Saturday, May 28, 2011

Cerita Klasik

Alkisah

hari ni mood aku nak bercerita klasik...sebab aku nak cerita pasal penyanyi-penyanyi klasik pujaan aku....kalo nak dikirakan, panjang list dia..sebab semua orang setuju penyanyi klasik, nak-nak yang rajin nyanyikan lagu asli memang terbaik....jadik, aku nak kongsikan kat korang penyanyi klasik yang aku minat....dan untuk entri kali ni, aku bagi korang dengor sekali lagu-lagu yang diorang nyanyikan....bukan apa..selain dapat info, kita dapat gak layan ketenangan jiwa dengor lagu cenggini kan..asyik layan lagu rock jek pun, rosak gak mental aku....so jom..kita bermula dengan penyanyi lelaki dulu ek....

  1. R.Ismail - R.Ismail ni adalah sorang penyanyi berasal dari Singapura...aku taknak cerita pasal biodata dia panjang-panjang....just nak cerita pasal kelebihan dia...suara dia yang mendayu-dayu menyanyikan lagu melayu memang meruntun jiwa...even kalo kepala tengah berserabut dengor lagu nyanyian dia, sure boleh lentok jiwa...antara lagu yang popular dia nyanyikan ialah lagu Gurindam Jiwa(duet dengan Rafeah Buang), Nasib Malang, Gunung Banang dan Embun Menitik...

    R Ismail - Nasib malang(Jula Juli bintang tujuh)
  2. Ahmad Jais - Sape yang tak kenal dengan Ahmad Jais kan??Penyanyi dari Singapura ni memang ada suara yang unik dan sesapa yang dengor suara dia mesti hanyut...lagipun, kebolehan Ahmad Jais ni bawak lagu yang bernada yang gila tinggi memang tak dapat dinafikan...antara lagu yang orang ingat nyanyian Ahmad Jais ni ialah lagu Budi setahun segunung intan(duet bersama Kartina Dahari), gelisah, Kucupan Azimat, Menanti di ambang syurga, Di ambang sore dan jugak Umpan jinak di air tenang...

    Ahmad Jais - menanti diambang syurga
  3. P.Ramlee - Sape yang tak kenal P.Ramlee ye tak?? artis lagenda Malaysia yang banyak bawak suntingan lagu jazz dan moden dalam muzik dia...artis kelahiran Pulau Pinang ni walaupun tak mempunyai suara yang high pitch, tapi tak ramai penyanyi yang boleh capai low note dia...memang seriously susah....sebab kita nak nyanyi dalam low note dan tak sumbang...antara lagu popular, hmmm...lebih ramai yang tau...takyah aku nak listkan...tapi aku letak lagu berentak asli yang aku rasa semua orang tau...lagu nak dara rindu...ok?

    P.Ramlee - nak dara rindu
  4. A.Ramlie - Penyanyi berasal dari Singapura gak...A.Ramlie ni terkenal masa popularnya zaman Pop Yeh Yeh...kalo ikut kata bapak aku, dalam banyak-banyak penyanyi, kalo A.Ramlie ni menyanyi live, orang boleh pitam dengor suara dia sebab lunaknya tu...well...memang penyanyi yang gifted...antara lagu dia yang popular ialah Hidup bersama, Oh Fatimah(rakaman semula selepas dinyanyikan oleh M.Osman, bapak kepada pengarah Aziz M.Osman),Lambaian Desa...apa lagi ek...korang dengor jek la lagu yang aku share tu...

    A.Ramlie - Dendang anak tani
  5. Sudirman - well...tak cukup list kalo aku tak letakkan nama Sudirman kan??Penyanyi yang berasal dari Temerloh, Pahang ni memang ada suara yang unik dan penjiwaan lagu yang superb...sebab tu dia pernah jadik fenomena kat Malaysia masa tahun 80an dulu...lagu popular dia??well...semua orang tau kan lagu Sudirman...tapi yang aku nak share ialah lagu dia yang agak jarang ada kat radio...boleh??

    Sudirman - pesan abang
yang ni lak list untuk penyanyi perempuan:

  1. Rafeah Buang - Lagi penyanyi dari Singapura...artis pompuan yang ada suara yang cukup feminin dan meruntun jiwa...serius...antara lagu dia yang still orang ingat sekarang ialah lagu Gurindam Jiwa, Selasih ku sayang(duet Ahmad Jais), Udang sama udang,penawar rindu, apa lagi ek...banyak sebenornya nak list...tapi aku kongsi kat korang lagu ni la...

    Rafeah Buang(duet bersama Ahmad Jais) - Selasihku sayang
  2. Rosiah Chik - aku rasa aku pernah cerita dulu pasal Rosiah Chik ni...penyanyi berentak zapin dan ghazal yang berasal dari Kota Tinggi, Johor..dia telah mula menyanyi pada seawal usia 14tahun...pastu ada gak berlakon dalam drama-drama klasik..tapi apa-apa pun, suara nyanyian Rosiah Chik memang takde tandingan...antara lagu yang popular ialah lagu Jalak Lenteng, Nyanyian Tanjung Sepi(Duet dengan Khadijah Ibrahim), Hantaran Hati(duet dengan Bob), Kuala Dua, dan Sri Tambak..tapi aku nak kongsikan lagu yang aku pernah kongsi kat sini dulu...

