak pegang endut korang...tak dapat pegang tangan, cuit pipi pun jadik la...baik ngaku ek.....dah nama pun jantan kan...

jadik selepas membuat beberapa research, aku letakkan beberapa syarat yang korang kena penuhi sebelum nak menggatal-gatal nak pegang-pegang endut korang...wahai jantan-jantan, penuhi syarat ni dulu sebelum korang mintak "yayang-yayang, nak mintak pegang tangan..." pastu nyanyi lagu The Beatles I wanna Hold Your Hand tu....selagi korang tak penuhi syarat-syarat ni, selagi tu jangan mintak...ok?

  1. Korang kena sekurang-kurangnya bawak dia tengok 10 movie terbaru untuk tahun tu...movie terbaru tu tak termasuk movie yang baru korang nak tengok tapi dah lama keluor ek...dan bendalah ni tak termasuk kalo korang tengok movie yang sama tu 10 kali ek....
  2. korang kena belanja diorang makan kat sekurang-kurangnya 5 restoran mahal dan korang bukan setakat belanja diorang makan side dish jek....tapi korang kena belanja diorang makan makanan yang special kat situ ek..kalo setakat bawak makan kat restoran mahal tapi belanja minum sky juice jek, tak dikira...
  3. cuba korang tengok korang punya rekod call kat handphone, duration untuk korang call dia ada tak cecah 100 jam?kalau tak cecah lagi 100 jam, jangan mengada-ngada nak mintak lebih-lebih....entah-entah diorang feeling kat korang pun tak develop lagik....
  4. korang jugak tak boleh sentuh diorang sebelum diorang yang start sentuh-sentuh korang...sebab kalo korang yang sentuh dulu, diorang boleh claim jadik sex harassment...jantan kalo kena pegang-pegang tak boleh claim sex harassment ek...korang just boleh claim korang beruntung sebab kena pegang...hehe...
dan korang kena ingat....keempat-empat syarat kat atas ni korang MESTI penuhi dulu sebelum korang nak pegang-pegang endut korang....TAPI...haaa... ada tapi tu untuk jantan-jantan....aku boleh buat exception untuk korang kalo korang nak pegang-pegang endut korang tapi taknak buat keempat-empat syarat ni sebab macam susah nowh kan....jangan riso...aku ada cara untuk mudahkan korang....satu jek cara yang boleh korang buat kalo nak sentuh endut korang tanpa buat syarat tu semua iaitu

MINTAK IZIN KAT BAPAK DIA YANG KORANG NAK PEGANG ANAK DIA
amcam?ada berani?

p/s: besok last paper untuk last sem aku sebagai student...dan sebab tu jugak aku dah makin tak sempat nak ngapdet blog sangat...mahap ek....