Wednesday, February 29, 2012

Hari ni aku kena buat entri gak....

Alkisah

Hari ni ialah

Aku ingat nak la mengenjoy ke hape ke...tapi apakan daya, boleh lak arini aku


nak buat cemana...trimo wa ey~~~
p/s: idea pun tak nak datang...nak ngarut pun tak dan arini....adehhh

Wednesday, February 22, 2012

Sebab-sebab takde topik best nak bloggers bincangkan...

Alkisah

semenjak dua menjak ni...eh tak...dah beberapa menjak dah pun aku perhatikan...boleh kata dah makin ramai dah bloggers yang kemain lantang bersuara, yang hangat pada masa dulu berblog pasal isu-isu yang menarik-menarik dah makin slow down...dan dulu kira ramai gak bloggers yang meluahkan tak puas hati, bercerita pasal info-info yang menarik pun dah ramai yang mengundurkan diri...kalau ada pun, dah jadik bloggers yang hanya bercerita pasal hal-hal yang berkaitan dengan keliling diorang jek...termasuk aku...jadik kenapa ek jadik cenggitu??adakah blogger-blogger ni sume dah kekontangan idea sampai dah taktau nak cite pasal apa?aku rasa aku boleh pikirkan sebab-sebab dia kot...meh aku listkan...
  1. dah takde berita menarik yang nak dikupaskan - atau aku boleh kata banyak berita yang boleh dihentam atau dikritik oleh bloggers skang ni tak kena report...akibatnya, kebanyakan blogger yang bergantung harap pada media untuk mendengor berita dan membuat analisis sendirik pasal isu-isu semasa dah takde sumber maklumat dah...balik-balik kena sumbat berita yang sama, kena recycle hal yang sama, kena cuci otak dengan iklan-iklan yang lebih kurang...apa yang jadik?terus blogger-blogger cenggini susah nak update blog...kitorang nak update pun memilih jugak ek...takkan la nak tulis pasal benda yang lebih kurang jek...tak variasi la apa yang kitorang nak cerita nanti ye tak??
  2. berjemaah itu lagi baik dari bersendirian - aku bukan nak bercerita pasal forum ataupun mesyuarat...tapi aku tengok semenjak kerajaan dah mansuhkan ISA, kebanyakan blogger yang berkobar-kobar dulu bercakap kat dalam blog dah mula ikut perhimpunan-perhimpunan...ramai yang lagi suka berhimpun kat tengah panas, bawak sepanduk-sepanduk, menjerit-jerit tepi jalan secara beramai-ramai dan dapat masuk TV ramai-ramai...tak dapat muka penuh, dapat masuk jari kaki pun jadikla...aku tengok dah makin ramai yang tak  berminat nak berjuang secara solo dalam laman sesawang ni, utarakan pendapat bernas dan pedas dan remain anonymous...aku tak terkejut kalau nanti stesen TV buat rancangan realiti "Mencari pemprotes tegar" nanti...siap ada uji bakat beramai-ramai lagi....mana la tau kan...
  3. membaca dan menulis itu bukan trend - ni mungkin salah dari pendidikan awal kot...sampai ni jam, anak-anak muda dah tak rasa yang membaca dan menulis itu satu trend yang baik...kalau korang tak percaya, blog yang menulis berjela-jela dan jarang letak gambor macam blog-blog aku memang tak popular...yang jadik trend skang ni, video youtube homemade artis wannabe, video aksi cite omptuih anak melayu, gambor yang mengarut-ngarut tanpa input, dan jugak video binatang berlatarbelakangkan sound yang menggamborkan perasaan...aku pun taktau kenapa...mungkin kalo menggunakan perkataan, orang dah tak faham kot...tu yang kalo nak tegur budak ni jam, takleh cakap...kena bagi penampor jek dulu...ntah...
  4. aku tulis bagus-bagus pun bukan ada orang nak baca - benda ni dah selalu aku dengor blogger-blogger yang berprestasi tinggi cakap..ni bukan cerita diorang nak popular atau apa...tapi diorang rasa macam tak dihargai...last-last diorang takde semangat nak menulis...secara jujur, aku tak mengejor SEO, aku tak mengejor innit, aku tak mengejor nuff...tapi aku suka menaip kat keyboard aku..tapi bagi blogger yang asalnya komited nak menulis, nak share, nak berkongsi pendapat, diorang mesti rasa kecewa bila diorang tak dapat respon walaupun dah ikut tip-tips SEO semua...last-last diorang dah fed up dengan dunia blog dan buat stail lain nak berkongsi...misalnya main twitter macam sifu aku...haha...
  5. bosanla balik-balik cerita dia - ni takyah ulas panjang...ramai blogger dah penat dah nak citer pasal Najib dan ular tedungnya...