    Rosiah Chik - Zapin Senandung Dua
  3. Saloma - Siapa tak kenal Saloma kan??penyanyi yang berasal dari Singapura ni aku anggap macam P.Ramlee versi perempuan...kenapa aku kata cenggitu??sebab Saloma pun sama dengan P.Ramlee...bukan penyanyi yang menyanyi dengan nada tinggi tapi key rendah dia memang sangat susah orang perempuan nak capai...kalo diikutkan, banyak lagu Saloma yang sedap-sedap dicipta oleh P.Ramlee...aku pun takyah nak list sebab banyak...tapi aku nak kongsikan lagu yang jugak jarang keluor kat radio...aku rasa last aku dengor lagu ni masa aku kecik kot....kalo ada pun kat Klasik Nasional...

    Saloma - Jari-jariku sakit semua
  4. Normadiah - Ramai yang kenal Normadiah ni sebagai pelakon "Tuan Tanah Kedaung" dalam filem Bujang Lapok kan??tapi tak ramai yang tau Normadiah atau nama asal sebelum dia memeluk Islam Edith Sumampouw, yang berasal dari Sulawesi Utara, Indonesia, mak kepada penyanyi 80an Azlina Aziz dan Liza Aziz ni sorang penyanyi gak...antara lagu yang pernah dinyanyikan ialah Bulan dan juga angin, Kumbang dengan bunga dan Mengapa riang ria...

    P.Ramlee dan Normadiah - Resam Manusia
  5. Kamariah Noor - Atau lebih dikenali sebagai Kamariah Dolmat...merupakan kakak kepada penggesek biola ternama Hamzah Dolmat....berasal dari Singapura(kalo tak salah aku) dan bukanlah penyanyi yang popular bagi orang-orang sekarang...tapi ramai yang rajin dengor lagu dia tapi taktau siapa penyanyinya kan??meh aku kongsi salah satu lagu nyanyian Kamariah Noor ni...mana tau korang tetiba jek rasa macam..."laaa....dia ke nyanyi?"...hehe...

    Kamariah Noor - Perigi Biru
so, aku rasa cukupla entri panjang lebor aku pasal penyanyi-penyanyi yang aku rasa terbaik dan bolehla jugak dianggap klasik ek....kalo ada lagi yang korang nak tambah atau nak tanya, silakan la....aku pun bukan tau banyak...just minat nak tau pasal muzik ni...nak-nak pasal benda-benda yang bersifat kemelayuan ni...ahaks..

p/s: eh??kenapa aku tak masukkan Siti Nurhaliza dengan Syarifah Aini?? hmmmm...walaupun dua-dua ni penyanyi yang baik, tapi aku rasa diorang still takleh celen semua artis yang ada kat atas tu..walaupun diorang kebanyakannya takde pangkat Dato' kat depan nama....kan??

    Wednesday, May 25, 2011

    Apa yang buat orang Muor bangga dengan Muor....

    Alkisah

    hari ni aku nak cerita kat korang apsal orang-orang Johor dari Muor ni sifat kedaerahan diorang lebih pekat dari daerah-daerah lain....even kengkadang sampai sekarang ni walaupun kerajaan dah pecahkan Muor jadik dua bahagian iaitu Muor dan Ledang, tapi orang-orang lama kat kawasan Ledang tetap mengaku diorang orang Muor(aku pun ngaku aku orang Muor...adakah aku orang lama??hehe)...dan untuk Ainzoo dan brader Muor76, kalo ada yang aku tersilap atau tertinggal, tolong tambah ek....



    1. dalam banyak-banyak daerah kat Johor, sepanjang memori aku, just Muor jek yang ada bendera sendirik...kalo ikut pemerhatian aku, mungkin sebab masa perselisihan diraja dulu, Muor pernah dijadikan kerajaan sendiri dibawah pemerintahan Sultan Ali...tapi tu yang aku pernah terbaca la...yang betulnya aku taktau...meh kita tengok bendera daerah Muor ni ek... aku dah check tadi...kat Johor ada 6 bendera yang digunakan...Bendera Orang Besor Daerah Muor, Bendera Orang Besor Daerah Batu Pahat, Bendera Orang Besor Daerah Segamat, Bendera Dato' Menteri Besor, Bendera Pemangku Raja dan jugak Bendera Negeri Johor tu sendirik...
      bendera Orang Besor Daerah Muor

    2. masa zaman dulu-dulu, sebelum adanya jambatan Sultan Ismail yang memang dah uzur tu, penduduk Muor menggunakan feri untuk lintas Sungai Muor yang lebor tu....aku sendirik taktau berapa rate harga feri tu...sebab aku pun dengor cerita dari mak, bapak dengan atok aku jek....jangan ingat Penang jek yang special ada feri....kitorang pun pernah ada gak...agak-agak sape yang tau cerita pasal feri ni ek...haaa.brader Muor...tolong tokok bro...hehe....

      Feri Muor tahun 1960an

    3. ni satu lagi keunikan Muor...sepanjang aku dari kecik, sampaila aku besor...aku dah dibiasakan dengan pemandangan pencakor langit....tapi yang mencakor langit ni bukannya bangunan...tapi aerial...aerial yang tinggi-tinggi ni dipasang sebab nak dapatkan siaran TV dari Singapore...tapi ni jam macam dah takde jek...sebab semua dah pakat-pakat pakai astro kan?? rugi betul...rindu aku kat pencakor langit-pencakor langit tu...

      Kan aku dah cakap...tinggi dowh aerial diorang...

