Friday, July 29, 2011

Jawapan paling tepat untuk soalan berkaitan puasa...

Alkisah

kita selalu dengor jawapan yang typical kalo orang bertanya pasal puasa betul tak??ada yang jawab dengan simple...ada yang jawab dengan jawapan yang detail dan berserta dalil-dalil dan nas-nas yang kengkadang entah sahih ke ntah hentam kromo ke....ada jugak yang jawab dengan tulus suci nak membantu...ada jugak yang menjawab dengan nada sarkastik macam orang tu bongok nak mampos...tak kurang jugak yang menjawab dengan jawapan mudah dan aku paling tak suka dengor iaitu "entah, tak tau, soalan yang dijawab dengan soalan, etc"....so kali ni aku rasa aku nak kongsi kat korang jawapan yang pada aku paling menjawab soalan untuk soalan yang biasa tentang puasa...so, meh kita tengok...

  • Apakah hikmah berpuasa di bulan Ramadhan ni?
    hikmahnya ialah dapat mengurangkan perbelanjaan di siang hari dan mengganda dua kan perbelenjaan di malam hari...tu termasuk dengan expenditure yang accident dan tak disengajakan...
  • Kenapa masa bulan puasa kita kena berlapar di siang hari? Takde cara lain ke nak buat kita kenang orang yang dalam kesusahan?
    Ada cara lain...sedekahkan semua duit ko kat orang yang dalam kesusahan...
  • Rasa-rasa macam penetapan waktu imsak dan berbuka sekarang ni macam kurang tepat...boleh tak bagitau tempoh sebenar untuk menjalani ibadah puasa ni?
    dari awal ramadhan sampai habis ramadhan la...ingat puasa takat tahan lapor je ke?
  • Ramai yang kata setan-setan dirantai pada bulan puasa..cuma nafsu jek yang bebas.tapi kenapa ek?cam sama jek rasa...
    betul la statement tu..setan-setan ni memang kena rantai sebab kalo diorang buat jahat, waima makan secara terbuka pun, dah kena ayak naik lori mayat...
  • Kenapa masa zaman nabi, orang tengah berpuasa still gagah lagi berperang...tapi kita pada zaman ni mengadu letih, sibuk mengkelisakan diri, tido sepanjang hari ek....
    sudah terang dan nyata perbezaan antara "Berpuasa kerana Allah Taala" dengan "Berpuasa kerana Bulan Ramadhan"....
  • Cuba terangkan dengan ringkas, tepat dan mudah tentang perkara-perkara yang boleh membuatkan puasa seseorang tu terbatal...
    Perkara yang membatalkan puasa...
  • Kita semua tau kalo orang dewasa yang berpuasa, akan mendapat pahala dan ganjaran kan...tapi kalo bebudak yang belum baligh, apa yang diorang dapat kalo berpuasa?
    Duit raya...
  • Apa hukumnya kalo kita tak sengaja termakan sepinggan nasik mungkin sebab kita terlupa bulan puasa ke....
    hukumnya kita tak sengaja terbatal habis sehari puasa sebab kita terlupa yang puasa tu kita tak boleh masukkan sesuatu dalam rongga badan...
  • Apakah juadah berbuka yang paling afdal untuk dimakan pada waktu berbuka dan apakah juadah yang paling elok untuk bersahur?
    Juadah yang paling sesuai dan tak boleh disangkal lagi paling sesuai untuk waktu berbuka dan bersahur ialah makanan...skru, nat ataupun dinding batu tak sesuai digunakan untuk berbuka dan bersahur..
  • Kenapa laki kena puasa straight tapi pompuan ada cuti-cuti lak time puasa?
    Tuhan tu Maha Adil..dia bagi jantan-jantan ni dalam sebulan, ada seminggu hari yang kita dapat makan makanan yang asam garamnya cukup...takdela makan makanan yang asam garamnya main agak-agak jek...ye tak??
jadik, tula antara soalan yang aku terpikir orang selalu tanya pasal bulan puasa ni...agak-agak korang ada tak soalan yang nak ditambah??tak pun korang ada nak jawab dengan versi lain lak...meh kongsi....

p/s: ada orang tanya..apa hukum makan nasik depan orang puasa...jawapan yang paling betul ialah hukumnya ialah kenyang la...kan??

Saturday, July 23, 2011

Korang pernah dengor tak makanan ni?