    "Betul...kami takde apa-apa hubungan kekeluargaan...mana ada persamaan kitorang..."
  6. masa, masa, masa - betul aku dah mula rasa masa ni dah bergerak makin pantas sampai tak terkejor dah....kalo korang tengok, aku rasa macam baru kejap tadi aku bangun nak pegi kelas, skang ni aku tengah mengupdate blog, tengok jam dah pukul 2 pagi lebih...kesibukan mencarik dan mengejor dunia ni buat kita tak terkejor...kesibukan nak kije lebih masa untuk tampung kemahalan semua benda pun buat ramai bloggers dah takde masa dah nak menghadap kotak new post ni...kalo tak caya, cuba korang tengok balik hidup korang...cepat dowh masa berjalan...
tu apa yang aku rasa sendiri kalo ikut pandangan peribadi aku sebagai sorang bloggers...mungkin korang-korang yang terkena badi ni ada sebab-sebab sendirik...apa kata korang kongsi...tak pun korang nak attack balik aku ke...ikut korang la....

p/s: yang ramai-ramai duk kejor duit nuff tu, tobat-tobatla...masa start aku blogging dulu, takde bloggers yang sibuk nak kejor duit dari blog...sume tulis sebab minat menulis dan membaca jek towh...

Monday, February 6, 2012

Ini rage ala HHD...

Alkisah

Bagi korang yang tak suka baca entri yang penuh dengan amarah, skip jek entri ni...sebab aku tengah marah gamak ni...

Apa yang dah jadik kat manusia zaman ni jam ni...tak macam bangsat lak memasing...semua penting diri, kurang ajor dan tak beradab langsung..kalau dulu kita ada zaman batu, zaman ais, zaman logam dan zaman penjajahan...tapi aku nak kategorikan kategori ni sebagai zaman jebeng....boleh tak?
  1. Kenapa bila nak berbual, tak reti nak bercakap secara perlahan, berhemah dan beradab sopan?aku tak kisah nak bermaki-makian sekalipun...tapi toksahla nak terpekik terlolong terjerit-jerit macam manusia takde akal fikiran...tak ke kita diajor menghormati hak orang lain jugak dalam dunia ni?kena pertimbangkan keselesaan orang lain....takyah nak kira jiran-jiran la...kalau dah orang kat dalam rumah sendiri pun dah mula rasa tak selesa....jadik, kalau kita dah cenggitu, tak ke jebeng perangai kita tu?
  2. cemana pulak dengan bila kita nak berkunjung kat rumah orang?bukan ke kita diajor kalau nak pegi rumah orang, kita kena berkunjung dengan rasa hormat...masuk, bagi salam..tiga kali tak jawab, balik...bila dah ada kat dalam rumah, jangan barge in kat dalam kawasan-kawasan privacy orang lain terutamanya bilik tidur...jangan disepahkan rumah orang...dan cuba elakkan pada waktu-waktu yang tak sesuai macam waktu solat, waktu makan ataupun waktu nak tido?kalau kita langgor semua tu, tak ke kita ni berperangai macam jebeng?
  3. bukan ke kita diajor...berjudi tu haram...hasil judi tu haram...pakai barangan dari hasil judi pun haram...dan jangan lupa...rumah yang jadik tempat berjudi pun, terkena laknat sekali....tapi apa nak jadik bila judi dah jadik biasa dah...tak rasa lak macam pintu rezeki makin sempit...tak terpikir lak geng-geng yang lain dah mula rasa tak selesa dah...dan yang paling jimbetnya bila makin lama makin menjadik lak...dari dua, jadik tiga, jadik sepuluh....hoi!!!jebeng la!!!!!
  4. dari kecik kita diajor...orang yang lebih tua, kena dihormati...dan orang yang muda, kita sayangi...kalo tengok orang tua kat dalam bas tengah berdiri pun kita diajor suruh bangun dan bagi tempat duduk kita kat diorang...bukan sebab kesian diorang tak berdaya...tapi sebab hormat sorang muda dengan orang tua...tapi bila tengok kat keadaan sebenor, kita lagi sanggup pulak bagi beg kita duduk kat tempat kosong dan bior orang tua tu bergayut-gayut kat pemegang bas tu..sungguh jebeng perangai...
  5. tu pasal orang tua...cemana pulak kalo dengan mak bapak kita sendiri?ni semua salah omptuih yang ngajor psikologi anak-anak...dikatakan anak-anak bila dah sampai peringkat dewasa, kena dilayan macam kawan-kawan..sampaikan satu peringkat, diorang lupa yang diorang bercakap dengan makbapak diorang...dah takde hormat...dah takde bahasa-bahasa lemah lembut...di"pukimak"nya bapak dia...diherdiknya mak dia...disepak terajangnya orang tua tu....wahai jebeng-jebeng...tau tak...kalo korang betah sikit pun apa yang mak bapak korang cakap, tersentuh sikit jek rasa hati orang tua tu, kita dah ada jaminan tempat dah kat neraka?owh...lupa..ayat cenggini dah tak jalan dah skang...almaklumla ek...zaman jebeng....
  6. Berzina.full stop...takde elaboration...jadik memang terlahirla jebeng...
malas la nak marah lelama...jadik, aku bolehla buat kesimpulan...lagi lama aku tengok ni, lagi menyampah aku tengok perangai manusia ni...

p/s: Inila yang dipanggil zaman jahilliyah...reti?ikutla nak setuju ke taknak....