    4. Muor gak ada Sistem Keretapi sendiri dulu...dibina beberapa tahun lepas keretapi pertama kat Tanah Melayu (Taiping -Port Weld) iaitu Muar State Railways yang wujud masa tahun 1889 sampai 1925...Keretapi ni menghubungkan Jalan Sulaiman sampai ke Sungai Pulai...ada gak plan diorang nak tambah perjalanan tu sampai ke Batu Pahat...tapi terhalang sebab masalah geografi dan masalah ekonomi...disebabkan banyak masalah dan pembukaan jalan-jalan raya, sistem keretapi ni pun diberhentikan....dia punya kesan landasan dia pun dah takde dan digantikan dengan Jalan Temenggong Ahmad...apa yang tinggal just kepala lokomotif yang diorang bubuh kat Tanjong Emas jek..tu jek la bukti yang tinggal Muor pernah ada Stesen Keretapi sendirik...
      MSR masa zaman beroperasi
      MSR yang tinggal sekarang kat Tanjong Emas

    5. Antara benda yang agak popular kat Muor ialah makanan....yep kitorang memang gila dengan makanan...haha....banyak sebenornya makanan dari Muor tapi aku taknak cerita panjang...sebab korang lagi arif dari aku kan??(aku taknak bubuh gambor..nanti aku kecur lak....korang carik la sendirik ek...mee bandung Muor, Rojak Petis Muor, Kopi 434, apa lagi ek....time-time ni lak aku tak ingat..haha)
    6. Ni pun salah satu landmark gak....dari aku kecik sampaila aku besor....aku selalu terpandang bendalah ni setiap kali turun Jambatan Sultan Ismail on the way nak menghala ke rumah Atok aku kat Parit Sakai...bendalah tu ialah Replika Durian yang besor....aku pun tak tau apa motif dia bubuh replika durian tu...kalo kat Ipoh, ada replika Labu Sayong, aku taula Labu sayong tu diorang punya trademark...tapi durian??mungkin sebab durian kat Muor ni dari dulu popular kot...sampai ada yang jual selonggok RM1...ni jam kalo tak silap aku replika durian ni dah kena pindah kat Tanjong Emas kalo tak silap aku....
      replika durian yang dah dialih ke Tanjong Emas
    aku rasa cukup parat tu kot aku bercerita pasal Muor...ada jek lagi kalo nak dikongsikan tapi disebabkan line yang maha hebat lajunya masa aku update ni, so aku tak boleh nak kongsi lebih lagi....owh...sebelum terlupa...ada satu lagi kelebihan Muor yang terjadik dua tiga tahun ni....nak tau apa??kalo korang jejak kaki kat Muor ni jam, korang akan rasa macam korang kat luor negara....toleh kiri, bangla, kanan, indon, tengok depan, Vietnam, sebelah sana Myanmar...nak jumpa muka orang Malaysia sikit punya susah....apa sudah jadik kat Bumi Kelahiran aku ni taktau la ek....

    p/s: nampak nowh aku rindu nak balik Muor...haha....eh??ada satu lagi la benda yang ada kat Muor tapi takde kat tempat lain....Muor ada Namewee....haha...kalo ko tak kenal sape dia, pegi google...lalala~

    Friday, May 20, 2011

    Kenapa aku tak terpikir nak jawab cenggini ek....

    Alkisah

    Dalam aku sibuk menahan migrain aku semenjak beberapa hari lepas, aku duk terpikir beberapa perkara....kenapa ek aku tak pernah terpikir kalo orang tanya aku soalan-soalan yang boleh dikirakan cenggini dalam keadaan formal atau tak formal, aku tak bagi jawapan yang bernada selamba....nak contoh ke??nanti aku terangkan kat dalam pointform..cuba korang bayangkan kalo soalan-soalan tu semua dijawab dengan jawapan aku ni...apa akan jadik ek...

    1. Pemanggil: Hello, boleh saya bercakap dengan En. Ahmad Mustafa bin Mansor??
      Aku: Waalaikumsalam....tak...
    2. Meon : apa pandangan ko tentang senario politik negara kita??
      Aku: Senario dah ketinggalan zaman...skang ni kita tengok maharaja lawak kan??
    3. Meon: Long, ko rasa berapa modal yang diperlukan nak kaya?
      Aku : RM 1.60 kot....
      Meon: ha? terangkan...
      Aku : Ko pegila mana-mana kedai runcit...adala bekalan kaya tu..
    4. Meon: Long, kalo aku ada sejuta, apa cara paling cepat aku nak habiskan duit tu tanpa kena kejor dengan income tax?
      Aku : Bagi jek aku...
    5. Meon : Long, apa tips paling mudah nak berhenti hisap rokok?
      Aku : Takyahla hisap rokok...kan dah berhenti tu...
    6. Meon : Long, apa makanan yang paling murah sekali dalam dunia ni??
      Aku : makanan free...
    7. Meon : Apa ayat mengorat yang paling power dan boleh sampaikan maksud secara one shot?
      Aku : ko nak dalam bahasa apa?
      Meon : bahasa omptuih la...nampak terer sikit...
      Aku: ailebiu...
    8. Meon : Long, apa pandangan ko pasal serbanitas?
      Aku : ko maksudkan benggali ke sikh?
    9. Meon : Long, nape ko tak buang loghat Muor pekat ko tu?
      Aku : aku dah buang dowh...tapi dia terkeluor sendirik...aku pun taktau apsal....
    10. Meon : Long, bila ko nak kawen?
      Aku : bila sampai jodoh...
    dah...cukupla tu...tu semua jawapan bagi soalan yang sebenornya dah ramai dah tanya aku....kengkadang penat nak jawab....tapi bila jawab cenggini rasa cam lagi seronok kan??hehe...korang ada idea tak soalan yang kengkadang annoying dan terpikir nak jawab cemana...mehla kongsi...mana tau idea korang lagi best...

    p/s: Awak sape nama?? ooo... Ahmad... mau pegi mana?? ooo... chemor.... awak tak boleh cakap ka???