Alkisah

dalam musim buah-buahan skang ni, aku duk teringat beberapa makanan yang pernah buat orang tanya aku "benda apa tu long?" bila aku cerita pasal benda-benda ni...aku bukan bercakap pasal masakan ek...sebab masakan mungkin ada dipengaruhi dengan budaya-budaya kaum tertentu...tapi aku bercakap pasal raw material macam jenis sayur atau ulam-ulaman atau buah-buahan...so hari ni aku nak kongsi kat korang benda yang pernah aku makan dan mungkin ada antara korang yang pernah jumpa kot..orait??meh kita tengok....

buah kemang/binjai
  1. ye korang...benda ni ada tempat panggil kemang..dan ada tempat panggil binjai..kat sesetengah tempat, dua-dua jenis ni dipanggil dengan panggilan yang sama...iaitu binjai...tapi bagi kitorang kat Muor, ada perbezaan antara kemang dengan binjai....kalo buah ni masam, kita panggil dia kemang...tapi kalo manis, binjai...cara makan dia?hmmm...kalo aku, lagi prefer colet jek kot makan dengan nasik...kena lak kalo ada sambal ketuk..perggh...tak hengat bai...
    daun turi

  2. yang ni pulak daun turi..kalo nak dikirakan, ni ialah salah satu makanan faveret aku...nak-nak kalo masak lemak keledek..serius tak teringat orang la kalo makan...ada sesetengah orang tak suka makan daun turi ni sebab pahit...tapi, pada aku kepahitan dia tu macam kena jek dengan tekak...takdela rasa terkejut macam makan ubat periuk...
    buah sentul

  3. yang ni pulak namanya buah sentul...aku taktau nak kategorikan buah sentul ni lebih pada buah duku ke atau buah manggis..tapi tak kisahla...rasa dia yang masam-masam manis tu tak pernah aku lupa walaupun pokok sentul kat rumah atok aku dah mati terkena racun...lagipun buah sentul ni memang mengimbau kenangan...sebab masa kecik-kecik dulu, disebabkan tangan tak kuat, nak bukak kulit dia yang tebal tu, kitorang lempor buah tu kat pokok macam main baseball...lepas tu dapat la rasa buah dia...

    buah cermai

  4. buah ni lak ialah buah cermai....aku ingat lagi masa kecik-kecik, aku cukup tak suka buah ni sebab masam nak mampos...tapi aku suka kije-kije memetik buah ni dan tolong atok aku buat buah ni jadik jeruk....pastu bagi kat orang...memang rasa seronok gila..ada jugak yang makan buah ni lat-lat jek...tapi asal aku tengok orang makan buah cermai ni, sampai ni jam aku rasa ngilu geraham dowh...tak masam ke??

  5. ni pulak ialah buah ciku...sape yang tak kenal ye tak??tapi ada jugak golongan-golongan yang taktau..aku teringat raya dua tahun lepas..ada sepupu aku yang memang terkenal dengan kebandorannya...datang rumah aku...dan ternampak pokok ciku depan rumah aku...kena pulak masa tu buah tengah melacak-lacak banyak...tetiba dengan penuh terernya sepupu aku ni tercakap dengan penuh yakinnya dengan mak dia..."Umi...banyaknya buah kiwi rumah mektam ni..."...aku secara tetiba tertepuk kepala...orang-orang lain lak dah berpusu-pusu ke bilik air dah sebab tak tahan nak terkencing tergelak dengor ayat tu...jadik, bagi korang yang tak tau, ni ialah buah ciku yek..bezanya dengan buah kiwi, isinya kaler gula perang...rasanya pun manis menusuk kalbu...tak macam buah kiwi yang tawor-tawor masam tu...
aku rasa cukupla aku kenalkan beberapa tumbuhan yang aku rasa selalu buat orang terkompius atau taktau kalo aku bercerita...kalo ada apa-apa lagi aku nak tambah, nanti-nanti la aku kumpul dan cerita lagi ek....

p/s: dah siap entri ni, tetiba terpikir nak cerita pasal jenis-jenis pokok yang biasanya orang-orang dulu buat potion...bukan setakat cerita tongkat ali atau kacip fatimah jek ek...
 

Friday, July 15, 2011

Apakah persediaan sebenor nak puasa ni?

Alkisah

macam yang kita semua tau...beberapa minggu lagi kita akan menyambut ketibaan bulan puasa betul tak?? dan aku pun dah bersedia nak kumpul cerita-cerita mengarut bulan puasa nanti...tak kisahla sama ada yang aku nak tulis kat sini ataupun kat HHD...tak kisahla cerita tu pasal bulan puasa ke ataupun cerita yang boleh buat korang terbatal puasa...tapi sebelum sampai bulan yang orang kata penuh berkat tu, aku nak kongsi kat korang persediaan-persediaan yang kita kena ada nak menempuh sebulan bulan puasa nanti...entri ni tak tertakluk pada jantan-jantan jek ek...umum punya....