    Sunday, May 15, 2011

    Apa yang buat blogger tak dapat update blog dan cemana nak atasi?

    Alkisah

    arini aku terasa macam nak buat entri yang bernada biasa cenggini jek la....sebab terganggu beberapa hari ni....nak-nak dengan masalah blogger.com yang asyik muncul time aku nak update blog...terus hilang semua idea mencurah-curah aku nak update kat sini kan??okeh takpe....jadik, disebabkan tu, aku duk terpikir selain dari masalah tu, apa lagi masalah yang selalu mengganggu blogger dari update blog..orait???jom kita tengok satu-satu....

    1. Kekangan masa - macam kita semua tau...tak semua blogger ni blogger sepenuh masa...ada sesetengahnya student macam aku yang ada period kitorang ada masa yang banyak tapi ada period takde masa langsung....ada gak pekerja sepenuh masa yang kengkadang dapat curik 15minit untuk update dan terpaksa curi-curi masa untuk update...jadik, cemana kita nak handle masalah kekangan masa ni sambil mengelakkan trafik kita jatuh??ada caranya....sepanjang masa yang korang sibuk, korang just perlu list downkan tajuk apa yang korang nak cerita dan sertakan sekali poin-poinnya dan catat kat mana-mana....dan bila ada masa, korang update semua benda yang korang dah catat tu...buat le entri banyak-banyak dan schedulekan pada masa yang berlainan....so, korang akan kelihatan macam baru jek update...padahal masa tu korang tengah memberikan sepenuh perhatian pada tugasan....tak gitu??
    2. Mati akal - ataupun kita panggil sebagai writer's block...benda ni bukan jek terkena pada penulis blog, tapi pada penulis lirik, pencipta lagu, novelist-novelist terkenal...memang benda ni selalu terjadik bila kita terlampau berfikir pasal benda yang kita nak buat..macam kes ni, kita terlampau berfikir nak update blog sampai kita taktau nak tulis apa...yeah...that's happening to me always...cemana nak setelkan ni??simple...take a nice shower, keluor jalan-jalan....tak pun duduk dan minum secawan kopi atau teh...sambil chill dengor-dengor lagu...tu jek..sebab kebiasaannya writer's block ni datang bila kita overstressed....so, amik sikit masa untuk chill....takyah rush-rush....blog tu korang yang punya....okeh??
    3. Jiwa kacau -  benda ni merangkumi terlampau marah, terflash back ingat bekas endut, sedih yang teramat...seriously benda ni memang mengganggu frekuensi pemikiran dan mood korang nak update blog....so cemana nak atasi??relax dan lupakan dulu pasal benda-benda yang buat korang jiwa kacau tu...sebab mood yang baik membantu kita menjiwai penulisan kita...so takdela entri korang pun jadik entri separuh hati....barula ada feeling kejujuran dalam setiap entri korang...tu yang buatkan sesebuah entri tu seronok dibaca...tak gitu??
    4. Malas - ni memang penyakit terbesor bagi sorang blogger..aku rasa bukan korang jek...kengkadang aku pun sama...nak-nak kat draft ni takde letak gambor-gambor menarik...tak pun takde interactive media yang buat kita rasa macam nak tulis hari-hari...just some plain design macam email...kan??jadik cemana nak atasi masalah malas ni??kalo ada solution mudah, lama dah aku buat...sebab cara yang paling tepat nak hilangkan rasa malas ialah dengan rajin-rajinkan diri....cuba carik benda yang boleh naikkan semangat korang nak update....macam apa reaksi yang bakal korang terima dari pembaca...tak pun berapa banyak duit nuffnang yang korang bakal dapat(yang macam mimpi kalo naik tiap-tiap entri), tak pun apa retailing yang mungkin korang dapat dari blogger lain kalo entri korang tu betul-betul dapat tarik perhatian pembaca korang...kan??
    5. Masalah teknikal - ni terjadik beberapa hari lepas....macam tetiba blogger.com ada masalah sampai kebanyakan komen ikhlas dari pengomen aku hilang, selain masalah tu macam terlupa bayor bile broadband sampai takleh update, pastu ada gak masalah macam tetiba karen takde, tak pun tetiba lak time-time tu la laptop nak rosak....jadik nak atasinya cemana??get a f***ing alternative...haha...kalo masalah macam ni, masa korang ada idea, just perlu buat satu entri kat mana-mana...kat Microsoft Words ke, kat atas kertas ke...pastu korang just perlu salin jek balik entri tu sebijik-sebijik....jangan jadik macam aku...sampai tiga empat ketul idea aku terhilang cenggitu jek sebab tak catat masa blogger.com ada problem aritu...
    aku rasa cukupla aku cerita banyak tu...nak tulis panjang-panjang ni, mood nak update GB ni macam kejap ada kejap takde....rasanya emosi lebih pada nak update HHD jek....hehe....apa-apa pun, kalo kita memang betul-betul dedicated kat blog kita, takde benda yang boleh jadik kekangan kita nak update...kita mesti nak carik penyelesaian dia....waima kena jadik blogger noob balik dan duduk kat platform lain....betul tak??

    p/s: korang setuju tak dengan apa yang aku cadang ni??korang ada benda lain tak yang rasa-rasanya mengganggu korang nak update blog??mana tau aku tertinggal ke apa ke...

    Wednesday, May 11, 2011

    Falsafah Along pasal kawen

    Alkisah

    dah lepas buat entri bernada panas beberapa ari lepas, so arini aku nak buat entri normal la pulak...berapi la nanti ek kalo asyik cerita pasal benda panas....lelama blog ni pun jadik HHD nanti...orait..meh masuk pada tajuk...semua orang percaya yang perkahwinan tu ialah rumahtangga...jadik, dalam rumah tu ada la benda yang penting...ada tiangnya iaitu hubungan sesama laki bini yang buatkan rumah tu kuat, ada pulak bumbung, yang buat rumah tu redup dan selesa iaitu sifat tanggungjawab...ada lak dindingnya yang melindung orang-orang kat dalam tu dari bahaya iaitu secrecy dan sifat saling percaya...ada jugak pemilik rumah tu iaitu sang laki yang bertanggungjawab menjaga segala hal dalam rumah tu termasuk la maintenance, refurnishing, upgrading dan bla bla bla...tapi untuk sesebuah rumah tu dikatakan baik dan bagus, kita kena tengok pada pintunya jugak...dan dari sebuah hadis yang pernah aku baca way way back before, pasal Nabi Ibrahim A.S. menegur Nabi Ismail pasal bini dia pun, dia menggunakan kiasan pintu...so, berdasarkan hadis tu, aku buat falsafah aku sendiri dalam memilih pintu(isteri) ni...boleh??

    1. kalo nak pilih pintu, janganla tengok pintu tu cantik jek terus angkat....apa guna kalo pintu tu cantik tapi dalamnya berasai...ketuk-ketuk lompang...sahlemat kalo emergency, kita terkasor sikit bukak pintu, maunya terkepak pintu tu...dah tak masal kita kena timpa pulak...
    2. dalam memilih pintu ni, memang penting kalo kita tengok kuat tak kuat...bagus tak materialnya...asal usul kayunya jugak kita kena perhati...so takdela baru dua tiga bulan pakai, dah berlobang-lobang...tapi tak guna gak kalo setakat pintu tu kuat...kenala ada rupanya jugak...cuba korang bayangkan...rumah dah macam mahligai impian dah...sekali pintu dia macam cheap sale pulak..tak ke dikata orang??apala salahnya kalo kita terdapat pintu yang tak berapa elok rupanya, kita ukirkan sikit...kita letakkan la perhiasan ke, kita varnish kan dia....bagi nampak sikit serinya...barula orang tak berkata...kita pun puas hati...kan??
    3. berbini banyak ni umpama pasang pintu dua tiga lapis....memangla ada bagusnya...perncurik tak dapat nak pecah masuk rumah....tapi, cuba dipikirkan....kije nak maintainance pintu-pintu tu jek dah tinggi...kita nak melepak-lepak dalam rumah pun kengkadang terpaksa makan masa lama...nak kena lepas satu-satu pintu dulu....pintu-pintu ni pun agak mustahil kalo nak diletakkan kat tempat yang sama..silap haribulan, berhentam satu sama lain...kan dah jadik kije kena tambah pulak cost nak kena buat tempat lain nak dibubuh pintu tambahan ni...jadik, setiala pada satu pintu jek untuk satu tempat masuk...lagi elokkan??
    4. jangan sesekali kita cuba nak pasang pintu haram a.k.a pintu rahsia...memangla seronok ada pintu rahsia...terasa macam batman...tapi cuba bayangkan, satu hari pintu rahsia ni buat hal...ntah tetiba terblok ke, pintu rahsia tu dah terbongkor dan tak jadik rahsia lagi, masa tu la kita terhegeh-hegeh nak guna pintu biasa...tengok-tengok rupanya kita terlupa lak cemana nak guna pintu biasa tu...entah kuncinya pun kita taktau mana kita simpan....kalo takde kuncinya, cemana kita nak buat pintu tu terbukak...nak-nak kalo kita sendiri tak pernah unlock pintu tu...ntah-ntah engselnya pun dah keras...tak gitu??
    5. jangan sesekali bagi izin orang lain membukak pintu rumah korang tu....bahananya nanti korang jek tau...dari rumah macam mahligai dah jadik macam tongkang pecah nanti bai....
    6. walaupun pintu ni penting untuk menjaga kebajikan isi rumah korang, tapi korang takleh bior diorang cenggitu jek...kena la bagi protection....pasangkan bumbung kat pintu supaya tak buruk kena hujan, jangan kasor-kasor dengan pintu ni...sampai nak terajang-terajang....besok-besok kalo dah kopak, korang jugak yang susah....kenala rajin touch up, bagi kan varnish, bersihkan semua, make up kan dengan kaler-kaler yang terbaru...barula pintu tu nampak sentiasa cantik dan tahan lama....ye tak??
    7. tak elok kalo selalu-selalu sangat tukor pintu...nanti kita terlupa mana satu kunci yang betul...silap hari bulan, tido kat luor nanti bai...dan jangan senang-senang nak buang pintu tu kalo ada masalah sikit...dahla membazir duit korang...korang gak yang rasa galat nanti...almaklumla, korang dah buang pintu tu sebab ada cacat sikit...sekali datang lak orang lain ambik, dia betulkan pintu tu sikit, repair sikit, buat touch up, terus jadik pintu tu gempak tak tertanding...tak gigit jari korang??hahaha...
    cukupla banyak tu...dan kalo korang perasan, aku sibuk duk sebut kunci...kunci...apa kuncinya bagi bini korang ni?? kuncinya ialah cara korang tackle perasaan diorang tu...so kalo dapat carik kunci yang tepat, pintu tu pun tak bagi masalah kat korang gak nanti kan??