  1. bagi korang yang ada terskip bulan puasa tahun lepas, sila pastikan betul-betul yang korang dah ganti habis dah puasa korang....tak elok main tangguh-tangguh bayor hutang puasa....lagipun kita tinggal beberapa minggu jek nak puasa ni...betul tak??
  2. bagi korang-korang yang bercadang taknak puasa, korang kena buat persediaan pada bulan ni untuk riki mana-mana kedai yang bukak dan keadaan kelilingnya clear...jangan dilupa yang korang kena jugak carik port yang clear untuk korang melantak supaya tak kantoi...nanti tak memasal korang dapat pakej naik kereta mayat secara beramai-ramai...
  3. korang-korang jugak kena pastikan yang bajet korang untuk makan bulan depan double dari bulan-bulan lain....sebab sepanjang yang aku perhatikan, bajet kebanyakan orang untuk bulan puasa walaupun kita tak makan pada waktu siang, tapi kita punya melantak masa berbuka tu mengalahkan orang yang tak jumpa makanan seminggu....
  4. bagi perokok-perokok, ni ialah opportunity untuk korang berhenti...kamonla bro...kalo bulan puasa boleh try berhenti sebulan, takkan tak boleh nak cuba extend lagi supaya jadik berhenti terus kan??ceh...pandai aku cakap....tapi aku dah letak goal tu dah..tu yang tak sabor tu...

     
  5. bagi student-student yang rajin pokai duit tiap-tiap bulan cam aku, sekarang ialah masa yang sesuai untuk riki setiap masjid dan surau kat keliling...masa ni la kita nak mendekatkan diri dengan masjid dan menjimatkan duit pergi moreh kat tempat-tempat yang berlainan kan??
  6. bagi pengumpul 3gp, korang dah boleh bersiap sedia nak compressed koleksi-koleksi korang supaya korang takdela secara tak sengaja terbatal puasa atau tak tertakboleh puasa pada esok harinya....dan jugak sebagai langkah berjaga-jaga supaya korang tak terbuat benda-benda bangang macam apa yang aku pernah share pasal Meon kat entri bulan puasa aku tahun lepas....
  7. bagi korang-korang yang aku taktau nak kategorikan, masa ni la nak gempur kedai-kedai buku ugama supaya dapat beli kitab-kitab dan buku-buku ugama yang mengandungi niat puasa, niat sembahyang terawih dan sebagainya....sebab cam takde function jek la korang berlapor tapi tak niat...kan??
  8. bagi kaki maki dan mencarut, dalam masa beberapa minggu ni, pastikan korang mencarut sepuas-puasnya...pastikan jangan sampai perkataan biasa mengganggu flow carutan secara terus-menerus korang tu...sebab bila dah bulan puasa nanti, tak elok mencarut-carut...takut terkurang pulak pahala nanti...
  9. bagi kaki-kaki mengumpat sedunia, sekarang masanya korang nak kena beli dua tiga set buku nota....nota-nota tersebut digunakan untuk korang catit semua cerita-cerita hot sepanjang bulan puasa nanti...so adala modal korang nak bercerita lepas habis bulan puasa nanti...
  10. dan persediaan yang paling penting ialah, sekaranglah masanya korang nak adjust ariel TV ataupun bayor bil astro korang....supaya reception TV tu jadik lebih clear...so takdela korang terlepas pengumuman tarikh mula puasa dan jugak masa-masa untuk berbuka nanti....kan?
cukupla banyak tu...nak cerita bebanyak, kita tunggu bulan puasa nanti...sebab apa yang aku perasan, bila aku kurang makan, flow aku untuk menulis tu jadik makin panjang...so tak mustahil masa bulan puasa nanti aku ada banyak idea nak tulis panjang-panjang...ek...

p/s: aku terfikir...sape la yang duk umumkan tarikh mula puasa tahun ni...Pak Syed dah takde....harap jangan dia bubuh muka Najib lak yang umum dahla....

Wednesday, July 13, 2011

Apa pendapat korang pasal video ni??

Alkisah

Hari ni aku nak tengok apa yang korang fikir pasal video ni...lagipun aku takde mood nak menulis sangat ni....berita pun duk tak habis-habis lagi pasal Bersih 2.0 tu....stok berita seminggula jawabnya kan??


aku share video ni sebab aku dah dapat hafal chord lagu dia...hahaha...

p/s: kan aku cakap Tenacious D memang best....korang taknak layan...haaha....

Sunday, July 10, 2011

Tag yang sesuai untuk kempen anti rokok

Alkisah

Semenjak aku balik ke Melaka ni, aku tengok kerajaan negeri Melaka ni giat buat kempen anti rokok ni....betul-betul bersungguh-sungguh diorang ni...tapi aku rasa macam ada yang kurang....sebab still gak kalo jalan mana-mana aku nampak orang bersepah-sepah menghisap rokok dengan bangganya....jadik, untuk pihak-pihak yang berkenaan, penggunaan tag ayat "Say NO to cigarettes" macam dah terlampau lama....so aku dah fikirkan beberapa tagline yang aku rasa sesuai untuk digunakan untuk kempen anti merokok yang berikutnya...macam aku selalu cakap la....kita perlukan kempen yang kreatif...so aku cadangkan beberapa tagline yang menarik minat orang nak baca dan ikut.....

  1. Kissing a smoker is just like licking an ash tray....
  2. a cigarette a day can keep your life away...
  3. Smokers stand in the same line as homos...they love doing sucking and blow jobs....
  4. Cigarettes are known as fags in Britain...so one who smokes cigarettes can be call as fagot...
  5. Please send all smokers into ISA...cause they all send secret messages by smokes...
  6. Please smokers..smokes more...so you'll die faster...
  7. Cigarettes - shortcuts to grave...
cukupla ek...tetiba lak aku blank sebab macam terkena diri-sendiri...hahaha...tapi apa-apa pun, untuk semua smokers kat luor sana, mehla kita beramai-ramai berhenti...sebab antara cukai yang tertinggi kat Malaysia ni ialah rokok...kita pun taknak kayakan Najib dengan beli rokok bebanyak kan??laalalala....

p/s: korang pernah cium tak bau air rendaman rokok selama seminggu...bapak paing baru dia....hahahaha....

Tuesday, July 5, 2011

Perkara yang buatkan kita serupa

Alkisah

Makin lama aku tengok berita, aku dah naik jelak dah...sebab dah makin banyak perpecahan orang nak tunjuk...even semua orang nak tunjuk pendapat masing-masing...ada yang pakai baju kuning nak tunjuk BERSIH...ada yang pakai baju merah nak tunjuk PATRIOT....ada yang pakai baju warna warni nak tunjuk BADUT dan ada jugak yang pakai baju putih nak tunjuk ALIM...tak kurang jugak yang pakai baju hitam nak tunjuk GOTHIC...so, arini aku nak cerita pasal benda yang menunjukkan tak kira apa baju kita pakai, kita tetap berkongsi benda yang sama....dari kita berpecah pada macam-macam puak....orait??

  1. pernah tak korang naik bas atau train yang parking sebelah-sebelah...then salah satu antara dua tu bergerak, kita taktau yang mana satu yang bergerak sebenornya??yang kita naik ke atau yang sebelah...
  2. korang pernah naik bot?? bila korang naik bot kat laut yang ombak boleh tahan kuat, kita rasa macam bergoncang-goncang melayang-layang kan???dan serius bila korang jejak kaki kat atas darat, korang rasa macam korang still lagi tertinggal kat atas laut tu..bergoncang-goncang melayang-layang macam kat atas bot tadi....
  3. korang pernah rasa tak yang satu hari ni macam hari khamis walaupun hari ni hari rabu...dan serius korang yakin ari tu ialah hari khamis...then yang peliknya, esoknya korang jadik normal balik??
  4. korang pernah tak berdiri atas bangunan yang gila tinggi, dan bila korang tengok bawah, korang rasa macam tanah makin lama makin dekat kat muka korang??
  5. korang pernah tak kena...masa korang tengah makan makanan yang sangat sedap, pastu bila tetiba salah sorang dari korang sebut muntah jek, korang terasa macam ada muntah kat dalam makanan korang tu??
  6. korang pernah tak naik keta yang dipandu agak laju, pastu bila keta tu terlanggor bendul, korang rasa macam roh korang tertinggal kejap kat atas?
  7. korang perasan tak setiap benda yang keluor dari lubang jebor kita, tak kira la korang makan nasib briyani tiap-tiap hari ke, makan nasik lauk telur jek ke, kita panggil sebagai taik??takde pulak orang panggil benda tu sebagai najis murahan dan najis mahalan....kan?
  8. korang pernah tak tertido siang yang agak lama, then bila korang terbangun, korang ingatkan dah masuk hari yang baru??mesti nak tengok handset nak confirmkan tarikh dulu...
  9. korang pernah tak pergi kat satu tempat kat rumah korang....lepas tu korang tak ingat apa yang korang nak buat kat situ??
  10. korang pernah tak jalan naik atau turun tangga dalam gelap...lepas tu korang serius ingat ada satu lagi step, then korang terhentak kaki korang kuat-kuat??
aku rasa cukup la banyak tu aku share kan benda yang aku rasa kebanyakan kita buat dan tak perasan....dan tu jugak membuktikan yang kita ni manusia yang sama jek sebenornya...takde nak bezakan bangsa, agama, dan jugak fahaman politik....jadik, meh kita pandang persamaan kita daripada kita duk pikirkan perbezaan...barula takde kes bongok-bongok yang ada kat media ni asyik jadik jek...kan??