    p/s: korang setuju tak aku samakan bini dengan pintu dalam rumah tangga ni??kang tak masal korang rage lak kang...hahaha..ada apa-apa nak tambah?silakan~

    Monday, May 9, 2011

    Budaya merosakkan agama...kondem yo yo an...

    Alkisah

    dah banyak rasanya entri kat HHD aku menghentam mentaliti kepala hotak Melayu Islam ni...bukan apa...aku menyirap tengok tahap kebongokan yang tak boleh blah..sebab aku rasa kengkadang pengharaman benda-benda yang tak sepatutnya ni memang tak masuk dek akal aku...serius...cuba korang tengok cam dulu, heboh pasal tarian poco-poco...beria-ia nak haramkan sebab mempunyai pergerakan ala-ala salib dan boleh menyongsangkan akidah fuck lu...serius dowh...macam palat rupanya tahap kebangangan...benda-benda yang konon-konon tersirat nak lak dia kondem haram sebab budaya kristian...meh aku bongkarkan benda yang kalo diikutkan mentaliti kepala hotak diorang ni sebagai budaya kristian dan agama lain tapi diorang tak kondem lak....ada beran?
    1. benda yang paling obvious ialah masa kije kawen...korang pernah tengok kije kawen orang-orang zaman sekarang??nak-nak yang buat kat hotel ke, kat dewan ke...kemain lagi diorang dress up ala-ala princess, bebudak diorang dress up kan macam ala-ala fairy...konon-konon nampak mewah la kan...kalo aku cakap tu budaya kristian, ada yang butthurt tak??nape lak diorang tak haramkan ek stail persandingan cenggini??taknak haram sebab diorang suka ke??
      bezanya baju pengantin lelaki jek...
    2. tu dalam kije kawen...dalam pakaian harian??ada sesetengah puak mesti terasa dan menyirap darah dengan aku kalo cakap pasal benda ni...beria-iala kata pakaila jubah sebab ia menggamborkan umat islam...pastu duduk kempen kata orang semua pakai T-Shirt, seluor jeans, mat rock yang pakai seluor ketat tu dipengaruhi budaya kafir...hahaha...cuba kalo aku tunjuk persamaan pakaian korang dengan orang-orang yahudi...korang marah tak??dengan jubah yang selalu Pope pakai, ketayap yang lebih kurang...just bezanya orang yahudi pakai kat ubun-ubun kepala...tapi ramai jek yang aku tengok balik masjid pakai cenggitu...sebijik macam yahudi...salah ke aku cakap??taknak ke haramkan pakai jubah??


      wait...is it the same attire??
       
    3. tu kat imam-imam...cemana lak dengan pakaian yang omptuih bawak masuk gereja??bukan ke gereja tu tempat ibadat diorang??kita lak jadikkan pakaian tu pakaian formal..duk bangga-bangga dengan pakaian tu...bila kita tak pakai, siap tokleh nak masuk majlis rasmi....cehhhh....haramkan la kalo betul nak sangat main haram-haramkan benda yang ada kena mengena sikit pun dengan islam...bukan ke dari cara pemakaian pun boleh terpesong akidah...macam orang pakai ceong sam dulu tapi tak dibolehkan sebab tu pakaian agama diorang??ingat??

      heh...terang dan nyata kan??
    4. asyik hentam pakaian jek kan....cemana lak dengan benda ni??kalo aku letak, aku rasa boleh tahan ramai gak yang akan butthurt dengan aku....nak gak ke aku letakkan??aku bubuh jek....pastu korang evaluate la sendiri...kalo aku cakap lelebih kang orang menyampah lak kang..kan??

      sama ke tak sama??
    5. last but not least....lambang salib diletakkan merata-rata di seluruh Malaysia...cam dulu-dulu, diorang-diorang ni tak benorkan Red Cross Association atau persatuan palang merah digunapakai kat Malaysia sebab ada lambang salib merah..dan diorang gantikan dengan Persatuan Bulan Sabit Merah....so menggamborkan keislaman la kan....tapi kalo ye pun nak haramkan sangat lambang salib tu, kenapa tak haramkan sekali lambang salib yang ni dan ditukorkan pada lambang bulan sabit??bukan ke lambang ni dah merata-rata ada kat seluruh Malaysia??mana tau besok anak cucu pergi sembah bendalah tu pulak...kata dakyah kristian....


    tu la akibatnya kalo tunjuk pandai dalam bodoh....toksahla nak besor-besorkan benda kecik...kalo dah agama tu diajor dengan betul, kalo dah iman tu setebal dinding besi, orang bubuh patung berhala depan mata pun kita tak sembah mintak nombol ekor....ntah apa-apa ntah mentaliti...

    p/s: tetiba aku terfikir...ntah berapa ramai ntah yang butthurt dengan entri ni agaknya nanti....meh...aku open chain comment....ada yang setuju dan tak setuju tak??nak gak aku tau pendapat korang semua....