p/s: sikit-sikit nak gaduh....macam budak-budak...ntah apa ntah...kang aku cakap lebih-lebih, semua nak buat report polis....

Saturday, July 2, 2011

PANAS!!! Lagi perhimpunan tanpa permit....

Alkisah

Tak habis lagi ek pasal Bersih yang orang duk bising-bising skang ni...ramai orang kata aku ni tak pedulik langsung pasal isu semasa...aku ambik tau....dan aku dah bongkarkan dah siapa dalang disebalik perhimpunan Bersih ni kat sini selepas aku buat penelitian yang teliti dan khusus...dan kalo korang rasa nak tau, korang pergila baca kat situ...kat sini lak aku nak listkan lagi beberapa perhimpunan yang dilakukan tanpa permit kat Malaysia ni...kalo korang nak report, korang reportla...siap ada ceramah lagi bagai..complete...so meh kita tengok....

  1. perhimpunan yang pertama ni aku nak bongkarkan, diorang buat setiap hari Isnin....kat sekolah-sekolah tiap-tiap pagi....beramai-ramai diorang buat perhimpunan tu dengan hadirin memakai baju putih dan berseluor atau berkain biru dan diawasi oleh penguasa yang ada sesetengah tempat berbaju biru dan ada sesetengah tempat berkaler lain...pemimpinnya akan bagi ucapan yang agak lama selepas nyanyian lagu negaraku, nyanyian lagu negeri dan bacaan doa...siap dengan nyanyian lagu perhimpunan lagi....
  2. ni pulak dilakukan setiap hari jumaat...tepat lepas azan zohor....ramai-ramai ahli perhimpunan berhimpun kat kawasan masjid-masjid dan kebanyakannya lelaki tak kira usia...ahlinya pun tak kurang dari 40 orang yang datang setiap hari....duk mendengor ceramah dan diikuti sembahyang dua rakaat dan diikuti bacaan doa..walaupun ramai yang dah cabut balik masa baca doa tu....mungkin berjaga-jaga supaya tak kena rush....
  3. yang ni pulak pada setiap ahad...berbeza dengan yang nombol dua tadi, diorang berkumpul kat gereja-gereja dan mendengor ceramah yang disampaikan....aku taktau nak hurai yang ni lebih lanjut sebab aku tak dibenorkan nak jejak kaki kat dalam tu pun...nanti orang pandang slack lak kat aku....
  4. yang ni pulak biasanya dibuat pada hari cuti sekolah....tempatnya pelbagai..tapi kebanyakannya buat kat hotel-hotel dan dewan-dewan dah skang...diorang bukan jek buat ceramah, ada jugak yang siap buat pertunjukan macam-macam...termasuk imitation Sultan dan Sultanah diatas takhta....perhimpunan ni betul-betul menguji jati diri orang melayu....sampaikan raja kita pun tak selamat dah...
  5. ni satu lagi...jangankan kata perhimpunan jek...siap buat perarakan...dengan sepanduk, pancaragam, lori mayat, naga dan perarakan orang ramai berbaju gelap...berarak sepanjang-panjang perjalanan dengan tiupan lagu-lagu sedih sampai ke tanah perkuburan....
ada yang butthurt ke??haha...mintak mahap....aku rasa kemenggelabahan orang-orang pasal satu perhimpunan tu buat aku rasa macam nak gelak kaw kaw...kalo takde orang yang layan, takkan jadik pun...tak pun, ikut jek la saranan aku macam kat HHD tu...kan??

p/s: dari aku join perhimpunan bukan-bukan tu, baik aku pergi mengorat awek...lagi banyak pekdahnya....