    Saturday, May 7, 2011

    Kata pasangan/berganda dalam loghat Johor

    Alkisah

    Disebabkan takde apa cerita yang menarik aku tengok kat sok kabor sampai aku membelek setiap tulisan sok kabor tu untuk carik benda yang aku nak kupas, last-last baik aku buat jek entri biasa cenggini...sekurang-kurangnya, takdela gap update aku tu sampai tertangguh-tangguh beberapa hari betul tak??orait...selain dari perkataan-perkataan yang aku dah letak kat Glosari tu, ada gak lagi perkataan berganda yang selalunya digunakan oleh orang-orang Johor ni dalam seharian...nak tau apa dia??meh aku try listkan seberapa banyak yang aku mampu....

    1. Hitam berdano -  kotor yang gila babeng...selalunya baju atau kasut sekolah la...sebab mak aku selalu cakap masa aku sekolah dulu....
    2. cair berdene - cair...korang fahamla...yang tambahan tu nak menunjukkan betapa cairnya benda tu...(this is for liquid)
    3. manis medu - lebih manis
    4. masin bedengung/berdenting - masin nowh
    5. terbelik-belik(bijik mata) - keadaan orang yang mengecikkan bijik mata supaya orang anggap dia tengah tido..
    6. meladung-ladung - pada kadar yang banyak..biasanya digunakan pada kuah...
    7. menjijis-jijis - menitik-nitik air (biasanya teguran untuk orang lepas mandi atau basuh tangan tapi tak lap...kalo angkat air sampai tumpah-tumpah pun orang guna)
    8. menambun-nambun - bertimbun-timbun...
    9. melahu-laha - membuat havoc
    10. panas mengetip - sangat panas...(cuaca)
    11. busuk melantong - sangat busuk
    12. mencicit-cicit (lari) - berlari tak cukup tanah
    13. terpontang-panting - bot/sampan yang  hanyut kena pukul ombak....
    14. mendudu-dudu(menangis) - menangis teresak-esak
    15. bergelong-gelong - terasa pening macam berombak-ombak...
    16. kurus kedengking/keding - sangat kurus
    17. gemuk gedempol - amat gemuk...
    cukupla ek banyak tu...kalo aku rasa aku teringat lagi nanti aku kongsila lagi ek...korang ada lagi ke nak tambah atau kongsi perkataan berganda yang pelik-pelik yang korang pernah dengor??mana tau aku termiss ke kan??

    p/s:teringat masa kecik-kecik dulu....nyanyi lagu mengejek budak berbadan besor.."gemok gedempol, tendang masuk gol, boleh buat dodol"....kurang ajor sungguh aku masa kekecik dulu ek..hahhaa

    Sunday, May 1, 2011

    Apsal orang ni jam lagi mudah dapat penyakit?

    Alkisah

    benda ni dah lama dah aku fikirkan...tapi lepas aku berbincang dengan Meon, akhirnya kitorang dapat gak kata sepakat....lagipun, kalo korang perhatikan, dah ramai sangat dah ni jam meninggal sebab penyakit yang agak dahsyat-dahsyat...ada yang mati sebab kanser la, ada yang mati tapi sebelum tu dah siap kena potong kaki la....kan??jadik, kita kena tau gak apa sebab yang membuatkan kita ni makin senang nak dapat penyakit la ni....

    1. antara sebab utama, semakin maju kita ni, semakin banyak chemical product yang kita telan...macam orang dulu-dulu, nak tenaga lebih, sanggup masuk hutan, carik tongkat ali ke misai kucing ke....apa-apa la ek....tapi bila dah masuk zaman la ni, dah takde dah diorang ni nak masuk hutan....diorang dapatkan ekstrak tumbuhan tu dan kaji chemical apa yang boleh diorang campursuaikan sampai jadik benda yang ala-ala lebih kurang....tu tak dikira lagi dalam makanan yang kita makan bercampur dengan pewarna tiruan, ada yang letak "added DHA" dalam susu...semua itu chemical product....dan aku tak kata chemical produk tu tak bagus...just ianya bahan kajian manusia dan kita taktau sama ada hasil campursuai diorang tu ada kesan sampingan ke tak....bukan macam barang natural...kan?
    2. orang-orang ni jam terlampau takut dengan bakteria...terlampau pembersih tu kengkadang tak sihat untuk tubuh badan kalo kita fikirkan balik...nak tau kenapa??bila kita hapuskan semua bakteria, badan kita susahla nak bina antibodi untuk overcome bakteria tu...cuba kita perhatikan orang dulu-dulu....sumber air utama diorang ialah sungai....kat sungai tu jugak la diorang mandi, kat situ jugakla diorang minum, kat situ jugakla diorang berak....cuba korang bayangkan korang telan benda yang korang berak..nak-nak masa mandi sungai...haha....kijam aku....dan disebabkan tu, badan diorang ada antibodi yang dahsyat...dan disebabkan berkat telan air sungai tula diorang susah dapat penyakit...
    3. orang-orang dulu hidup diorang memang aktif...keluor masuk hutan, duduk berjemur tengah panas, kengkadang duduk kat baroh sambil betul-betulkan jala...bangun pagi-pagi buta menoreh....pendek kata kehidupan sentiasa mengeluarkan peluh....kalo ikutkan istilah peniaga ubat tepi jalan kata lemak-lemak dan toksin-toksin tu selalu dikeluorkan...tapi bila dah masuk zaman moden ni, keluor pagi-pagi, duduk dalam keta...bukak air-cond...tak bergerak-gerak sebab jam...sampai tempat kije, carik parking paling dekat, jalan dua tiga langkah, masuk ofis...air cond lagi...nak naik tingkat dua pun, naik lif....tak gerak lagi...jalan sampai meja kije, dudukla dari 9 sampai lunch....keluor makan jap, masuk balik, duduk lagi...ntah bila dapat keluor peluh tu taktau....makin berkumpul la penyakit jadiknya....
    4. orang ni jam dah banyak nowh buat kajian...bila dah ada banyak kajian, habis semua benda jadik buruk...kengkadang sampai semua benda jadik marabahaya...nak-nak berita yang aku terbaca kat sokkabor beberapa hari lepas...durian mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan berpotensi menjadik penyumbang kencing manis....padahal orang dulu-dulu menghadap durian tiga empat bakul...steady jek...takde pulak cerita sakit kena potong kaki...mati pun sebab apa??sakit tua....jadik aku boleh katakan yang kajian-kajian ni semua memang mengganggu dari segi psikologi....korang bayangkan kalo korang taktau yang korang ada penyakit....korang boleh jek buat kehidupan normal...tapi bila korang terkantoi dapat tau ada sakit...apa jadik??secara tiba-tiba jek badan jadik tak larat nak menapak...time tula terus terlantor jek kat atas katil....betul tak?
    5. korang tau tak tebiat korang makan pil, kapsul tu semua pun membawak penyakit??kita ingat kita makan ubat-ubat yang doktor bagi banyak-banyak tu dapat sembuhkan sakit kita..tapi apa jadik??ubat-ubat tu just hold penyakit korang jek...lepas tu dia tambahkan satu lagi penyakit lak...kegagalan buah pinggang...sebab bila dah telan banyak sangat pil, buah pinggang korang terpaksa bekerja keras nak tapis bahan kumuh korang tu....last-last makin tua, jadik kije lak nak kena cuci buah pinggang dua minggu sekali...abis orang-orang tua dulu sakit teruk-teruk cemana diorang ubat?pakai bomoh ke??kepala hotak...bomoh tu medium jek...secret dia kat makanan harian diorang...diorang telan empoyang, diorang telan tenggek burung, diorang telan lengkuas....diorang berani makan belada pahit...dalam sador tak sador, benda tu boleh jadik herba penawar untuk kawal kadar darah, kawal kadar metabolisme, kawal macam-macamla....kan?
    6. kita ni diracun sikit demi sikit tanpa kita perasan...pokok-pokok yang kijenya untuk purified dan tapis segala macam benda-benda bukan-bukan ni ditebangnya atas nama kemajuan....kereta-kereta ditambah atas nama kemudahan....minyak-minyak dah dicampur dengan entah apa-apa sampai asap yang keluor pun bukan setakat NO2, CO dengan CO2 jek atas nama prestasi....barang-barang makan dicampur dengan bahan kimia apa-apa ntah atas nama keperluan zat dan keuntungan...lepas tu kita didedahkan dengan benda-benda pelik macam klorin dalam air, DHA dalam susu, air cond dengan teknologi inverter....dalam tak sador, semua benda tu masuk dalam badan kita...jadik chemical waste yang sistem biologi kita pun jadik bengong nak fikirkan cemana dia nak huraikan bendalah-bendalah ni....tapi mungkin satu hari nanti kita akan evolve jadik manusia yang bergantung hidup hanya dengan plastik jek kot...sape tau...
    7. orang zaman ni jam ni senang sangat stress...orang zaman dulu ada gak masalah...tapi diorang punya masalah tak seteruk zaman ni..kalo ada cerita-cerita buruk pun, dapat tau dari kak nam yang selalunya tau nak tutup mulut kalo laki balik dari kije...tapi zaman ni jam??kita ada kak nam terbesor di dunia...lepas tu kak nam ni ada pulak syarikat....dah ada syarikat, ada pulak medium penghantaran cerita yang boleh dikatakan hampir setiap rumah ada....tu dah satu hal...dah tu dia tak pedulik la kalo laki ada kat rumah ke takde...diorang akan tetap sampaikan cerita diorang dengan penuh khusyuk dan tawaduk...sampaikan semua orang jadik stress memikirkan bahana kak nam ni....hari-hari dengor cerita kata negara untung meningkat...pastu gaji tak naik...harga barang naik...pastu kak nam ni pun tak habis-habis bukan cerita orang tu mengongkek dengan orang ni, orang tu tikam orang ni....kurang ajor betul kak nam yang bernama televisyen ni...tak makan saman...
    rasa macam panjang jek aku membebel ni...rerasanya cukupla ek sebab-sebab yang aku boleh bagi yang membuatkan orang ni jam ni makin mudah dapat penyakit...tu antara benda-benda yang dapat aku bincang dengan Meon....aku tak boleh nak bincang benda ni dengan John sebab dia tu terlampau sarkastik....kalo benda kat HHD bolehla mintak khidmat nasihat dia...kan??

    p.s: korang rasa ada tak sebab lain orang ni jam ni senang dapat penyakit? jom kongsi-kongsi....